CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3757|Reply: 26

Hukum syarak seharusnya ditafsir semula

[Copy link]
Post time 13-12-2007 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Pada masa kini, cadangan dan slogan untuk menafsir hukum syarak agar sesuai dengan realiti semasa semakin kuat kedengaran. Seruan supaya hukum syarak dikaji semula sering diungkapkan oleh para ahli akademik dan pemimpin. Mereka berhujah bahawa Islam itu mudah, Islam itu fleksibel. Mereka berpendapat bahawa Islam berubah mengikut zaman dan tempat dengan merujuk kepada perbuatan Imam Syafie. Menurut mereka Imam Syafie telah berubah di dalam ijtihadnya semasa berada di Iraq dan di Mesir. Perubahan pendapat ini terkenal dengan istilah qaul qadim (pendapat dahulu) dan qaul jadid (pendapat baru) Imam Syafie.

Persoalan disini.. Sejauhmanakah kebenaran pendapat ini? Bolehkah kita menerima pendapat seperti ini?

[ Last edited by  goldraja at 13-12-2007 04:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2007 04:07 PM | Show all posts
Penafsiran semula memang perlu, tapi bagi saya istilah penafsiran sebenarnya meluas, kenapa perlu ungkitkan tentang hukum syarak, sedangkan perbahasan didalam Quran merangkumi keseluruhan ilmu yang ada didunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #2 St.Yeepi's post

aku dah edit tadi, sbb tak salah nak menafsir al-quran.. tapi kat sini nak fokus ttg penafsiran semula hukum syarak sahaja.. sejauhmana penafsiran semula itu perlu dan hukum dari segi apa yg perlu ditafsirkan semula..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 13-12-2007 04:18 PM
aku dah edit tadi, sbb tak salah nak menafsir al-quran.. tapi kat sini nak fokus ttg penafsiran semula hukum syarak sahaja.. sejauhmana penafsiran semula itu perlu dan hukum dari segi apa yg perl ...

boleh saja membuat tafsiran kalau berkemampuan dan berilmu sama seperti Imam Syafie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 13-12-2007 04:22 PM

boleh saja membuat tafsiran kalau berkemampuan dan berilmu sama seperti Imam Syafie


jgn dibandingkan dgn Imam Syafie. beliau bertaraf mujtahid mutlak.. zaman Imam Syafie tidak sama dgn zaman skrg.. Imam Syafie wafat tahun 820 M. sudah lebih 11 kurun umat ini kehilangan seorang imam bertaraf mujtahid..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 09:19 PM | Show all posts
setuju............

kpd ilmuan syariah yg menelaah sehingga phd... apa kewajaran panggilan buat mereka...? lum cukup utk jd ulama berwibawa sehingga dapat mmbuat ijtihad sendiri berdasarkan zaman yang sedang dpeloporinya dan dengan ilmu di dadanya...?

utk bgelar seorang saintis, seorg sudah bupaya menyah virus dr vaksin baru ciptaannya dan ia lebih bkesan dr vaksin yg sedia ada.

bukankan ilmuan syarian kini belajar sekadar mencedok apa yg telah ulama bahaskan di kitab2 yang telah sedia ada...? dan menghafaz ayat2 quran yang sudah termaktub dan bahasan2 yang tersedia di kebanyakan kitab tafsir yg ada...

kredibiliti ulama kini di mana ..? shingga tdk punyai keupayaan utk berijtihad..... dan In sungguh kesal dgn kejumudan ilmuan syariah dr sudut sains (tak semua)

In pernah hadiri satu majlis yg dianjur wanita dan jemputannya seorg ustaz lelaki - lulusan al azhar, mesir.

dia bcakap psl pil perancand keluarga dan haram memakannya dan lm masa yg sama dia mengharuskan ibu2 menelan makjun/akar kayu bagai..... adeehh,, In rasa nk sumbat je mulut dia dgn stokin In....

dunia perlu ijtihad baru yg sgt relevan dgn globalisasi tanpa lari dr alQuran...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2007 11:03 PM | Show all posts

Reply #3 goldraja's post

Dalam bab Syariat nie rasanya hukum hukum dasar tu dah tertulis dengan jelas dan nyata didalam Quran. Rasanya takdak percanggahan dikalangan ulama, kalau ada pun golongan yang mempertikaikan tentang pengharaman babi, arak dan sebagainya, kebanyakkannya adalah menggunakan pendekatan aliran Falsafah dimana mereka terlampau hanyut didalam menghayati sesuatu ayat didalam pencarian makna sebenar. Pendekatan ini tidak salah, namun ianya cuma sesuai didalam bab bab Aqidah atau Tauhid.

Polemik yang ada sekarang ialah umum tidak dapat membezakan diantara hukum dasar dengan ijma ulama, dan beranggapan apa sahaja yang datang dari gurunya atau aliran mazhabnya sebagai hukum dasar atau hukum dari Allah. Ini kerana sistem pendidikan kita tidak mengajar apa yang menjadi dasar pengambilan hukum didalam ilmu Fiqh.

Rasanya sebelum penafsiran dibuat semula, adalah lebih penting untuk mendidik masyarakat untuk tahu membezakan antara hukum Allah dan ijma Ulama. Begitu juga dengan para ulama dan ahli akademik, mereka seharusnya lebih rational apabila berhadapan dengan percanggahan pendapat, walaupun pendapat yang dipegangnya adalah pendapat majoriti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 11:23 PM | Show all posts
adakah contohnya mcm fatwa berkenaan patung, mcm patung beruang & patung kucing utk kanak2 tu, bentuknya mcm binatang real??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 12:36 AM | Show all posts
Susah nak dapat ijmak ulamak ni dalam banyak perkara, jumhur ulamak mungkin...
Apa yang aku faham tentang ijmak ni maksudnya semua sekali ulamak bersepakat setuju dalam satu-satu hukum tanpa kecuali (ulamak yang diiktiraf).  Kalau ada satu yang berlianan pendapat tak boleh dipanggil ijmak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 07:30 AM | Show all posts
adakah seluruh ulama sunni menolak nikah mutaah contohnya? sebab klu mengikut zaman ramai sungguh pelajar yg mengaji di luar negara bertahun2, merantau bekerja di tempat orang bertahun2 mcm pak indon, mat bangla, mat nepal contohnya. bolehkah mrk menahan nafsu bertahun2 especially yg dah berkahwin tu? laratkah nak puasa utk jgkamasa yg lama? so apa maksud syariat berubah ikut environment? or environment yg patut diubah ikut syariat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2007 09:39 AM | Show all posts
penafsiran hukum memerlukan kpd keberanian utk berijtihad di kalangan ulama.

penafsiran semula itu tidak melibatkan ayat-ayat hukum yg jelas dlm al-quran.

penafsiran semula ini hanya melibatkan ayat-ayat yang mempunyai makna yang tidak tegas dan tidak pasti (zanni). mungkin suatu kalimah itu boleh diertikan kepada berbilang makna, mungkin ia boleh ditafsirkan dengan melihat hubungannya dengan ayat-ayat yang lain, atau mungkin juga ia menghendaki takwil.

Perkataan "ijtihad" di dalam Fiqh dan Usul Fiqh ialah menghabiskan kesungguhan dan keupayaan untuk sampai kepada hukum syarak dengan menggunakan dalil yang dapat diterima syarak.

jika masih berpandukan ijtihad Imam-imam terdahulu, zaman mereka amat berbeza dgn zaman kita sekarang. perlu diketahui bahawa tidak semua hadis Nabi SAW sampai kpd Imam-imam mujtahid mutlak ini. imam-imam hadis terkemuka mula muncul dan giat mengumpul, mencari, meriwayat, menyaring, menganalisa dan membukukan hadis-hadis sahih hanya pada kurun ke-3 hijrah. pada masa ini, imam-imam fiqh seperti 4 imam mazhab telah pun wafat. keadaan ini dilihat memberi impak kpd ijtihad mereka yg terdahulu..

persoalan yg perlu dirungkai ialah, adakah ulama masa kini (ulama PhD, ulama pondok, ulama timur tengah, ulama pesantre, ulama kontemporari) dilarang utk berijtihad sekaligus menafsir semula hukum syarak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 09:59 AM | Show all posts
Siapa yang nak tafsir semula tu, ingatlah amaran Allah kepada Bani Israel dalam quran surah Al Baqarah ayat 40-46, particularly ayat 41-42.

Important Keywords :
"Thamanan Qaliilan" = harga untuk kelebihan dunia yang sangat sedikit dan sangat lekeh
"Talbisul Haqqa bil Baathil" = campuradukkan benar dan salah
"Taktumul Haqq" = sembunyikan yang benar


...
[41] Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.

[42] Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
...

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan kepada seluruh keturunan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 11:17 AM | Show all posts
contoh yg lain ialah hukum wanita menjadi pemimpin. dulu tak boleh sekarang dah boleh. contohnya wanita dah mula jadi hakim, bertanding pilihanraya (pemimpin kawasan yg diwakilinya), jadi menteri dan sebagainya. adakah hukum2 yg terdahulu telah ditafsir semula mengikut zaman? anybody can verify this?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2007 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 14-12-2007 09:59 AM
Siapa yang nak tafsir semula tu, ingatlah amaran Allah kepada Bani Israel dalam quran surah Al Baqarah ayat 40-46, particularly ayat 41-42.

Important Keywords :
"Thamanan Qaliilan" = harga un ...


amaran Allah SWT itu amat jelas.. seharusnya umat Islam meneliti tafsiran semula hukum syarak itu sama ada utk kepentingan sendiri atau utk kemaslahatan umum..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 02:22 PM | Show all posts

Reply #11 goldraja's post

Secara peribadi, saya rasa larangan tu amat keterlaluan, tak kan kerana para ulama merasakan diri mereka tak cukup layak atau bengap nak mampus untuk berijtihad dan/atau membuat penafsiran, mereka nak assume seluruh umat Islam nie sama bengap macam dia gak hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2007 03:06 PM | Show all posts

Reply #15 St.Yeepi's post

adakah pintu ijtihad sudah ditutup secara rasmi krn ulama2 besar sudah meninggal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2007 04:08 PM | Show all posts
Pintu Ijtihad masih terbuka luas, cuma requirement sahaj yang amat tinggi untuk dicapai oleh bukan sahaja masyarakat umum tetapi para ulama dan mufti.

Tapi apa yang saya boleh katakan, masyarakat sebenarnya bukan hendak sangat berijtihad, tetapi lebih kepada kebebasan untuk bertaqlid dengan mana mana imam yang berlainan Mazhab, bukannya terikat dengan satu Mazhab rasmi yang menjadi ikutan ulama negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2007 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 14-12-2007 04:08 PM
Tapi apa yang saya boleh katakan, masyarakat sebenarnya bukan hendaksangat berijtihad, tetapi lebih kepada kebebasan untuk bertaqlid denganmana mana imam yang berlainan Mazhab, bukannya terikat dengan satuMazhab rasmi yang menjadi ikutan ulama negara....


pada pandangan aku, ulama skrg pun dah tak berpegang sangat pada satu mazhab saje.. adakalanya mereka merujuk pendapat ulama dari mazhab yg lain.. tp pegangan pada mana-mana mazhab bkn satu kesalahan..

persoalan ttg ijtihad, pintu ijtihad telah pun dibuka oleh Rasulullah SAW seperti yg dinyatakan dlm sirah, pesanan Rasulullah SAW kpd Muaz bin Jabal.. pintu ijtihad tidak pernah tertutup..

kita teliti dahulu maksud mujtahid.. mujtahid terbahagi kpd 2, mujtahid mutlak dan mujtahid muqayyad..

Mujtahid Mutlak mempunyai kemampuan berfikir yang tinggi, baligh lagi adil, mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan al-Quran dan as-Sunnah, demikian juga kaedah umum yang ditetapkan oleh syarak berkenaan dengan hukum-hakam. Untuk memenuhi persyaratan ini mestilah orang yang berkenaan menguasai bahasa Arab dengan baik, mengetahui nahu-saraf dan balaghahnya, oleh kerana nas-nas al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber asli hukum syarak ditulis di dalam bahasa Arab yang baik dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Syarat-syarat seperti ini misalnya kita jumpai pada imam mazhab seperti Abu Hanifah, al-Syafii, Malik, dan Ahmad ibn Hanbal.

Mujtahid Muqayyad, ialah ulama yang berusaha memperoleh hukum di dalam kes tertentu sahaja, tidak keseluruhannya. Mereka ini tidak mendirikan mazhab tersendiri. Bahkan pada umumnya mereka mengikuti kaedah berfikir salah seorang imam mazhab, atau mungkin juga di dalam kaedah berfikir ini mereka ini mengikuti berbagai-bagai mazhab yang ada.

tp sejauhmana ulama perlu berijtihad sekaligus mentafsir semula hukum syarak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 01:48 AM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 14-12-2007 04:08 PM
Pintu Ijtihad masih terbuka luas, cuma requirement sahaj yang amat tinggi untuk dicapai oleh bukan sahaja masyarakat umum tetapi para ulama dan mufti.

Tapi apa yang saya boleh katakan, masyara ...


Tapi..ada juga pendapat yang mengatakan bahawa pintu ijtihad sudah tertutup maka cukuplah berijtihad kepada imam mazhab yang 4 saja.
Masalahnya jika ijtihad boleh dilakukan maka siapakah ulama dalam ASWJ yang boleh dianggap sebagai mujtahid sekarang ini?
Ini berbeza dalam syiah kerana bagi mereka ijtihad memang sentiasa di buka dan mujtahid2 yang perlu ditaqlidi perlulah seorang yang masih hidup supaya ia perlu dipertanggungjawabkan atas fatwanya. Nak menjadi seorang mujtahid sehingga mendapat gelaran ayatollah pula bukanlah sembarangan kerana mereka perlu melalui tapisan2 yang melayakkan mereka mencapai status tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 07:46 AM | Show all posts
masalahnya ada yg memandai2 berijtihad utk berperang sesama sendiri, berbunuhan saudara seagama. siapa lagi klu bukan orang islam sendiri.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.078377 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list