CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55366|Reply: 157

ANEKA SERUNDING & SERUNDING KELAPA

[Copy link]
Post time 10-8-2006 08:16 AM | Show all posts |Read mode
a'kum...
tak tau thread ni dah ada ke blom? dah selak2 tak jumpa. sesapa tau camno nak buat serunding? teringin la nak makan...

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 5-3-2009 15:04 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 08:31 AM | Show all posts
Resepi biasa yg saya guna pakai :

Bahan :
500gm daging (yg fresh baru semelih punya) direbus dalam sikit air (biasanya saya biarkan air tu mengering bersama daging, maknanya no juice yg terkeluar dari daging, tapi jgn sampai hangus lah) kemudian disiat-siat
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
15 tangkai cili kering dikisar
2 helai daun kunyit dihiris halus-halus
sedikit kerisik
santan dari 1 biji kelapa yg cukup besar
2 kpg asam gelugur
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5-7 batang serai

Cara :
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masak hingga kuning. Masukkan cili kisar pula bersama segala serbuk jintan. Bila dah rasa masak OK, masukkan santan, asam, garam gula dan serbuk ketumbar. Pastuh masukkan daging dan kerisik... tunggu sehingga agak cam lecah-lecah tu baru masukkan daun kunyit. Masak lagi hingga betul-betul kering.

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 05:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 08:52 AM | Show all posts
mekasih....:tq::tq: biasanya berapa lama  buat ni ek?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:02 AM | Show all posts
Tak pernah tengok jam pulak

Tapi memang biasanya cukup lama, pasal saya guna api kecikkkkkkk sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:23 AM | Show all posts
ada banyak  kat :dia: SERUNDING

so kakliza pastekan semula resepi kak liza..



SERUNDING DAGING [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 kg daging
1 1/2 biji kelapa
15 tangkai cili kering
1 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Air rebusan daging jangan dibuang, gunakan untuk memerah santan. Perah santan lebih kurang 3 cawan.
3. Masukkan pati santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
4. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering. Jangan berhenti mengacau..takut mudah hangus.
5. Sejukkan dan simpan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 09:29 AM | Show all posts
oooo...ada kat sana ye.. mekacih banyak2 kak liza...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Melur01 This user has been deleted
Post time 10-8-2006 11:30 AM | Show all posts
Rendang Koyak TokMak (Serunding)
Sekilo daging lembu ( dipotong berbentuk kiub empatsegi dan direbus sehingga empuk)
disiat-siat dengan menggunakan pin, akan lebih halus dari menggunakan pisau kecil.

3 sudu besar cili kering yang telah diblend (nak pedas boleh tambah lagi cili kering tu)
3 biji kelapa santan (perahan pertama sahaja)
2 serai - blend
10 bawang merah - blend
3/4 halia - blend
ketumbar biji (1 sudu besar - ditumbuk jangan terlalu halus atau kasar sangat)
garam & gula


Daging yang telah direbus bolehlah letakkan dalam container... time-time relaks...sambil menonton tv bolehlah siat-siatkan daging...

cili, santan, serai, bawang merah, halia masukkan dalam kuali dan dimasak dengan api sederhana... pastikan santan tak naik minyak... sentiasa kacau...setelah setengah kering santannya, masukkan daging tadi... masukkan garam dan gula secukup rasa... akhir sekali apabila hampir kering, barulah dimasukkan ketumbar biji tu....

dah siap...

[archived]

[ Last edited by  nhuda at 17-4-2007 05:23 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 10-8-2006 11:39 AM | Show all posts
ff:

ada sesiapa tak yg jual... malas le nak buat.. nak beli jek nih...nak buat popia mini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 11:53 AM | Show all posts
kat KT..pasar payang tu.. siap duit jer.. ada berguni2...tapi mahal laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 12:55 PM | Show all posts
Originally posted by sue at 10-8-2006 01:39 PM
ff:

ada sesiapa tak yg jual... malas le nak buat.. nak beli jek nih...nak buat popia mini..

kalaula ada yang menjual kat sini..... aritu g chinatown  ngan asben ada jumpa serunding.. tapi serunding "ba alif ba ya"..:geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 10-8-2006 01:53 PM
kat KT..pasar payang tu.. siap duit jer.. ada berguni2...tapi mahal laa...


kat KB ada satu kg yang memang terkenal ngan serunding. rata2 kat kg tu buat serunding. for sure memang fresh!! aritu masa pegi siap nampak ada mokcik dok kacau serunding dalam kawah. kalau tak salah. serunding ikan RM10 sekilo.

dulu beli je, skang kena bersusah payah nak buat sendiri:ting:

mekasih pada sumer yang tempek resepi tu..:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Melur01 This user has been deleted
Post time 10-8-2006 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by sue at 10-8-2006 11:39 AM
ff:

ada sesiapa tak yg jual... malas le nak buat.. nak beli jek nih...nak buat popia mini..


ff:

sue... nanti kakmelur tanyakan auntie kakmelur kat pj old town... dulu dia jual serunding ikan.. serunding daging..serunding ayam...
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 10-8-2006 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by Melur01 at 10-8-2006 01:46 PM


ff:

sue... nanti kakmelur tanyakan auntie kakmelur kat pj old town... dulu dia jual serunding ikan.. serunding daging..serunding ayam...



ok kak...nanti pm sue ya....mekacih...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 05:02 PM | Show all posts
untuk nunu cuci mato..hehehehe

letih wei siat menyiat ni


guna kuali tembaga best


ni bila dah masuk awah2 nya


lama lagi nak kering ni..


ketumbar yg digoreng...ni terhangit skit...


ni yang dah siap untuk diedarkan kpd kaum kerabat di KL

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by sue at 10-8-2006 11:39 AM
ff:

ada sesiapa tak yg jual... malas le nak buat.. nak beli jek nih...nak buat popia mini..


cuba sue cari kat pasar malam masjid india. syah memang selalu beli stok kat situ. ada 2-3 gerai yg jual serunding daging, ayam dan ikan. sedap dan tahan lama :mll:
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 10-8-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by nhuda at 10-8-2006 05:02 PM
untuk nunu cuci mato..hehehehe

letih wei siat menyiat ni

...



huda,...ni buat sendiri ker??? klu buat lenkali khabq kat akak la.. akak nak beli ...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Melur01 This user has been deleted
Post time 10-8-2006 05:37 PM | Show all posts
mod nak kredit....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:25 PM | Show all posts
tip... kalau nak senang siat daging serunding .. rebus jer pakai pressure cooker. mmg senang sangat nak siat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:57 PM | Show all posts
memang betui tu..tapi kalau rebus dalam pressure cooker tak perlu air banyak..
tapi heran..masa nak 2 orang dulu rajin giler buat.. setiap kali raya..
siap stok tuntuk keluarga semua..
bila dah anak ramai ni.. hangin M menjelma pulak...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 11:03 PM | Show all posts

Reply #14 nhuda's post

shida masa tolong arwah opah buat serunding dulu, dah rebus daging, tumbuk dalam lesung batu. tujuannya nak mudahkan kita mencarik daging tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.070050 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list