CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11071|Reply: 54

Cinta yang IDEAL...

[Copy link]
Post time 22-8-2007 12:46 PM | Show all posts |Read mode
I hope this is the right place. Kalau salah, minta jasa baik Mod utk pindahkan ke section yg sesuai. Thanks.

Rasanya semua org tahu apa itu cinta. Baik secara peribadi, atau melalui pemerhatian. Tapi pernah tak anda terfikir, utk mencuba berjalan lebih jauh lagi? Kita tahu, apabila kita jatuh cinta, perasaan yg normal ialah, kita mahu MEMILIKI si dia. To make ur partner, yours. Tapi pernah tak anda terfikir, bahawa apabila kita berjalan lebih jauh lagi, yg akan kita jumpai ialah IDEAL LOVE? Dlm psikologi, apa saja yg berkaitan dgn perkara2 yg Ideal, biasanya hanya dimiliki oleh mereka yg berusaha sebaik mungkin utk menjadi diri mereka yg terbaik. Maknanya, menjadi seorg manusia yg IDEAL. Dlm hal ini, mencapai sesuatu yg ideal dlm cinta. Does it make sense to u?

Begini. Apabila kita mencintai seseorg, perasaan yg akan dtg ialah, kita mahu MEMILIKI. Ini sesuatu yg normal. Tapi cinta yg ideal, ia tidak memiliki. Ia hanya memberi. Jadi apabila kita mencintai seseorg, dan kita telah sampai ke tahap di mana kita benar2 faham perjalanan cinta, kita akan melepaskan... Cinta tidak bermaksud kita harus memiliki. Cinta bermaksud, kita membiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinya sendiri, di mana, bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannya sendiri. Walau pun itu bererti, kita mungkin kehilangan si dia utk selama-lamanya... Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Cinta yg ideal, bererti anda membebaskan si dia dari perasaan terikat dgn anda. Anda memberikan kebebasan berdasarkan kepercayaan dan kehormatan. Namun itu bukanlah bererti anda seorg malaikat sehingga ia membuatkan anda kelihatan PERFECT. No. Ia hanya bererti, anda telah sampai ke satu peringkat, di mana cinta tidak lagi boleh menguasai anda, tetapi ANDA lah yg menguasai cinta...

Ada pepatah Inggeris yg mengatakan,

'If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...
But if that person does not come back to you...
Then that person was never meant for you,
In the very first place...'

Sebagai manusia biasa yg penuh dgn kelemahan, kedengarannya adalah MUSTAHIL utk menjadi manusia ideal, apatah lagi mempraktiskan cinta ideal. But is it really that impossible? Perasaan mmg akan terluka, kerana sebagai manusia, kita tidak akan lari dari bersikap dan berperasaan kemanusiaan. Tapi apabila kita telah sampai ke tahap ini, kita akan faham dan akan melihat cinta, dari satu perspektif yg berbeza. A whole new world is open up to u. A deep understanding of love, and life, that not many possess. It helps u to see things more clearly. Tidak ada lagi perasaan ingin memiliki. Everything is done sincerely, because u no longer expect anything in return. Almost an altruist.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta, hanya kerana cinta...


Jadi, sejauh manakah keberanian anda, utk membiarkan cinta berjalan atas paksinya sendiri, terbang bebas di alam maya, bebas melihat dunia dan keindahannya? Atau anda lebih senang mengurung dan merantai cinta, kerana anda takut kehilangan? No matter how absurd or abstract this is to u, do try to stop, and smell the roses...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2007 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 12:46 PM
I hope this is the right place. Kalau salah, minta jasa baik Mod utk pindahkan ke section yg sesuai. Thanks.

Rasanya semua org tahu apa itu cinta. Baik secara peribadi, atau melalui pemerhatia ...
gud article!!!
amik ka tmana?
kalau u write sndiri mmg sangat tabik!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 01:27 PM | Show all posts
setuju dengan definisi cinta oleh andria tu....utk menyintai seseorang tidak memerlukan apa2 sebab pun...ianya lahir tanpa dipinta..kengkadang tu bila burn fikirkan balik sampai sekarang masih lagi tak menemui sebab utama kenapa burn menyintai suami burn sekarang nie..walaupun dah masuk 12 tahun burn menyayangi dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 12:46 PM
Cinta tidak bermaksud kita harus memiliki. Cintabermaksud, kitamembiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinyasendiri, di mana,bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannyasendiri. Walau pun itubererti, kita mungkin kehilangan si dia utkselama-lamanya... Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akanmemulangkan dia semulapadamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cintaitu tidak pernahdihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakansesuatu yang lebihbaik dari itu.


:cry::cry::cry:..............been there,done that.........
sedih yg amat sgt.... tapi aku belajar utk melepaskan dan dilepaskan...... baru aku sedar apa itu cinta sebenarnya........
mematangkan diri aku..... menguatkan semangat dan menjadikan aku manusia yg lebih tabah......

[ Last edited by  captain_scubby at 22-8-2007 02:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 03:52 PM | Show all posts
Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta, hanya kerana cinta...



suka yang ni....

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 12:46 PM
'If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...



sungguh dan 100% betul

dia nak pompuan tu
dah dapat izin
last2 tak jadi
kembali pada kami sekeluarga
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by hitamputih at 22-8-2007 12:53
gud article!!!
amik ka tmana?
kalau u write sndiri mmg sangat tabik!!


I wrote it on my own.

Terpanggil utk berkongsi. Dari sini, boleh juga kita lihat, kalau2 ada org lain yg mgkn juga punya konsep cinta yg sama. Maklumlah, dunia ini luas. Manusia ada pelbagai ragam dan kepercayaan. Bukan semua org suka berfikir secara kritis. Ramai yg lbh suka menerima sesuatu tanpa banyak soal. Katanya tak perlu susah2 peningkan kepala fikir banyak2. I love u, u love me, let's get married and have kids. Simple and easy.

Well I guess some people are complicated (or choose to be complicated, whatever that means). Some people prefer to think out of the box. Sesetgh org pula tak suka melangkah keluar. Secara peribadi, pada saya, ia adalah sesuatu yg merugikan, sekiranya kita tak pernah berusaha utk keluar dari kepompong yg mengikat diri. Tak pernah mencuba utk mengetahui, sejauh mana kita bisa mengangkat keupayaan diri kita dlm banyak aspek - spiritually, mentally, psychologically. Sgt merugikan sekiranya seumur hidup kita tetap berada di tahap pemikiran yg sama, tanpa pernah mencuba utk melangkah lebih jauh lagi. Tanpa pernah mencuba utk memahami alam sejagat. Tanpa pernah mencuba utk mencari jawapan, membongkar misteri yg lebih besar dari diri.

Kita terlalu dibelenggu oleh norma-norma kehidupan, sehingga kita lupa bertanya pada diri, di mana kita berdiri... Mungkin kita diajar dan dipengaruhi utk tidak banyak bertanya, dan hanya lebih banyak menerima. Kdg2 juga, kita takut utk mencabar diri dgn soalan2 kritis yg pada masa2 tertentu, memerlukan hati yg bersih dan cekal, utk menanganinya. Org lain buat A, maka kita pun buat A. Tak terfikir utk melakukan perubahan, menjadikan diri lebih baik dari semalam...  Ramai di antara kita adalah pengikut, dan bukan pemikir...   Justeru itu, ramai di antara kita adalah PEMIUTANG CINTA, dan bukannya Pemberi Cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 12:46 PM
I hope this is the right place. Kalau salah, minta jasa baik Mod utk pindahkan ke section yg sesuai. Thanks.

Rasanya semua org tahu apa itu cinta. Baik secara peribadi, atau melalui pemerhatia ...



bagi aku, definisi cinta amatlah abstrak untuk ditafsirkan secara terus. kefahaman cinta seseorang juga mungkin datang dari pengalaman kisah-kisah dahulu, persekitaran hidup yang berbeza dan orientasi pemikiran seseorang.

aku bersetuju juga dengan pandangan andria, tetapi sebelum berfikir di luar kotak (think out of the box), baik lah kita berfikir didalam kotak dahulu.

kalau cinta itu hanya memberi, di manakah adilnya cinta?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2007 06:34 PM | Show all posts
Originally posted by munkyG at 22-8-2007 16:56



bagi aku, definisi cinta amatlah abstrak untuk ditafsirkan secara terus. kefahaman cinta seseorang juga mungkin datang dari pengalaman kisah-kisah dahulu, persekitaran hidup yang berbeza da ...


Benar. Sebelum kita boleh berfikir di luar kotak, kita harus bermula dgn berfikir di dalam kotak. Hanya SETELAH berfikir di dalam kotak, barulah kita mula berfikir di luar kotak. We have to start somewhere, right? Saya tak claim yg saya memahami cinta sepenuhnya. Cuma mungkin konsep saya saja yg berbeza. Dan itulah yg saya kongsikan di sini. Pada saya, apabila kita mencintai seseorg, kita tak perlu mempersoalkan isu KEADILAN. Kerana cinta itu bukan keadilan. Itulah sebabnya saya kata, tak ramai Pemberi Cinta. Yg banyak ialah Pemiutang Cinta. Kita memberi pinjam, atas dasar, 'Apa aku dpt kalau aku berikan kau cinta aku? Aku dpt keadilan tak?'

Apabila kita menyoal apa yg akan kita dpt, itu  bukan cinta lagi namanya, kerana kita sudah mengharapkan BALASAN. Adakah cinta namanya apabila kita mengharapkan balasan? Jujurkah kita dlm mencintai seseorg, apabila kita mengharapkan balasan? Tepuk dada, tanya hati...

Dlm cinta ideal, kita tak perlu sebarang pembalasan. Ibaratnya, 'Kau nak beri cinta kau, kau beri. Kalau kau tak nak beri, lebih baik kau simpan, daripada kau meminjamkannya atas dasar, 'Mengharapkan balasan.' Pada saat kau jatuh cinta pada seseorg, dan kau mengharapkan balasan, maka di mana NILAI cinta kau berdiri? Adakah cinta yg kau beri, bersandarkan keikhlasan? Kalau kau ikhlas, kenapa kau mengharapkan balasan? Adakah cinta itu satu PELABURAN? Adakah cinta kau satu PERNIAGAAN? Adakah kau tawar-menawar dan menjual-beli cinta?

Saya tak menghakimi sesiapa. Sekadar melontarkan pertanyaan agar minda kita terbuka utk berfikir secara kritis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 07:42 PM | Show all posts
i like your definition of LOVE being Ideal. yes, love needs some justice because i am just sick of hearing people blaming love and turn it into lust, anger and revenge.

tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima so adakah sama dgn hati yg memberi lebih baik dari hati yg menerima?


and another good point is the fact that nowadays people had the misconception of loving someone and claim that he/she is theirs. i concur this because its not like we being tied down just because we love someone or being somebody's partner. funny how people claimed that they 'own' someone.
by being in love, the Ideal love would be personalities that complete each other. 2 personalities that work like the final two pieces that complete the mysterious puzzle of life. love would never belittle anyone, would never make anyone blind and make anyone clueless.
being in love is like being in a pure ethereal feeling that almost makes you be in the most euphoric ambiance. makes you wanna smile to everyone on the street.

kudos to you andria! thanks for the good article
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 07:52 PM | Show all posts
'If you love someone, let that person go...
If that person comes back to you, that person is yours...

But if that person does not come back to you...
Then that person was never meant for you,
In the very first place...'


yg ni aku setuju sgt2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 06:34 PM


Benar. Sebelum kita boleh berfikir di luar kotak, kita harus bermula dgn berfikir di dalam kotak. Hanya SETELAH berfikir di dalam kotak, barulah kita mula berfikir di luar kotak. We have to s ...



aku tahu, dan semua mengakui cinta ideal itu bagus, tapi bersikap realistik adalah lebih sempurna.

sudah tersisi dihati sekalian manusia untuk mempunyai rasa ingin memiliki, bohong lah kalau mahu dikatakan...

"aku bisa melepaskan dirimu, semata-mata cinta aku tidak memerlukan balasan..."

haha..

secara lumrahnya, setiap manusia yang memerlukan cinta berhak untuk merasakan kekecewaan apabila cinta nya tidak berbalas.. dan sukar untuk menolak rasa keinginan memiliki dengan rasa cinta didalamnya...


*best plak dpt provoke pemikiran yer...


[ Last edited by  munkyG at 23-8-2007 12:19 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:44 AM | Show all posts
Originally posted by munkyG at 23-8-2007 00:16
aku tahu, dan semua mengakui cinta ideal itu bagus, tapi bersikap realistik adalah lebih sempurna.


Mana ada kesempurnaan. Kita hanya boleh berusaha utk menjadi diri kita yg terbaik. Dan siapa pula yg kata, cinta ideal itu bukan sesuatu yg realistik? Realistik itu ada di tgn individu. Kalau dia rasa cintanya itu realistik, maka realistiklah ia. Kalau dia rasa cintanya itu plastik, maka plastiklah ia. We have no rights to judge what is realistic or not realistic for anyone. We can only share, but we can NEVER dictate.

Originally posted by munkyG at 23-8-2007 00:16
sudah tersisi dihati sekalian manusia untuk mempunyai rasa ingin memiliki, bohong la ...


Kenapa pula ia harus jadi bohong, semata2 kerana u tidak mempunyai konsep yg sama? Just because sesuatu itu berbeza dari norma kehidupan, maka ia harus jadi BOHONG? Says who? Siapa yg menetapkan peraturan itu? Semata2 kerana u tidak merasakannya, adakah ia harus jadi bohong? Nope. Berlapang dadalah, jangan mudah melabelkan atau menjatuhkan hukuman kpd org lain, semata2 kerana u sendiri tidak pernah merasakannya. Org lain yg merasakannya, tahu apa yg mereka perkatakan. When we generalize something we have never experienced, it only shows how shallow our mind is. Ibarat cerita 3 org rakan yg cacat, dan masing2 memberikan tanggapan yg berbeza tentang apa itu gajah.

Mmg TIDAK semua org mampu memikul beban cinta ideal, sebab itu ia dinamakan CINTA IDEAL, in the 1st place. Jika semua manusia boleh melakukannya, tidaklah ia dikatakan ideal, dan tidaklah ia diletakkan di tempat yg tinggi. Antara dedaunan di pohon, dan berlian, tidak sama nilainya, bukan? Tidak ada siapa yg kata, manusia tidak berhak merasakan kekecewaan apabila cintanya ditolak. Sudah saya kata dlm artikel tersebut, kita bukan malaikat, dan kita sama sekali tidak akan jadi sempurna walaupun kita mampu mempraktiskan cinta ideal. Apa yg kita boleh lakukan, ialah menjadi diri kita yg terbaik. Dan maksud terbaik itu, adalah subjektif. Setiap org mungkin mempunyai interpretasi yg berbeza.

It's really up to u, how u accept things. Jika u memandangnya negatif, maka negatiflah jadinya. Begitu juga sebaliknya. How u look at things, reflects WHO u are inside. U don't answer to anyone, u only answer to urself, because it is u who experiences things. U are responsible for urself. Our thoughts of others, reflect our inner selves. And how we approach love, almost always reflect who we are in real life. U are the mirror, of ur ownself.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 05:37 AM | Show all posts
crap...
experiences...
environment...
situation...
circumstances...
exhausted...
sighing...

times...
spaces...
lone ranger... (power rangers.. kasik yg kaler pink sket..)
career...
positive...
learning...
pro n contra...

then...

u've to be cruel in order to be kind...

nothing to write home about...

otobotssss... rolloutsss....
  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 06:07 AM | Show all posts
believe on ideal luv exists but mb just not for me..only for lucky people
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 12:46 PM
Jadi apabila kita mencintai seseorg, dan kita telah sampai ke tahap dimana kita benar2 faham perjalanan cinta, kita akan melepaskan... Cintatidak bermaksud kita harus memiliki. Cinta bermaksud, kitamembiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinya sendiri, di mana,bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannya sendiri. Walau pun itubererti, kita mungkin kehilangan si dia utk selama-lamanya... Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu.  


wow.. very well written... ske...

tapi ada nak tanya sket
aku pernah 'melepaskan' macam ko cakap tu
mula2 tu mmg horror laa
tapi after a while tu ok

soalannya lepas dia dah terbang bebas kesana kemari
kegunung dan lautan, menghidu udara segar, cium roses etc etc...
macam pepatah inggeris yg ko cakap tu
dia datang balik kat aku... mcm cinta ideal yg ko tulis lah...

persoalan nya
sebab lama sangat dia terbang
n nampak macam aku lebih ske tengok dia berterbangan macam tu
dari terikat dgn aku
dan aku pun rasa macam nak pergi terbang2 jugak
aku rasa macam nak suruh dia terbang terus je........

ini kira cinta IDEAL jugak ke?...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 04:24 PM | Show all posts

Reply #1 andria's post

cayalah kau tulis sendiri this artikel...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by andria at 22-8-2007 12:46 PM
Cinta bermaksud, kita membiarkan org yg kita cintai, bebas menjadi dirinya sendiri, di mana, bila dan bagaimana, mengikut masa dan acuannya sendiri. Walau pun itu bererti, kita mungkin kehilangan si dia utk selama-lamanya... ...



pd sy kita cintakan seseorg itu bila kita terima dia seadanya, biar dia menjadi diri sendiri... dan kita pon kena jadi diri sendiri.. xperlu berubah utk mengejar cinta dari dia... so bila dua-dua pihak boleh menerima seadanya... harapnya cinta itu adalah cinta yg ideal...

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 12:01 PM | Show all posts
cinta kena ada pengorabanan utk memberi dan menerima kalau sekadar suka sama suka itu nafsu......
Reply

Use magic Report

rokor This user has been deleted
Post time 25-8-2007 12:20 AM | Show all posts
Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika anda bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta, hanya kerana cinta...


.... rasanya cam terlalu idealistik.......
suatu masa dulu mungkin aku leh pecaya......
tapi pabila cintaku hancur satu persatu......
..................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.743078 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list