View: 2173|Reply: 13
|
Apa hukum berpandangan spt ini..???
[Copy link]
|
|
hi sumer,
sy nk tnya..apa hukum kalau kita berpandangan camni..
"ala..solat 40 kali sehari pun bukan dapat per2..baper byk yg ko doa tiap kali ko solat dimakbulkan..solat pun bukan dapat per2..baik tak yah solat"
komen anda amat dialu-alukan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah terang2 hukumnya haram. Silap-silap jatuh murtad. Kena taubat nasuha tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shax at 3-7-2007 08:39 PM
hi sumer,
sy nk tnya..apa hukum kalau kita berpandangan camni..
"ala..solat 40 kali sehari pun bukan dapat per2..baper byk yg ko doa tiap kali ko solat dimakbulkan..solat pun bukan dapat per2 ...
Kata2 begini menunjukkan sangat lemah iman, dan tidak yakin (atau tidak tahu) dengan janji2 Allah.
Solat adalah peintah Allah. Samada suka atau tidak, wajib melakukan perintah Allah. Meninggalkan solat adalah satu sebab mengapa seseorang itu kemudiaan terjerumus dalam perkara2 yang akan membatalkan iman.
Solat adalah satu cara untuk memohon pertolongan dari Allah. Kalau solat kita tak membawa apa2 pertolongan, mungkin kita tidak bersolat dengan sempurna, atau Allah lambatkan pertolongannya atas sebab2 tertentu, atau kerana solat tu tak ke mana sebab terhijab dengan dosa.
Wallahu a'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Engkar kepada yang wajib. Setahu aku yang ni BOLEH JADI murtad. (boleh jadi bukan jadi).
Kecuali kalau dia kata dia berdosa tak sembahyang. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahasyraf80 at 3-7-2007 09:08 PM
Dah terang2 hukumnya haram. Silap-silap jatuh murtad. Kena taubat nasuha tu.
memang haram, memang dosa tu, tapi tak ler sampai murtad kecuali jika terang2 dia mengatakan sholat tu tidak difardhukan buat dirinya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apa pula hukumnya kalau kita beribadah kerana mahu masuk syurga, bukan keran Allah SWT itu sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 tinkerbell_3528's post
tidak menjadi kesalahan pun...
kerana Allah SWT berjanji hendak memberikan syurga jadi tak salahlah jika kita berusaha untuk itu. Umpama ada seorang berkata, "jika awak cintakan aku ni, silalah ambil gula2 dari aku ni" Maka ambillah gula2 tu dan nikmatilah ia.... itu sebagai tanda engkau mencintai sidia...
Namun perlu diingat, masuk syurga hanya dengan rahmat dan redho Allah, bukan kerana betapa banyaknya amalan engkau itu....
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ikhlas tahap pertama : lakukan ibadah ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan dari ALlah
ikhlas tahap kedua : lakukan ibadah ikhlas kerana ALlah janjikan pahala disebaliknya
ikhlas tahap ketiga : lakukan ibadah ikhlas kerana ada kepentingan duniawi...
bab2 nak hukum.. xbrani nak letak la.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ish ish ishhh cam tu sekali yer....jahil sungguh
pandangan : kita hanya berdoa dan tuhan yang akan/atau tidak memakbulkan. Kita kena tengok dari beberapa segi pertama mungkin diri kita tak bersih lagi dari najis sebagai contoh instinjak tidak sempurna kedua kemungkinan pakaian yang di bawa utk mengerjakan solat terkena najis etc.
Kita hanya mampu berdoa dan mungkin dalam diam tuhan akan memakbulkan apa yg didoakan...insyaallah
RENUNG RENUNGKAN LAh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so org tu kena taubat nasuha la kan..
sy pun tak tau nk nasihat camner tp sy slalu gak citer kat dia yg tak semua doa akan dimakbulkan didunia dan kdg2 keinginan kita tu mungkin menjanjikan sesuatu yg tak elok pd kita.Allah yg tahu ape yg akan terjadi pd kita akan dtg..
sy harap dia dpt berubah..
kdg2 sy terpk jugak..org yg tak solat ni, hidup diaorg senang..hepi..blh dikatakan langsung tak der kesusahan yg menimpa..n diaorg ni PR lebih elok dr org yg solat tunggang tonggek tu..
tp kita..mcm2 ujian Allah yg dtg..ader yg hati busuk..dengki sana, dengki sini..issshhh..
tp sy berpegang pd nasihat nenek sy..
"semua kesusahan yg dtg adalah ujian utk menmbhkan lg thp keimanan kita..
yg penting kita kena sabar dan tak putus asa mengharungi hidup ini.."
setakat ni alhamdulillah..sy slalu mintak semoga dimurahkan rezeki n amalkan membaca ayat seribu dinar selepas solat subuh. Setakat ni sy dpat lihat rezeki sy semakin byk n kdg2 melimpah ruah..
tak semestinyer dpt duit byk..tp kelapangan dlm mendapt rezeki tu..
kdg2 tak disangka2 rezeki tu dtg..
dan sekarang..br 1thn 3 bulan sy keje, sy dah dpt beli sebuah umah utk family sy..
bila sy kenangkan..pasti bergenang air mata sy..
alhamdulillah..sy dapat buat sesuatu utk family sy..
doa2 yg lain tu mungkin belum dimakbulkan/tak dimakbulkan Allah didunia..
sy berserah pd-Nya..
[ Last edited by shax at 5-7-2007 01:24 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 shax's post
percayalah kata2 kat post first shax tu adalah kata2 orang yg hidupnya gagal secara mutlak walaupun dialah yg paling kaya di sunia ni......kalau dia terus dengan kata2 tu maka dia tiada apa2...
ingat satu je....semayang 1000000tahun pun kalo Tuhan tak tunaikan satu permintaan pun, hidup tunggang langgang tonggeng terbalik semua, itu jauh lebih baik dari orang yang hidup heppy TAPI TAK SEMAYANG....
sebab penilai kita ialah siapa, Tuhan....
itulah mindset yg kita semua patut ada...
mcm shax juga...tahniahlah...
[ Last edited by ussopp at 5-7-2007 04:33 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada ke cakap macam tu. tu orang tak beriman namanya. kadang2 malu nak ngaku satu bangsa, satu agama, satu kitab. Malu dengan orang2 kapir yang setia dengan ajaran dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shax at 3-7-2007 08:39 PM
hi sumer,
sy nk tnya..apa hukum kalau kita berpandangan camni..
"ala..solat 40 kali sehari pun bukan dapat per2..baper byk yg ko doa tiap kali ko solat dimakbulkan..solat pun bukan dapat per2 ...
Toha:
[20.14] "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Al-Baqarah:
[2.238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Az-Zaariyaat:
[51.55] Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
[51.56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[51.57] Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
[51.58] Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
Dalam persoalan sebegini, kita tanya siapa diri KITA dan siapa TUHAN...
Adakah TUHAN terpaksa menuruti kehendak KITA atau KITA yg semestinya menurut kehendak TUHAN?
Tuhan terpaksa turut kehendak hamba atau hamba yg mesti turut kehendak Tuhan?
Sedangkan Nabi Zakaria berdoa kepada Allah mengharapkan dikurniakan zuriat (ada riwayat mengatakan Nabi Zakaria berdoa selama 99 tahun) mengambil masa yg amat lama barulah Allah swt perkenankan doa beliau dan dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya.
Sedangkan seorang Nabi Zakaria itu seorang Nabi, Allah perkenankan doa hanya setelah hampir mencecah 100 tahun berdoa, inikan pula kita yg hina dina ini.
Ali-Imraan:
[3.185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[3.186] Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
Al-Ankabuut:
[29.2] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[29.3] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
[29.4] Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
[29.5] Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[29.6] Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
[29.7] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
[29.8] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[29.9] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
[29.10] Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?
Ingatla..
bahwa kita semua akan di uji,
ada yg di uji dgn kemewahan,
ada yg di uji dgn kesempitan.
Apabila Allah tidak tunaikan permohonan kita, itu jugak bermakna kita di uji samada kita akan terus taat dan mengabdikan diri kepada Nya.
Kalaulah doa setiap Muslim Allah tunaikan didunia ini dgn segera, nescaya tiada manusia didunia ini yg tidak beriman.
Tetapi pada hakikatnya perjalanan hidup didunia yg sementara ini tidak begitu. Semuanya adalah ujian utk hambaNya.
Oleh itu janganlah awal2 lagi sudah kecundang dengan ujian Tuhan...
lebih2 lagi kecundang demi mengharapkan kenikmatan dunia yg sementara yg mengakibatkan kesengsaraan di akhirat yg kekal selama2nya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shax at 3-7-2007 08:39 PM
hi sumer,
sy nk tnya..apa hukum kalau kita berpandangan camni..
"ala..solat 40 kali sehari pun bukan dapat per2..baper byk yg ko doa tiap kali ko solat dimakbulkan..solat pun bukan dapat per2 ...
nauzubilahhiminzaliq...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|