CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2198|Reply: 16

Melafazkan syahadah

[Copy link]
Post time 14-7-2007 11:10 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Saya harap ada foremer di sini yang dapat bantu menjelaskan tentang satu perkara yang saya amat memerlukan jawapannya.

Apa yang saya nak tanya ni berkaitan dengan seorang kawan. Dia mempunyai minat terhadap Islam. Sejak beberapa minggu ni dia dah mula mempelajari Islam - belajar dari tafsir Al-Quran, dan buku2 agama yang saya berikan kepada dia. Dia juga dah mula menghafal kalimah syahadah dan seringkali mengucapkannya dan didengari oleh saya. Bila saya tanya dia, adakah dalam hatinya sekarang dia percaya dengan Allah itu Maha Esa dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah? Dia jawab, "Ya. Percaya".

Syarat2 masuk Islam yang saya faham adalah berikut:
1. Berakal
2. Kerelaan hati
3. Melafazkan kalimah syahadah

Soalan saya, jika melihatkan syarat2 tersebut, kawan saya memenuhi syarat no.1 dan no.2. Yg bahagian melafazkan syahadah tu yang menjadi pertanyaan sikit. Sekiranya kawan saya melafazkan syahadah dan didengari oleh saya, adakah kawan saya tadi telah dikira masuk Islam? Ini kerana, semasa dia melafazkan kalimah syahadah, hatinya memperakui apa yang dia ucapkan. ATAU.... dia hanya dikira masuk Islam sekiranya dia melafazkan syahadah tersebut di hadapan saksi atau ustaz secara formal?

Perkara ni penting bagi dia, sebab buat masa ni dia belum dapat nak membuat declaration secara formal (berdaftar dengan pejabat agama) kerana sebab2 peribadi. Tapi di dalam hatinya, dia memang percaya dengan Allah dan Rasul, dan mahu menjadi seorang Islam.

Please advise. Tima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 11:15 PM | Show all posts
Ajar dia berwudhu' dan bersolat pula.  Tak payah baca tasbih yang dia tak hafal.  Yang penting rukunnya sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 11:42 PM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

Maksud Ibnur.... dia dah dikira muslim ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 03:59 PM | Show all posts
Ajari dia untuk mandi wajib buat membersihkan dirinya, kemudian ajar sholat.. Itu sudah cukup untuk dia menjadi seorang yang tunduk patuh pada perintah Allah SWT yakni DIA SUDAH ISLAM... Sekarang tanggungjawab 'kita' agar dia akan terus BERIMAN.

Bab pengistiharaan dipejabat agama atau nak daftarkan tu tak perluhlah tergesa2... Banyak karenahnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 04:45 PM | Show all posts
Thanks saiful.

Aku nak mintak pandangan lagi ni...

My fren ni masih duduk bersama keluarga ~ mengamalkan cara hidup orang Cina. Dia bukan tak nak tukar lifestyle, dia nak ikut Islam slowly... dan patuh kepada semua ajaran Islam cuma masalahnya dia tak nak secara drastik keluar dari rumah. Dia masih nak stay bersama keluarga buat masa ni. Dia perlukan guide camne nak cuba amalkan Islam di dalam environment bukan Islam...

Family dia seminggu sekali atleast mesti makan "kaki pendek". Rumahpun ada bela anjing. Bab anjing tu tak crucial sangat kot sebab dia pun takde bermesra2 dengan anjing tu. Yg perlu diberi perhatian adalah bab makanan dan bab ibadat. Aku ada cakap, it's ok kalau nak makan apa mak dia masak, tapi aku advise kalau hidangan tu ada termasuk kaki pendek, cuba jangan makan.. takut minyak yg guna untuk masak kaki pendek digunakan untuk masakan lain.

Dan... for info, dia memang tak dapat nak bagitau family dia lagi pasal niat masuk Islam ni. Dia akan bagitau tapi bukan sekarang..

Harap dapat berikan pandangan camne nak tackle masalah pasal lifestyle ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 05:17 PM | Show all posts
tp klu tk b.tahu..susah plak nk cr alasan tokmo mkn pork..
dugaan pertama die kene isytiharkn diri die islam...
mungkin ms tu famili die bleh terima atau tak..

sbg kawan, ko kene bg sokongan sepadu-padunya kat die..
mn tahu perkra yg tk diingini blaku..
kemungkinan tu ade...

mkn sama bole, mcm sayur ker..
tp kene pastikn tk guna minyak pork..
ayampun tk leh mkn, mungkin tk sembelih..

pendek kata susah gak la nk mkn sama..
kecualilh die pindah kuar menyewa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2007 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by noneng at 15-7-2007 04:45 PM
Thanks saiful.

Aku nak mintak pandangan lagi ni...

My fren ni masih duduk bersama keluarga ~ mengamalkan cara hidup orang Cina. Dia bukan tak nak tukar lifestyle, dia nak ikut Islam slowly. ...



Sebab dia dah percaya kepada Allah dan Muhammad Rasulullah, secara tak resminya dia dah muslim.

Seperti dakwah Rasul s.a.w.  sebelum Hijrah semuanya berkenaan tauhid dan selepas hijrah baru berkenaan hukum.

Berkenaan anjing dan kerbau pendek tu, ada mazhab hanya jilatan anjing saja yang perlu kena samak (atau sertu).  Ini bukan masaalah besar.  Yang penting rukun Islam terutama solat, puasa dan zakat.

Makan tu saya rasa yang susah sikit nak jaga.  Tapi kalau dia ikhlas, tentu dia boleh settle.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 15-7-2007 06:31 PM

Seperti dakwah Rasul s.a.w.  sebelum Hijrah semuanya berkenaan tauhid dan selepas hijrah baru berkenaan hukum.


Boleh tolong explain lebih sikit tak tentang apa maksud ayat Ibnur ni? Saya nak print topik ni untuk dia baca sendiri nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2007 11:09 PM | Show all posts

Reply #8 noneng's post

noneng, secara rasmi perlu ada saksi( JAI tetapkan sekurang-kurangnya 2org Islam sebagai saksi.

Selepas memeluk Islam perkara paling asas yg perlu diketahui ialah AKIDAH( ikatan/akad dgn ALLAH), jika nak diterangkan disini susah sket. Ibnur dah sebut serba sedikit pasal tauhid adalah berkenaan perkara ini. iaitu asas/prinsip/dasar seorang Islam. Ilmu pengetahuan adalah penting, didahulukan atas perkara yg lain.

Berkenaan hukum-hukum Islam perlaksanaanya selepas hijrah. Hijrah meliputi semua perkara, tetapi dijelaskan dengan terperinci didlm al-Quran bagaiman utk berhijrah, dan bukan semata-mata hijrah minda shj seperti yg kebanyakan orang percaya.

Berkenenaan tata cara hidup lama yg bertentangan dengan Islam, jika tak boleh ditinggal secara mengejut, boleh dilakukan secara beransur ansur disusuli dengan pengajian melibatkan ibadat(solat dll++).

Tukar nama, tukar title agama pada IC itu tak penting , pertama-tama yg perlu adalah keikhlasan hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by noneng at 15-7-2007 07:08 PM


Boleh tolong explain lebih sikit tak tentang apa maksud ayat Ibnur ni? Saya nak print topik ni untuk dia baca sendiri nanti..



Saya cuma mengambil contoh dakwah Rasul s.a.w.


Semasa di Mekah ayat-ayat Al-quran yang turun berkisar mengenai perkara-perkara tauhid.  Seperti ayat pertama turun iaiatu... Bacalah.  Bacalah dengan nama Allah...

Kemudian selepas hijrah di MAdinah turun pula ayat-ayat mengenai hukum-hukum feqah.

Asasnya ialah dahulukan perkara tauhid yang asas.  (Bukan polemik salafi-asy'ari, nanti pening pulak dia).

Kemudian ajarkan rukun islam yang utamanya solat, puasa dan zakat.  Sebaiknya buat permulaan biarlah permudahkan untuk dia (bukan perkara-perkara khilafiah).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2007 09:08 AM | Show all posts
Thanks Sharul & Ibnur.

Rite now, aku rasa dia pun masih berbelah-bagi bab nak menjaga makan minum di rumah tu.. Dia tak nak keluar dari rumah sebab dia percaya Islam tidak akan merosakkan hubungan antara seorang ibu dgn anaknya. Dia nak cuba buktikan pada mak dia, yang walaupun dia dah jadi seorang muslim, dia masih boleh seperti biasa.. menjadi sebahagian daripada keluarga. Yg bezanya adalah dia perlu tinggalkan makanan yg haram. Kalau mak dia boleh terima dengan baik perkara ni, insyaAllah takde masalah kot bab makanan.

Memang betul, the easiest approach adalah keluar dari rumah.. tapi kemudian dia akan jadik terbuang dari keluarga. Silap2 terputus terus hubungan kekeluargaan tu. Tapi takkan hanya itu jalan yang dia ada?

Paradigma ibu bapa dia yang mungkin akan rasa kehilangan dia sebagai anak kerana masuk Islam perlu dibuktikan salah. For me, menjadi satu keperluan untuk kita buktikan Islam sentiasa memelihara hubungan persaudaraan dan Islam itu agama yang sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 06:48 PM | Show all posts

Reply #11 noneng's post

Jika dia dah buat keputusan tidak mahu keluar dari rumah, ini merupakan keputusan yang baik juga yang lahir dari hati yang tulus untuk tidak mahu mengeruhkan perhubungan keluarga.. Bagitu jugalah kehendak didalam islam.

Maka apa yang perlu dia buat setakat ini adalah, perubahan didalam akhlaq kerana sikap dan gerak laku juga penting dan ini juga hal utama yang telah diajar Rasulullah saaw. Untuk itu dia perlu belajar adab2 seharian didalam islam. Contoh, memberi salam bila masuk didalam rumah, tetapi dalam hal ini teman engkau itu boleh ucap selamat pagi/malam bila nak masuk rumah. Minta izin untuk keluar setiap waktu sholat sekiranya berdaya untuk bersholat dimasjid/surau. Jika tidak, dia bisa juga menyediakan ruangan sholat didalam biliknya yang tersembunyi, jika tidak mahu diketahui keluarganya.

Dalam bab2 permakanan ini carilah jalan yang sebaik2nya untuk mengelak, jangan pening2 sangat, langkah pertama, benci didalam hati diatas apa2 yang telah diharamkan Allah SWT...  Kerana dizaman rasulullah saaw dulu pun arak belum diharamkan apabila sholat mula diperintahkan...

[ Last edited by  saifulms at 16-7-2007 06:51 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 09:54 AM | Show all posts

Reply #12 saifulms's post

TQ again saiful. Kawan saya sedang belajar lagi ilmu2 fardhu ain. Saya nampak memang susah untuk dia menghafal sebutan dalam bahasa Arab, jadi saya biar dia berusaha ikut kemampuan dia. Lagipun dia tak kenal huruf2 Arab.. saya fikir mungkin akan mudah kalau dia belajar muqaddam dulu.

unfortunately, dia tak mampu untuk mengikuti apa2 pengajian Islam secara formal utk masa ni. Semuanya terpaksa sorok2...

Semoga Allah beri kekuatan pada hatinya.

Malam tadik, kawan saya bermimpi berdiri depan almari. Then ada tulisan pendek je kat almari tu. Dia tak cam apa tulisan tu sebab bukan huruf ABC atau chinese. Kemudian saya tunjuk tulisan arab Allah dan Muhammad. Dia kata tulisan yg dia nampak dalam mimpi tu adalah Allah, bentuk cam bawang..

Saya rasa ini petunjuk untuk dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 01:51 AM | Show all posts
Originally posted by noneng at 14-7-2007 23:10
Assalamualaikum

Saya harap ada foremer di sini yang dapat bantu menjelaskan tentang satu perkara yang saya amat memerlukan jawapannya.

Apa yang saya nak tanya ni berkaitan dengan seorang ka ...


Dia harus mengucap Dua Kalimah  Shahadah di hadapan 2 orang saksi.
Apabila nak register nanti , kedua-dua saksi tu hadir sekali.

Berkenaan silaturahim dengan keluarga dia tu, tak masalah kalau dia di Malaysia dan rakyat Malaysia.
Kebanyakkan orang Cina di Malaysia adalah berfikiran terbuka.
Ceritakan yang sebenarnya kepada keluarga.
Ambil satu masa yang sesuai dan tenang dalam memberitahu keluarga.
Itu adalah jihad dan hijrah.

Insya'allah, Allah akan memberikan kemudahan perjalanan hambanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 01:58 AM | Show all posts
Pengalaman aku:

Ada seorang cina ni nak masuk Islam. Dia datang rumah aku. Dalam banyak rumah yang Imam dan ustaz ada kat taman perumahan aku ni dia pilih aku..
Dengan terketar2 dia kata dia nak convert. Sepatah apa pun dia tak tau dan macam mana. So aku bawak pi jumpa imam surau dan ustaz pas tu bawak kat masjid dan dia lafazkan Dua Kalimah Syahadah.

Sekarang ni dah okay, alhamdulillah. Bapak dan mak dia pun ada datang kat rumah aku. Mereka mintak aku jaga anak lelaki diorang tu. Buat macam anak sendiri.
So suma okay jer..Mereka dari Johor.

Tan Teng Yew tukar nama jadi Amirul.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:01 AM | Show all posts
Alhamdulillah dan tahniah kerana mengislamkan orang kafir....

Sebenaunya.... Mengislamkan orang Islam adalah lebih payah dari mengislamkan orang kafir....wallahuwa'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2007 11:14 AM | Show all posts

Reply #16 WakDaeng's post

betul....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073913 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list