CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56834|Reply: 324

GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 4-6-2006 08:31 PM | Show all posts |Read mode
KEMISKINAN BUKAN UNTUK DIBASMI
04/06/2006

Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah KEMISKINAN.

Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini.

Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya.


[ Last edited by  Abuyazid at 22-5-2008 06:52 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2006 08:41 PM | Show all posts
Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua ahlinya kaya belaka? Apakah hikmah Allah mencipta kemiskinan di kalangan manusia?

Yang sebenarnya, dalam sesuatu masyarakat tidak boleh semuanya miskin. Kelak tidak akan ada orang yang menjadi pengusaha yang mengeluarkan modal untuk perdagangan,industri, pertanian dan perniagaan. Maka ekonomi tidak akan tertegak sedangkan ia adalah nadi bagi kehidupan lahiriah manusia. Tidak boleh pula kesemua orang dalam masyarakat itu kaya. Kelak tidak akan ada pula buruh dan pekerja yang menggerakkan industri, pertanian dan perniagaan. Jelaslah bahawa orang miskin dan orang kaya itu saling bantu-membantu dan saling perlu-memerlukan di dalam menegakkan sistem hidup bermasyarakat dan ekonomi. Kalau semua ahli masyarakat miskin maka masing-masing akan hidup melarat tanpa ada sebarang kegiatan ekonomi. Masing-masing akan cari makan untuk kehidupan sendiri-sendiri. Kalau semua ahli masyarakat kaya pula maka kekayaan itu tidak ada sebarang makna. Wang tidak dapat digunakan untuk membeli apa-apa.Beras tidak ada. Ikan tidak ada. Buah-buahan dan sayursayuran tidak ada. Tidak akan ada petani yang menanam hasil pertanian dan tidak akan ada nelayan yang pergi ke laut menangkap ikan. Tidak ada tukang buat rumah. Tidak ada buruh membina jalan. Malahan tidak akan wujud sebarang kemajuan dan pembangunan di dalam masyarakat yang semua ahlinya orang kaya belaka. Dengan adanya miskin dan kaya dalam sesebuah masyarakat maka akan tercetuslah segala perkara yang perlu dalam kegiatan ekonomi seperti pengusaha,kewangan dan modal, tenaga buruh, tenaga pengurusan,bahan mentah, modal tetap, pembeli dan pengguna.

Memang Allah wujudkan miskin dan kaya itu supaya dapat hidup bersama-sama, bergantung dan perlu-memerlukan antara satu sama lain. Supaya terjadi interaksi di dalam masyarakat yang boleh mencetuskan kemajuan dan tamadun. Di atas itulah Allah adakan pula syariat supaya orang kaya dan miskin dapat hidup dalam harmoni dan berkasih sayang.Yang miskin disuruh sabar dan jangan meminta-minta. Yang kaya disyariatkan supaya mengasihi, membela dan membantu yang miskin melalui zakat, sedekah dan sebagainya.:lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2006 08:49 PM | Show all posts
Rezeki yang Allah kurniakan cukup untuk semua manusia.Hanya ia disalurkan melalui orang-orang kaya untuk diratakan.Maka celakalah orang-orang kaya yang tidak melaksanakan amanah ini dan mengumpulkan hak Allah itu untuk diri mereka sendiri sahaja.

Oleh yang demikian, membasmi kemiskinan bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Kemiskinan akan tetap wujud sampai hari Kiamat. Apa yang perlu dibuat ialah laksanakan syariat Allah dalam mengendalikan harta dan kekayaan.Sempurnakan hak fakir miskin supaya mereka senang dalam kemiskinan mereka. Supaya timbul kasih sayang mereka terhadap orang-orang kaya. Orang miskin itu sebenarnya tidak miskin. Hanya rezeki dan hak mereka berada di tangan orangorang kaya. Jangan mereka dikhianati dan dizalimi dengan menahan hak mereka itu.

Rezeki yang Allah turunkan ke bumi bagi manusia adalah ibarat hujan yang airnya bertakung di tempat tadahan. Orangorang kaya ibarat saluran-saluran paip yang besar yang membawa air tersebut. Orang-orang miskin yang ramai ibarat kepala-kepala paip yang kecil atau pancur yang terpaksa mereka buka untuk mendapatkan air.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2006 08:51 PM | Show all posts
Selagi orang-orang kaya mengambil air setakat mana yang mereka perlu dan menyalurkan selebihnya, maka selagi itulah kepala-kepala paip kecil atau pancur akan mengeluarkan air apabila dibuka. Tetapi kalau air ini disekat, maka kepala-kepala paip kecil atau pancur akan kekeringan.

Punca masalah dalam masyarakat bukan orang miskin tetapi orang kaya yang tamak, yang tidak bertanggungjawab dan yang mengumpulkan kekayaan melebihi dari apa yang mereka perlu. Mereka abaikan tanggungjawab mereka terhadap orang miskin dan terhadap masyarakat. Mereka ingat kekayaan mereka itu hak mutlak mereka dan bukan amanah dari Tuhan.Sebenarnya, kalau kita hendak membasmi kemiskinan,mudah sahaja. Basmikan orang kaya. Haramkan orang menjadi terlalu kaya dan salurkan kekayaan yang lebih itu kepada orang miskin.

Dalam erti kata yang lain, baiki saluran yang tersumbat.
   :love: @)~ (marvellous)


-rufaqadaily-
Artikel ulasan oleh Panel RufaqaDaily dari ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Ust. Hj. Ashaari Muhammad

[ Last edited by  Abuyazid at 4-6-2006 09:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 10:26 AM | Show all posts
Setakat teori boleh lah sesiapa saja mengemukakannya tapi pada hakikatnya untuk beramal dengan teori itu sendiri amat sukar. Ustaz Asaari itu sendiri betul ka ada merasai kesusahan kemiskinan yang orang lain alami malah dikalangan ahlinya sendiri ramai yang begitu dhaif kehidupannya.

Melihat sejarah ustaz Asaari yang memulakan jemaah Arqamnya yang kononnya bermula dari aliran kesufian menolak kemewahan tapi kini dah jauh menyimpang ke aliran kematerialistik kebendaan untk memungkinkan matlamatnya.

Bandingkan saja dengan TG Nik Aziz yang dah jadi Menteri Besar tapi kehidupannya masih tidak berubah dari dulu hingga sekarang yang hidup dalam kesederhanaan.

Bandingkan saja dengan ulama Indonesia Pak Natsir yang semasa Raja faisal melawat rumahnya di jakarta terkejut melihat rumahnya yang sederhana dan kereta buruknya yang masih dipakai. Ketika raja faisal ingin menyumbang kepadanya lantas ditolak dengan baik sambil berkata...'sumbangkanlah kepada pusat-pusat pengajian agama yang lebih daif lagi daripada rumah dan kereta saya ini. Saya selesa dengan keadaan sekarang ini'.

Bandingkan juga dengan Imam Khomenei yang dah jadi pemimpin negara tapi semasa hayatnya cuma menyewa rumah yang tiada perabot, yang cuma cukup sedikit keselesaan untuk menerima tetamu yang datang. Dengan khumus yang diberikan oleh rakyat, dia boleh menjadi millionaire tapi sepeninggalannya tiada harta benda yang ditinggalkannya. (2 Jun pemergian mu tetap dalam ingatan).



[ Last edited by  ibnur at 8-6-2006 12:35 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 5-6-2006 10:26 AM
Setakat teori boleh lah sesiapa saja mengemukakannya tapi pada hakikatnya untuk beramal dengan teori itu sendiri amat sukar. Ustaz Asaari itu sendiri betul ka ada merasai kesusahan kemiskinan yang  ...



syabas pak grave, fitnah dan cerita mengarut pak grave memang sentiasa hebat....

buat abuyazid,

teruskan memberi info yg bermanafaat kepada forumners jangan dilayan org-org yg berpenyakit hati ini, di THREAD ini banyak isu-isu remeh temeh dan kurang berilmiah diutarakan jadi sebagai seorg yg perihatin kepada kehendak masyarakat ISLAM semasa, teruskan USAHA ABUYAZID itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2006 01:03 AM | Show all posts
:love: :love: suka la  aktikel  ni ... bila point yang akhir tu...

[ Last edited by  paranormal_85 at 14-6-2006 01:04 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2006 01:06 AM | Show all posts
Assalamualaikum  
Kuliah dipetik dari yahoogroups.... baca dan hayati ... best sangat.. :love: tentang cinta.. orang yang bercinta nak cerita pasal cinta .... sama² kita tukar info ok.

Bismillahhirrahmaanirrahim

CINTA (Bahagian 1)

Terima kasih Tuhan, dengan rahmat dan nikmat-Mu, Engkau buka di hadapan kami ilmu itu penting. Ilmu akan membuatkan seseorang itu akan mendapat hidayah. Sesuai dengan apa yang diberitahu dalam Quran, bacalah dengan nama Tuhan. Dalam erti kata lain Tuhan berkata hendaklah kamu berilmu dengan Tuhan engkau. Tuhan suruh kita membaca ertinya Tuhan suruh kita berilmu. Berilmu di sini atas nama Tuhan. Berilmu kerana Tuhan. Orang berilmu kerana Tuhan, dapat iman dapat ilmu. Orang yang dapat iman dan ilmu Tuhan ceritakan dalam Quran juga yang maknanya, "Tuhan angkatkan orang yang beriman dan orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Di sini kita faham kalau beriman sahaja tanpa ilmu, darjat tidak ada. Mungkin Tuhan terima tapi berilmu sahaja tanpa iman tertolak, tapi Tuhan bagi darjat bila beriman dan berilmu. Kalau berilmu sahaja tanpa iman tertolak, kalau beriman sahaja tanpa ilmu mungkin Tuhan terima tapi tidak ada darjat, yang ada darjat ada iman, ada ilmu. Sebab itu sabda Rasulullah yang bermaksud, kalau Allah nak jadikan seorang itu baik, diberi faham tentang ilmu. Jadi kalau kita nak dapat darjat mesti dengan iman dan ilmu, kalau iman sahaja tidak boleh, ilmu sahaja lagi tidak boleh. Iman dan ilmu adalah 2 perkara yang kuat menguatkan. Rasulullah saw bersabda kalau orang itu nak ditinggikan darjat akan diberi faham tentang ilmu. Moga-moga kita jadi orang beriman dan berilmu supaya kita dapat darjat di sisi Allah.


[ Last edited by  Abuyazid at 15-6-2006 07:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2006 01:07 AM | Show all posts
Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW kerana dialah kita dapat rahmat dan nikmat ini. Marilah kita bersyukur banyak-banyak pada Tuhan, dan marilah kita selawat pada Rasulullah supaya kita dapat syafaat di Akhirat nanti. :pray: Kita faham tentang ilmu, kita diberikan iman dan ilmu supaya kita gabungkan iman dan ilmu supaya kita dapat darjat di sisi Tuhan.

Cinta ini merupakan satu ilmu. Kalau kita faham ilmu tentang cinta, boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Cinta ini satu sifat yang baik, yang positif. Tuhan cinta, Rasul cinta, manusia semua cinta.

Seperti kita maklum, Rasul-rasul itu semua dicintai oleh Tuhan. Oleh kerana cintanya Tuhan kepada Rasul-rasul, sebab itu Tuhan bagi bermacam-macam gelaran kepada mereka. Tuhan bagi gelaran kepada mereka kerana Tuhan cinta kepada mereka. Ada yang diberi gelaran khalilullah, kalimullah, sirullah, tetapi Nabi Muhammad diberi gelaran habibullah. Gelaran-gelaran itu semuanya itu menunjukkan Tuhan kasih kepada Rasul-rasul. Kalau tidak, tidak diberi gelaran.

Tapi pelik Nabi Muhammad betul-betul istimewa iaitu disebut habibullah. Kekasih Tuhan. Jadi kekasih Tuhan yang digelarkan kepada Rasulullah agung dan istimewa. Dari Tuhan yang Maha Agung kepada Rasul yang agung. Di sini kita lihat Nabi Muhammad seorang Rasul yang paling istimewa hingga dia dapat gelaran habibullah. Oleh kerana Allah itu Kekasih Agung, maka gelaran itu diberi kepada kekasih yang paling agung.


[ Last edited by  Abuyazid at 15-6-2006 07:43 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2006 01:10 AM | Show all posts
Kasih ini salah satu sifat Tuhan yang ujud pada azali lagi. Oleh kerana Tuhan itu bersifat kasih maka Tuhan cinta kepada hambanya yang berkasih sayang. Cuma perlu diingatkan walaupun Tuhan itu pengasih disuruh juga hamba-Nya pengasih, tapi kasih hamba dan kasih Tuhan tidak sama, walaupun istilah dan perkataan sama tapi hakikatnya tidak sama. Kalau manusia ini satu sama lain kasih ada bermacam-macam cara. Ada yang kasih fitrah. Macam anak kasih kepada ibu ayah. Ada yang kasih nafsu seperti kasih suami isteri. Ianya kasih juga tapi ada bercampur nafsu. Kasih ibu bapa kepada anaknya itu boleh dikatakan kasih fitrah. Ada kasih bersebab. Seperti ada orang buat baik pada kita, kita kasih pada dia, itu bukan kasih nafsu dan fitrah tapi kasih bersebab. Tapi kasih Tuhan bukan kasih bersebab, bukan kasih fitrah dan bukan kasih nafsu. Kalau kita cintakan Tuhan macam makhluk, syirik jadinya walaupun perkataan sama tapi hakikatnya tidak sama.

Makhluk pun kasih sesama antara satu sama lain pun berbeza-beza. Dia ditentukan oleh rasa. Macam seorang yang berkata saya sayang isteri mesti ada campur nafsu. Kalau dia kata saya kasih dengan anak saya bercampur nafsu akan jadi haruan makan anak. Kalau seorang itu berkata dia kasih pada anaknya dia ada rasa yang khusus, tidak seperti seorang yang kata dia kasih dengan isteri. Kalau dia kasih dengan anak perempuan macam dia kasih dengan isteri, bahaya jadinya. Lama kelamaan akan jadi haruan makan anak. Begitu juga kalau seorang kasih dengan isteri macam dia kasih dengan anaknya tidak salah tapi bahaya nanti dia tidak ada kemahuan dengan isteri, bila dekat dengan isteri dia teringat anak, begitulah kalau seorang itu dia kasih isteri macam kasih emaknya nanti dia tidak boleh bergaul dengan isteri. Walaupun istilahnya kasih, tapi tidak sama, itu kasih sesama manusia. Betapa dengan Tuhan, Tuhan kasih kepada makhluk-Nya. Ada Hadis Qudsi menyebut, aku kasih kepada hamba-Ku lebih dari kasih ibu dan ayah pada anaknya. Jangan pula kita bayangkan Tuhan itu kasih fitrah. Tak sedar syirik masuk di situ. Jangan katakan Tuhan itu kasih dari rasa. Kalau kita kata Tuhan itu kasih dari rasa, kita tuduh Tuhan ada hati. Maha Suci Tuhan dari ada hati. Jadi nak kena berhati-hati. Walaupun istilah sama di antara Tuhan dan makhluk, istilah dan perkataaan sama tapi hakikatnya tidak sama.


[ Last edited by  Abuyazid at 15-6-2006 08:01 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2006 01:11 AM | Show all posts
Kita faham kasih itu satu sifat Tuhan yang ujud sejak azali lagi. Oleh kerana kasih itu satu sifat yang ujud sejak azali lagi, Tuhan suruh sesama makhluk berkasih sayang. Cuma Tuhan ingatkan kepada kita, mengapa Tuhan suruh kita kasih pada makhluk-Nya tapi jangan sampai mengatasi kasih kepada Tuhan kerana Tuhan itu Cinta Agung. Cinta lain itu dibolehkan ikut kadarnya, Cinta Agung yang sebenar ialah Tuhan. Cinta Agung yang sebenar hanya kita bagi pada Tuhan sahaja, cinta kepada yang lain itu hanya ikut saiz sahaja.

Jadi kalau kita nak bagi cinta kepada Tuhan Cinta Agung tapi kepada yang selainnya itu mesti cinta yang sekadar saiznya sahaja. Kita diperintah oleh Tuhan supaya menjadikan Tuhan itu Cinta Agung dan yang lain itu cinta sampingan sahaja. Kalau cinta yang lain itu sudah melampau merosakkan cinta kepada Tuhan, lebih-lebih lagi cinta dunia sangatlah salah sebab Rasulullah cakap salah satu sebab umat Islam akan pecah belah di akhir zaman adalah kerana cinta dunia. Oleh kerana cinta dunia itu sudah atasi cinta Tuhan maka terjadilah pecah belah di akhir zaman, hasil pecah belah itu umat Islam terhina. Sebab mereka itu tidak boleh beri cinta yang agung kepada Tuhan.

...bersambung

Ampun Maaf
Sumber Rujukan Ustaz Hj Ashaari Muhammad


[ Last edited by  Abuyazid at 15-6-2006 08:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 11:49 AM | Show all posts
salam

NABI BERPESAN: SEKIRANYA KAMU NAMPAK ADA ORANG YANG MEMUJI SESEORANG
SERAKKAN MUKANYA DENGAN PASIR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2006 08:30 AM | Show all posts
Supreme Love


Oh Allah You are my Lord,
There is no god but You,
You are my supreme love,
Prophet Muhammad is Your messenger.

Oh Allah, You are the  source of  happiness,
You are the source of security,
Oh Allah, You are the source of peace,
You are  everything.

Oh Allah, You are my protector,
You are the source of my sustenance,
In times of sickness You cure,
In times of hunger You provide.

Oh Allah, You are my supreme  love,
Let my love for You be requited,
Oh Allah, You are my supreme  love,
Let not my love be unrequited.

Do not leave me without guidance,
Guide me on the true  path.
Upon you then,  lies my hope,
Please do not let me down.


Supreme Masterpiece : Ust Ashaari Muhammad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 02:35 AM | Show all posts
Bismillahhirrahmaanirrahim
...sambungan

CINTA(Bahagian 2)
Kalau cinta kepada Tuhan itu dianggap cinta agung kalau dapat balasan dan respon dari Tuhan alangkah bahagianya. Tuhan Cinta Agung, kita dapat letakkan Tuhan sebagai cinta agung kemudian dapat balasan cinta dari Tuhan, tidak bahagia ke Tuhan Cinta Agung kemudian Tuhan pun balas cinta kita. Itulah tugas kita datang ke dunia iaitu berusaha menjadikan Tuhan Cinta Agung hingga Tuhan balas cinta kita, hingga kita saling cinta-mencintai. Cuma kita nak kena faham cinta kita pada Tuhan ada caranya. Kalau kita tahu caranya baru dianggap cinta. Begitu juga Tuhan cinta kepada kita tidak sama dengan cara kita cinta satu sama lain. Tuhan cinta ada cara tersendiri, kita cinta ada cara tersendiri. Dalam Quran ada disebutkan begini, jika kamu ingin mencintai Allah, maka ikutlah aku nanti niscaya Tuhan akan cinta akan kamu. Di sini Tuhan bagi tahu pada kita, kita di suruh cinta kepada Tuhan.

Ya Allah Engkau kenalkan bahawa Engkau adalah Tuhan,
Aku bangga,
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku,
Aku sembah Engkau selalu tidak jemu-jemu,
Janganlah masukkan kedalam hatiku jemu menyembah-Mu,
Ya Allah aku redha Engkau adalah Tuhanku,
Jangan Engkau tukar redhaku selain-Mu,
Aku harap Engkau juga redha denganku,
Redha-meredhailah kita berdua hingga bertemu,
Ya Allah aku berlindung dengan Engkau,
Dari pada ber-Tuhan-kan selain-Mu,
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan,
Memiliki Engkau, aku rasa bahagia,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Jangan Engkau jadikan aku memiliki selain-Mu,
Tuhan kerana kelemahanku, aku tidak dapat lagi mencintai-Mu tapi tidak benci,
Walaupun begitu jangan pula,
Engkau tidak mencintai aku,
Aku cuba mencintai-Mu Tuhan,
Tapi belum menjadi kenyataan lagi,
Dengan rahmat-Mu Tuhan, anugerahkanlah rasa cintaku kepada-Mu, Dan juga cinta-Mu kepadaku,
Kuharap kita cinta-mencintai,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi,
Kita berdua cinta-mencintai biarlah kekal abadi wahai Tuhan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 02:37 AM | Show all posts
Nasyid cinta-mencintai itu membantu kita memahami cinta Tuhan yang Maha Agung. Kita disuruh mencintai Tuhan. Rasulullah bagi tahu kalau kita nak cinta Tuhan ada caranya. Bukan cinta fitrah, cinta nafsu atau cinta bersebab antara makhluk dengan makhluk, kalau kena caranya itu dianggap cinta kita kepada Tuhan. Rasulullah pesan pada kita kalau kita cinta dengan Tuhan hendaklah ikut Rasulullah. Bila ikut Rasulullah itu bererti cinta pada Tuhan, otomatik dianggap cinta pada Tuhan, bila itu dianggap cinta pada Tuhan otomatik Tuhan akan cinta pada kita iaitu ikut Rasul.

Apa maksud ikut Rasul, iaitu ikut syariat yang Tuhan turunkan pada rasul, kena ikut sunnah rasul. Kalau syariat yang Tuhan turunkan pada rasul itu kita ikut jadikan panduan hidup kita, sunnah rasul kita jadikan panduan hidup kita maka Tuhan akui itu tanda kita cinta dengan Tuhan.

Kita cinta dengan Tuhan setelah ikut sunnah dan syariat Rasulullah, kita akan dapat respon dari Tuhan. Kalau kita tak dapat respon Tuhan, taklah cinta-mencintai dan redho-meredhoi. Kita cinta Tuhan, Tuhan cinta kita, tapi Tuhan respon, kita tak faham sebab kita orang akal. Tuhan kasih, kita anggap Tuhan benci sebab kita tak faham. Pesan Rasulullah ada sahabat bagi tahu pada Rasulullah, aku nak cinta dengan Tuhan. Apa jawap Rasulullah, kau sanggup ke kena uji? Tuhan respon dengan ujian, itu yang kita tak faham. Kalau kita tak faham, rosaklah. Tuhan akan respon, Tuhan akan cintakan awak iaitu awak kena uji. Allah cintakan Nabi Ibrahim dibakar, sebab Nabi Ibrahim cintakan Tuhan, responnya ialah Tuhan bakar dia.

Cinta kepada kecintaannya, Nabi Musa kerana cintakan Tuhan, respon dari Tuhan ialah masuk laut. Tak boleh diterima akal. Nabi Yusof kerana cintakan Tuhan, datang respon dari Tuhan, Nabi Yusof faham sebab tu dia redho dan seronok sebab itulah respon cinta Tuhan, antaranya terpisah dari ayahnya 40 tahun, masuk penjara 40 tahun, itu respon Tuhan. Rasulullah lagilah habibullah, lagi banyak respon dari Tuhan. Terpaksa perang 27 kali, ISA 3 tahun, macam-macam kesusahan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 02:38 AM | Show all posts
Begitu Tuhan cintakan hamba-Nya. Lain betul. Sebab itu saya teringatkan seorang sufi di Baghdad, dia datang dari kampong pergi ke Bandar di Baghdad. Orang sufi ini dia fikir dia dengan Tuhan sahaja. Sekali sekala macam orang tak siuman, datang budak-budak tak faham, pukul dia, batu pasir semua naiklah. Apa kata sufi itu? Ini yang saya nak, buat lagi. Budak-budak hairan, kita pukul dia suruh pukul lagi, kita tabor pasir dia suruh baling lagi. Kerana dia itu cinta dengan Tuhan datanglah respon Tuhan, iaitu Tuhan suruh budak-budak baling dia, pukul dia.

Sebab itu saya ulang lagi pada zaman Rasulullah, seorang sahabat nak pinang seorang gadis, tengok dia selidik dulu, bila selidik-selidik gadis ni tak pernah sakit, Rasulullah kata jangan kamu kahwin dengan dia sebab dia tak ada perhatian Tuhan. Kalau kita tentulah nak kahwin dengan yang sihat, tapi Rasulullah kata jangan, kalau awak kahwin juga tak ada berkat.

Begitulah Tuhan respon bila orang cintakan Dia, kalau seorang itu dibala dan diuji itu memang satu kehinaan, itu adalah tanda kasih Tuhan. Lain betul Tuhan bila cintakan hamba-Nya. Di sinilah baru kita faham Tuhan balas cinta di Akhirat bukan di dunia. Tuhan uji kekasih-Nya di dunia sebab nak balas di Akhirat. Kita tak faham, tak boleh terima. Sanggup ke untuk terima kasih Tuhan kita diuji oleh Tuhan, sebab itu Tuhan lakukan kepada hamba-Nya kalau nikmat itu banyak di dunia dikurangkan di Akhirat, kalau susah di dunia nak di lebihkan di Akhirat. Bukankah Rasulullah pernah beritahu tentang Abd. Rahman bin Auf. Dia ahli ekonomi, dia kaya, kekayaannya sampai boleh jatuhkan Yahudi. Kata Rasulullah, kau nanti bila mati esok, di kalangan sahabat aku begitu banyak kau akhir sekali, kau merangkak di siratul mustaqim, walaupun kau selamat tapi kau yang akhir masuk Syurga iaitu secara merangkak. . Sebab itu kita diuji oleh Tuhan munasabahlah tanda Tuhan sayang kepada kita. Kalau kita faham Tuhan sayang pada kita, kita tahan menerima ujian dari Tuhan. Kalau kita kata cintakan Tuhan sanggup ke diuji?

Jadi kalau kita tak diuji oleh Tuhan bukan satu keistimewaan, Tuhan tak ada perhatian lagi pada kita. Sebab itu rasul-rasul dah berjuang berpuluh tahun susah payah, dah menang, tak dapat kuasa pun. Nabi Musa dah menang pun tapi tak dapat kuasa, Nabi Ibrahim menang terhadap Namrud tapi tak dapat kuasa, Rasulullah dah menang di Mekkah dan Madinah tapi kuasa kecil sangat sekitar Mekkah dan Madinah sahaja, ¾ dunia tu di tangan sahabat bukan Rasulullah. Sebab tu dapat kuasa di dunia itu bukan ukuran Tuhan kasih. Begitu respon Tuhan kepada makhluk yang dicinta, tapi kita orang akal tak faham. Selalu bila diuji Tuhan kita gagal, kita kecundang, tak senang nak dapat cinta dari Tuhan. Nak cinta Tuhan payah, nak kena ikut syariat iaitu sunnah, Tuhan susahkan kita. Kalau kita dah bagi kasih sayang kepada kawan, datang kawan kita susahkan tentu kita cakap tak guna punya kawan. Kita dah bagi kasih sayang dengan isteri, isteri meragam dengan kita, kita akan cakap tak guna punya isteri. Lain betul, nak kasih dengan Tuhan pun payah, nak terima kasih Tuhan pun payah, yang kata cinta mencintailah kita, itu lagi payah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2006 02:40 AM | Show all posts
Kita nak cinta Tuhan kemudian Tuhan nak cinta kita tak senang. Kalau nak cintakan Tuhan ikut aku, maksud tersirat di sini kalau tak ada Rasulullah macam mana. Kalau zaman ada rasul hidup lagi ikutlah rasul, kalau zaman rasul tak ada, inilah nikmat Tuhan, tak ada rasul, pengganti rasul ada setiap zaman iaitu mujaddid. Kalau kita nak kasih Tuhan, ikutlah mujaddid zaman itu, ikutlah maksud tersirat, fahaman macam ni tak ada di pengajian lagi, ulama pun tolak. Maksud tersirat ialah di waktu rasul tak ada cintalah pada mujaddid, berjuang ikut mujaddid ialah mendapatkan cinta Tuhan.

Sekian.
Ampun Maaf
Sumber Rujukan Ustaz Hj Ashaari Muhammad
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-6-2006 02:40 AM
Kita nak cinta Tuhan kemudian Tuhan nak cinta kita tak senang. Kalau nak cintakan Tuhan ikut aku, maksud tersirat di sini kalau tak ada Rasulullah macam mana. Kalau zaman ada rasul hidup lagi ikutl ...



Kuliah yang sangat indah...walaupun sudah dibaca sebelum ini tetapi tidak jemu2 rasanya bila membaca dan menghayati tentang CINTA TUHAN pada makhlukNya.

Takut sekali kalau TUHAN selama ini memberi nikmat atas dasar ISTIDRAJ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 28-6-2006 02:40 AM
Maksud tersirat ialah di waktu rasul tak ada cintalah pada mujaddid, berjuang ikut mujaddid ialah mendapatkan cinta Tuhan....


Sekadar peringatan,
Jangan sampai cinta pada Mujaddid melebihi dari cinta kepada Allah dan Rasul serta berjihad dijalannya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah 9:24)
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 28-6-2006 03:38 PM


Specialized parental control filter that enables you to block porn from your web browser, Totally FREE, Download HERE:
http://www.naomifilter.org


thanks for this link...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080379 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list