Nampaknya masih ada lagi peniaga yang kurang ambil perhatian mengenai kebersihan makanan.
Baru-baru ini, seorang netizen berkongsikan gambar menjumpai kuku berdaki yang berada di dalam inti kuih karipap yang sedang dimakannya menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Menurutnya, ketika sedang menikmati karipap tersebut, dia secara tidak sengaja terjumpa kuku yang dipercayai telah digaul bersama dengan inti kuih karipap tersebut.
Kredit foto: Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Rentetan kejadian itu, dia terus melaporkan insiden terbabit kepada peniaga tersebut. Namun peniaga itu menjelaskan mereka membeli karipap sedia ada yang dijual di pasar sebelum menjualnya kembali kepada orang ramai.
Kredit foto: Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Perkongsian tersebut ternyata mengejutkan netizen. Rata-rata netizen berasa loya melihat kuku yang berada pada inti karipap.
Kredit foto : Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini
Mereka juga berharap peniaga tersebut khususnya dan peniaga-peniaga lain amnya lebih menitik beratkan aspek kebersihan agar perkara seumpamanya tidak berulang lagi.
Selain itu, perkongsian sebegini bukanlah untuk membuka aib atau menutup periuk nasi sesiapa tetapi ianya adalah peringatan agar para peniaga lebih peka dan menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan. -CARI
|