View: 14345|Reply: 2
|
[Tempatan]
KKM Rancang Jadikan Perkhidmatan Ambulans Seperti Uber, Pesakit boleh pilih ingin pergi ke hospital kerajaan atau swasta.Swasta perlu bayar.Anda tak setuju?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 26-11-2024 08:52 AM
Difahamkan, aplikasi yang sedang masih dalam perbincangan ini membolehkan pesakit atau pengguna memilih sama ada ingin ke hospital kerajaan atau swasta.
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneroka kerjasama dengan hospital swasta untuk ‘Uberise’ perkhidmatan ambulans yang akan beroperasi seperti e-hailing bagi mempercepatkan tindak balas kecemasan.
Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM, Datuk Seri Norazman Ayob berkata, rancangan ini adalah untuk beralih daripada pemikiran tradisional bahawa hospital mesti memiliki ambulans sendiri.
Menurutnya, pendekatan baru ini juga akan mencipta satu perkongsian bersama ambulans kerajaan dan swasta yang boleh diakses melalui aplikasi, bukan talian kecemasan 999 yang hanya untuk ambulans awam sahaja.
Pesakit boleh pilih ingin pergi ke hospital kerajaan atau swasta
Dengan aplikasi ini, ambulans terdekat sama ada milik kerajaan atau swasta akan dihantar ke pemanggil kecemasan dan membawa pesakit ke hospital terdekat. Tidak hanya itu, pengguna juga boleh memilih sama ada mereka atau pesakit itu mahu dibawa ke hospital kerajaan atau swasta.
Menurut Norazman, rancangan terbabit masih lagi dalam perbincangan di antara KKM bersama Kementerian Kewangan dan pada dasarnya kedua-dua kementerian telahpun bersetuju untuk hospital kerajaan tidak akan memiliki ambulans sendiri lagi.
“Tetapi itu tidak bermakna kami tidak akan mempunyai ambulans. Kami akan menyewakan ambulans bersama dengan pemandu dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk menyertakan paramedik sekali.
“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan aplikasi untuk ‘Uberise’ atau ‘Grab’ perkhidmatan ambulans, bermakna sekarang pesakit atau sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ini tidak perlu menghubungi nombor kecemasan.
“Anda hanya muat turun aplikasi, tekan butang, dan ambulans akan datang kepada anda. Kami panggil ini ‘Uberise Perkhidmatan Ambulans’, dan kami merancang untuk bekerjasama dengan sektor swasta kerana hospital swasta, seperti KPJ Healthcare, sebagai contoh, tidak perlu memiliki ambulans mereka sendiri.
“Mereka boleh bekerjasama dengan KKM dan mencipta perkongsian bersama ambulans, dan mungkin kami boleh berkongsi kos. Itulah kebaikannya,” katanya dipetik CodeBlue.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dr. Kuljit Singh turut bersetuju dengan rancangan terbabit memandangkan ketika ini ambulans yang datang kepada pesakit melalui panggilan kecemasan hanya boleh dibawa ke hospital kerajaan meskipun pesakit minta dihantar ke hospital swasta.
Jelas Kuljit Singh, perkara itu jelas membazirkan masa dan sumber kerana pesakit hanya boleh dipindahkan ke hospital swasta selepas tiba di hospital kerajaan.
Boleh jejaki perjalanan ambulans melalui aplikasi
Berkongsi lanjut, Norazman berkata aplikasi yang dicadangkan ini juga membolehkan pengguna menjejaki perjalanan ambulans dan anggaran masa ketibaannya.
Menurutnya lagi, waris pesakit juga boleh mengetahui perjalanan ambulans yang sedang menuju ke hospital.
Dalam pada itu, Norazman menerusi satu ciapan di X menjelaskan bahawa tiada caj dikenakan jika orang ramai menggunakan aplikasi ambulans untuk ke hospital kerajaan, hanya mereka yang dibawa ke hospital swasta sahaja perlu membayar bagi perkhidmatan tersebut. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|