CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24823|Reply: 28

MINYAK KELAPA DARA

[Copy link]
Post time 28-7-2006 01:57 AM | Show all posts |Read mode
Ada tak sesape yang dah pernah mengamalkan minum minyak kelapa dara??. Kalau ada bolehlah kongsi pengalaman kat sini. Mungkin dapat membantu sahabat-sahabat yang lain.

[ Last edited by  NUFERA at 30-7-2006 05:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2006 12:01 PM | Show all posts
pnh minum...beli 4 botol sekali tp tak habih2 sbb takleh nak telan sbb dia minyak pure rasa kembang je tekak...taktau effect dia cane coz tak konsisten
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 01:00 PM | Show all posts
beli sebotol 3 bln lps. tak blh nak telan gak. bau mcm minyak kelapa yg baru ditanak. skrg ni buat minyak rambut anak2. campur sket dgn minyak rambut zamzam, ada la bau wangi sket.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 02:54 PM | Show all posts
bukan ke kita nak kurangkan minyak, nape yg ni disuruh minum lak, ape kelebihannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2006 03:48 AM | Show all posts
MINYAK KELAPA DARA ni memang ada banyak jenis dan syarikat yang keluarkan. Ada sesetengah tu datangnya dari Indonesia, Filipina dan sebagainya Dari segi pemprosesan, kandungan dan juga rasanya sudah tentu ada perbezaan. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak masih ada rasa minyak jugalah.... nama pun minyak takkan rasa oren pulak kut.....cuma kuat dgn tidak je... Apalah kalau nak dibandingkan rasa dengan ubat-ubatan moden yang pun agak susah juga nak menelannya disamping kesan-kesan sampingan lain yang akan muncul.
Baru-baru ni di kabinet pun telah mencadangkan supaya usaha penanaman pokok kelapa diperbanyakkan lagi dek kerana khasiat MINYAK KELAPA DARA yang telah mula diketahui begitu tinggi khasiatnya. (Tengok TV yang bahagian dari PARLIMEN tu, selalunya kat TV1). Tentang nak kurangkan minyak tu pun memang betullah ummy43... tapi itu minyak petrol sebab kelebihannya dapat jimatkan duit poket kita dan satu lagi memang betullah kurangkan makanan berminyak. Ialah itu bukan minyak yang saya maksudkan. Tapi MINYAK KELAPA DARA ni lain, ia bagus untuk kesihatan kita....... kalau nak tahu bacalah seterusnya.  

Apa yang penting MINYAK KELAPA DARA (NUFERA rujukan saya) ialah khasiatnya yang begitu tinggi dan menakjubkan. Mungkin persepsi orang kita menganggap bahawa MINYAK KELAPA mengandungi kolesterol yang tinggi. Kita selalu beranggapan tak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya kita SILAP. Itu hanyalah propaganda orang-orang barat (sejak dari perang dunia kedua lagi....dah lama dah!!!) yang mahukan keluaran minyak soya mereka diterima diseluruh dunia terutamanya di sebelah Asia termasuklah negara kita yang memang banyak kelapa. Mereka membuat kenyataan bahawa minyak kelapa tidak bagus dan minyak soya mereka sahaja yang bagus dan sihat. Lantaran itu mereka dapat meraih keuntungan yang tinggi. Kita harus sedar ini semua. Dah sekian lama kita diperbodoh-bodohkan oleh mereka. Sampai sekarang pun masih tertipu. Orang-orang kita dulu tak ada teknologi untuk mengkaji dan menyelidik tentang minyak kelapa. Tetapi sekarang universiti dan institusi penyelidikan tempatan dan juga luar negara telah pun dapat membuktikan bahawa minyak kelapa adalah bebas kolesterol malahan mengandungi banyak khasiat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk yang kronik. Satu formula telah terhasil dari kajian beberapa saintis dan penyelidik professional tempatan.

1996, sekumpulan anak Malaysia memulakan usaha untuk merubah kaedah rawatan melawan penyakit. Dianggotai oeh beberapa orang saintis tempatan dan individu yang berwawasan tinggi, kumpulan ini mula mencari kaedah baru dalam melawan penyakit. Berbekalkan keinsafan bahawa kemunculan pelbagai virus dan bakteria yang tidak dapat dibunuh oleh ubat-ubatan berasaskan bahan kimi dan dadah telah memburukkan lagi keadaan kesihatan manusia sejagat. Manakala WHO pula semakin tertekan untuk mendapatkan penyelesaian bagi melawan penularan wabak penyakit tanpa rawatan yang terus mengancam. Waktu itu manusia hanya mampu berdoa untuk kemunculan satu keajaiban.

Secara tradisinya, industri kesihatan global yang berpusat dan diterajui oleh ideologi BARAT yang terbukti amat mementingkan nilai komersial. Ianya tidak ubah seperti satu penjajahan. Penggunaan pelbagai bahan kimia dalam merawat penyakit telah secara langsung menyumbang kepada keadaan yang lebih buruk dengan pelbagai kesan sampingan. Maka sudah sewajarnyalah, sebarang bentuk usaha dalam mencari penawar baru mestilah bebas dari pengaruh mereka.
Projek BIOTEKNOLOGi dengan hasrat untuk merevolusikan kaedah rawatan menggunakan tumbuhan tempatan telah dimulakan. Pelbagai rumusan telah dibangunkan dan diuji. Tiga tahun dihabiskan. Amat membanggakan apabila projek kecil-kecilan tanpa publisiti itu, telah menarik minat beberapa orang pakar bioteknologi dari luar menyertainya. Fokus adalah untuk mencari satu formula baru dengan kemampuan tertinggi merawat pelbagai penyakit.
Formula bioteknologi tiga tahap yang dicipta dengan menggabungkan hampir 50 jenis bakteria terpilih yang disahkan selamat dan baik, tanpa penggunaan haba dan bahan kimia telah ditemui dan ianya juga telah melalui pelbagai bentuk ujikaji bagi memastikan tahap keasliannya adalah 100% asli dan bebas toksik. Formula ini yang kemudiannya dinamakan NUFERA manakala teknologinya pula dikenali sebagai Teknologi NUFERA kini masih lagi dalam proses untuk dipatenkan di United States Food and Drug Administration (USFDA).

2003 menyaksikan produk Minyak Kelapa Dara Nufera yang dihasilkan mula diperkenalkan kepada pasaran terbuka dalam sifat asalnya iaitu sebagai makanan harian. Kehadiran Minyak Kelapa Dara Nufera walaupun berupaya mencelikkan mata beberapa pihak tetapi ianya masih belum mendapat tempat dihati masyarakat umum kerana pengetahuan disebalik MINYAK KELAPA DARA yang agak teknikal amat cetek dikalangan orang-orang kita.

MINYAK KELAPA pada asasnya adalah bebas kolestrol 100%. Fakta ini bukan sahaja disahkan oleh saintis tempatan, tetapi juga oleh beberapa kajian saintifik oleh pakar-pakar penyelidik barat sendiri. Khusus untuk NUFERA pula, kandungannya disahkan oleh 14 professor, bebas kolestrol. Ianya mudah hadam, mudah serap dan sangat berguna untuk kesihatan.




~ Hanya sekadar maklumat dan untuk pengetahuan sahaja atau boleh juga dijadikan sebagai renungan sahaja~
Terima kasih kerana sudi baca hingga ke perenggan ini...........
Kalau nak tahu lebih banyak kebaikan MINYAK KELAPA DARA boleh rujuk kat SINI

[ Last edited by  NUFERA at 30-7-2006 11:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2006 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by NUFERA at 30-7-2006 03:48 AM
MINYAK KELAPA DARA ni memang ada banyak jenis dan syarikat yang keluarkan. Ada sesetengah tu datangnya dari Indonesia, Filipina dan sebagainya Dari segi pemprosesan, kandungan dan juga rasanya suda ...


apa yg ummy maksudkan tu ialah kurangkan makanan berminyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2006 11:22 AM | Show all posts
Minyak ada dua jenis la... the good and the bad.

The good one contohnya minyak ikan EPA & DHA Omega-3.. Minyak Zaitun Omega-6. Minyak Prime Rose.. semua ni good for us.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 04:20 PM | Show all posts
pilot wat sapu kat muka...dia kata elok utk kulit kering...last2 naik jerawat plak..nak settle problem tambah prob lain lak...mulanya beli sbb pilot gugur rambut teruk sgt sampai kepala ni dah terang sgt...pilot baca dlm mastika dia cite psl testimoni yg botak dah tumbuh rambut...tu yg terus jd ahli..lg satu pilot ada mslh dandruff...takde effect apa pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by anis710 at 31-7-2006 11:22 AM
Minyak ada dua jenis la... the good and the bad.

The good one contohnya minyak ikan EPA & DHA Omega-3.. Minyak Zaitun Omega-6. Minyak Prime Rose.. semua ni good for us.


Ini bukan minyak kelapa dara.... awat tak masuk minyak cap kapak cap ayam ke....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by pilot at 31-7-2006 04:20 PM
pilot wat sapu kat muka...dia kata elok utk kulit kering...last2 naik jerawat plak..nak settle problem tambah prob lain lak...mulanya beli sbb pilot gugur rambut teruk sgt sampai kepala ni dah tera ...


pilot punya rambut ada tumbuh balik tak lepas pakai minyak kelapa dara tu?
saya nie pun sama la macam pilot.. gugur rambut dan nak terang dah kepala nie..
bile saya pakai, lain lak jadinye.. makin gugur lagi ada la..

so ada tak yang rambut dia tumbuh balik lepas guna minyak kelapa dara nie?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 05:01 PM | Show all posts
tak tumbuh pun...family takde history mcm ni in fact semua rambut lebat2, laki n pompuan...tatau la tp scalp pilot mmg oily sgt mkin tak sesuai nak apply any oil based product...tension nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by pilot at 2-8-2006 05:01 PM
tak tumbuh pun...family takde history mcm ni in fact semua rambut lebat2, laki n pompuan...tatau la tp scalp pilot mmg oily sgt mkin tak sesuai nak apply any oil based product...tension nih!!


tak try ke product caryn?? yang dia jual tonik rambut n scalp  cleanser tu?
saya dah cuba treatment caryn hairloss treatment.. now dah ada tumbuh la anak2 rambut tu.. tapi treatment dia mahal jugak la, hampir rm900 :geram: tapi memang berkesan la..
kalau tak mampu ikut treatment tu, pilot beli jer la scalp cleanser n hair tonic caryn tu.. ada jual kat farmasi guardian..
tonik dia almost rm100, scalp cleanser rm35.. tu pun kalau pilot nak mencuba la.. tapi kalau nak cepat better ikut treatment hairloss tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by NUFERA at 28-7-2006 01:57 AM
Ada tak sesape yang dah pernah mengamalkan minum minyak kelapa dara??. Kalau ada bolehlah kongsi pengalaman kat sini. Mungkin dapat membantu sahabat-sahabat yang lain.



pernah makan minyak kelapa je.. tak sure dara ke teruna.. telan je..:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by rimau_taring at 2-8-2006 11:51 PM


tak try ke product caryn?? yang dia jual tonik rambut n scalp  cleanser tu?
saya dah cuba treatment caryn hairloss treatment.. now dah ada tumbuh la anak2 rambut tu.. tapi treatment dia mahal  ...


yeke? ntah la..igt nak try hair pro tp mcm dah tak yakin je nak guna produk...rasa dah give up...duit habis..nak kata masalah selesai,hmmm, tambah lg ada la...:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 01:43 PM | Show all posts
sy penah pakai mimnyak kelapa dara kat kepala. tp masalahnye berminyak sgt la.. pas mandi pun bermintak lagi. berbau lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:42 AM | Show all posts
Saya baru cuba MINYAK KELAPA DARA (Nufera) pada anak saya yang mengalami masalah epilepsi..setakat ni alhamdullilah ada perubahan sedikit..sebelum ini pelbagai jenis ubat telah cuba tetapi tiada kesan perubahan langsung...nak tanya pada yang pakar, adakah minyak kelapa dara akan menjadi kurang berkesan apabila telah bercampur dengan unsur2 yang lain dan menyebabkan warna minyak tersebut menjadi keruh????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ayumie This user has been deleted
Post time 25-11-2006 11:37 PM | Show all posts
saya pon cuba dan amalkan minyak kelapa dara  keluaran (BIOASLI), ada kelapa dara biasa, madu dan power utk lelaki. Yg kelapa dara biasa tuh, saya gunakan sapu di rambut, takde bau tengit cam minyak kelapa biasa yg ditanak tuh.. tak basuh kepala 2 hari pon takde bau yg tak senang.. saja test, malah dia kurangkan kelimumur. pon boleh dibuat sapu pada baby utk ruam2, kulit kering dan pelbagai kegunaan. Tak rugi mencuba...

http://www.minishop2u.com
~ayumie~ 012-3945501
ym : ayu_me79
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 07:39 PM | Show all posts
NUFERA replied at 30-7-2006 03:48 AM
MINYAK KELAPA DARA ni memang ada banyak jenis dan syarikat yang keluarkan. Ada sesetengah tu datangn ...

sis, selepas 15 tahun mcm mana kesan minyak kelapa dara..?..ada bagus ke tak..?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 15 thn usia thread ni hehehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.459779 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list