View: 8971|Reply: 46
|
Serban Menurut Ustaz Nasruddin Tantawi
[Copy link]
|
|
SERBAN menurut USTAZ NASRUDDIN TANTAWI
Dalam akhbar Harakah bilangan 1342 keluaran 1-15 September 2007, terdapat satu wawancara dengan Ustaz Nasruddin Tantawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Antara perkara yang diperkatakan ialah tentang pemakaian serban. Kita ikuti petikan daripada temuramah tersebut.
@ Ustaz selalu dilihat memakai serban, bila bermulanya memakai serban dan bagaimana serban itu sinonim dengan ustaz?
# Saya mula memakai serban sejak saya menuntut di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Saya melihat IANYA ADALAH SEBAHAGIAN DARI PAKAIAN RASULULLAH SAW.
Maka saya cuba praktiskan pemakaian serban ini dalam kehidupan saya kerana IA MENGINGATKAN SAYA dan MENIMBULKAN RASA KASIH YANG MENDALAM KEPADA RASULULLAH SAW selain dari MENGAMALKAN SUNAH BAGINDA yang lain.
Warna serban kegemaran saya ialah PUTIH dan HITAM. Di kala saya memakai SERBAN BERWARNA PUTIH, saya rasa diri saya sebagai seorang ustaz atau guru yang perlu menjaga kehormatan diri dan sahsiah. Ini cukup bermakna bagi saya agar konsisten dalam pembentukan peribadi yang mulia.
Apabila saya memakai SERBAN HITAM pula, saya rasa gagah dan perkasa untuk meneruskan kelangsungan perjuangan tanpa gentar lagi berhadapan musuh biar siapa pun mereka.
Laksana memakai pakaian perang dan ini penting untuk saya tabah dan sabar mengenderai perjuangan yang getir ini.
TAMAT.
ULASAN ALEX
Petikan ini bagaikan magnet menarik perhatian saya kerana apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nasruddin umumnya sama dengan pandangan saya. Saya membiasakan memakai serban (bukan sentiasa berserban) jika ada kesempatan dan sesuai dengan keadaan. Ada ketika saya berkopiah sahaja, ada ketika saya bertopi dan ada ketika tidak menutup kepala dengan apa-apa.
(Sila baca tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG bahagian 1-5 untuk memahami tentang serban di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html )
Saya mula berserban pada usia dua puluh empat tahun. Sebelum itu saya memang sudah terdedah dengan jemaah Darul Arqam, jemaah Tabligh dan pelajar-pelajar pondok tetapi hati tidak terbuka untuk berserban lagi. Ketika itu baru bekerja dan tinggal di tempat orang. Di kampung itu memang tidak ada orang yang berserban kecuali seorang pakcik tua. Orangnya warak dan mulutnya boleh dikatakan tidak berhenti-henti berzikir jika tidak makan minum, tidur ataupun bercakap. Kenderaannya sebuah basikal tua. Kurus tinggi orangnya dan berkulit putih. Setahu saya dia tidaklah bergiat dengan apa-apa jemaah, wallahualam. Saya pula seorang yang berat mulut, lebih suka berfikir daripada bersembang. Sebab itulah saya tidak berkesempatan kenal lebih rapat dengan si pakcik hinggalah ke akhir hayatnya.
Secara tiba-tiba saya terasa teringin sangat hendak berserban dan berjubah. Sehelai demi sehelai jubah dan kemudiannya serban dibeli. Saya tidak kisah apa kata masyarakat sekeliling. Yang pasti pemakaian begitu mempercepatkan proses mentarbiah hati nurani saya. Biarlah ia menjadi bahan cakapan orang ramai.
Serban pertama berwarna putih, kain licin dan panjangnya tujuh hasta. Khabarnya serban Rasulullah yang terpanjang ialah tujuh hasta dan yang terpendek dua hasta- hendak ikut sunnahlah kononnya. Serban kedua berwarna hitam, kain licin sepanjang lima hasta. Seterusnya serban biasa bercorak warna merah tua, serban al-Maunah (merah putih), serban coklat, serban corak berwarna coklat putih, serban biru dan serban hitam kain kasar (sebenarnya selendang perempuan)- entah yang mana dulu saya pun sudah lupa.
Saya sangat meminati serban Darul Arqam ketika itu tetapi gagal mendapatkannya di mana-mana berikutan pengharaman Darul Arqam sedang di kemuncaknya. Khabarnya hanya jemaah Darul Arqam yang menjual serban jenis itu yang dibawa dari luar negara, kalau tidak salah dari Syria ataupun Jordan. Ketika itu saya melihat corak yang ada pada serban Darul Arqam seolah-olah melambangkan nilai-nilai
kemelayuan.
Mengapa saya mula berserban?
Pertamanya kerana gerak daripada Allah hasil istikharah yang saya lakukan.
Keduanya kerana saya rasa yakin 憁embiasakan |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, siapa yang sanggup mengambil lelaki berserban sebagai pasangan hidup? Siapa menurut pandangan anda? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pasarmalam at 7-9-2007 07:19 PM 
SERBAN menurut USTAZ NASRUDDIN TANTAWI
Dalam akhbar Harakah bilangan 1342 keluaran 1-15 September 2007, terdapat satu wawancara dengan Ustaz Nasruddin Tantawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusa ...
terpaksalah orang melayu membuang songkok2 mrk. krn serban lebih islamik dari songkok. mrk yg pakai serban lebih mulia tarafnya dari mrk yg memakai songkok. sedangkan para sahabat yg membawa islam sampai ke negeri cina tak pernah pun menyuruh umat cina menanggalkan pakaian tradisi mrk lalu bertukar memakai serban mahupun jubah. yg dibawa ialah pakaian Islam ialah memakai pakaian yg menutup aurat. |
|
|
|
|
|
|
Reign This user has been deleted
|
Reply #2 pasarmalam's post
Betul, aku pakai serban seolah - olah memberi mesej kepada perempuan "Jangan dekat aku". |
|
|
|
|
|
|
|
memang Nabi pakai serban tp takde pun hadis sahih Nabi suruh pakai serban.
[ Last edited by Flaming Boy at 8-9-2007 11:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
serban sebagai simbol anda boleh solat di mana saja asalkan bersih,hamparkan serban anda dan solat |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
Saya melihat ketidakjelasan teman-teman tentang serban di sini, dan saya percaya ia berpunca daripada kegagalan teman-teman meneliti (tidak sekadar membaca) link yang saya berikan.
Apa salahnya kita luangkan sedikti masa untuk mendapatkan pemahaman yang mantap, kan?
Jadi, saya paste kan tulisan saya di sini (iaitu link tersebut). Cuba baca dan buat nota, semoga pemahaman bertambah jelas.
Wallahualam.
Cerama
SERBAN ABANG
oleh Alexanderwathern
Apakah 揷erama |
|
|
|
|
|
|
|
HAFIZ
(Tergamam mendengar jawapan Iskandar. Belum pernah dia terjumpa alasan seperti itu walaupun sudah beberapa orang rakan sepengajiannya yang berserban di攑ancung攏ya sebelum ini. Beberapa orang tua kampung itu seperti Ustaz Uthman imam, Tok Aki Raof yang berusia 75 tahun dan Cikgu Zakaria Tabligh pun pernah di攑ancung攏ya tempoh hari. Teraba-raba mereka mencari jawapan)
HAFIZ
(Tergamam mendengar jawapan Iskandar. Belum pernah dia terjumpa alasan seperti itu walaupun sudah beberapa orang rakan sepengajiannya yang berserban di攑ancung攏ya sebelum ini. Beberapa orang tua kampung itu seperti Ustaz Uthman imam, Tok Aki Raof yang berusia 75 tahun dan Cikgu Zakaria Tabligh pun pernah di攑ancung攏ya tempoh hari. Teraba-raba mereka mencari jawapan)
(Dalam keadaan begitu, Hafiz cuba untuk berlagak biasa. Dicarinya ruang yang lain)
Bagi abanglah, adakah serban tu satu sunnah?
ISKANDAR
(Sebenarnya faham permainan hati adiknya ketika itu)
Ada ulama yang kata sunnah, dan ada ulama yang kata bukan sunnah. Ulama yang kata sunnah pun banyak, yang kata bukan sunnah pun banyak. Apabila sebelah sana berkumpul banyak ulama yang soleh dan di sebelah satu lagi pun banyak ulama yang soleh, maka ia jadi perkara khilaf. Adab dalam berkhilaf |
|
|
|
|
|
|
|
ISKANDAR
Pada zaman Nabi dan para sahabat, ada orang Yaman di selatan Semenanjung Tanah Arab memakai kain sebegitu di kepala mereka. Adakah itu serban?
ISKANDAR
Pada zaman Nabi dan para sahabat, ada orang Yaman di selatan Semenanjung Tanah Arab memakai kain sebegitu di kepala mereka. Adakah itu serban?
HAFIZ
He em. (Mengiyakan)
ISKANDAR
Zaman itu, ada orang di Sudan dan Mesir dan di beberapa bahagian benua Afrika |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah duduk, Hafiz mendongak ke atas. Dilihatnya seekor burung kecil berwarna kuning sedang melompat-lompat dari dahan ke dahan. Ketika itu juga dia terpandang sesuatu meluncur ke bawah- ke arah Iskandar. Kena saja tubuh Iskandar, terus tubuh Iskandar terlatah. Sempat sikunya menyinggah ke bahu Hafiz. Terjatuh Hafiz ke tanah.
Mereka tiba di halaman rumah. Oleh kerana senja masih jauh, mereka menuju ke pokok ceri di penjuru kanan halaman. Ada pangkin tempat untuk mereka melabuhkan punggung.
Setelah duduk, Hafiz mendongak ke atas. Dilihatnya seekor burung kecil berwarna kuning sedang melompat-lompat dari dahan ke dahan. Ketika itu juga dia terpandang sesuatu meluncur ke bawah- ke arah Iskandar. Kena saja tubuh Iskandar, terus tubuh Iskandar terlatah. Sempat sikunya menyinggah ke bahu Hafiz. Terjatuh Hafiz ke tanah.
Rupa-rupanya tahi burung, kena betul-betul atas bahu Iskandar. Apabila pendekar Terlak disentuh, bukan main sensitif lagi- terus pukulannya mencari sasaran. Nasib engkaulah Hafiz.
HAFIZ
Allahhh |
|
|
|
|
|
|
|
ISKANDAR
Baiklah. Katakanlah pada hari akhirat nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Kefahaman sebenar hanyalah dariapda Allah, namun kawan-kawan boleh memperbaiki pemahaman dengan meneliti, tidak sekadar membaca sekali lalu.
Salam hormat. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by pasarmalam at 9-9-2007 01:57 AM 
Adakah bilangan ulama yang kata boleh itu setanding dengan bilangan ulama yang kata tak boleh? 厖 |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by pasarmalam at 9-9-2007 01:57 AM 
Jadi, apa saja kain yang seumpama itu dan dipakai seumpama itu, sama ada dipakai oleh Syeikh Nazeem yang berketurunan Cyprus, dipakai oleh Uztaz Ashaari Arqam Rufaqa |
|
|
|
|
|
|
|
TOBBY
bgmn dgn 'pendapat ganjil' tentang Abuya boleh bertemu Rasul dlm keadaan jaga? yaqazah ni khilaf pun bukan, pendapat ganjil pun bukan. hakikatnya yaqazah yg dipegang oleh Abuya itu bukanlah pendapat ganjil, malah ianya terang2 mendustakan Rasulullah.
berapa ramai ulama yg berakidahkan yaqazah? jawapannya zero. tetapi berapa ramai ulama yg mengharamkan terus kepercayaan yaqazah? jawapannya kesemua mrk.
ALEX
Pertamanya, saya bukanlah salah seorang pengikut Ustaz Ashaari. Tidak mengambil Aurad Muhammadiyyah, bukan bekas ahli Darul Arqam, bukan ahli Rufaqa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 9-9-2007 06:38 AM 
sempat jugak promote nama Abuya si pendusta Rasulullah itu kat sini ye.......
Agaknya tuan terlepas pandang kerana terburu-buru membaca. Biasalah, saya pun kadang-kadang begitu juga.
Sebenarnya begitu banyak nama yang saya sebutkan dalam tulsian saya seperti Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr. Asri, Dr. Ramadhan al-Buti, Dr. Yusuf Qardhawi, al Albani, Hasan al Banna, Syeikh Nazeem dan mungkin ada lagi yang lain-lain.
Pelik juga saya fikirkan, sekian banyak nama yang saya tulis, mengapa saya dianggap sebagai mempromosi Ustaz Ashaari sahaja?
Mengapa tuan tak katkan saya promosi al-Albani, Ramadhan al-Buti, Dr. Asri dan lain-lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Jawab Tobby....jangan tak jawab! |
|
|
|
|
|
|
|
Secara perbadi, saya tiada masalah dengan orang orang yang menggunakan serban, asalkan kemas dan kena pada tempatnya, dan saya rasa bukanlah sesuatu tindakan yang bijak, jika kita ingin ke America atau Australia dengan menggunakan serban.
Tetapi adakah serban nie benar benar pakaian Nabi? Pengalaman saya semasa umrah, apa yang saya perhatikan bangsa Arab di Mekkah dan Madinah menggunakan kuffiya. Kalau dikatakan pun pakaian itu pakaian bangsawan, keturunan Nabi pun memang keturunan bangsawan, begitu juga dengan majoriti sahabat sahabat besar Nabi. Kalau ada pun yang melilit kepala dengan serban, kebanyakkannya bangsa Arab dari luar. Maybe penglihatan dan ingatan saya yang tersilap pada masa itu.
Tapi kita kena faham, selepas pemerintahan Khulafaur Rasyidin dan tertubuhnya Dinasti Umayyah, Muawiyyah memindahkan pusat pentadbiran Islam ke Dasmascus. Dan kalau saya tidak silap, tiada Empayar Islam yang menggunakan Madinah atau Makkah sebagai pusat pentadbiran selepas itu. Begitu juga dengan zaman keemasan Islam, ianya bertapak di Al Andalus serta Baghdad. Apa yang berlaku disini ialah percampuran budaya dan cara hidup diantara bangsa Arab dan suku kaum Moors (di Andalusia) dan bangsa Farsi (di Iran), dan dari pencampuran inilah yang melahirkan apa yang dikatakan seni dan budaya Islam.
Inilah yang mengelirukan majoriti umat Islam. Apa yang kita sangkakan sebagai Sunnah, mungkin sebenarnya budaya suku kaum Arab yang lain, atau lebih teruk lagi bangsa bangsa lain yang tidak kena mengena dengan Nabi sendiri, atau mungkin budaya bangsa Yahudi yang kita kutuk selama ini. Ini tidak mustahil, kerana bangsa Yahudi juga bergaul dan bercampur dengan umat Islam di Andalusia. Saya tidak menolak serban, janggut, misai, baju dan apa apa saja yang dikatakan Sunnah Nabi. Cuma saya ingin memberikan pendapat dari sudut yang berbeza. |
|
|
|
|
|
|
| |
|