|
RTM tak lupa jasa Sudirman
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
PEMERGIAN penghibur legenda Sudirman Hj Arshad ke Rahmatullah dianggap satu kehilangan besar buat dunia seni hiburan tanah air.
Malah, Juara Bintang RTM 1976 yang dilahirkan pada 12 Mei 1955 di Temerloh, Pahang ini permata seni dan produk kelahiran RTM yang tiada duanya pada zaman ini. Justeru, bagi mengenang jasa dan perjuangan seni Allahyarham, RTM mengambil inisiatif menganjurkan Konsert Dari Suara Hati Sudirman yang berlangsung pada 1 April ini jam 8.30 malam di Stadium Malawati, Shah Alam.
Konsert sempena sambutan ulang tahun RTM yang ke-61 ini disiarkan secara langsung menerusi Saluran Inforia RTM.
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon berkata, RTM tidak pernah lupa jasa anak seni sehebat Sudirman.
揝udah tiba masanya untuk kita lahirkan penghibur berjiwa rakyat seperti Sudirman, mungkin tidak sehebatnya, sekurang-kurangnya artis berkualiti sepertinya.
揝ekalipun 15 tahun berlalu, lagu dendangannya masih segar hingga hari ini. Lagunya bukan saja diminati generasi pada zamannya, malah yang lahir selepas pemergiannya, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|