CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9513|Reply: 8

SIRI HIMPUNAN TAZKIRAH

[Copy link]
Post time 6-4-2007 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Dijemput semua untuk memberikan sumbangan tazkirah dalam topik ini, tazkirah yang berada dalam topik ini hendaklah hasil dari fikiran sendiri, apa yang hendak difikirkan adalah olahan kata-kata yang boleh mendatangkan rasa keinsafan dengan cara memperingati, berpesan-pesan, membuka minda, membuka kesedaran, menimbulkan fikir, menimbulkan kerisauan atas nasib kita. Perkara yang perlu disampaikan adalah atas perkara yang sangat besar dan reality, yaitu hakikat kehidupan ini. Sesungguhnya hakikat kehidupan manusia didunia ini, adalah umpama seorang pengembara di satu padang pasir yang sangat luas, kita sekarang sedang berteduh sebentar dibawah satu pohon yang lebat buahnya selama 1 jam.


Selepas berteduh, mahu atau tidak mahu kita mesti berjalan terus, perjalanan yang akan ditempuhi adalah satu perjalanan yang jauh yang tidak ada taranya, pergunakanlah kebijaksanaan kita untuk menyediakan bekal yang banyak dari buahan tersebut, andai terleka dengan kicauan burung-burung maka masa yang diperuntukan akan merugikan dan akan mendatangkan penyesalan yang tidak ada taranya.

Beruntunglah mereka yang tidak dilalaikan oleh situasi dan menyiapkan perbekalan
Rugilah mereka yang dilalaikan dan terus berjalan dengan tidak membawa apa-apa bekalan
Bekalan menuju alam akhirat hanya dua sahaja yaitu IMAN dan AMAL, apabila dicantumkan itulah namanya Taqwa.

Insyaallah...kita niat belajar berfikir..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2007 09:48 AM | Show all posts
Surah:Al-Mulk
Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 02:12 PM | Show all posts

Reply #2 kuman's post



kalaulah sy dapat kuasai bahasa Arab, tentu membaca Al-Quran lebih bermakna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2007 09:17 AM | Show all posts

Keajaipan Jantung kita

Semperna hari jumaat ini mari kita berhenti sejenak, sama-sama kita berfikir tentang tanda-tanda kebesaran Allah. Tuan-tuan yang mulia!, Allah swt adalah pencipta kita, kita tidak dapat melihat Allah, tetapi Allah swt sentiasa melihat kita, penjagaan Allah swt kepada kita adalah setiap detik, saat, mili saat, pico saat, dalam erti kata yang lain, Allah swt sentiasa menjaga dan memelihara kita dengan baik sekali, andaikata Allah swt tidak memelihara kita sudah tentu kita tidak perpeluang lagi menikmati hidup ini.

Allah swt sentiasa memelihara kita, jika kita fikirkan..., darah didalam badan kita sentiasa bergerak menyalurkan tenaga, zat2, ubat2, oksigen dan berbagai2 keseluruh anggota. Bergeraknya darah adalah disebabkan tekanan yang datang dari jantung yang mengepam. Bagaimanapun jantung mengepam tanpa mendapat arahan dari mana2, dari mana datang sumber tenaga yang mengepam?, kalau kita lihat dalam television, Subhanallah.. jantung kita mengepam dengan gigih sekali, bagaimanapun terfikirkah kita..siapakah yang mengerakkan jantung kita itu, tidak ada sebab dan punca kenapa jantung kita bergerak, jantung kita mengepam sebenarnya tidak datang dari arahan otak kita, sebab ada manusia yang mengalami mati otak, tapi jantung tetap mengepam. Begitu juga dengan janin dalam perut ibu yang berusia beberapa minggu, otak masih belum siap, tetapi jantung telah berdenyut.

Jawapan yang sebenarnya, jantung kita bergerak adalah dengan bantuan dari qudrat Allah dan kehendaknya secara real time. Inilah perkara yang perlu kita syukuri, berapa ramai manusia diatas muka bumi, semuanya memerlukan bantuan dari Qudrat Allah untuk mengerakkan jantung mereka, begitu juga dengan seluruh haiwan2, serangga2.., semuanya bergantung kepada qudrat Allah. Sempurnalah sifat Allah yang MAHA pemelihara sekalian makhluk, dalam satu saat yang sama, dia mengerakkan jantung semua manusia dan haiwan, dalam masa yang sama juga dia menguruskan rezeki sekalian makhluk ciptaannya, dalam satu saat yang sama juga dia menguruskan ciptaan janin didalam perut2 ibu yang hamil, dalam satu saat yang sama juga, berbillion, bahkan trillion sel-sel yang lama dalam badan kita ditukar baru, dalam saat yang sama juga Allah swt menguruskan rezeki setiap hidupan yang bernyawa, termasuk anak seekor ikan dalam lautan yang dalam dan gelap gulita, Allah swt tidak pernah lupa dan lalai dengan tangung-jawabnya keatas sekalian makhluknya, sibuknya Allah swt tetapi dia tidak pernah lupa untuk memberikan kita satu nafas demi satu nafas, penyebab sehingga ke hari ini kita kita masih hidup.

Kuasa Allah meliputi sekalin makhluk ciptaannya, mudah bagi Allah memelihara sekalian makhluk, tetapi adakah manusia berfikir kepada semua ini?, sesiapa yang berfikir akan datang rasa syukur dan keinsafan dihatinya.





[ Last edited by  kuman at 20-4-2007 09:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 20-4-2007 09:17 AM
Semperna hari jumaat ini mari kita berhenti sejenak, sama-sama kita berfikir tentang tanda-tanda kebesaran Allah. Tuan-tuan yang mulia!, Allah swt adalah pencipta kita, kita tidak dapat melihat A ...


entah mengapa
ketika aku melihat indahnya alam
hatiku menangis
airmata maknawi mengalir dalam dadaku
pilu sayu terharu
hatiku berkata
Tuhan Tidak Kau jadikan sesuatu dengan sia-sia
Aku ini hanyalah hambaMu
yang banyak dosa
Layakkah aku menikmati keindahanMu ini
sedangkan hatiku buta dalam mengenaliMu..

ohh.....sesungguhnya aku sentiasa menzalimi diriku sendiri
ajarkanlah aku bertaubat ya Tuhan
didiklah aku yang selalu tersasar ini
tanpa pimpinanMu
tiada makna lagi hidup ini
bagai dedaun kering
yang terbang dibawa angin lalu
tiada arah dan tujuan lagi

[ Last edited by  rainbows at 20-4-2007 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2007 05:48 PM | Show all posts
Allah swt maha pencipta, dunia ini adalah ciptaan Allah swt, dialah pemilik tunggal dunia ini, Allah swt bersifat maha mengetahui, pentadbiran Allah swt tidak ada kesilapan, segala yang berlaku atau yang belum berlaku semuanya dalam pengetahuan Allah, tidak ada sesuatu yang terlepas dari pengetahuan Allah swt, walaupun satu debu yang beterbangan diangkasaraya, walaupun satu biji pasir yang bergolek didasar lautan, semuanya dalam pengetahuan Allah swt. Tidak ada satupun daun yang gugur dari pepohon, melainkan dengan izin dari Allah.


Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan  zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan  kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda  bagi orang-orang yang beriman.(Al-An'aam:99)


Jika kita melihat pada pohon-pohon, dimana buahnya apabila ia masak, terlalu banyak tanda-tanda kebesaran Allah apabila kita renungi, jika manusia pusat pentadbiran urusan adalah dari bahagian otak. Didalam badan kita terdapat kelenjar-kelenjar, apabila terjadi sesuatu kerosakan pada kulit atau bahagian dalaman maka kelenjar yang terdekat akan menghantar signal kepada otak, kemudian otak akan menghantar signal-signal kepada organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja baik pulih, maka organ-organ tadi akan menyalurkan bahan-bahan yang diperlukan kebahagian yang rosak, dengan ini bahagian yang rosak diperbaiki sedikit-demi sedikit, sehingga selesai.

Bagaimanapun jika kita melihat kepada sebiji buah, contohnya buah tembikai, perhatilah betul-betul, anda akan lihat urat-urat didalam buah tersebut tersusun dengan baik sekali, kedudukan biji-bijinya pula tersusun satu demi satu, dicelah-celah urat-urat serabut disimpan air dalam keadaan yang sangat baik, sehingga air yang diatas tidak mungkin mengalir kebawah, rasa air tersebut tidak sama diantara bahagian tengah dan bahagian tepi yang hampir dengan kulit, kemudian apabila kita makan rasanya manis dan enak sesuai dengan selera kita, warnanya pula merah, menambah kepada daya penarik untuk kita memakannya.

Timbul satu persoalan, jika manusia otak yang menguruskan, tetapi jika buah tersebut, dari mana pula datangnya sistem susun atur yang begitu elok sekali, Subhanallah. Jika kita buat kajian maka kita tidak akan jumpa mana bahagian otak bagi satu pokok, maka sebenarnya itulah tanda-tanda kebesaran dan kehebatan Allah yang maha pencipta. Allah swt boleh mencipta satu pokok yang lemah, yang hanya boleh hidup beberapa bulan sahaja, tanpa bahagian otak tetapi kejadiannya dapat amat tertib dan penuh keajaipan. Dari sinilah manusia akan terfikir, mustahil perkara ini terjadi dengan sendirinya, mesti ada penciptanya, jika buah ini dicipta sangat indah dan hebat sekali, maka pencipta yang mencipta tentulah maha indah dan maha hebat sekali, siapakah yang menjadikan semua yang indah ini? Jawapannya ialah Allah swt, tuhan yang maha agung, kepadanyalah tempat tumpuan sekalian makhluk. Kepadanya tunduk sekalian makhluk. Mendatangkan rasa gerun bagi orang-oarang yang beriman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2007 12:13 PM | Show all posts
Tuan-puan yang mulia, dipagi jumaat yang mulia ini, marilah kita renungkan maksud kehidupan kita, apakah yang ada disebalik kehidupan kita, kita dilahirkan kedunia, membesar dan Allah swt memberi akal kepada kita pada usia baligh, dengan akal fikiran inilah manusia perlu mempergunakannya dengan sebaik-baiknya. Beserta dengan akal Allah swt memberikan kita Agama islam, dengan agama akal akan dipandu. Tuan-tuan yang mulia, satu peristiwa, pernah nabi saw memberitahu ceritanya lebih kurang, apabila berlaku kenmatian, ahli keluarga akan menangisi pemergian simati, tetapi jika seseorang tahu kedahsyatan apa yang dialami oleh simati, maka mereka tidak ada masa untuk menangisi pemergian simati, tetapi mereka akan sibuk menangis mengenangkan nasib diri masing-masing semasa mengalami kematian nanti. Inilah perkara yang perlu selalu kita fikirkan.

Apabila rasulullah saw memberitahu demikian maka ia satu perkara yang menakutkan dan perlu diambil perhatian, Rasulullah saw tidak memberitahu melainkan ianya benar dan penting. Marilah kita fikirkan apakah nasib kita nanti, adakah selamat atau sebaliknya. Kita perlu berbanyak memohon ampun dan rahmat dari Allah swt, mudah-mudahan Allah swt menerima kita dan memberikan kempunan dan rahmatnya. Para sahabat2 rasulullah saw, apabila mendengar berita akhirat mereka begitu takut dan cemas. Menjadi perkara biasa bagi para sahabat2 untuk menangis pada bila-bila masa apabila mengenangkan akhirat.

Tuan-tuan yang mulia, maksud kehidupan kita didunia ialah untuk kita bina kehidupan akhirat, inilah maksud sebenar, hakikat kehidupan kita didunia ini sebenarnya tidak ada berjaya atau gagal, kejayaan atau kegagalan yang sebenar ialah diakhirat, keredoan Allah yang kekal apabila kita dapat masuk kesurga, disinilah Allah swt akan mengistiharkan akan keredoannnya akan berkekalan selama-lamanya, inilah dia hakikat kejayaan. Sewaktu didunia apa yang berlaku semuanya ujian, anak, isteri, suami, masa, rezeki, kesempitan, kesenangan, sihat atau sakit, bahagia atau derita semuanya adalah ujian. Sebelum musibah datang kepada kita, maka kita minta kepada Allah supaya dijauhkan, jika kita berada dalam musibah maka kita minta kepada Allah supaya dapat mengatasi masalah tersebut dengan cara yang disyariatkan.

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,(Al-Mulk:2)

Apabila seseorang bersabar menghadapi ujian daripada Allah, sampai dia lepas dari ujian tersebut dengan penuh redha dan sabar, maka Allah swt akan tingkatkan darjatnya, diberikan pahala, kemudian Allah swt akan membalas kebaikannya. Kerana disetiap sebalik ujian atau kesusahan yang Allah swt datangkan kepada kita, ada bersamanya kebaikan. Tetapi kebaikan ini akan kita perolehi jika kita terima dengan redha dan sabar dalam mengatasinya, selepas itu barulah kebaikannya akan kita perolehi, samalah seperti hadiah yang diberikan apabila lulus ujian.

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh  yang lain ,dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.(Alam Nasyrah:5-8)

Orang-orang yang berusaha untuk menerima ujian kehidupan dengan berpandukan jalan agama, maka merekalah orang-orang yang baik amalnya. Untuk mendapatkan keredhoan Allah, maka Allah swt telah membuat ketetapan bahawa, jalan kejayaan manusia hanya ada dalam agama, taat perintah Allah dan ikut cara rasulullah saw,  inilah formula kejayaan.

Sewaktu kita didunia, nampak seperti sama sahaja antara orang yang taat dan durhaka, semuanya makan, semuanya minum, berkeluarga, bekerja... tetapi apabila diakhirat, orang-orang yang taat dan durhaka akan dipisahkan. Mereka akan berada dalam kumpulan masing-masing.

Dan : "Berpisahlah kamu  pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat. (Yaasin:59)


Insyaallah..sama-sama kita fikirkan.

[ Last edited by  kuman at 27-4-2007 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 12:14 PM | Show all posts
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Sekali lagi dipagi jumaat yang mulia ini, mari kita sama-sama ambil tahu tentang alam yang mana kita semua akan sampai disatu masa nanti, yaitu di padang mahsyar. Padang mahsyar adalah satu tempat dimana semua manusia yang pernah hidup dimuka bumi dari nabi Adam sehingga bayi yang akhir sebelum kiamat dikumpulkan. Pengetahuan kita kepada alam yang akan kita lalui nanti amat perlu kita ketahui secara detail, diantara yang patut kita tahu tentang peristiwa dipadang mahsyar ialah tentang Mahkamah Ilahi, disinilah segala perhitungan akan dijalankan bagi setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi, yang mempunyai ciri berakal dan baligh. Bagi manusia yang mati sebelum baligh, cacat akal sejak kecil, gila sejak kecil akan selamat dari mahkamah ini, dan juga beberapa golongan orang beriman yang mempunyai ciri-ciri amalan tertentu tidak akan dibicarakan dan masuk surga tanpa hisab(perhitungan).

Terdapat tiga mahkamah dipadang mahsyar, yaitu:
1. Mahkamah antara iman dan syirik.
2. Mahkamah pembicaraan hak antara sesama manusia
3. Mahkamah pembicaraan hak antara manusia dengan Allah

Hakim bagi makhamah ini adalah Allah swt sendiri. Dia adalah hakim yang maha adil, maha mengetahui, maha cepat perhitungan, tidak ada satu apapun yang terlepas, tidak dianiaya walau seorang pun, kesemua amalan dan perbuatan akan diperlihatkan, walaupun amal tersebut sebesar zarah, tetap akan diperlihatkan.

Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka  pekerjaan mereka , Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat nya pula.(Al-Zalzalah:6-8)

Mahkamah pertama iaitu antara iman dan syirik, dalam mahkamah ini tidak ada pengampunan dari Allah, yakni barang siapa yang didapati beriman dia akan lepas. Tetapi barang siapa yang mati dalam keadaan tidak beriman atau kafir maka selepas keluar dari mahkamah pertama, segala amal baiknya sewaktu didunia tidak bernilai dan menjadi seperti debu yang beterbangan dan tidak berguna langsung, dia akan menjadi penghuni neraka kekal selama-lamanya.

Mahkamah kedua adalah pembicaraan antara hak-hak sesama manusia, dalam mahkamah ini tuntut menuntut hak akan terjadi, anak akan dakwa ayah, isteri akan dakwa suami, jiran akan dakwa jiran begitulah seterusnya. Hak yang dituntut adalah hak yang gagal ditunaikan semasa didunia dahulu, pada waktu ini anak dan isteri akan menjadi musuh bagi seorang bapa, jika didunia dia gagal menunaikan hak-hak mereka. Sewaktu didunia si ayah tidak mendidik anak dan isterinya dengan agama, si ayah tidak mencegah anak dan isterinya yang tidak solat, puasa dan macam-macam. Hak inilah yang akan dituntut, si anak akan berkata bahawa ayahnya telah mengabaikan tanggung jawab dengan tidak memberi nasihat dan pendidikan, jika dia tinggal solat ayahnya hanya diam saja selamba. Disini ayahnya akan terperangkap.

Berbagai-bagai peristiwa akan terjadi disini, berbagai peristiwa yang berlaku diceritakan dalam al-quran dan hadist nabi secara detail. Pada waktu ini manusia yang tidak beramal akan menyesal, banyak hak-hak manusia disekeliling yang gagal ditunaikan, maka disini pembicaraan akan menjadi sangat sulit dan complicated. Ada yang lepas dan ada yang tidak lepas.

Yang paling teruk sekali adalah orang yang muflis, dimana dia mati dengan membawa amal yang banyak, tetapi disebabkan akhlaknya yang buruk yang suka menindas dan menyakiti sesama manusia, maka orang ramai akan menuntut darinya, hak yang dituntut akan dibayar dengan nilai pahala mengikut perkadaran. Sehingga akhirnya, pahalanya habis licin, tetapi masih ada lagi orang yang datang menuntut, maka tidak dapat dibayar, dengan sebab itu dosa si penuntut akan dipindahkan kepadanya. Dan akhirnya dia menjadilah orang yang bankrup dari pahala dan menanggung banyak dosa dari pemberian orang lain.

Mahkamah ketiga adalah mahkamah yang membicarakan tentang kesalahan, dosa diantara manusia(islam) dengan Allah. Disini semua perkara tentang hak Allah akan ditanya, tanggungjawab dalam ibadah dan sebagainya yang berkaitan antara manusia dan Allah. Dalam mahkamah ini Allah swt akan membukakan pintu pengampunan dan rahmat seluas-luasnya. Terlalu banyak dosa-dosa manusia yang berjaya mendapat keampunan dengan kerahimannya dan sifatnya yang maha pengampun. Allah swt akan mencari-cari sebab-sebab dari amal baik dari hambanya dahulu supaya dia mengampunkannya. Allah swt sangat suka mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya, Maha mulia Allah, maha penyayang, dan maha kasih sayang. Terlalu ramai yang lepas dalam mahkamah ini, dengan sifat Allah yang maha rahim, tetapi ada yang tidak lepas dan terpaksa juga masuk neraka kerana tidak ditemui satupun yang boleh dijadikan sebab supaya Allah mengampunkannya. Ini adalah golongan manusia yang sangat-sangat malang sekali. Samalah seperti 1000 orang peminta sedekah dengan seorang dermawan, 999 orang mendapat sedekah darinya, sedang seorang lagi tidak dapat... memang sangat malang sekali yang seorang itu.

Meskipun terdapat ramai manusia yang lepas dalam pembicaraan ini tetapi semasa dibicarakan ia merupakan situasi yang sungguh-sungguh mencemaskan. Wahai teman-teman, buatlah persiapan amal sebelum mati, Nabi saw memberitahu bahawa orang yang paling bijaksana adalah orang yang selalu ingat mati dan membuat persiapan untuk menghadapi kematian...
Muka-muka(orang-orang yang beriman) dihari itu berseri-seri. Mereka dapat melihat tuhan mereka. Dan muka-muka (orang-orang yang ingkar, kafir) dihari itu muram. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya mala-petaka yang amat dahsyat.(Al-Qiyamaah:22-25) Timbangan pada hari itu ialah kebenaran , maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.(Al扐抮aaf:8-9)


"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Ali Imran 3:104)


Perumpamaan  orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah  adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji.  Allah melipat gandakan  bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.(Al-Baqarah:261)

Wallahuaklam...Insyaallah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2007 05:17 PM | Show all posts
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.  Al Qur'an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan  yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf:111)


Alhamdulillah, Tuan-tuan yang mulia kehidupan kita didunia ini adalah sebuah kehidupan yang sangat-sangat bernilai, walaupun kita melalui kehidupan ini dalam masa yang sangat singkat tetapi ia sangat penting, yang mana ia menentukan masa depan kita diakhirat kelak mengikut amal masing-masing, sesaat kita dalam sia-sia, satu penyesalan diakhirat kelak, atas maksud inilah dua malaikat kiraman katibin yaitu Raqib dan Atib sentiasa berada di kedua sisi kita untuk mencatit apa sahaja yang kita lakukan.

Satu orang individu akan selalu merasa resah apabila dia adalah pekerja sementara disatu syarikat, bila-bila masa sahaja dia akan diberhentikan, akan tiba tarikh dia akan diberhentikan. Apa yang difikir olehnya adalah dimasa akan datang, tidak ada fikir ia disitu, selagi dia tidak mendapat satu punca pendapatan yang tetap, selagi itulah akalnya selalu cemas memikirkan nasibnya. Beginilah selalunya manusia. Tidak ada siapa yang mahu kepada yang sementara. Jika lelaki, cepat2 dia mengahwini kekasihnya supaya dapat hidup bersama dengan ikatan perkahwinan. Jika rumah, cepat-cepat dibayar supaya habis hutang dan rumah tersebut menjadi miliknya. Begitulah..

Disebalik perkara ini kita perlu fikirkan semula, bahawa dunia ini adalah sebuah kehidupan yang sementara, tidak ada apa yang akan kekal bersama kita selama-lamanya, kecuali iman dan amal. Apabila kita benar-benar sedar akan perkara ini, sepatutnya kita merasa cemas akan nasib kita diakhirat, adakah beruntung ataupun malang. Alam yang paling dekat adalah alam kubur, disinilah permulaan kehidupan kita. Tidak ada seorang pun yang perlu membawa harta2nya kedalam kubur, selain menyusahkan waris memasukkan harta-hartanya, ia juga kelihatan tak logik dan tak masuk akal, kerana mayat tersebut akan menjadi reput dan tidak ada manafaatnya harta2 tersebut selain akan digali oleh pencuri-pencuri.

Oleh itu apakah ertinya kita berlumba-lumba mengumpul harta, pangkat dan kekayaan?. Sehingga ada individu-individu yang berjaya mengumpul harta yang tak habis dimakan jika dia dapat hidup 500 tahun. Sedang umurnya hanya 50-70 tahun sahaja. Sebenarnya tidak ada salahnya jika kita memiliki harta, pangkat dan kekayaan asalkan kita tetap mampu membawa agama yang sempurna dalam diri. Satu orang yang berjaya membawa agama yang sempurna dalam dirinya semasa hidup, tidak kira ia kaya atau miskin maka dia tetap akan berjaya. Walaubagaimanapun pangkat dan harta sebenarnya adalah ujian yang sangat merbahaya jika kita tidak mempunyai kesedaran yang tinggi tentang alam akhirat, kita akan tenggelam dalam hayalan dunia.

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat  ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Al-Hadiid:20)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan  pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia  serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang  melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.(Yunus:8)

Akibat dari terlalu mengejar wang dan pangkat, ramai manusia terperangkap dan menjadi orang-orang yang rugi diakhirat. Pengajaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah swt dalam Al-Quran hendaklah kita hati-hati, kerana Allah swt lebih mengetahui akan hal tersebut.

Perumpamaan orang yang mengutamakan dunia dan melupakan agama atau akhirat samalah seperti seorang yang membina satu rumah yang kecil, sempit dan buruk, tetapi tandasnya amat luarbiasa luasnya, bertingkat-tingkat, dipenuhi hiasan dan ukiran2 yang mahal. Kos binaan rumahnya RM400 ringgit, tetapi tandasnya RM400,000.00

Inilah kesilapan sebenarnya, apabila maksud dilupakan dan keperluan diutamakan. Rumah adalah maksud dan tandas sebenarnya adalah keperluan. Begitulah juga dengan Akhirat adalah maksud hidup, sedang dunia adalah keperluan, jika tersilap langkah, sedang kita bekerja tetapi solat ditingalkan maka samalah seperti perumpamaan diatas. Lebih parah lagi, kerana sesuap nasi, sanggup memberi dan menerima rasuah, makan hasil riba, penipuan dan lain-lain sumber yang haram. Lebih dahsyat lagi kerana ingin keseronokan dan kebebasan ada juga ada mereka-mereka yang menukar agama.

Sesungguhnya agama  disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab  kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian  di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.(Ali-Imran:19)

Marilah kita berhati-hati dalam kehidupan dunia ini, dan kita bina sungguh-sungguh kehidupan akhirat kita..insyaallah..


Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?(An-Nisaa:122)

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.(Al-Kahfi:46)

Berlomba-lombalah kamu kepada  ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.(Al-Hadiid:21)

Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.(At-Taubah:89)

[ Last edited by  kuman at 30-5-2007 05:46 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056117 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list