View: 2897|Reply: 2
|
Bersama Membangun Ukhuwah Islamiah
[Copy link]
|
|
Salam Selawat Keatas Rasual Mulia Muhammad S.A.W dan itrahnya yang suci
Assalamualaikum
Salam kepada sahabat-sahabat di forum ini, sudah 7bulan ana tidak online atas sebeb-sebab tertentu rasa rindu pula hendak berforum dan ana lihat kini forum disini makin panas dan banyak perbincangan ilmiah yang dibahaskan dan itu merupakan petanda positif dalam pencarian kebenaran agama sang Illahi. Ana harap usaha ini berterus disamping tidak melupakan akan silaturahim serta jangan kita bahas mengikut hawa nafsu sebaliknya dengan hati yang terbuka dan sedia menerima kebenaran..teruskan usaha antum semua
Disini ana melihat sedang kita asyik bertegang urut dengan mengemukan hujjah-hujjah bagi membela mazhab dan agama kita dan mencari kebenaran akan ketauhidan Allah..kita lupa bahawa kita ada satu misi penting yang sangat diperlukan dikala ini. Iaitu ukhuwah diantara saudara islam...
Disini bukanlah ana ingat melarang atau mengatakan haram untuk kita berdiskusi dan berdialog dan ana amat menggalakkan kerana disamping kita dapat menambah ilmu kita juga dapat melihat dan mencari kebenaran tetapi disaat kita berdiskusi janganlah kita saling menuduh antara satu sama lain dan berdiskusi mengikut hawa nafsu bukan mengikut akal yang sihat kerana ini akan menimbulkan perasaan marah dan akhirnya membawa kepada pertelingkahan dan keruntuhan kekuatan islam itu sendiri. Jika kita lihat dengan kondisi dunia islam yang kian ditindas dan dizalimi oleh mush-musuh islam, seharusnya kita bersatu dan membina satu ukhuwah islamiah yang utuh demi mempertahankan islam dan umat islam dari terus dirobek oleh musuh-musuh angkara murka itu. Kata imam Khomenei "Jika seluruh umat islam bersatu dan setiap seorang meludah negara israel maka akan tenggelam negara laknatuallah itu" disini menunjukkan bahawa kita mempunyai satu kekuatan yang sangat hebat jika kita bersatu tetapi masalahnya kini kita tidak bersatu tetapi saling berpecah belah dan ada yang sanggup menjadi pengkhianat islam membantu musuh islam menindas umat islam..
Ayuh wahai saudara-saudara ku dan umat islam sekalian, mari kita lihat usaha yang dilakukan oleh ulama-ulama sunni dan syiah yang telah segala usaha untuk bersatu contohnya di Iraq ulama sunni dan syiah solat jemaah bersama apakah maksud ini semua???ini tidak lain adalah untuk menunjukkan bahawa ulama sedang bersatu dan diharapkan menjadi pengikut umat islam umum tetapi apa yang kita sedihkan musuh-musuh islam tidak berdiam, kerana mereka sedar bahawa jika umat islam bersatu maka hancurlah mereka dan mereka juga menggerakkan jentera-jentera mereka dengan menyenyebarkan propaganda yang sungguh halus sehingga kita sendiri termakan akannya...mereka mengebom masjid sunni dan memberitakan pengikut syiah yang lakukan dan sebaliknya...maka secara langsung umat islam yang jahil serta tuli ini tanpa berfikir panjnag langsung saling bertelingkah...wahai saudara-saudara tidakkah kalian sedara bahawa ulama-ulama kita telah melakukan segalanya demi membina ukhuwah islamiah...ulama-ulama syiah telah mengeluarkan pelbagai fatwa demi menjaga ukhuwah islamiah...ulama sunni juga begitu...mereka saling berganding bahu demi membuka mata umat islam bahawa kekuatan yang kita ada bila kita bersatu...tetapi propaganda musuh islam lebih pantas datang dan berjaya menutupi mata hati kita....mereka menggalakana kita membahaskan isu-isu sensitif yang bisa menimbulkan perpecahan mereka membuat fitnah kerana mereka tahu akan kelemahan umat islam..
Wahai saudara-saudaraku...jika kita melihat kristian mempunyai banyak mazhab dan begitu juga yahudi tetapi mereka bersatu dan menutupi kelemahan mereka dan menunjukkan dan memperhebatkan kekuatan mereka yang sebenarnya kosong...mereka juga tidak mempunyai sumber kewangan yang kuat dan mereka bergantung kepada negara islam...tetapi mereka menggunakan kelemehan umat islam agar negara islam membantu mereka....dan menguasai ekonomi negara islam
Wahai saudara-saudaraku..tidakkah kalian semua sedar bahawa kita ini sudah termakan dengan propaganda musuh-musuh islam...kita sudah diketawakn oleh para kafir...ayuh wahai saudara-saudaraku..mari kita bersama membina ukhuwah islamiah...kita eratkan silaturahim...fikir segala daya yang bisa dilakukan mengikut kemampuan kita agar dapat mengeratkan silaturahim tanpa mengira mazhab dan secara langsung membina ukhuwah islamiah itu sendiri...
Kita fikirkan acara-acara dan aktivit-aktiviti yang bisa diwujudkan dalam usaha memperkuatkan silatirahim antara kita.....
Ana tahu ada diantara kita nanti yang akan mengherdik dan menolak seruan ini dengan pelbagai alasan tetapi ana pasti bahawa apa yang ana ingin sampaikan ini meruapakan tuntutan agama islam itu sendiri dan semua mazhab ingin bersatu dan merek yang tidak mahu bersatu itu merupakan agen-agen pemusnah amerika dan yahudi lakntuallah....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
wa...pak shaikh....
ya... lama tak nampak ONLINE. asyik nampak kat luar ja. Mual jugak...
hang punya website pun dah mati... taknak hidupkan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
maklumlah da problem sikit dengan internet ana...
memang nak hidupkan kembali...insyallah dalam beberapa bulan lagi...doakan laman itu terbina dengan jaya...ILLAHI |
|
|
|
|
|
|
| |
|