View: 10645|Reply: 50
|
Kencing Berdiri .....
[Copy link]
|
|
Saya ada baca beberapa forum islam tentang hukum kencing ni .....
malah ada jumpa fatwa kencing berdiri ni .....dalam forum Al-Ahkam
http://www.al-ahkam.net/home/ind ... 6ad676db3b175bb0761
Soal:
Terdapat riwayat dari Saidatina Aisyah r.ha yang mengatakan:
من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه
'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah Selawat kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.'
Dan terdapat juga riwayat dari para sahabat r.hum yang mengatakan bahawa Nabi Selawat kencing berdiri. Bagaimanakah kita menyesuaikan antara keduanya?
Jawab:
Penyesuaian antara hadith Aisyah r.ha dan hadith-hadith sahih bahawa Nabi Selawat kencing berdiri, dan terdapat beberapa para sahabat r.hum berbuat demikian; bahawasanya Aisyah r.ha menceritakan apa yang berlaku di rumah, dan beliau tidak melihat Rasulullah Selawat kencing berdiri. Ini tidaklah menafikan yang Rasulullah Selawat kencing berdiri luar dari rumah kerana Aisyah r.ha tidak nampak hal itu, dan beberapa para sahabat r.hum melihatnya.
Kencing berdiri itu tidaklah dimakruhkan jika seseorang dapat memastikan ia tidak terpercik pada baju dan badan dgn sbb pergerakan angin dsb. Khususnya jika seseorang tidak dapat duduk atas sbb cedera/luka atau tiada tempat utk duduk atau tidak mungkin baginya menyembunyikan auratnya jika dia kencing duduk, atau sbb2 lain.
Sesetengah ulama' berpendapat bahawa qaul yg mengatakan kencing berdiri ini telah dibatalkan. Pendapat ini tidak sahih kerana qaul yg dinasakhkan adalah tidak boleh jika adanya persetujuan dan penyesuaian antara nas.
Berkata Imam al-Albani:
Adapun hadith "لا تبل قائما ", itu adalah hadith dha'if dan tidak mengapa kencing berdiri jika tidak terpercik. Berkata Ibn Hajar dalam fath al-Bari: Tidak thabit dari Nabi Selawat sebarang larangan kencing berdiri.
Dari Nafi' dari Ibn Umar dari Umar radhiallah berkata:
ما بلت قائما منذ أسلمت
'Aku tidak kencing berdiri sejak aku memeluk Islam.' [Isnadnya sahih]
Dari jalan yang lain, Zaid berkata:
رأيت عمر بال قائما
'Aku nampak Umar radhiallah kencing berdiri.' [Isnadnya juga sahih]
Diharapkan kenyataan Zaid itu tadi adalah adalah selepas dari kenyataan Umar radhiallah dan selepas diterangkan padanya tidak mengapa kencing berdiri.
Dari Huzaifah radhiallah:
أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم سباطة (مكان مرتفع يستتر به) قوم ‏فبال قائما ثم دعا بماء فمسح على ‏خفيه ، فذهبت أتباعد فدعاني حتى كنت عند عقبه
'Rasulullah Selawat datang di kebun suatu kaum dan Baginda Selawat kencing berdiri. Kemudian Baginda Selawat meminta air dan dia menyapu ke atas khufnya, aku menjauhkan diri darinya, Baginda Selawat memanggilku sehingga aku berada di belakangnya.' [Riwayat Bukhari]
Adapun diriwayatkan dari Aisyah r.ha:
من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه
'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah Selawat kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.' [Riwayat perawi yang lima kecuali Abu Daud dan isnadnya sahih]
Hadith ini adalah penafian, manakala hadith Huzaifah :radia adalah muthbit (menetapkan). Seperti yg kita tahu, muthbit mendahului nafi kerana hadith yg muthbit itu disertai dgn pengetahuan mengenai suatu keadaan itu. Maka kedua-duanya adalah dibolehkan dan wajib utk menjaga supaya air kencing tidak terpercik.
Adapun hadith:
من الخطأ أن يبول الرجل قائما
'Antara kesalahan seseorang adalah kencing berdiri.' Ia adalah mauquf dan tidak sah sbg marfu'. (Lihat al-Irwa' dan Silsilah as-Sahihah)
Dari kitab Faidh al-Qadir, syarah al-Jami' as-Saghir oleh Imam Manawi:
"Larangan Rasulullah Selawat kencing berdiri menunjukkan ia makruh tanzih dan tidak haram. Adapun Baginda kencing berdiri itu menunjukkan keharusannya atau kerana tiadanya tempat yg sesuai utk duduk atau Baginda berdiri utk tidak memungkinkan keluarnya bunyi kerana Baginda berada berdekatan dgn manusia atau kerana org Arab mengubati penyakit hati dgn cara ini atau kerana kecederaan dsb yg tidak memungkinkan Baginda Selawat utk duduk. Sesungguhnya kencing berdiri itu telah dimansukhkan dgn apa yg diriwayatkan oleh Aisyah r.ha:
ما بال قائماً منذ أنزل عليه القرآن
'Baginda Selawat tidak kencing berdiri sejak diturunkan al-Quran kepadanya.'
Dan lagi..
من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه
'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah Selawat kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.' [Riwayat perawi yang lima kecuali Abu Daud dan isnadnya sahih]"
Tetapi Imam Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari:-
Yang tepatnya ia tidaklah dimansukhkan dan Aisyah r.ha hanya mengetahui apa yang berlaku di rumah, dan tekah thabit dari para sahabat r.hum, di antaranya Umar radhiallah dan Ali radhiallah kencing berdiri. Ini menunjukkan keharusan kencing berdiri tanpa makruh jika ia dapat dijaga dari terpercik dan tidak thabit larangan dari Nabi Selawat.
Apa pendapat kawan-kawan di sini.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah jelas bahawa dibenarkan kencing sama ada dalam keadaan duduk ataupun berdiri kecuali dalam keadaan baring saja..itu pun kecuali sakit saja maka dibenarkan memanggil jururawat untuk membawakan bekas air kencing untuk kencing di atas katil.
Secara common sense jika menilai hadis aisyah boleh juga ditimbulkan persoalan. Takkan lah sepanjang masa aisyah ada melihat Rasulullah saaw kencing dan sentiasa mengintip-intip Beliau ketika kencing. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun Mahathir GX, dah berderet hadis dan rujukan kitab kau sendri yang kepilkan, pastu kau tanya kita orang lak. Kita orang bukannya ulamak. Oleh tu, aku rasa kita amal sahaja apa yang dianjurkan.:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Notwongjowo at 29-9-2006 03:21 PM
Kau pun Mahathir GX, dah berderet hadis dan rujukan kitab kau sendri yang kepilkan, pastu kau tanya kita orang lak. Kita orang bukannya ulamak. Oleh tu, aku rasa kita amal sahaja apa yang dianjurk ...
Aku just nak tanya pendapat .... kalo ada mereka yg lebih mahir fekah ...boleh menunjukkan fakta yg lebih baik dari aku bagi tu ... cuma kita sering dgr nabi hanya buat kencing dalam posisi duduk ....
banyak kita dengar kencing duduk ni sunnah Nabi ler .... |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku sakit dulu aku kencing baring... banyaknye tak hingat.. lebih byk dari kencing duduk / berdiri ff: |
|
|
|
|
|
|
|
abg angkat ajar sy kencing cangkuk/duduk. in my opinion kencing berdiri mcam saitan skit sbb tak cuci bersih. lg pun kencing cangkuk/duduk lbih bergerak lawas drpd berdiri. ia dpt cegah drpd prostate enlargement |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba baca kat sini...
http://www.al-firdaus.com/HadisCanggah/cth_20.htm
aisya r.a. bukan sentiasa ada dengan rasullullah kat semua tempat.
yang terbaiknya ialah kencing duduk tapi tak lah sampai haram kencing berdiri.
[ Last edited by ibnur at 30-9-2006 08:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Presa1200 at 29-9-2006 08:30 PM
abg angkat ajar sy kencing cangkuk/duduk. in my opinion kencing berdiri mcam saitan skit sbb tak cuci bersih. lg pun kencing cangkuk/duduk lbih bergerak lawas drpd berdiri. ia dpt cegah drpd prosta ...
Macam mana pulak ... kencing berdiri macam syaitan lak ...sedangkan Nabi pun buat
ini dalilnya :
Berkata Hudzaifah radiallahu 慳nhu:
Adalah aku bersama Nabi sallallahu 慳laihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting jangan bagi terkena percikan pada kain atau pakaian |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.............
Hadith ni utk orang lelaki je ke?
Kalau orang perempuan nak ikut amalkan hadith ni macamana?
Allahu a'lam............... |
|
|
|
|
|
|
nice2000 This user has been deleted
|
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Hadis ni hanya rujukan tidak semuanya terkandung........klu nak semua terkandung lihatlah al-quran sesungguhnya al-quran saja kitab yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.............
klu ada nanti saya letakkan maklumat disini klu saya dapat cari......sebab sy ni kurang rajin
klu ada saudara lain leh gak terangkan...............
tapi pa yang aku tahu larangan kencing berdiri ni ada hikmah ...........salah satunya untuk menegelakkan penyakit.................akudah lupa penyakit apa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 ayyohpeen's post
Saya juga menunggu jawapan tentang perkara ini.
Adakah salah bertanya jika tidak pasti? |
|
|
|
|
|
|
|
TIDAK DIHARAMKAN untuk kencing berdiri terutamanya apabila adanya keperluan. Namun DiSUNATkan untuk kencing secara duduk kerana perkataan 'A-isyah r.'anha :
" مَن حدّثكم أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يَبُول قائما فلا تصَدِّقوه ، ما كان يبول إلا قاعداً
Maksudnya : "Sesiapa yang menceritakan kepada kamu bahawasanya Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka janganlah kamu membenarkannya. Tidaklah Nabi s.a.w. kencing melainkan dalam keadaan duduk." (Riwayat at-Tirmizi dan katanya Hadith ini yang paling soheh di dalam bab ini. Hadith ini juga disohehkan oleh al-Albani di dalam Soheh Sunan at-Tirmizi.)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
(Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur) |
|
|
|
|
|
|
|
dr kecik kita tak diberitahu hukum sebenar ttg hukum kencing berdir/duduki atau sebagainya, jd aku berharap dpt sesuatu dr thread nie..(geng, lupakan sengketa yg langsung tak membina tue, lupakan jap personal arguement tue kay..back to our topic laaa...) topik nie menarik... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by helmetkebas at 3-10-2006 10:18 PM
dr kecik kita tak diberitahu hukum sebenar ttg hukum kencing berdir/duduki atau sebagainya, jd aku berharap dpt sesuatu dr thread nie..(geng, lupakan sengketa yg langsung tak membina tue, lupakan j ...
Salam...........
mmg menarik. tertarik, kau mmg.....
Saya berdehem(sunnah ke? Ada sirrah ke pasal tu oleh Nabi Muhammad SAW?) tiap-tiap kali dipenyudah, puas, kluar abih.
Kalau masuk jamban cangkung, saya cangkung bila nak kencing,
kalau ada mangkuk jenis duduk, saya diri menghadap mangkuk tu
Kalau kat open urinal saya jarang tunai hajat saya tu.........malu
Kalau individu urinal yang boleh cover moncong kita, hmm kenalah berdiri, sbb dah didesignkan camtu.
Pada saya kencing kat individual urinal lebih menepati sirrah, lengkap!
Sebab? Kencing tala dinding. Cuma kita invent sikit, follow ngan flush, hygenic.
Yang penting, lepas tu kena basuh ler tempat tu dengan yakin.
Dan pada saya walau apapun perlakuan kita, terdapat perkara yang common sense yang Allah akan timbang.
Buat baik mesti dibalas dengan baik juga olehNya.........
Al-Zazalah:
[7] Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. [8] Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Allahua'laam.............
[size=-2]Pada saya walaupun tiada panduan khas dari sirrah Nabi Muhammad SAW terhadap tatacara untuk buang asir kecil tu, namun invention oleh kita insyaALLAH akan diberi ganjaran, sebab saya belum lagi melihat teknologi yang di invented purposely for golongan Hawa, saya melihat ada keperluan mengenai hal ini. Siapa ada idea boleh fowardkan kat gomen. Pak Lah dok emphasized on hygenic public toilet: Amal Kifayah nih............ |
|
|
|
|
|
|
Ibnu_Sabil This user has been deleted
|
..biarlah pada tempatnya..
Masalah agama bukannya mampu dihuraikan oleh semua orang. Membincangkan isu fekah pada forum seperti ini dengan mengaitkan amalan Nabi S.A.W adalah membingungkan sebahagian forumer. Rujuklah pada alim-ulama atau layarilah forum kemusykilan agama misalnya yang dikendalikan oleh Jakim. Bermuzakarahlah di sana kerana saya risau ada orang akan salah anggap terahadap amalan kencing berdiri yang dibincangkan di sini. Setiap perbuatan Nabi S.A.W mempunyai penjelasan tertentu...dan hanya Jauhari yang mengenal manikam.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku plak logiknya kencing menyangkung lebih baik sebabnya, bila ko cangkung pundi kencing ko akan ditekan oleh peha dan air kencing ko akan habis keluar.
Lain plak bila ko kencing berdiri, mesti ada setitik 2 yang akan tinggal kat G-string @ boxer ko. Nak gi semayang kan susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 30-9-2006 02:31 PM
Salam.............
Hadith ni utk orang lelaki je ke?
Kalau orang perempuan nak ikut amalkan hadith ni macamana?
Allahu a'lam...............
tak Semua amalan sunnah nabi sbg seorang lelaki pempuan boleh ikut.
aduuhh...soklan ko jgn lak sebangang ayah pin mamat kelantan jgk.
-Father- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 30-9-2006 02:31 PM
Salam.............
Hadith ni utk orang lelaki je ke?
Kalau orang perempuan nak ikut amalkan hadith ni macamana?
Allahu a'lam...............
Depa citer pasal rasulullah.. rasulullah lelaki ke pompuan?
hadith2 tu tak kata salah pun duk ke diri...
kalau pompuan kencing berdiri apa jadi? tak ke besepah2... ? pastu nak kena basuh dari pinggang ke bawah... pandai2 aa
itu pun susah nak pk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|