View: 14580|Reply: 15
|
Apa makna SIGAP, Pending dll ( Bahasa Melayu ) ?
[Copy link]
|
|
Akhbar sisipan Utusan Malaysia hari ini , Sabtu dinamakan SIGAP .
APa makna SIGAP ?
[ Last edited by Ekka at 16-5-2007 08:20 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ekka at 25-11-2006 04:42 PM
Akhbar sisipan Utusan Malaysia hari ini , Sabtu dinamakan SIGAP .
APa makna SIGAP ?
Makna SIGAP yang diberikan oleh Kamus Dewan edisi keempat ialah pantas, cepat, cergas, tangkas.
Bersigap juga memberi maksud bersiap sedia (untuk melakukan sesuatu).
Bersesuaian pula dengan akhabar sisipan Utusan Malaysia yang memberi tumpuan kepada sukan, rekreasi serta activiti-aktiviti luar.
[ Last edited by pacey at 26-11-2006 12:10 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pacey at 26-11-2006 10:26 AM
Makna SIGAP yang diberikan oleh Kamus Dewan edisi keempat ialah pantas, cepat, cergas, tangkas.
Bersigap juga memberi maksud bersiap sedia (untuk melakukan sesuatu).
...
Saya tak ada simpan kamus dewan , kamus Bahasa Inggeris adalah .
Terima kasih pacey bagi Info . |
|
|
|
|
|
|
johnjenin This user has been deleted
|
Originally posted by Ekka at 29-11-2006 01:28 PM
Saya tak ada simpan kamus dewan , kamus Bahasa Inggeris adalah .
Terima kasih pacey bagi Info .
ooooo.. baru aku tahu...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun baruuu tahu ni ha...:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Apa makna Pending , Kurik dan Kendi ?
Maaf tumpang tanya di sini , sebab belum ada kamus Dewan di rumah .
Perkataan ini walaupun saya rasa tak sepenting SIGAP ,
saya nak tau juga maknanya .
Perkataan di atas saya jumpa sebagai nama jalan di suatu kawasan
perumahan di Klang . Kat kawasan situ ada nama jalan Sanggul juga .
Mungkin ada kaitan dengan perempuan .
[ Last edited by Ekka at 12-5-2007 03:57 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa Bulan ialah Mod yang paling rajin digestkan thread .
Terima kasih Bulan kerana digestkan thread ini . |
|
|
|
|
|
|
|
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, pending ialah sejenis perhiasan pada dada atau tali pinggang yang diperbuat daripada emas atau perak dan berkerawang.
Maklumat lanjut tentang Pending
Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan dihias indah dengan berbagai-bagai motif.
Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat.
Kaum lelaki menggunakannya untuk mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula, terutamanya di Kelantan, memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending.
Boleh dikatakan kebanyakan daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya.
Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa.
Namun demikian ada juga yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga yang bercutam.
![](http://img.photobucket.com/albums/v444/prettytrekker/pending/PendingPermata-01.jpg)
Dipercayai bahawa pending berasal daripada pakaian wanita Siam yang telah dibawa masuk ke Malaysia melalui orang Melayu Patani di utara Semenanjung Malaysia.
Kini telah tersebar luas dan digemari oleh ramai penduduk tempatan.
Kedatangan seumpama ini biasanya mencerminkan keperibadian, kematangan dan kehalusan pertukangan tangan sesuatu bangsa pada ketika itu.
Pending diraja yang dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sekarang diperbuat daripada emas tulen dan dihiasi dengan sebelas biji batu permata berwarna merah dan di tengah-tengahnya diukir lambang Persekutuan.
Tali pinggang baginda diperbuat daripada kain sutera serta disulam dengan benang emas bermotif bunga-bungaan.
Reka corak yang diilhamkan oleh tukang-tukang emas di pantai timur memperlihatkan keindahan alam semula jadi yang begitu gemilang serta sempurna pembuatannya.
Ada di antaranya yang telah dibentuk dengan bertatah berbagai-bagai ragam hias permata manikam yang bermutu tinggi.
Keindahan permata ini lebih terserlah apabila dipancari oleh sinaran matahari atau cahaya lampu.
Walau bagaimanapun ada juga pending yang diperbuat tanpa sebarang hiasan atau ragam hias yang tertentu.
Pending-pending yang dipopularkan oleh suku kaum India dan Cina di Melaka juga menerapkan rekabentuk yang hampir serupa kecuali reka coraknya telah diubah dengan menunjukkan unsun-unsur kepercayaan agama dan simbol-simbol tertentu semenjak berkurun-kurun lamanya.
Bentuk-bentuk motif yang digunakan ini boleh membezakan di antara pending Melayu dengan yang bukan Melayu.
Pending juga digunakan oleh wanita Iban di Sarawak sebagai pakaian istiadat tradisional mereka.
Rekabentuknya mirip rekabentuk pending Cina dengan menggunakan perak untuk membentuk keseluruhan pending dan talinya.
Sehingga kini belum lagi ditemui pending yang diperbuat daripada emas di Sarawak atau di Sabah.
Namun demikian pending moden telah dicipta dan digunakan oleh penari-penari tradisional ternpatan untuk menyerikan lagi pakaian mereka.
Ini juga dapat rnenggambarkan bingkisan lama yang lazimnya dihayati oleh masyarakat silam.
Sumber http://malaysiana.pnm.my/02/02010206mel_pending.htm
[ Last edited by pacey at 13-1-2007 03:58 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pelbagai jenis PENDING
![](http://img.photobucket.com/albums/v444/prettytrekker/pending/PendingPerak-1.jpg)
Pending Perak
![](http://img.photobucket.com/albums/v444/prettytrekker/pending/pending7.jpg)
![](http://img.photobucket.com/albums/v444/prettytrekker/pending/PendingPermata-02.jpg)
Pending Permata
![](http://img.photobucket.com/albums/v444/prettytrekker/pending/PendingDiRaja.gif)
| | | | Pending DiRaja (The Royal Waist Buckle) | | | | | | | | The Pending Diraja or Royal Waist-buckle is made of 24-carat gold and decorated with eleven rubies and embossed at the centre with the crest of the Federal Government. The accompanying waistband is made of wool embroidered with floral motifs in gold thread.
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Ekka's post
Hi pengasas bod...:nerd:
digest supaya tak ilang...good info kan:ting: |
|
|
|
|
|
|
|
masa yaneng kat sekolah dedolu...bebudak lelaki panggil rokok ---sigap.....mmmm......entahlah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa makna Kurik dan Kendi ?
Seperti dalam pepatah melayu :
Yang Kurik itu Kendi . Yang merah itu Saga . |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Ekka's post
sori, lambat jawab...
Kendi=macam labu tu..yg isi air...
Kurik=bahasa klasik...tak tahu definisi dierr...kalau jumpa nanti habaq...
ada yg tlg cari..maknanye BERLOREK @ BERCORAK2
[ Last edited by seribulan at 15-5-2007 10:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kepada Mod Bulan
kerana telah menggabungkan threads . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ekka at 12-5-2007 03:55 PM
Seperti dalam pepatah melayu :
Yang Kurik itu Kendi . Yang merah itu Saga .
Ada pembetulan .
Sepatutnya ' kundi ' bukan kendi .
Kundi ; apa pula makna kundi ? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|