View: 19310|Reply: 87
|
Pencemaran Bahasa - Sari Kata Filem (jadi bahan lawak)
[Copy link]
|
|
saya rasa ni adalah akibat dari
tak mahu menghayati filem yang ditayangkan
sebaliknya mengambil 'direct translation'
atau mengambil remeh tentang terjemahan
satu2 filem ke bahasa malaysia -
whilst it seems funny and perhaps amusing --
ironically it means that the people that
working in our film or tv industries
failed to bring about the plot of the movies
or what's the movie actually is about -
i think it is prerogative for them
to CONVEY the subtitles correctly and not
taking it lightly -- as our language would be
a laughing stock to other people --
*forum members can give suggestion if this thread
should be merged in bahasa malaysia or remains as it is -
thanks *
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sari kata filem seram jadi bahan lawak!
Oleh NURUL HALAWATI AZHARI
KUALA LUMPUR: Bagaimanakah perasaannya apabila ke pawagam menonton filem yang mengerikan seperti pembunuhan bersiri, kisah yang sepatutnya mendebarkan itu tiba-tiba menjadi bahan jenaka dan gurauan sepanjang tiga jam filem tersebut ditayangkan?
Mana tidaknya, perkataan "serial killer" apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi "pembunuh bijirin" (cereal killer).
Mungkin kesilapan di awal cerita membuatkan penonton terus melekat di kerusi. Namun, apabila kesilapan yang sama diulang-ulang hingga ke akhir cerita, sahlah si penterjemah sebenarnya khilaf tentang bahasa.
Di waktu yang lain pula, sedang enak-enak menonton televisyen di rumah drama tentang adegan tembak-menembak, pecah berderai ketawa apabila perkataan "fire" diterjemah menjadi "api".
Senario tersebut seolah-olah telah meletakkan penterjemahan di kategori kedua.
Memandangkan visual lebih penting dan memberi kesan dalam menyampaikan maksud, terjemahan sari kata seolah-olah diabaikan.
Walaupun sebenarnya sari kata dapat membantu penonton memahami dan menghayati cerita yang ditonton dengan lebih baik.
Mutu bertambah baik
Menurut pengerusi Rancangan Bahagian Bahasa Melayu Terjemahan dan Interpretasi di Pusat Pengajian Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia, Dr Hasuria Che Omar, penterjemahan audiovisual di Malaysia telah berkembang dan jika dilihat, kualiti terjemahan sari kata pada filem, rancangan televisyen, dan cakera padat video (vcd) sebenarnya semakin baik kebelakangan ini.
"Beberapa tahun lalu agak teruk mungkin disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah mereka mengambil penyari kata yang tidak terlatih. Ada juga penyari kata yang tidak begitu memahami bahasa sasaran dan tidak berpengetahuan di dalam bahasa tersebut.
"Terdapat juga simpulan bahasa yang berbentuk figuratif dan sebagainya yang menimbulkan masalah kerana tidak dapat diterjemah secara langsung.
"Di sinilah kepakaran dan kemahiran penyari kata penting untuk menjadikan maksud yang hendak dinyatakan itu sampai kepada penonton," jelas Dr Hasuria.
Masalah terjemahan bahasa Cina
Menurut Dr Hasuria, kesalahan yang sering dilihat ialah sari kata daripada bahasa Cina (Mandarin, Kantonis) ke bahasa Melayu. Misalnya penyari kata tidak dapat membezakan di antara penggunaan kata "saya" dan "aku" serta "kami" dan "kita".
Perkara sebegini sering terjadi apabila penterjemah bukanlah penutur asal di dalam bahasa sasaran. Namun Dr Hasuria memuji stesen RTM dan juga TV3 yang telah banyak melakukan perubahan dalam penterjemahan sari kata.
"Faktor ini mungkin disebabkan mereka telah melatih pekerja dalaman serta mereka yang benar-benar berkelayakan dalam bidang penterjemahan.
Manakala mutu terjemahan di pawagam pula masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Seolah-olah tugasan terjemahan dilakukan atas konsep "asal ada", tambah beliau.
Sari kata bantu bukan pakar
Melalui kajian beliau yang telah dibukukan berjudul Penterjemahan Audiovisual Televisyen di bawah Penerbit UKM, Dr Hasuria turut menjelaskan kebanyakan rancangan televisyen merupakan rancangan terbitan tempatan dan juga rancangan yang diimport dari luar negara.
Antara yang popular tentulah siri-siri Korea seperti Love in Heaven dan Winter Sonata, soap opera Latin seperti Rebecca, Rosalinda dan Betty La Soy serta drama bersiri Filipina Pangako Sayo.
Manakala rancangan-rancangan drama dan dokumentari yang melibatkan istilah-istilah teknikal seperti Grey's Anatomy, CSI, National Geographic dan juga Animal Planet amat memerlukan sari kata bagi memudahkan pemahaman penonton yang bukan pakar dalam bidang berkenaan.
Kebanyakan program yang diimport ini menggunakan bahasa Inggeris ataupun bahasa-bahasa lain.
Justeru, apabila elemen-elemen kebahasaan dalam program televisyen yang diimport didapati menjadi halangan kepada komunikasi, maka alternatif untuk menyelesaikan halangan kepada masalah ini adalah dengan penterjemahan atau pemindahan bahasa.
Malahan di TV3, bagi program berbahasa Melayu sendiri, sari kata di dalam bahasa Inggeris turut diberikan. Selain memberi kepuasan kepada penonton, sari kata juga dapat membantu mereka mempertingkatkan kemahiran berbahasa.
Mutu simbol keintelektualan
Menterjemah bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng. Bagi yang pernah terlibat dalam industri ini mereka tentunya faham betapa pentingnya ilmu penterjemahan.
Tidak semua individu mampu menterjemah dengan baik walaupun mereka menguasai lebih daripada satu bahasa.
"Sebenarnya, keberkesanan sari kata yang dihasilkan seringkali disokong oleh tahap keintelektualan penyari kata, pengetahuan mereka tentang bahan cerita, pengetahuan am, kemahiran membuat rujukan, kebiasaan dengan budaya asing dan kecekapan berbahasa.
"Bagi mempertingkatkan mutu penterjemahan sari kata di negara ini, pihak stesen TV awam dan swasta, syarikat-syarikat posproduksi, pengedar dan pengeluar filem, firma pengiklanan dan komunikasi perlu meletakkan tanggungjawab mereka sebagai pendukung bahasa.
"Ini penting supaya tidaklah nanti kredibiliti mereka diragui dan diketawakan," jelasnya kepada Bernama.
Ada di antara stesen televisyen dan juga syarikat filem yang mengupah penterjemah yang tidak mempunyai kelayakan. Hasilnya adalah terjemahan yang seadanya atau terjemahan yang tidak tepat.
Menurut Dr Hasuria, ada juga cadangan yang meminta golongan profesional khususnya pakar dalam bidang ini turut melibatkan diri dalam penghasilan sari kata terjemahan yang lebih tepat terutamanya yang melibatkan teknikal dan istilah.
"Antara yang perlu dilakukan ialah melihat perbandingan hasil kerja oleh penyari kata profesional dengan penyari kata yang bertanggungjawab terhadap filem atau VCD yang diimport, yang tidak melalui penapisan oleh Finas," cadang beliau.
Malah beliau turut mencadangkan supaya diambil pemegang-pemegang ijazah dalam bidang penterjemahan sebagai petugas tetap.
Peranan persatuan penterjemah, DBP
Sebagai pengarah Program Kursus di Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dr Hasuria turut menyatakan kesediaan persatuan mengadakan kursus dan bengkel jangka pendek kepada mana-mana stesen televisyen atau syarikat yang terlibat di dalam industri berkenaan.
Antara yang pernah diadakan ialah bengkel penterjemahan sari kata, menyunting sari kata dan menangani elemen bahasa, teknik-teknik dan sebagainya.
Malah, badan induk yang bertanggungjawab ke atas perkembangan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut mengadakan hadiah galakan penulis sari kata untuk televisyen.
Malangnya, ada di antara stesen televisyen yang gagal menghantar calonnya. Kegagalan ini turut menimbulkan persoalan adakah mereka tidak mempunyai penulis sari kata yang berkualiti atau selama ini tugasan tersebut diserahkan kepada penterjemah luar?
Bagaimanapun, usaha DBP ini patut dipuji kerana objektif utamanya adalah untuk mempertingkatkan kualiti penterjemahan sari kata di Malaysia.
Secara keseluruhannya, bukan semua penterjemahan sari kata di Malaysia ini lemah, tetapi ada kes-kes terasing yang menyebabkannya begitu ketara.
Apatah lagi penterjemahan audiovisual pada prinsipnya hanyalah 60 peratus sahaja, emosi dan maklumat utama adalah visualnya manakala sari kata sebagai bahan bantu.
Walaupun media dikecualikan dalam keadaan-keadaan tertentu menggunakan bahasa yang baku, namun dalam masa yang sama, mereka juga bertanggungjawab menghasilkan terjemahan sari kata yang tepat serta mengajar khalayak mencintai bahasa
|
|
|
|
|
|
|
|
'Tokyo Drift'- 'Drift' kena translate kepada 'Apungan' haha....lawak sungguh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ketua_pramugara's post
apungan??
what is apungan?
terapung apung?
hahaha ye ke?
tokyo apungan?? what's that mean? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ketua_pramugara's post
maksud drift dalam konteks sebenar berbeza dengan maksud drift secara lurus bendul....
kita merasakan kelakar kerana diterjemah secara lurus bendul sama seperti perkataan "duck"(mencangkung)
jika diterjemah secara terus akan menjadi "itik"...
oleh itu,kita perlu mempunyai penterjemah bahasa yang mahir dan bukan hanya merujuk kepada kamus sehala......
aku pun lebih suka sistem sarikata berbanding alih suara kerana keaslian bahasa asal filem itu terpelihara dan kita boleh belajar bahasa asal filem itu.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah tgk citer inggeris di translate---well (baik) jadi perigi. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat tgk citer The Day after Tomorrow kat wayang.. translation: Lusa. Gelak gile2 punye. walaupun betul, tapi takde nilai2 aestatik seni langsung. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bird77 at 23-7-2007 07:44 PM 
teringat tgk citer The Day after Tomorrow kat wayang.. translation: Lusa. Gelak gile2 punye. walaupun betul, tapi takde nilai2 aestatik seni langsung.
rofl - no way !! really , eh??
LUSA? -- hahaha - good movie though!1 --
ah speaking of translation -
once upon a time in china - masa kita kecil2
tengok kat TV kat sekolah ramai2 -
cerita ghostbusters -
ada satu scene tu - semua pakat diam aje
sebab masa tu the ghostbusters yang 3 orang tu
tengah tunggu ghost show up (sigourney weaver) -
so kira tengah suspense --
anyway - tiba tiba those ghostbusters menjerit -
the ghost is coming!! the ghost is coming !! get ready!!
and there - kat subtitle kat bawah tu :
MOMOK DATANG! MOMOK DATANG! SIAP SEDIA~
pecah perut kitaorang ketawa (walaupun scene tu
masa tengah menakutkan - )
what a translation - |
|
|
|
|
|
|
|
saper2 kat sini pernah guna perkataan 'gostan'?
dari mana perkataan ni tercipta ya. kawan cina aku pernah tanya kat aku perkataan tu asal dari mana, bahasa apa. tapi aku terkedu tak leh nak jawab. yg pelik nya dia tau pulak maksud gostan tu. hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 cha_pati's post
hoho...'gostan' aku slalu gune......tapi ni bukan bahasa melayu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
gostan tu orang kedah suka guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
good morning miss = selamat pagi 'berlepas'...
dalam snake on a plane... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
honey, where have u been?
madu, di mana ada awak been?
ni aku penah jumpa dlm cd cetak rampok
[ Last edited by OrhanGhazi at 23-7-2007 11:41 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lmao
omg i love those stuff
so funny kan!
and yet gosh kenapa lah jadi macam tu sekali
translationnya eh - macam macam - |
|
|
|
|
|
|
|
Dato' Lat penah cover topic ni dalam karya dia. |
|
|
|
|
|
|
|
What the hell are you doing?
..apa neraka yang kamu buat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|