CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5444|Reply: 12

Nadeera Zaini tunjuk jari tengah

[Copy link]
Post time 26-2-2025 05:01 PM | Show all posts |Read mode


Gara-gara terlalu khusyuk menyanyi, penyanyi Nadeera Zaini tanpa sengaja menaikkan jari tengahnya sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menjawab mengenai perkara itu, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 32, berkata tindakan itu dilakukan secara spontan dan bukannya ingin bersikap biadab.

Naib juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) ini turut meminta maaf di atas keterlanjurannya itu.

  


"Saya betul-betul tak sengaja, sebenarnya jari saya nak menahan veil dari muka.

"Jadi saya pegang mikrofon itu tak perasan jari tengah saya terangkat, sepatutnya saya angkat jadi telunjuk.

"Tapi kepala masa itu sudah fokus kepada lagu. Saya minta maaflah yang menyaksikan kejadian itu," katanya kepada mStar.

Nadeera berkongsi perkara itu selepas selesai rakaman Citra Reka Busana yang berlangsung di Angkasapuri pada malam Selasa.

  


Menurut Nadeera, perbuatan tidak sopan itu merupakan kejadian kali pertama memandangkan selama ini dia berhati-hati dengan tingkah lakunya.

"Itu kali pertama, selama ini saya berhati-hati," kongsinya.

Dia yang tenang berdepan dengan segala kata-kata negatif memilih tidak membaca komen di media sosial bagi menjaga kesihatan mental dan emosinya.

Kata Nadeera, dia seorang yang mudah terluka dan cepat 'sentap' apabila membaca komen negatif netizen.

  


"Saya dilarang oleh pengurus dan pasukan saya daripada membaca komen kerana saya mudah beremosi, sangat rapuh dan mudah tersentap.

"Tapi sebagai manusia biasa ada juga saya baca komen sedikit, kalau ternampak benda negatif terus saya tutup media sosial saya," luahnya.

Dalam pada itu, Nadeera berkata tugasnya hanya ingin mencari rezeki halal sebagai seorang penyanyi sekali gus enggan mempedulikan kata-kata negatif.

"Tak kisahlah orang nak cakap apa mengenai saya kerana saya hanya mencari rezeki.

"Kita tak boleh nak tutup mulut orang, kita pun tak boleh paksa orang suka dengan kita.

"Terpulang pada mereka, saya hanya beri yang terbaik pada karya saya," katanya lagi.

  


Sebelum ini, tular di media sosial video Nadeera mengena busana putih menyanyi di sebuah acara sambil jari tengahnya terangkat menjadi bualan netizen.

Sementara itu, rancangan Citra Reka Busana pertunjukkan fesyen yang memberi penghormatan terhadap warisan fesyen Malaysia yang disampaikan dalam bentuk muzikal.

  


Citra Reka Busana ini bakal bersiaran pada 5 April depan, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV2 dan juga boleh ditonton menerusi RTMKlik.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 07:17 PM | Show all posts
Bodonye tajuk.
Bodo nye artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 07:56 PM | Show all posts
Lah aku tgk video tu takde pun org kecam ke apa. ke kena kecam kat FB? Kalau kat FB tu tak pelik lah sebab org yg main FB ni majoritinya bodoh tak bertebing
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 26-2-2025 09:20 PM

hahahahaha
lwk brita


tuhan anugerah jari tgh tu mesti ada fungsinya
bkn utk midlefinher korg tu aje!!
lps ni kerat je la jari tgh jari hantu tu
terlalu remeh
xde kja ke netijem pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nadeera ni kalu repair hidung terus cantik lah..mcm emma Maembong katanyer..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw lagu raya she duet dgn Hael bakal jd lagu raya fenomena tahun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah bagi je middle finger kat netizen yg terpaling observe tu. Patut nadeera jerit je kat microphone tu "pakiuuuuu" sambil tunjuk jari tengah. Babiii itu pun nak komen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 26-2-2025 08:19 PM
Nadeera ni kalu repair hidung terus cantik lah..mcm emma Maembong katanyer..

Iyolah kalau dia buat jadi macam Lana .. tak ke menyesal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
okay la tu, kalau untuk benda non issue pon orang jadikan isu maksudnya nadeera dah makin relevan la
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols nampak dia mcm Indila french singer tue, dgn genitnya dua dua pun sore sedap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:02 PM | Show all posts
saya tak kenal nadeera ni siapa
tapi macam ramai yg suka dia
termasuk janna nick
mesti suara dan lagu dia best ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kejadahnye benda tu pun nak kena perati. Dah xde keje ke netizen bodoh tu nak perati benda2 x de pekdah ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde benda ke nak menulis? Umur ko berapa dek? Cuba lagi. Nurtizen pun boleh faham. Xde isu pun. Ke ko saje nak create isu. Kesian ko dek. Jauh lagi perjalanan ko dek sejauh perjalanan nadeera tu turun naik pertandingan dari segala rancangan realiti baru skrg keluar nak nampak hasil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.062811 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list