View: 4800|Reply: 32
|
Apakah Ciri2 Sebuah Negara Islam?
[Copy link]
|
|
salam sejahtera.......
org kata, negara islam semestinya mengamalkan hukum hudud, benarkah begitu? |
|
|
|
|
|
|
|
mesia nie
1. negara islam?
2. negara sekular?
3. negara islam sekular?
TPM kata mesia negara islam, betul? |
|
|
|
|
|
|
|
mngapa ramai org ckp mesia ni negara islam. ada yg ckp bukan.. sbb ia adalah perbezaan pndapat para ilmuwan... mgenai tafsiran negara islam
aku ada blaja.. ada 3 tafsiran :
1. Negara islam adalah negara yg diperintah oleh org Islam
2. Neg. Islam adalah negara yg agama Islam mnjadi agama rasmi..dan majoriti rakyatnye Islam.
3. Neg. Islam adalah negara yg mnggunapakai Quran n Sunnah sbg sumber utama undang2 negara.
Umno mngunakan tkrifan 1 & 2... manakala PAS gune takrifan 3..
sbb tu ada pbezaan pndapat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kazaraf at 24-7-2007 03:22 PM
mngapa ramai org ckp mesia ni negara islam. ada yg ckp bukan.. sbb ia adalah perbezaan pndapat para ilmuwan... mgenai tafsiran negara islam
aku ada blaja.. ada 3 tafsiran :
1. Negara islam ad ...
err........ bukankah sepatutnya negara islam berasaskan model negara islam pimpinan nabi muhammad? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Acong's post
yup spatutnya yg aku faham bgitu.. tetapi skrg ni bnyk beza pndapat. tu yg jd cm skrg neh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kazaraf at 24-7-2007 04:24 PM
yup spatutnya yg aku faham bgitu.. tetapi skrg ni bnyk beza pndapat. tu yg jd cm skrg neh...
kalu mesia negara islam, bila org tanya nape ader kasino, korg nak jawab camne? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Acong's post
lol Acong...
[ Last edited by Syarul at 24-7-2007 05:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
haaahaaaaaa ya btol tu rul |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Syarul's post
hehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni bole dikatakan unik. Membentuk negara yang bole di panggil ISLAM dan juga bole dipanggil sekular. Terserah pada tafsiran individu da politik.
Tidak ada negara sekular yang meletakkan satu-satu agama di tempat yang tinggi. Malah perlembagaan 11 menjamin dan memberikan keistimewaan ISLAM. begitu juga dengan memberikan hak kepada mahkamah syariah untuk membicarakan hal ehwal orang ISLAM merupakan pengiktirafan pada agama itu sendiri.
Di sebabkan negara ni berbilang kaum, maka untuk menjamin kestabilan, terpaksa di buat kelonggaran. Ini tidal bole dilihat sebagai membelakangkan agama, tapi perlu dilihat sebagai satu bentuk toleransi orang Melayu pada masyarakat non Muslim itu sendiri. Islam melatakkan toleransi sebagai teras, dan membuktikan bahawa agama ini tidak meminggirkan agama dan kepercayaan kaum lihat. Piagam MAdinah ialah membentuk masyarakat yang aman damai, Muslim menghormati hak bukan Muslim dan sebaliknya. Pengorbanan itu perlu untuk mengekalkan kestabilan. Jika negara haru biru, kacau bilau, bagaimana kita nak beribadat dengan tenang.. |
|
|
|
|
|
|
The Kops This user has been deleted
|
negara mesia ni separuh islam separuh tak
kerna kalo ikut islam, ada caranya kita kawal antara non muslim dan non muslim. Kita imposed undang tak kira islam ke tak taraf tetap sama. Cuma kalo berkaitan dgn keagamaan, org islam ada extra undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
So, mcm mana nak impose undang-undang ISLAM? Perlu di ambil kira sensitiviti kaum dan kepercayaan juga. Tidakkah Malaysia sekarang mempunyai undang-undang untuk semua? |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia blom layak lagi digelar negara islam
sbb dlm perlembagaan persekutuan kata remaja umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri. Mak bapak yang fight kat court pun kalah..
byk lagi hal yg blom layak |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kita mempunyai perlembagaan 11 dan 11 (4). Yang terang-terangkan meletakkan ISLAM melebihi agama-agama lain. Kita nak kata sekular pun tak bole gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
....haku tak tataw ler.....malaysia nih layak ker digelar negara islam......sebahagian ciri2 tuh ader tapi tak semua......yg haku heran naper kita masih mengguna pakai undang2 yg digubal oleh Lord Reid.......naper tidak guna pakai undang2 yg digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah..........setidak2 nya mengikuti Piagam Madinah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Piagam Madinah
Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia sememangnya sebuah negara Islam iaitu Islam berperlembagaan. Jika hendak melaksanakan Islam maka hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada kitab perlembagaan dan jika ia didapati bercanggah dengan perlembagaan maka tidak sah lah Islam tersebut. Contohnya ialah hukum-hukum hudud dimana ia tidak ada dalam amalan perundangan Malaysia maka tidak bolehlah diterima hukum-hukum tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitamana pakai undang-undang oleh Lord Reid. Perlembagaan kita di ketuai oleh Lord Reid. Perlembagaan di rangka dengan megfokuskan bukan sahaja pada orang Melayu tapi pada bangsa-bangsa lain juga yg menetap di Malaysia, maka terhasil lah perlembagaan Malaysia.
Piagam MAdinah pula bukan undang-undang. Ianya ialah perlembagaan yang menggariskan kehidupan sosial, pembentukan masyarakat dan sebagainya. Jadi, perlembagaan di rangkamengikut susun galur dan acuan masyarakat itu sendiri. Arab Saudi pun mempunyaio perlembagaan yang sendiri.
Bukankah asas kepada perlembagaan Madinah dan kekuatannya ialah penerimaan bukan Islam kepada pimpinan Nabi. Juga penerimaan mereka kepada agama ISlam yang di bawa oleh Nabi. Bukankah asas kepada kepimpinan Nabi pula ialah perpaduan di antara kaum muslimin dan juga kaun bukan ISlam di sana.
Juga, bagaimana penerimaan bukan ISLAM kalau kita nak menguatkuasa hukum-hukum ISLAM secara total? itu persoalan pokok yang perlu di fikirkan dan di halusi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zalliza1717 at 27-7-2007 06:30 AM
Juga, bagaimana penerimaan bukan ISLAM kalau kita nak menguatkuasa hukum-hukum ISLAM secara total?
Jadi soalannya camne plak Kelantan dapat melaksanakan undang2 islam sepenuhnya. Agama lain x bising pun (setau aku la). Ape yg aku tgk ekonomi kat sana lebih bagus berbanding sini. Cina sana cakap kelantan. Umah org melayu sana besar2, pakai keta pun besar2 jenama luar.
Yang aku terkejut Hutang Tertunggak kerajaan Kelantan telah dilangsaikan sepenuhnya pada 1997. Sedangkan Negeri2 lain masih berhutang lagi ngan kerajaan pusat. Aku bukan nak nyokong PAS ke hape.. tapi dari situ kita tau kuasa tuhan lebih tinggi dari hukum manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah maksud Kelantan melaksana undang-undang ISLAM sepenuhnya? Ia masih lagi memakai perlembagaan dan undang-undang yang ditakrifkan sekular oleh parti PAS. Enakmen undang-undag ISLAM di sana pun masih memperuntukan denda untuk khalwat dan sebagainya. Apa perbezaanya Kelantan dan negeri-negeri lain dari segi undang-undang? Dan bercakap tentang tentang negeri yang 90% ialah orang melayu / ISLAM, Kelantan masih jugak tak melaksana hukum yang digembar-gemburkan dulu secara total. Mengapa?
Ekonomi bukan bermaksud rumah besar, kereta besar. Memang rakyat di sana mewah tapi di mana mereka mencari rezeki? Bukankah di bandar-bandar besar seperti KL, selangor malah hingga ke Johor. Kalau bagus, bermakna tak banyaklah pengangguran yang ada di sana. Taklah berpusu-pusu rakyat sana keluar dan mencari rezeki di tempat orang. Jika begitu bagus eknominya jua, taklah kerajaan kelantan sekarang memerintah dengan hanya kelebihan 1 kerusi berbanding semua kerusi dari dulu.
Tentang hutang, aku lagi terkejut. Mengikut perangkaan Jabatan Audit pada tahun 2004 sahaja, baki jumlah hutang kerajaan kepada kerajaan PUSAT ialah RM871.76 juta... (http://www.audit.gov.my/LKAN%2004%20negeri/KELANTAN04.pdf). Macam mana bole langsaikan plak..
Bukankah Tuhan itu maha kuasa, cuma terserah sahaja pada manusia macam mana nak mencorakkannya. ISLAM adalah agama kedamaian, dan kedamaian yang dikecapi oleh Malaysia itu sudah di katakan mengikut ciri-ciri Negara Islam yang digariskan oleh NAbi Muhammad SAW.
[ Last edited by zalliza1717 at 27-7-2007 09:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|