View: 16181|Reply: 19
|
SEJARAH KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH ( KISAS )
[Copy link]
|
|
salam...
huh!!! dah lame nak post pasal bekas sekolah aku ni..tapi dapat source sket sangat..tapi tak pe la.. at least nak kongsi sedikit sebanyak...kisah sejarah KOLEJ OSLAM SULTAN ALAM SHAH atau dulu pernah dikenali sebagai KOLEH ISLAM KELANG atau KIK...korang mesti tau kan sekolah ni..pemes lah jugak...walau pun masih ade yang beanggapan sekolah ni adalah sekolah pondok...tak kesah lah ape orang nak pk..tapi skolah ni adalah sekolah terbaik pernah aku masuk....
ni sedikit sebanyak sejarah penubuhan KISAS..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang.
Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Ibni Almarhum Sultan Sulaiman. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.
Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya dan seterusnya ke Bangi menjadi fakulti Islam U.K.M. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi di tinggalkan di Kelang.
Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang. Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.
Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.
Kronologi Kelahiran Kolej Islam Sultan Alam Shah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KRONOLOGI PENUBUHAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
1. 1374H / 1955M
8, April - Perasmian Kolej Islam Malaya ( nama kolej ketika itu ) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Al- Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah. Bangunannya adalah sebuah istana hadiah Baginda sultan.
2. 1386H / 1966M
Kursus Tertinggi Kolej Islam Malaya dipindahkan ke Petaling Jaya sementara Kursus Persediannya dikekalkan di Klang dan nama kolej ketika itu telah diubah dengan rasminyakepada 'Kolej Islam Kelang'. Pad ketika yang sama Sijil Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di sini.
3. 1387H / 1967M
Kursus Persedian tersebut telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Kolej Islam Kelang dimajukan sebagai sebuah sekolah menengah tinggi bantuan kerajaan.
4. 1389H / 1969M
Kursus Sijil Rendah Pelajaran dihapuskan. Hanya calon yang mempunyai SRP dan kepujian dalam matapelajaran Agama Islam serta lulus Bahasa Arab diterima ke Kolej Kursus Tingkatan Enam diperkenalkan.
5. 1391H / 1971M
Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.
6. 1392H / 1972M
Kolej Islam Kelang dijadikan sebuah Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan.
7. 1410H / 1989M
Perasmian nama baru kolej dari Kolej Islam Kelang kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
infrasturuktur
KISAS sebenarnya terdiri daripada bangunan istana lama yang diwakafkan oleh Sultan Alam Shah suatu masa dahulu. Sejak penubuhannya, blok-blok bangunan KISAS telah ditambah dengan tujuan untuk menampung pelajar yang semakin membanjiri KISAS.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa KISAS mempunyai infrastruktur yang agak menarik. Ini disebabkan oleh rekabentuk bangunannya yang menarik hasil gabungan unsur -unsur senibina lama dan moden.
KISAS mempunyai sebuah perpustakaan yang boleh dibanggakan. Sejak penubuhannya hingga kini, perpustakaan telah berjaya ini telah memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan perpustakaan terbaik di Selangor.Perpustakaan ini terletak di tingkat dua bangunan blok berhampiran dewan besar.
Bangunan pejabat juga adalah salah satu banggunan yang menarik di KISAS. Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah istana raja pada zaman dahulu.Ciri-ciri binaan Islam pada zaman silam tertonjol di bangunan ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bermoto kan satu ayat QURAN...''fastaqim kama umirta'' yang bermaksud.. beristiqamah lah kamu sebagai mana yang diperintah.. satu moto yang berjaya melahirkan ramai akli2 ulamal, akhli politik seperti , harun din , ismail kamus, zainudin zainal abidin dan beberape nama lagi..
KISAS jugak setiap tahun berjaya mengekalkan prestasi sebagai sekolah menengah cemerlang di malaysia dimana keputusan SPM adalah antara yang terbaik di MALAYSIA dan selama 2 tahun berturt iaitu pada tahun 2004 dan 2005, KISAS telah mencatat sebagai sekolah paling cemerlang di MALAYSIA apabila hampir 50% mendapat str8 As dalam SPM dan sebagi sekolah cemerlang di mana keputusan STAM ( sijil tinggi agama Malaysia) adalah yang terbaik di malaysia di mana mendapat kepurusan 100% mumtaz iaitu keputusan paling cemerlang selama 4 tahun berturut sejak iSTAM diperkenal kan pada 2002 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sayang_mulut's post
cepatla update!...:ketuk: |
|
|
|
|
|
|
|
mmm, bangga jugak aku jadi ex-KI nih.. hehe,, sambung2 :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sayang_mulut's post
budak2 pandai aje kan yg dpt masuk sekolah ni? kire mcm mrsm la. :bgrin:
kwn aku yg penah blajo kat situ kata, korang yg skolah situ takde prep ptg or malam kan?
kire bebasla nak wat apa lepas abis skolah. tp mostly yg masuk situ genius2...so takyah study sgt pon, result tetap gempak.
itu yg aku dgr la... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
emm, pandai sgt tuh tak tau lah (sbb aku tak pandai sgt, merangkak2 jugak:bgrin![](static/image/smiley/default/smile.gif)
prep mmg takde, best giler hehe... terkenang zaman persekolahanku dulu.. |
|
|
|
|
|
|
itairus This user has been deleted
|
kakak aku pnh skolah c2 2 mgu jer..dia kater xtahan..mlm kene nasyid smpi kol bp tah..pastu dia blk skolah lamer dia,SMART kat kuantan tuh,tp memember dia y lain sumer stay lg kat c2...n dah berjaya pun...agaknyer dia xbeser kot..nak g toilet pun kene pakai tudung labuh dia xbeser..huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
hmm gi toilet pakai tudung labuh tu tak tahu ler pulak..
tapi kalau ikutkan asrama pompuan memang dekat2 ngn jalan besar dan open sikit.. so tutup aurat lah
dpd nampak dek org kat luar tuh, lg pon sunat kalau bertutup kepala masuk toilet.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 sayangidaku's post
menipu je tu...percayala.. |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! JANGAN BIARKAN MINDA KITA DIJAJAH!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!!SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 milo_888's post
mm kayla..merdeka2..:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 iscol_klang's post
harap2 dak KISAS nih takderk yg reti2 menipu org sudah..:ketuk: |
|
|
|
|
|
|
|
tak de la.. prep tu wajib kot..siang malam...
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah urband2 legend ada la..tapi normal la asrama2 kat malaysia ni...cite nye semua hampir sama..
tapi yang paling aku rasa agak famous pasal KISAS ni..KISAS ni tanah waqaf.. jadi , allegedly ramai la yang duduk kat tanah waqaf ni..
pernah ada dengar cite..bebudak mandi sambil menyanyi lagu lagho...tup tup ..ada orang halimunan tegur dari belakang question nak masuk KISAS belajar ke atau nak menyanyi..
|
|
|
|
|
|
|
|
5. 1391H / 1971M
Kelas Tingkatan Empat telah dibuka untuk pelajar tingkatan empat.
betul ke thn ni? ayah aku masuk F4 kat KI tahun 1959...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|