View: 7941|Reply: 41
|
boleh ke makan masakan org bukan islam
[Copy link]
|
|
kat opis saya ader pekerja india, nampak dia memanng pembersih..saya nak tanya boleh ke saya makan masakan dia, dia selalu bawak utk saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
baik tak payah..tolak ngn baik...baik makan dari air tangan org islam sendiri..hati jadi bersih...walaupun byk restoren bukan Islam tunjukkn tanda HALAL tp aku tk penah pegi...petua artis nassier wahab kelihtan muda adalah makan makanan prepared by Muslim only. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mekma's post
org india tu islam ker tak?
kalau x islam x ley lah mkn sebab banyak sebab x bley cthnya
dari segi kebersihan dan kesucian- diorang mana ada mandi hadas,sumber makanan dari mana
dan banyak lagi.lah
tapi kalau dah kita was2 dah jatuh haram x ley mkn lah..
aku pun x pandai nk terangkan lbh lanjut sbb pengetahuan agama pun cetek..
tapi kalau tanya pendapat aku x payah makan kalau ko was2.key |
|
|
|
|
|
|
|
jgn arr mkn...
brg2 kegunaan utk memasak dia belum tentu halalnye...
tolak dgn baik...
sblm ni penah ke mkn??? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap ini dapat membantu. Copy dan paste dari forum lain. Hukum Mahzab Sunni.
S: Apakah boleh memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam tetapi ia berstatus halal?
J: Boleh dan harus di makan. dalil kerana rasullulah s.a.w memakan dari hidangan orang yahudi dan nasrani serta majusi menurut bebeapa hadis bukhari.
S: Apakah boleh memakan dari pinggan, mangkuk sudu dan alatan bekas makanan orang bukan Islam?
J: Boleh kerana diriorang bukan Islam itu tidak najis.
S: Bagaimana sekiranya selepas saya makan saya dpat terdapat makanan khinzir atau yang tidak halal atau tanda halalnya telah ditarik balik, apakah saya perlu menyamak dan mengeluarkan makanan dari perut saya?
J: Tidak. Itu adalah perbuatan memberat2kan yang ditegah agama. Apa yang telah termakan, terminum itu semua di maafkan berdasarkan hadis bhawa Allah tidak akan membebankan mereka yang terlupa atau tersilap. Dosanya pada si penjual atau pemberi logo sekiranya mereka tidak menjalankan tugas sewajarya. Kita telah mencuba sedaya upaya mengkaji setakat yang mampu.
S: Apakah makanan haram yang telah dimakan dengan tidak sengaja itu akan menutup hati?
J: Yang menutup hati ialah niat perbuatan yang berani memakan makanan makanan haram sedangkan dia tahu ia haram dan dgn sengaja mengengkari larangan Allah. Sedangkan termakan kerana tidak sengaja bukan dilakukan dengan niat hati. Makanan tidak menjadi faktor hati kita menjadi hitam. KAlau tidak pasti kita tidak akan jumpa orang bukan Islam yang masuk Islam kerana mereka sebelum ini lagi banyak makan makanan yang haram berbanding kita.
S: Apakah boleh makan makanan halal atau vege di restoren orang bukan Islam yang diketahui memasak makanan seperti khinzir dan makanan tidak halal?
J: Boleh kerana cara pencucian khinzir tidak memerlukan samak seperti anjing. Cukup dengan cucian biasa.
Kalau mengikut Mahzab Syi'ah, makan hasil masakan orang-orang Pagan (yang menganut agama selain dari People of the Book--nasrani, majusi dan yahudi) yakni penganut agama Buddha dan Hindu adalah haram. Tetapi ini untuk Mahzab Syi'ah sahaja.
[ Last edited by Santeira at 22-8-2007 12:34 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nk tanya tp tumpang thread ni ek..
cth kalo kita tk tahu pemilik restoran tu, tp tukang sediakan makanan dan pelayan muslim... sesuai kita utk kita makan? kita tk pasti sape tukang beli brg2 mentah or tukang masak... sbb byk restoran ni cth kt KLCC dh siap masak byk2... kt restoran just panaskan dan hidang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Santeira at 22-8-2007 12:15 PM 
Harap ini dapat membantu. Copy dan paste dari forum lain. Hukum Mahzab Sunni Syafi'e.
S: Apakah boleh memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam tetapi ia berstatus halal?
J: Boleh ...
persoalanku telah terjwb... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Santeira's post
Jawapan terakhir itu amat mengelirukan..apasal pulak cara pencucian bekas khinzir lain daripada anjing? Sedangkan kedua-duanya najis mughallazah?
BTW proses menyucikan dari najis mughallazah namanya sertu bukan samak! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 22-8-2007 12:29 PM 
BTW proses menyucikan dari najis mughallazah namanya sertu bukan samak!.
.. aper tuh sertu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Santeira at 22-8-2007 12:30 PM 
Ya, cukup sekadar hilang rasa, bau dan warna. Tak perlu disamak.
dear Santeira.... kl betol2 aku ikut mazhab syafie ni senang lahh idup aku... rupe2 tak tak kisah pinggan mankuk diorg tuh disamak atau tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 alphawolf's post
Pada dasarnya, **** dan anjing adalah dua binatang yang berbeza akan tetapi dari segi hukum, dalil yang menyamakan **** dengan anjing dalam hukum wajib samak adalah qiyas bukan nas al-Quran atau Sunnah. Qiyasnya disebut qiyas al-awla kerana **** lebih buruk dari anjing. Jadi jika anjing wajib samak berdasarkan kepada hadis maka **** juga wajib samak.
Qiyas adalah ijtihad dan ijtihad terbuka kepada perbezaan. Dalam memberikan jawapan ke atas persoalan yang timbul dalam masyarakat jika permasalahannya mempunyai beberapa pendapat, jawapan dipilih adalah pendapat yang maslahatnya lebih menyeluruh dan berguna untuk khalayak ramai serta yang sesuai dengan semangat ajaran Islam.
Daging **** najis adalah kesepakatan ulama di mana jawapan itulah yang mesti diberikan jika ada pertanyaan mengenainya. Tapi wajibkah disamak benda-benda yang bersentuhan dengannya? Majoriti ulama Islam termasuk Imam al-Nawawi dari mazhab Syafi'i berpendapat ia termasuk dalam kategori najis mutawassitah dan ia hanya perlu dibersihkan dengan air saja dan tidak wajib samak.
Maka orang Islam yang termakan daging **** tidak perlu menyamak mulutnya yang mungkin akan menjadi bahan tertawaan orang bukan Islam atau menjauhkan mereka dari Islam atau umat Islam itu sendiri yang berasa takut kerana melihat hukum hakamnya yang sedemikian. Dan perlu difahami juga bahawa agama Islam adalah mudah dan tidak membebankan.
Reply #12 True-X's post
Insya-Allah. 
[ Last edited by Santeira at 22-8-2007 12:38 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Santeira's post
dats sound soo easy...... macam tak caya jer..
but then kl itu yg btol.. alhamdullilah.. aku ni food adventurous.. esp kat penang.. kl ader tulis halal dan tak der mende yg buat aku ragu.. tak kisah lah saper yg prepare makanan tuh.. sumer aku belasah jer..
sampaia der kawan aku tuh sound aku.. berkennan tangan org yg menyediakannya kemingkinan besar menyediakan babi di rumahnyer sbb non muslim |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by True-X at 22-8-2007 12:40 PM 
dats sound soo easy...... macam tak caya jer..
but then kl itu yg btol.. alhamdullilah.. aku ni food adventurous.. esp kat penang.. kl ader tulis halal dan tak der mende yg buat aku ragu.. ...
Islam agama yng mudah dan tidak membebankan. Imam mujtahid dalam mazhab Syafie bertegas menyatakan bahawa cara penyucian kenajisan BABl adalah cukup sekadar basuhan sahaja sepeti najis-najis mutawasitah yang lain(kencing, tahi, darah dan bangkai). Antara yang terkenal dengan pendapat sedemikian ialah Imam al-Nawawi (lihat : al-Nawawi, al-Majmu',Beirut : Dar Ihya al-Turath al- Arabi, jil. 4, m.s. 604 ).
Asalkan terang-terangan tak ada daging babi di dalam makanan, atau sembelihan bukan cara Islam, memang boleh makan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam, atau guna alatan makanan yang pernah terkena daging ****, asalkan bersih alatan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Santeira's post
tak perlu disamak..?
soo bahagian maner yg perlu disamak.. kl terken babi nieh
adeyy konpius dah aku nieh... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya, usahakan cari yang diyakini halal. In short, tak payah makanlah.
Yang haram tu boleh membawa kepada masalah lain seperti doa tak mustajab, solat tak khusyu' dan tak diterima Allah, ilmu tak manafaat, anak-anak tak mendengar kata, dan sebagainya. Biarlah bersusah-susah sedikit. Jangan terlalu dipermudahkan.
Dalam fekah ni banyak perbezaan pendapat. Kalau anda kurang berilmu, cari guru yang berilmu yang anda yakini betul-betul ilmu, akhlak dan amalannya dan ikutilah pegangannya. Jgn main baca2 di Internet semata-mata.
Wallahua'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mm barulah aku tau..yalah kadang2 aku ambik jugak, pastu bila balik aku buang..nak ckp tak nak tak sampai hati |
|
|
|
|
|
|
|
berasa kurang yakin dengan penjelasan santiera ni...aku kena rujuk balik ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Santeira at 22-8-2007 12:15 PM 
S: Apakah boleh memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam tetapi ia berstatus halal?
J: Boleh dan harus di makan. dalil kerana rasullulah s.a.w memakan darihidangan orang yahudi dan nasrani serta majusi menurut bebeapa hadisbukhari.
Hadith Bukhari....
Minta tolong sampaikan untuk saya.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|