View: 13402|Reply: 82
|
Al-Aqsa Dalam Bahaya (akan dirobohkan) - [merged yusmar, tun_sofia, akar]
[Copy link]
|
|
2007 : Tahun Untuk Zionis Robohkan Al-Aqsa !!
Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa Masjid al-Aqsa di Palestin berada di dalam keadaan yang serba elok, orang tersebut sama ada jahil yang melampau atau pun seorang yang buta huruf !
Amat dikesali bahaya yang menanti Al-Aqsa tidak diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan digambarkan sebagai konflik perebutan tanah telah mengaburkan isu sebenar.
Lebih menyedihkan lagi, OIC yang ditubuhkan sejurus selepas Masjid Al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiripun yang kini di bawah pimpinan Kuala Lumpur tidak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini , apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menanti Al-Aqsa!. Usaha rejim Zionis untuk merobohkan masjid al-Aqsa dan juga mengYahudikan Baitul Maqdis adalah serius.
Usaha siang dan malam mereka amat memalukan umat Islam sedunia yang hanya memandang sepi terhadap apa yang telah berlaku, apa yang berlaku kini dan apa yang bakal berlaku terhadap kota suci Baitul Maqdis dan juga kiblat pertama mereka, iaitu Masjid al-Aqsa.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan dan terus berjalan sehingga kini.
Bermula dengan merobohkan penempatan kaum Arab muslim dan Kristian di kota tersebut, membina penempatan Yahudi dan membawa para warga Yahudi dari seluruh dunia untuk mendiaminya, membawa pulang tulang belulang datuk nenek mereka dari Eropah dan Amerika untuk di tanam di dalam kawasan kota Baitul Maqdis.
Kini mereka telah ke tahap yang lebih agresif dengan membina tembok untuk memisahkan di antara umat Islam dengan Masjid al-Aqsa dan juga dengan menggali terowong di bawah bangunan Masjid al-Aqsa.
Malah penggalian terowong yang kini hampir menjangkau 500 meter di bawah masjid al-Aqsa telah menjadi sesuatu yang rasmi dan direstui oleh rejim Zionis. Apabila al-Haram al-Sharif telah dikelilingi dengan terowong di bawah dasarnya, maka binaan dan dasarnya akan goyah dan sebarang gegaran yang kuat akan dapat merobohkan keseluruhan bangunan tersebut.
Dan rejim zionis meletakkan tahun 2007 sebagai tahun untuk merobohkan dan menghancurkan Masjid Al-Aqsa yang kemudiannya digantikan dengan pembinaan kuil suci orang-orang Yahudi yang dinamakan Haykal atau HaMikdash
Kesimpulannya, apa yang telah berlaku, sedang dan akan berlaku ke atas masjid al-Aqsa, al-Haram al-Sharif dan juga Kubah al-Sahra merupakan sesuatu yang sepatutnya telah cukup untuk menyedarkan umat Islam. Sebagai kiblat yang pertama bagi umat Islam, bumi Israk dan mikraj serta masjid ketiga suci umat Islam, ia sepatutnya tidak harus dibiarkan hancur dan dirobohkan oleh rejim Zionis dan pelampau-pelampau Yahudi.
Jikalaulah keruntuhan masjid Babri di India telah cukup untuk membuatkan umat Islam di India untuk bangkit, selayaknya apa yang berlaku kepada masjid al-Aqsa telah cukup untuk membuatkan umat Islam di serata dunia untuk bangkit dan membebaskannya dari jajahan dan cengkaman rejim Zionis.
Ataupun umat Islam hanya akan bangkit setelah masjid al-Aqsa telah dirobohkan dan generasi muslim yang mendatang hanya akan mengenalinya melalui gambar-gambar di dalam buku sejarah mereka, kerana pada waktu itu masjid al-Aqsa sudah tiada lagi, dan yang tinggal hanyalah Haikal Yahudi!
Sumber : palestinkini.info
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
(Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia )
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
(Aman Palestin Berhad )
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
atau,
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
[ Last edited by ibnur at 3-8-2006 01:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang telah berlaku ?:
(7 Jun 1967 ) Jeneral Mordechai memasuki kawasan al-Haram al-Sharif dengan kereta perisainya dan menawan bahagian timur al-Quds
(16 Jun 1969) Rejim Zionis menawan bahagian barat daya masjid al-Aqsa.
(11 November 1979 ) polis Israel telah melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang bersolat di masjid al-Aqsa. ramai yang terkorban dan tercedera.
(28 Ogos 1981) Penemuan terowong yang digali oleh anasir Yahudi di bawah masjid al-Aqsa bermula dari tembok menangis
(11 April 1982) Seorang tentera rejim, Harry Goldman telah melepaskan tembakan secara membuta tuli ke arah para jemaah yang berada di masjid al-Aqsa dan menyebabkan ramai yang terkorban dan lebih 60 orang cedera parah.
(28 September 2000 ) Ariel Sharon, perdana menteri rejim Zionis yang baru dilantik telah memasuki masjid al-Aqsa dengan 200 tenteranya yang lengkap bersenjata dan memakai kasut.
(Mac 2001) 30 buah pertubuhan ekstrimis Yahudi telah bersepakat meletakkan batu asas untuk penubuhan Haikal di kawasan Kubah 揳l-Sahra |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Al-Aqsa hampir kepada fasa paling bahaya !!
揗aha Suci Allah swt yang telah mengisrakkan hamba Nya ( Muhammad saw ) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah diberkati sekelilingnya, agar Dia menunjukkan kepada hamba Nya tanda- tanda kebesaran Nya. 厰 maksud surah al-Israk(surah al-Israk: ayat 1 )
hadith Abu Hurairah & Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim :
Rasulullah S.A.W bersabda : 揓anganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa, Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.擺/b]
Jelas dalam ayat dan hadis di atas Masjidil Aqsa termasuk dalam senarai tempat suci utama dalam agama Islam apabila ia dikaitkan dengan peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini amat penting kerana dengan ia ibadah solat, tiang agama, mula difardhukan. Masjid al-Aqsa juga merupakan Qiblat pertama dalam Islam sebelum umat Islam diarahkan untuk menghadap ke masjidil Haram ketika bersolat.
Tetapi sayangnya semenjak tahun 1948 , iaitu semenjak penubuhan negara haram Israel sehingga kini, bumi al-Aqsa telah menyaksikan pencabulan kesuciannya oleh pihak Zionis Israel . Pihak Zionis Israel yang telah merampas bumi Palestin dari umat Islam dan seterusnya meletakkan masjid al-Aqsa di bawah jajahan mereka dan membina tempat ibadat mereka pada sebahagian daripada tembok masjid tersebut.
Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:
"Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur & musnah,Muhammad telah mati, Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah"
Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!
Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai "Tembok Buraq" itu telah ditukarkan namanya kepada "Tembok Meratap".
Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat "meratap" di atas kehilangan "Haykal" yang pernah dibina oleh Nabi Sulayman di atas tapak tersebut.
Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan "haji" mereka di sana. Bagi para tentera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera rejim juga akan menuna ikan "angkat sumpah" di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah satu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai "The Mount Temple" ataupun "Haykal Sulayman".
Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut faham Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah mimbar-masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahanya.
Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.
Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.
Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satupun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hanya menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv.
Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.
Jika pemimpin-pemimpin umat Islam di OIC tidak lagi dapat diharapkan, rasanya sudah sampai masanya umat Islam sendiri bersifat pro-aktif di dalam usaha menyelamatkan masjid al-Aqsa.
Bertindaklah segera sebelum ia dirobohkan !!
Sumber : palestinkini.info |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Replika model kuil yahudi (Haikal atau HaMikdash) yang bakal menggantikan Masjid Al-Aqsa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah pemandangan gambar di atas akan berubah menjadi pemandangan gambar di bawah ini ????
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laporan Al-Aqsa Foundation:
• Pada tahun 1948, rejim zionis telah menghancurkan lebih daripada 200 buah masjid di seluruh Palestin.
• Rejim zionis telah menderafkan undang-undang khusus untuk menghalalkan usaha perampasan tanah-tanah wakaf milik umat Islam.
• 18 buah bangunan masjid dirobohkan dan dibina sinagog (kuil Yahudi)
• 16 masjid yang lainnya telah diubahsuai menjadi kandang lembu, kelab-kelab malam, pusat pelacuran dan restoran.
• Rejim zionis juga telah memberi keizinan kepada penerbit-penerbit filem lucah untuk melakukan aksi seks di salah sebuah masjid yang telah disita oleh mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penggalian di bawah kota Baitul Maqdis : Satu pendedahan
1) Fasa pertama (penghujung 1967 sehingga 1968):
Terowong sepanjang 70 meter di bawah tembok sebelah barat bangunan al-Haram al-Sharif (Masjid al-Aqsa), di sebelah belakang kawasan solat muslimah dan di bawah muzium Islam sehingga ke kubah al-Fakhriah.
2) Fasa Kedua (1969):
Terowong sepanjang 80 meter pula digali bermula drpada terowong yg telah digali sewaktu fasa pertama. Terowong kali ini digali sehingga mencecah pintu "Magharibah" juga di sebelah barat bangunan al-Harm al-Sharif. Ianya berada di bawah bangunan-bangunan milik Zawiyyah Fakhriah yg sekarang ini dikenali sebagai Institut al-Shafie.
3) Fasa Ketiga (bermula 1970, tergendala sebentar sehingga 1974, dan kemudian disambung penggaliannya semula pada 1975 sehingga kini:
Ianya digali sejauh 180 meter di bawah mahkamah Syariah bersebelahan dgn bangunan al-Haram al-Sharif, serta merupakan bangunan yg tertua di dalam kota Baitul Maqdis. Terowong yg digali ini berada di bawah lima pintu pagar utama Masjid al-Aqsa dan juga beberapa bangunan bersejarah serta empat buah masjid, kubah-kubah Qayt Bay, pasar al-Qatanin, beberapa buah sekolah dan juga kawasan-kawasan perumahan di sekitar Masjid al-Aqsa. Dianggarkan tiga ribu orang Arab Muslim yg tinggal di kawasan perumahan tersebut.
4 & 5) Fasa keempat dan kelima (dr tahun 1973 sehingga 1974 di empat tempat yg berlainan):
Tempat pertama: Di bawah mihrab Masjid al-Aqsa, sehingga 20 meter jarak ketinggiannya.
Tempat kedua: Di kawasan tenggara Masjid al-Aqsa yg utama.
Tempat ketiga: Di kawasan sebelah barat Masjid utama.
Tempat keempat: Di sekitar keempat-empat pintu masuk utama ke masjid utama.
Di ketiga-tiga tempat tersebut, ketinggian terowong yg digali itu telah menjangkaui 13 meter ke bawah. Penggalian ini telah menyebabkan keretakan yg nyata di dalam kawasan Masjid yg utama (masjid Omar yg dikenali dgn Masjid al-Aqsa). Sebarang gegaran yg kuat sudah cukup untuk meretakkan masjid tersebut serta merobohkannya).
6) Fasa Keenam (Bermula pada tahun 1975 dan berterusan sehingga kini):
Terowongnya bermula dr tembok sebelah timur, di antara tembok Mariam dan juga kawasan Timur laut tembok kota Baitul Maqdis. Penggalian terowong ini menjejaskan kawasan perkuburan yg terdapat di atas terowong tersebut dan bersebelahan dgn Masjid al-Aqsa.
7) Fasa Ketujuh (Bermula 1975 sehingga kini):
Ianya bertujuan untuk meluaskan medan al-Buraq (ataupun dipanggil oleh kaum Zionis sebagai medan "shitl" yg bermaksud tembok ratapan). Pembinaan medan tersebut sahaja telah memusnahkan beberapa bangunan milik umat Islam, seperti perpustakaan al-Khaliddiya (perpustakaan tertua yg wujud di Baitul Maqdis), Mahkamah Syariah dan juga 35 buah bangunan yg merupakan kawasan penempatan bagi 250 orang Arab Muslim yg mendiami kawasan tersebut. Terowong yg dibina adalah merupakan kesinambungan drpada medan tersebut dan menjadi sebahagian drpada kawasan "suci" bagi penganut agama Yahudi pro-Zionis.
8) Fasa Kelapan (Bermula 1976 sehingga kini):
Ianya bertujuan untuk mencari kubur-kubur lama milik raja-raja Yahudi yg mereka dakwa ditanam di bawah kota lama Baitul Maqdis mengelilingi kawasan sebelah barat Masjid al-Aqsa. Motto utama penggalian ini ialah "Discover the graves of the kings of Israel in David's City". Penggalian terowong ini telah menyebabkan keretakan pada tembok sebelah barat bangunan masjid utama secara keseluruhan.
Penggalian di waktu kini
Sehingga kini, pihak rejim Zionis meneruskan usaha penggalian terowong di bawah masjid. Panjang terowong yg pertama hasil dr kerja-kerja mereka sebanyak lapan fasa telah menjangkau 500 meter dr tembok al-Buraq (shitl menurut Zionis) sehinggalah ke kawasan sebelah timur Baitul Maqdis. Terowong kedua pula bermula dr pintu al-Ghawanim di dalam bangunan masjid menjangkau sehingga kawasan perumahan Arab Kristian di dalam kota lama. Terowong ketiga pula bermula dr pintu Magharibah sehinggalah ke pintu al-Amud.
Apakah tindakan kita??? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Usaha jahat rejim Zionis ini telah didedahkan oleh Syeikh Raed Salah, Dato' bandar Umm al-Fahm dan juga ketua Harakah Islamiyyah (gerakan Islam) di dalam kawasan Palestin 1948 (yg dikenali sebagai negara Israel). Menurut Syeikh Raed Salah :
tujuan utama penggalian terowong adalah untuk merobohkan masjid al-Aqsa secara semulajadi. Sebarang gegaran, samada berpunca dr gempa bumi atau letupan yg kuat sudah cukup untuk merobohkan masjid al-Aqsa.
Jika berlaku yg sedemikian, pihak rejim Zionis akan berlepas tangan dan tidak akan bertanggung jawab di atas keruntuhan tersebut dan akan segera membina kuil mereka kerana mereka akan mendakwa Masjid itu roboh dgn sendiri, dan tanah tersebut akan menjadi milik mereka kerana tiada lagi masjid di atasnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mohi This user has been deleted
|
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
(Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia )
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
(Aman Palestin Berhad )
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
atau,
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
Jangan dermalah . . Duit tu tak akan sesekali smapai kat tangan orang Palestin !!! Percayalah cakap aku. . Ayah kawan aku dah kena. . Masa pertengahan nak transfer duit tu adalah golongan munafik bertopenkan Islam tetapi golongan Zionist yang akan mengambail duit-duit rakyat Malaysia dan bagi kat
Israeil . . . Terus terang. . Kita tak boleh buat apa-apa. . . Memang dah takdir orang-orang yahudi kat Israeil tu akan menanti kemunculanj Dajjal yang pendusta. . . Terus terang, kita dah ada banyak golongan ZIonist dikalangan orang yang bertopengkan Islam sendiri. . .
[ Last edited by antiQue at 14-7-2006 11:55 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa Yg Boleh Kita Lakukan ???
1) Berusaha mendalami ilmu-ilmu Islam dan juga menambahkan pengetahuan terhadap isu Palestin, sejarahnya dan juga sebarang maklumat berkaitan dgn Masjid Al-Aqsa & Baitulmaqdis. Yg paling penting ialah para pembaca perlulah membetulkan dahulu kefahaman mereka tentang Islam, agar isu Palestin dan isu Al-Aqsa dapat dilihat dr kaca mata Islam dan bukan hanya dr kaca mata politik atau material semata-mata.
2) Berusaha untuk menyampaikan maklumat mengenai bahaya yg mengancam masjid suci umat Islam kepada seluruh umat Islam di serata dunia selaras dgn kemampuan. Ruang teknologi maklumat merupakan satu medium yg paling efektif untuk menyampaikan maksud ini. Sebarkanlah maklumat ini dan artikel berkaitan al-Aqsa kepada mereka yg lain.
3) Masjid-masjid, organisasi-organisasi Islam dan dakwah, komuniti Muslim dan juga individu-individu Muslim boleh tampil dgn mengadakan memorandum dan mengumpulkan tandatangan mendesak OIC untuk menjadikan isu Masjid Al-Aqsa sebagai isu utama OIC dan jangan sekali-kali meminggirkanya. Memo tersebut boleh diserahkan terus kepada OIC yg sekarang ini masih lagi dipengerusikan oleh Kuala Lumpur.
4) Kita juga boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada para pelarian, anak-anak yatim, balu-balu dan juga rakyat Palestin yg merupakan tonggak utama dan barisan pertama umat Islam di dalam menghadapi musuh zionis yg mengancam Masjid Al-Aqsa.
5) Kita juga boleh memboikot barang-barang buatan Israel, barangan keluaran syarikat-syarikat pro-Zionis dan juga barangan buatan Amerika yg bertanggungjawab membantu rejim Zionis di dalam usaha merobohkan Masjid Al-Aqsa. (Dapatkan maklumat mengenai produk untuk diboikot dr http://www.inminds.co.uk/)
6) Dan akhir sekali, kita juga boleh mendoakan keselamatan Masjid al-Aqsa, keutuhan para pejuang Palestin dan juga penerusan kemenangan jihad umat Islam di Palestin demi mempertahankan masjid al-Aqsa dan juga dalam usaha mereka menghalau penjajah Zionis dr bumi Baitul-Maqdis dan juga Palestin.
Semoga apa yg kita lakukan ini akan menjadi alasan dan jawapan jika kita ditanyakan oleh Allah kelak, apakah yg telah kita lakukan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
mohi This user has been deleted
|
Apa Yg Boleh Kita Lakukan ???
1) Berusaha mendalami ilmu-ilmu Islam dan juga menambahkan pengetahuan terhadap isu Palestin, sejarahnya dan juga sebarang maklumat berkaitan dgn Masjid Al-Aqsa & Baitulmaqdis. Yg paling penting ialah para pembaca perlulah membetulkan dahulu kefahaman mereka tentang Islam, agar isu Palestin dan isu Al-Aqsa dapat dilihat dr kaca mata Islam dan bukan hanya dr kaca mata politik atau material semata-mata.
2) Berusaha untuk menyampaikan maklumat mengenai bahaya yg mengancam masjid suci umat Islam kepada seluruh umat Islam di serata dunia selaras dgn kemampuan. Ruang teknologi maklumat merupakan satu medium yg paling efektif untuk menyampaikan maksud ini. Sebarkanlah maklumat ini dan artikel berkaitan al-Aqsa kepada mereka yg lain.
Aku setuju 100%. . .
Kita juga boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada para pelarian, anak-anak yatim, balu-balu dan juga rakyat Palestin yg merupakan tonggak utama dan barisan pertama umat Islam di dalam menghadapi musuh zionis yg mengancam Masjid Al-Aqsa.
Pastikan wakil draio negara kita yang hulurkan bantuan kepada mereka . . .
Jangan sesekali melalui orang tengah. . . Membazir ajer duit kita karang melayang kepoada Israeil. .
5) Kita juga boleh memboikot barang-barang buatan Israel, barangan keluaran syarikat-syarikat pro-Zionis dan juga barangan buatan Amerika yg bertanggungjawab membantu rejim Zionis di dalam usaha merobohkan Masjid Al-Aqsa. (Dapatkan maklumat mengenai produk untuk diboikot dr http://www.inminds.co.uk/)
Jangan minum Coca-cola. . .Jangan minum Sprite. . .
Jangan minum semua syarikat dibawah trademark coca-Cola . . .
6) Dan akhir sekali, kita juga boleh mendoakan keselamatan Masjid al-Aqsa, keutuhan para pejuang Palestin dan juga penerusan kemenangan jihad umat Islam di Palestin demi mempertahankan masjid al-Aqsa dan juga dalam usaha mereka menghalau penjajah Zionis dr bumi Baitul-Maqdis dan juga Palestin.
Semoga apa yg kita lakukan ini akan menjadi alasan dan jawapan jika kita ditanyakan oleh Allah kelak, apakah yg telah kita lakukan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa!
Amin...amin Ya rabball Alamin. . . . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mohi at 8-7-2006 05:09 PM
woi....Jangan dermalah . . Duit tu tak akan sesekali smapai kat tangan orang Palestin !!! Percayalah cakap aku. . Ayah kawan aku dah kena. . Masa pertengahan nak transfer duit tu adalah golongan munafik
bertopenkan Islam tetapi golongan Zionist yang akan mengambail duit-duit rakyat Malaysia dan bagi kat
Israeil . . .
Setakat ini Pertubuhan Jemaah Malaysia (JIM) sudah menyampaikan segala derma rakyat Malaysia kpd keraajan Palestin (HAMAS) dan alhamdulillah dgn bantuan dr seluruh dunia, kerajaan HAMAS sudah boleh membayar gaji para2 pekerja Palestin yg tertunggak berbulan-bulan disebabkan oleh sekatan dana oleh US dan Zionis laknatullah.
Walaubagaimanapun menteri2 kabinet HAMAS masih belum lg menikmati gaji tertunggak mrk, kerana HAMAS mengutamakan dahulu kepentingan rakyat Palestin drp kepentingan mrk sendiri.
Berkenaan akaun AMAN PALESTING BERHAD.:
Akaun tersebut adalah utk membantu seluruh pelarian Palestin yg berjumlah kira2 6 juta org yg hidup dgn penuh kedhaifan dan keperitan di kem2 pelarian di sekitar Lubnan, Syiria & Jordan. Mrk adlah terdiri drp anak2 yatim & janda2 para syuhada Palestin (kita doakan) yg berjuang utk mempertahankan tanah air ummat Islam dan rumah Allah (Masjid Al-Aqsa)
Senarai Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Aman Palestin
di Kem-kem Pelarian Palestin di sekitar Lubnan,Syria
dan Jordan
1. Pembiayaan Anak-anak Yatim dan Projek Anak Angkat
Yatim Palestin
2. Pembiayaan Ibu Tunggal
3. Bantuan Pelajaran
4. Projek Pusat Jahitan
5. Pembinaan Rumah Anak-anak Yatim Palestin
6. Projek Wakaf Palestin
7. Projek Hospital
8. Projek Bantuan Ubat-ubatan
9. Projek Korban Aidil Adha
10. Projek Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah
11. Projek Berbuka Puasa Ramadan
12. Projek Pembinaan Pusat Al Quran
13. Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-anak
Pelarian dan Yatim Palestin
14. Wakaf Kenderaan Aman Palestin
15. Projek Pakaian Musim Sejuk
16. Wakaf Bangunan Aman Palestin
Sumber : utusanonline
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 01.htm&arc=hive
RM1 setiap bulan kepada Palestin
Masukkan derma anda ke dalam akaun:
(Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia )
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
(Aman Palestin Berhad )
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
atau,
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787
Pertanyaan : 03-89267019
[ Last edited by skywalker at 8-7-2006 06:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mohi at 8-7-2006 05:09 PM
Terus terang. . Kita tak boleh buat apa-apa. . . Memang dah takdir orang-orang yahudi kat Israeil tu akan menanti kemunculanj Dajjal yang pendusta. . . Terus terang, kita dah ada banyak golongan ZIonist dikalangan orang yang bertopengkan Islam sendiri. . .
Inilah yg diinginkan oleh zionis laknatullah : ummat Islam yg putus asa dan hilangnya tawakkal kpd Allah. Dan benarlah bait2 lagu yg dinyanyikan oleh zionis sewaktu menawan masjid al-aqsa pd thn 1967 :
"Letakkan apricot ke atas epal, agama Muhammad telah hancur dan musnah,Muhammad telah mati, Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah"
Ummat Islam kini lemah spt perempuan dan hanya berserah pd takdir. Ummat Islam kini sudah dicandukan dgn hiburan yg melampau sehingga sudah tidak berupaya lg utk mempertahankan Islam. Dan inilah senjata paling berkesan dan ampuh yg digunakan oleh barat utk melemahkan ummat Islam iaitu HIBURAN 24 jam !!!
|
|
|
|
|
|
|
mohi This user has been deleted
|
Abis tu kita nak buat apa ? okay, aku sokong dermaan itu. .Cuma aku nak bagitau memang
susah nak hancurkan Israeil dari peta dunia. . . Aku memang ada niat macam tu . . terus tenag, kalau aku ada nuclear, aku hancurkan israeil sekarang juga. aku bukan berputus asa,
aku tetap sokong mereka yang berlawan israeil dan kebanyakkan pejuang tersebut tumpas sebagai syuhada.Okay, kita boleh cuba sedaya-upaya dan kerahkan tenaga untuk melawan Israeil, walaubagaimanapun,Candi sulaiman di Israeil mmg akan ttp berjaya dibina. Mmg bagus nasihat ko tu, aku appreciate. Ko kata aku lemah, aku penegcut, aku perempuan, tetapi ko tak tau apa yang ada di dalam hatiku dan apa yang ada dalam diriku.. Ko tau ke tetang latar belakang aku dengan hubungan aku dengan orang beri bantuan kewangan kepada palestin ? Ko tau kenapa aku cakap macam orang putus asa ? Sebab aku tak yakin dengan orang islam itu sendiri sebab ada banyak golongan munafik yang memerintah negara-negara Islam di sekeliling Israeil sehingga aku kasihan melihat saudara kita di Palestin tertindas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sia2 Sultan Salahuddin Al Ayubi membebaskan kota Baitul Maqdis ratusan tahun dulu tp umat Islam kini endah tak endah terhadap apa yg berlaku kpd masjid ketiga suci itu.Umat Islam sekarang masing2 menjaga tengkuk sendiri,perut sendiri.Masing2 lebih suka bercakaran sesama sendiri(lihat dlm forum ni pun cukuplah)dgn pelbagai fahaman dan perbezaan.
Mari kita lihat perkembangan semasa,regim zionist sedang menggempur dan menyembelih umat Islam Palestin sewenang2nya dan seolah2 tidak ada sesiapa terutama dunia Islam yg mampu menghalangnya.Ini menunjukkan umat Islam keseluruhannya berada dalam kedudukan yg paling lemah sekali.Mereka seperti biri2 yg menanti pisau pemotong di rumah sembelihan.Walaupun Hamas berjaya membentuk kerajaan pilihan rakyat Palestin sendiri tetapi regim zionist berjaya membuktikan mereka berkuasa sepenuhnya ke atas rakyat Palestin.Mereka bebas keluar masuk di dalam tanah Palestin dan bebas menculik menteri2 kabinet Palestin begitu shj tanpa tentangan(klu ada pun begitu lemah sekali).Alasan mereka iaitu utk membebaskan seorang askar berpangkat koperal!Sungguh ironis.
Mereka bertindak seolah2 kucing yg mempermain2kan tikus sebelum membahamnya.Seolah2 itulah nasib Palestin selama ini.Yahudi sengaja membiarkan penentangan2 rakyat Palestin,seolah2 umat Palestin masih mampu melawan,walhal mereka boleh menghapuskan seluruh org Palestin dan merampas seluruh bumi Palestin bila2 mereka mahu.Mereka seolah2 hanya menanti masa yg sesuai.Mungkin ketika umat Islam berada dlm kedudukan paling lemah;isyaratnya mudah iaitu Masjidil Al Aqsa hancur!
Ketika itu kita boleh jangka apa respon drp umat Islam sedunia.Macam biasa,sedikit kecaman drp negara2 Islam,kemudian OIC akan bersidang sikit,buat kecaman sikit,negara2 Arab pura2 bersuara lantang,konon2 marah,kemudian senyap.Umat Islam pula buat demonstrasi,bakar2 bendera2 sikit(bendera israel dan Amerika tentunya)merusuh sikit2 dan yang matinya org2 Islam yg merusuh itu juga.'Kucing2' Israel dan Amerika tersengih2 melihat reaksi 'tikus2' Muslim tadi krn mereka tahu tidak ada apa2 yg akan melukakan mereka dgn tindakan2 sebegitu.
Begitulah kita.Tp tidak pula bermakna bantuan derma dan sebagainya kpd umat Islam Palestin harus dihentikan;nampaknya cuma itulah kemampuan kita dlm keadaan sekarang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SMS - Masjid Aqsa
Asalamuallaikum,
Aku dapat sms ni dari beberapa orang member petang tadi....Tolong bacakan lailahaillallah allahuakbar.... & surah ikhlas 3 kali untuk masjid aqsa yang sedang dikepung oleh Israel. inilah masa untuk berjihad.
Tak taula betul atau tidak tapi marilah kita bersame mendoakan agar saudara saudara Islam kita di sana di kurniakan hidayatnya.
Terima kasih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
daratista This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Israel semakin mengganas
Israel bom Beirut, 52 maut
BEIRUT: Rantau Asia Barat semakin huru-hara apabila tentera Israel mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut, mengadakan hadangan laut ke atas Lubnan serta melancarkan serangan udara yang membunuh 52 orang awam dan mencederakan lebih 100 lagi, semalam.
Lubnan adalah medan konflik kedua tentera Israel, yang turut menyerang Semenanjung Gaza, kononnya untuk membebaskan seorang askarnya daripada tawanan pejuang Palestin.
Selepas melancarkan serangan terbaru di Lubnan, Israel memberi alasan, ia sebagai membalas tindakan pejuang Hizbullah membunuh lapan askar dan menawan dua lagi tentera Yahudi di sempadan, kelmarin.
Malah, Israel juga meminta kerajaan Lubnan mengosongkan daerah Dahiya di selatan negara itu kerana mahu membunuh pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah.
Pengeboman Yahudi itu menyebabkan lapangan terbang di Beirut terpaksa ditutup sekurang-kurangnya 48 jam akan datang. Lebih 20 jambatan di Selatan Lubnan juga dibom tentera Israel.
Serangan udara Yahudi di sempadan Lubnan turut membunuh lebih 15 kanak-kanak.
Selain itu, dua jam selepas mengebom lapangan terbang Beirut, sebuah helikopter Israel melancarkan peluru berpandu ke atas ibu pejabat stesen televisyen al-Manar milik Hizbullah di daerah Haret Hreik yang mencederakan enam orang.
Pesawat pejuang Israel kemudian membedil menara komunikasi al-Manar di selatan bandar Baalbek di timur Lubnan menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera, kata saksi.
Hizbullah bagaimanapun tidak berdiam diri dengan bertindak balas melancarkan 60 roket ke Nahariya dan bandar Safet di utara Israel, menyebabkan dua penduduk Yahudi maut dan 29 lagi cedera, kata anggota perubatan.
Di Gaza, jet tempur Israel mengebom Kementerian Luar Palestin menyebabkan 10 kanak-kanak cedera.
Pesawat melepaskan dua bedilan peluru berpandu mensasarkan pejabat Menteri Luar, Mahmud al-Zahar.
Di kalangan yang cedera ialah bayi berusia empat dan enam bulan, kata saksi dan doktor di Hospital Al-Shifa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skywalker at 7/7/06 04:36 AM
Dan rejim zionis meletakkan tahun 2007 sebagai tahun untuk merobohkan dan menghancurkan Masjid Al-Aqsa yang kemudiannya digantikan dengan pembinaan kuil suci orang-orang Yahudi yang dinamakan Haykal atau HaMikdash
leh aku tau fakta penyokong kenyataan ini?
:tq:
[ Last edited by BeanDiesel at 13-7-2006 07:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mohi at 10-7-2006 08:27 PM
Abis tu kita nak buat apa ? okay, aku sokong dermaan itu. .Cuma aku nak bagitau memang
susah nak hancurkan Israeil dari peta dunia. . . Aku memang ada niat macam tu . . terus tenag, kalau aku ad ...
ko mmg org yg cepat putus asa....
dlm agama pon ckap..
jgn putus asa... baru kite berjaya..
itu kelemahan kiter..
setan suker.. yahudi pon suker...
antiQue ~ Saya edit lagi posting anda. Sebagai jawapan kepada persoalan anda di bawah ini, sila fahami bahawa board MM mempunyai undang-undang berbeza dengan board lain (ketetapan yg dibuat bersama admin semasa awal penubuhan board ini). Segala serangan berbentuk peribadi kepada forumners lain atau bahasa yang terlalu kasar akan dibuang, sesuai dengan konsep board ini. Anda boleh menegur, tetapi sila gunakan bahasa yang lebih baik. Cara yg tidak sesuai hanya akan mengundang balasan-balasan dari forumners lain, dan akhirnya nanti thread ini akan penuh dengan pergaduhan sahaja. Sekiranya anda ingin turut sama berkongsi ilmu di sini, saya mohon anda hormati cara board ini dikendali, dan mohon juga sebagai umat Islam, hormati rakan Islam yang lain. TQ
P/S : antique aku tengok ko suker edit post org....
apo masalah ko ni????... nf:
[ Last edited by antiQue at 14-7-2006 02:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|