View: 7614|Reply: 34
|
Laluan motosikal dibina di seluruh negara
[Copy link]
|
|
Laluan motosikal 323km -- Dibina di seluruh negara dengan kos RM140j atasi kemalanganOleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 5 Sept. |
|
|
|
|
|
|
cikanos01 This user has been deleted
|
baguih gak buat laluan motosikal tp pihak berkuasa kn pantau gak
byk kes sgt....rompak ler letak paku ler
takut weeehhh |
|
|
|
|
|
|
|
bagus nak buat jln moto gini..
tp tu la .. ade je yg nak buat dajal .. |
|
|
|
|
|
|
|
antara kebaikan buat lorong sikal nih....... mengurangkan kadar kemalang motosikal ngan kenderaan besar lain
keburukan lak........... boleh buat duit bg org yg tukar tiub moto....... sure lagi banyak kes tabur paku..... |
|
|
|
|
|
|
|
kerajaan mmg pandai buat highway.. tapi maintanence tahap ZERO utk laluan motow.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikanos01 at 6-9-2007 09:10 AM
baguih gak buat laluan motosikal tp pihak berkuasa kn pantau gak
byk kes sgt....rompak ler letak paku ler
takut weeehhh
Lorong motor kat jalan raya biasa tak sama macam lorong motor kat highway... lorong motor kat jalan raya biasa ni cuma dipisahkan daripada laluan keter setakat guna jalur hitam putih ajer, so senang la motor nak potong motor lain yang lebih slow, kuar bila2 masa pasal nak masuk simpang ataupun lari kat laluan keter kalau ada lubang ker haper ker kat lorong motor. So dengan kata lain, design laluan motor kat jalan raya biasa masih bleh diterima pada pendapat haku.
Tapi design lorong motor kat highway cam kat Federal Highway dgn highway Kesas tu yang cam lahanat nyer. Nak tau lagi, korang baca kat http://en.wikipedia.org/wiki/Motorcycle_lane |
|
|
|
|
|
|
|
Ni haku cilok kat Wikipedia...
Motorcycles lanes in Malaysia
In some parts of the whole expressways and highways in Malaysia, there is an additional lane designated for motorcycles. These lanes are usually about half the width of a normal lane on the North-South Expressway and are positioned on the extreme left side of the main carriageway for each direction of travel. These special lanes are found in Shah Alam Expressway, Butterworth-Kulim Expressway, Federal Highway, Guthrie Corridor Expressway, Putrajaya-Cyberjaya Expressway and all major highways in Putrajaya.
Motorcycle lanes have a special shelter places that provide protection and shelter for motorcyclists against heavy rains. Usually, most motorcycles are located below overhead bridges, but some motorcycle shelters may be special booths in motorcycle lane.
On Malaysian federal roads, the motorcycle lanes are placed at the extreme left side of each direction and only separated from the main lanes by black-and-white stripes to enable motorcyclists to overtake slower motorcycles and to turn right to exit the road.
Design issues
While the design of the motorcycle lanes on some federal roads in Malaysia can be considered as acceptable, the design of motorcycle lanes on expressways is often criticized by Malaysian motorcyclists due to several isues:-
Narrow lane
The average width of a typical expressway motorcycle lane such as on Federal Highway is only 2 m, which only allows speeds up to 70 km/h by underbone motorcycles. However, the width of the motorcycle is too narrow for bigger motorcycles as well as for overtaking purposes.
Motorcyclists exit the motorcycle lane when approaching an interchange via small off-ramps. Sometimes, the off-ramps are too narrow for the motorcyclists especially for bigger motorcycles, and some ramps may require motorcyclists to stop to look for the oncoming cars before it's safe to exit the lane. Hence, motorcyclists exiting motorcycle lanes may face risks of being collided from behind.
Dangerous corners
Every time when a motorcycle lane approaches an interchange, the motorcycle lane passes dangerous sharp corners as well as some tunnels. The dangerous corners are dangerous for motorcyclists if they are riding at high speeds above 35 km/h.
Extended distance
Besides risking the safety of the motorcyclists, the sharp corners when approaching an interchange also significantly increases the traveling distance for motorcyclists. The best example is the Seputeh interchange at the Federal Highway, where motorcyclists from Klang direction who wish to turn to Salak Expressway have to pass 2 roundabouts, several winding lanes and several tunnels, which wastes time.
Improper maintenance
Motorcycle lanes on Malaysian expressways are often criticized by motorcyclists for their poor maintenance. Some stretches of the motorcycle lanes are flooded with puddles even when it's not raining. Some stretches may have potholes and also covered with sand which often causes troubles for motorcyclists. The lanes are also poorly-illuminated and also less monitored.
Risks of robbery
The corners and tunnels of the motorcycle lanes can be potential sites for some robbers to rob motorcyclists due to he dark and hidden locations. Because of motorcycle lanes on expressways are completely separated from the main carriageways, motorcyclists have no escape routes from being robbed by the robbers. There are many reported cases of robberies along motorcycle lanes at Shah Alam Expressway and Federal Highway. As a result, many motorcyclists avoid using motorcycle lanes and only use them during rush hours.
Nailing syndicate
There are reported cases by motorcyclists whose tyres have been punctured due to hitting nails at the motorcycle lane. Shortly after their tyres have been punctured, suddenly there are some "kind" men waiting at a corner of the motorcycle lane who offer help to fix the tyre tubes, but with ridiculously high price. An average price of a tyre tube for a typical underbone motorcycle is only between RM8 to RM11, but they may charge even up to RM50. It was suspected that they are the culprits who have actually put some nails on the motorcycle lane in order to make money easily.
[ Last edited by Squall-Leonhart at 6-9-2007 10:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu membabitkan pembinaan lorong motosikal sejauh 323 kilometer dengan kos kira-kira RM140 juta."
323 Km = RM140 juta
1 km = Rm 2.3 juta......????
mak aihh.. mahal giler nak buat laluan nie...
Ker ada b*bi disebalik kandang???
Kaya lagi la Sammy Vellu...
Sapa ada baca paper "keluhan org muda " dalam berita harian smlm?
Nanti aku try carik... |
|
|
|
|
|
|
|
kroni tgh plan nak gi honeymoon sekali lagik nih............ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Chek_am8848 at 6-9-2007 01:01 PM
"Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu membabitkan pembinaan lorong motosikal sejauh 323 kilometer dengan kos kira-kira RM140 ...
terbalik laaaaaaaaa
0.4 juta bagi 1 km
okay ar tu,
0.2 juta masuk poket |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Chek_am8848 at 6-9-2007 01:01 PM
323 Km = RM140 juta
1 km = Rm 2.3 juta......????
.
hahahaaa.. kantol.. math ko failed keeee?.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku main congak jer...
Hitamputih pakai scientific calculator... |
|
|
|
|
|
|
|
Minda Pengarang: Penunggang motosikal mesti ubah sikap
PELBAGAI langkah dibuat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Selain kempen kesedaran kepada pengguna dan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan juga mengambil langkah proaktif membaiki jalan dan menyediakan kemudahan seperti jejantas pejalan kaki, memasang lebih banyak lampu isyarat dan papan tanda. Terbaru, kerajaan memperuntukkan lebih RM600 juta bagi menaik taraf 157 laluan maut di Semenanjung serta membina dan menambah baik lorong motosikal di seluruh negara dalam usaha mengurangkan kemalangan. Daripada jumlah itu, RM485 juta digunakan untuk pembinaan lorong motosikal sepanjang 323 kilometer, manakala RM125 juta lagi bagi menambah baik dan memasang papan tanda tambahan. Setakat ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah membelanjakan RM110 juta bagi menaik taraf dan membina lorong motosikal di seluruh negara.
Mengikut rekod polis, daripada hampir 6,000 kemalangan maut setiap tahun, sebahagian besarnya membabitkan penunggang motosikal, iaitu 3,693 orang tahun lalu berbanding 3,591 kematian pada 2005, meningkat 2.8 peratus. Justeru, langkah kerajaan memperbanyakkan lorong motosikal di seluruh negara adalah usaha untuk mengurangkan jumlah kematian dan cedera parah.
Berdasarkan kajian, laluan berasingan dapat mengurangkan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal daripada 60 peratus kepada 20 peratus. Itu adalah antara keistimewaan yang diberikan kepada penunggang motosikal di negara ini. Mereka bukan saja mendapat keistimewaan jalan sendiri, malah tidak perlu membayar tol dan tempat letak motosikal, cukai jalan dan insurans yang dikenakan juga murah. Walaupun punca sebenar kemalangan kerana sikap penunggang motosikal sendiri yang tidak berdisiplin, keperluan dan kebajikan mereka tetap diberi keutamaan. Kita berharap faktor keselamatan pengguna laluan motosikal juga diambil kira. Banyak kes samun dan peras ugut membabitkan pengguna di laluan motosikal seperti di jalan Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selain memastikan laluan itu terang pada waktu malam, polis peronda bermotosikal harus kerap memantau di lokasi yang sering berlaku jenayah. Bagaimanapun, lebih penting lagi ialah penunggang motosikal haruslah lebih berdisiplin dan belajar mematuhi undang-undang. Penyediaan lorong khas motosikal adalah untuk kebaikan pengguna, tetapi selagi sikap mereka tidak berubah, selagi itulah kemalangan maut membabitkan mereka berterusan.
Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penunggang motosikal walaupun diberi banyak keistimewaan, mereka tidak pernah berusaha menyelami kepayahan yang dialami pengguna lain. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, segala-galanya harus bermula dari awal. Usaha mengurangkan kemalangan seharusnya dimulai dengan menyemai nilai kesedaran dan menerapkan unsur pendidikan sejak kecil. Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dengan menanam kesedaran menerusi kempen kepada penunggang dan pembonceng motosikal bahawa pemakaian topi keledar bukan sekadar soal pematuhan undang-undang, malah untuk menjaga keselamatan diri. Pemakaian topi keledar dengan betul juga perlu ditekankan kerana kajian mendapati mereka yang memakai alat itu dengan betul lebih selamat jika berlaku kemalangan berbanding tidak memakainya dengan kemas. Dalam pada itu, ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak remaja mereka yang tidak mempunyai lesen atau di bawah umur tidak menunggang motosikal bagi mengelakkan kemalangan maut. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyelenggaraan jalan tak ikut tatacara
SAYA ingin bangkitkan berkenaan tatacara yang diguna pakai dalam proses membaik pulih atau penyelenggaraan jalan raya.
Jika kita memandu, sudah pasti kita akan menemui jalan raya bertampal, berlubang, beralun, retak di sana sini, ditutup sebahagiannya atau keseluruhannya. Keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu keselesaan serta keselamatan pemandu.
Sebelum pembinaan, tidak kira jalan baru mahupun jalan dinaikkan taraf, begitu banyak tatacara serta syarat dikenakan, tetapi mengapa ketika proses membaik pulih atau penyelenggaraan, ia tidak dipraktik serta ditekankan oleh pihak terbabit.
Apa yang menjadi tanda tanya kita selama ini ialah mengapa sebahagian jalan yang dibaiki dan diselenggara tidak sama seperti ia baru dibina dulu. Kita perhatikan jalan yang baru dibaik pulih masih ada kerosakan serta tidak selesa.
Begitu juga dengan tatacara keselamatan dipraktikkan ketika proses penyelenggaraan. Bagi jalan atau lebuh raya baru, kontraktor yang dipilih mesti mempunyai sijil, pengetahuan serta kemahiran diiktiraf Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP).
Ia bertujuan memastikan kontraktor berkenaan memahami dan mempraktikkan standard tertentu agar keselamatan pekerja serta orang awam di sekeliling kawasan pembinaan itu terjamin.
Mereka akan memantau serta membuat pemeriksaan terhadap projek binaan yang dilaksanakan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja serta orang awam. Mereka akan memastikan setiap kerja dilakukan direkod dengan teliti dan disimpan bagi tujuan audit.
Kita perhatikan kerja yang dilakukan kontraktor dilantik tidak melaksanakan perkara berkenaan sepenuhnya. Tanda amaran secukupnya tidak disediakan, mesin atau jentolak berada di tempat tidak sepatutnya ketika kerja dilakukan, lampu amaran tidak cukup dan ada yang tidak dipasang langsung, pengawal trafik juga tiada dan jika jalan dikorek, tiada penghadang diletakkan.
Jika jalan dialihkan, jalan alternatif tidak disediakan sebaik mungkin, ia tidak diturap dan diselenggara dengan baik dan pelbagai lagi soal keselesaan dan keselamatan tidak dipraktikkan sama ada terhadap pekerja atau orang awam.
Kadangkala pihak kontraktor melakukan kerja penyelenggaraan ketika waktu puncak dan ia menyebabkan kesesakan lalu lintas tidak sepatutnya berlaku, padahal mereka boleh mengubah waktu bekerja ketika kenderaan tidak banyak atau waktu malam.
Begitu juga dengan kerja penanaman paip air dan utiliti lain sama ada di kiri kanan atau di atas jalan itu sendiri. Kebanyakan kontraktor akan meninggalkan bahan binaan di bahu jalan dan membahayakan pengguna jalan raya.
Di samping itu, pihak yang memberi kontrak, pihak yang dilantik dan agensi kerajaan terbabit juga sepatutnya dapat menilai dengan lebih ketat syarat kelulusan sebelum melantik kontraktor.
Pihak berkenaan seharusnya dapat membuat pemeriksaan ketika kerja agar penyelenggaraan mengikut standard dan peraturan ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan.
Ia juga dapat mengelakkan pembaziran wang rakyat jika kerja dilakukan tidak sempurna seperti diharapkan.
PEMANDU BERHEMAH,
Gua Musang, Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lorong motosikal tidak diselenggara
SAYA merujuk laporan bertajuk 慘erajaan belanja RM600 juta bina, selenggara lorong motosikal: Samy Vellu |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang pasti...laluan motor di kampung2 masih lagik sempit... cit podah cit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walau apa2 pun....aku setuju dengan pembinaan laluan motor ni...cuma...bila dah bina tu...jangan la plak lupa nak tampal lubang2 tu..ye lah....kat mana2 laluan motor pun...mmg selalu dianaktirikan....Kat Highway Grand Saga misalnya..Highway beso baru diturap...tp laluan motor di kedua2 Tol ( RM1.00 dan RM0.90 ) mmg teruk di kedua2 hala...:@ :@ :@ .....turaplah skit...bukannya lebar dan panjang jalan tu....tersengguk2 pemandu motor ( termausk aku )...dah la Gelap ...:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|