View: 8474|Reply: 48
|
Syaitan dibelenggu pada Bulan Puasa?
[Copy link]
|
|
Assalaamualaikum & salam sejahtera buat forumners CARI.com.
Di sini i ada satu kemusykilan mengenai syaitan yg dikatakan akan dibelenggu/diikat bila datangnya Ramadhan al-Mubarak. I perlukan penjelasan daripada forumners sekalian samada benar sekalian syaitan itu diikat atau tidak, ataupun hanya segelintirnya sahaja? ataupun mungkin yg dinamakan syaitan itu berpuak2 dan berbagai2? Pernah satu ketika i bertanya kepada beberapa orang member i dan mereka juga turut memberikan pandangan yg sama mengenai persoalan ini.
Yg menjadi masalahnya, bukankah ada syaitan yg akan sentiasa bersama kita utk menghasut kita ke arah kehancuran dan kemaksiatan? bukankah syaitan telah berjanji akan menyesatkan anak2 Adam (dan Hawa) hingga hari akhirat?
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
cikanos01 This user has been deleted
|
mmg ler tul setan dirantai tp yg berperangai setan tak dirantai pun
hehehehehhehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
sepaham aku hanya cetain syaitan yg akan dibelenggu di bulan pose nih. saitan kan ada byk spisis, yg kene ikat yg jenis yg kejenya melalaikan manusia, tp syaitan jenis lain ttp ada. tu sbb kite ada dgr citer bln pose ada org jupe antu gak...kalo aku tak salah la..kalo salah sori ekkkk... |
|
|
|
|
|
|
cikanos01 This user has been deleted
|
bkn semua rasanya....sbb dlu member aku rajin pukui gendang kat masjid
skali kn teguq berterabuq lari....hheheheheh
tp mlm sok p lg |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 cikanos01's post
sapa yang teguq? setan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Ultimate_Falcon's post
mmg betul semua setan d belenggu & d humban ke dlm lautan...
yg tak d ikat tu manusia yg dah jd setan....:victory: |
|
|
|
|
|
|
nirzath This user has been deleted
|
hmm kalau jin macam mana lak ? turut dibelenggu ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Jin sihir yang dihantar orang masih mengganas dalam bulan ramadhan. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aku cakap.... syaitan2 diikat jer... meaning syaitan still ada dimana2 saja cuma dia terikat agar owang Islam senang wat amal ibadat... untuk yg ada leh nmpk bebenda halus tu dia akan nmpk gak...
ntahla... aku pon xbape tau la... yg pastinya aku nk posa di bulan Ramadhan dgn penuh barakah |
|
|
|
|
|
|
|
syaitan dibelenggu(di ikat laa) yang bebasnya syaitan nafsu jer...sbb nafsu nie satu2 sumber yang membuat manusia bersemangat utk berpuasa atau tidak..nama pun nafsukan..so..Allah dah pun plan siapa yang sejujurnya bersama dengan nya..:victory: :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
ada sebuah hadis sahih yang berbunyi....
Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda bermaksud: 揂pabila Ramadan tiba, maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)
pasal syaitan yang dibelenggu, hanya sebahagiannya iaitu syaitan yang membangkang seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "Pada malam pertama Ramadan, syaitan dibelenggu. Iaitu syaitan yang membangkang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 m_scofield's post
yer..aku setuju...inilah yg aku aku cube sampaikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas pandangan dan maklumat yg dikemukan.
Tetapi di sini I masih memerlukan sedikit pejelasan mengenai 2 perkara.
[quote]Originally posted by m_scofield at 8-9-2007 03:40 AM
pasal syaitan yang dibelenggu, hanya sebahagiannya iaitu syaitan yang membangkang seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: "Pada malam pertama Ramadan, syaitan dibelenggu. Iaitu syaitan yang membangkang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 m_scofield's post
memandai ko sj nak bg pendapat ko yg mengarut tu........
kan dlm quran ada d tulis...syaitan semua d belenggu & d humban ke dlm laut....
sukati ko sj nak ubah....nak bg pendapat ko..
brp tingkat sekolah ko... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Ultimate_Falcon's post
aku tak taw nak cari d mn..
ko p baca sendiri la...
.....Rasulullah Shalallahu 慉laihi Wassalam bersabda: 揂pabila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga (dalam riwayat lain, dibukalah pintu-pintu rahmat), dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggulah syaitan-syaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa benang nih lebih sesuai di bincangkan di board muslimin & muslimat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 MeeSai's post
sory kalo my post not at the same level as yours.ilmu saya masih rendah..it was just my humble opinion,backed with proof..hm aku jugak nak tau sesangat pasal ayat Quran kata syaitan dihumban ke laut? are u sure? kenapa nak ke laut eh..kenapa tak humban ke neraka..hmm explanation please..ultimate falcon,kat bawah ade explanation pasal syaitan yg membangkang..emm memang syaitan takleh menghasut manusia..syaitan tak bergerak aktif,hmm susah nak cakap,tapi lebih kurang macam tulah..tapi jin ada.jin islam umpamanya,tidak dibelenggu,sebab bukan semua jin adalah syaitan..yang jadi keburukan/maksiat di bulan ramadhan,disebabkan nafsu kite.musuh utama bukan syaitan,tapi nafsu diri kite sendiri..percayalah..apapun kan ade syaitan bergerak dalam diri kite ikut pembuluh darah.bila kite puasa pembuluh darah mengecil,so sukar untuk syaitan menghasut.apapun,usah bertengkar kerana perkara2 yg terlalu kompleks...yang penting kita utamakan amalam kita di bulan ramadhan..anda merokok? makanan jin adalah asap.kalau suka isap asap rokok=sedara jin lah tu.quote ustaz ismail kamus..
"HADIS yang menyatakan bahawa syaitan
dibelenggu pada Ramadan adalah hadis sahih
yang diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis
seperti Imam Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu
Huzaimah.
Daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda
bermaksud: Apabila Ramadan tiba, maka pintu
syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan
ditutup serta syaitan akan dibelenggu." (Riwayat
Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)
Dibukanya pintu syurga dan ditutupnya pintu
neraka pada Ramadan... Ibnu Hajar dalam kitab
Fathul Bari menyebutkan ada beberapa
kemungkinan:
l Pertama, memang benar pintu syurga dibuka
selebar-lebarnya pada Ramadan dan pintu neraka
ditutup. Sehinggakan tidak ada orang yang
dimasukkan ke neraka selama sebulan itu. Inilah
yang memberikan semangat kepada hamba Allah
untuk memperbanyakkan amal sepanjang
Ramadan itu.
l Kemungkinan kedua, bahawa Allah membuka
kesempatan kepada hamba-Nya untuk taat
beribadah, yang mana taat itu menjadi penyebab
masuknya mereka ke dalam syurga.
Demikian juga dengan ungkapan ditutupnya pintu
neraka. Ia adalah gambaran daripada
dipalingkannya hamba Allah daripada keinginan
untuk melakukan maksiat, yang mana maksiatlah
yang akan membawa mereka ke neraka.
Dengan dipalingkan daripada maksiat, maka
seolah-olah pintu neraka tertutup pada Ramadan.
Mengenai dibelenggunya syaitan, ada beberapa
penjelasan daripada ulama mengenai maksud
perkataan Rasulullah bahawa syaitan dibelenggu
pada Ramadan:
1 Al-Hulaimi berpendapat yang dimaksudkan
dengan syaitan di sini adalah syaitan yang suka
mencuri berita dari langit yang terjadi pada waktu
malam Ramadan. Pada ketika turunnya al-Quran,
mereka dihalang melakukan hal itu kerana
dengan belenggu itu, maka syaitan tidak mampu
melakukannya.
2 Syaitan tidak berleluasa atau sewenang-wenang
mengganggu dan merosakkan manusia seperti
seperti biasa kerana umat Islam sibuk dengan
ibadah berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran
dan berzikir.
3 Yang dibelenggu hanya sebahagiannya iaitu
syaitan yang membangkang seperti yang
dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah
bahawa Rasulullah bersabda: "Pada malam
pertama Ramadan, syaitan dibelenggu. Iaitu
syaitan yang membangkang. (Riwayat Ibnu
Huzaimah, Nasai, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-
Hakim)
4 Maksud dibelenggu adalah ungkapan
ketidakmampuan syaitan untuk menggoda dan
menyesatkan manusia.
Jadi mengapa masih ada kemaksiatan pada
Ramadan? Bukankah syaitan yang biasa
menggoda manusia telah dibelenggu?
Berdasarkan pengertian di atas, ulama memberi
empat jawapan:
5 Syaitan dibelenggu bagi mukmin yang
melakukan ibadah puasa dengan penuh
keikhlasan.
6 Hanya sebahagian syaitan yang dibelenggu, iaitu
syaitan yang membangkang seperti dijelaskan di
atas.
7 la juga boleh dimaksudkan berkurangnya
perbuatan kejahatan atau perilaku maksiat pada
Ramadan. Memang masih terjadi, tetapi tidak
sebanyak berbanding bulan lain.
8 Syaitan dibelenggu, namun ada beberapa
perangai manusia yang menyamai syaitan yang
menyebabkan masih berlaku perkara maksiat.
Kemaksiatan itu timbul kerana runtuhnya sifat
mulia manusianya, adat istiadat yang rosak dan
lingkungan masyarakat yang sudah bobrok yang
dilakukan oleh syaitan daripada golongan
manusia.
DIJAWAB Prof Madya Maznah Daud, pensyarah
syariah di UITM, Shah Alam, Selangor" |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa macam thread ni dah ada la dulu |
|
|
|
|
|
|
|
i've got it..
so it means that not all the devils will be shackled in this fasting moon. just the rebellious and instigator types at all.. in the same way, people who act like an evil isn't being instigated by devil, they actually stimulated by their emotions and lusts.
forgive me if i'm wrong.
thanks all |
|
|
|
|
|
|
| |
|