View: 1824|Reply: 9
|
Pengisian sambutan tahun baru biar tepati kehendak syarak
[Copy link]
|
|
Pengisian sambutan tahun baru biar tepati kehendak syarak
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
KEHADIRAN tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yangdisambut dengan pelbagai upacara yang menelan perbelanjaan besar. Orangramai diajak berkumpul dan disajikan dengan program hiburan yangmengasyikkan.
Pada sesetengah perhimpunan, keadaan dicemari denganpergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan yang menunggu kedatangandetik 12 tengah malam yang kemudian disusuli jerit pekik kegembiraankerana kedatangan tahun baru.
Budaya itu semakin menular di kalangan masyarakat terutamagolongan muda mudi walaupun sering diingatkan supaya sambutan tahunbaru dihiasi dengan program bermanfaat sesuai dengan adat budayaMalaysia.
Sewajarnya sambutan tahun baru itu diraikandalam suasana harmoni serta semangat perpaduan tanda rasa syukur sertakegembiraan atas kejayaan negara mengekalkan kestabilan sertakeharmonian.
Justeru, sambutan yang lebih menjurus kepada aktivitimenyamai sambutan di negara Barat yang cenderung kepada program hiburanseperti konsert besar-besaran atau berpesta di pusat hiburan tidakmenjadi ikutan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi danNasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahaiMuhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesongitu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agamaIslam itulah petunjuk yang benar)." �(Surah al-Baqarah, ayat 120)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jikakamu taatkan orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembalikepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang yang rugi." � (SurahAli-Imran, ayat 149)
Malangnya ada kalangan umat Islam yang tidak mengendahkanperingatan yang diberikan lantas ramailah daripada kita yang bukansekadar terbabit dalam upacara sambutan tahun baru malah ada yangmenganjurkan, mempromosi dan menggalakkan sambutan itu.
Umat Islam dilarang mengikut budaya sesuatu kaum yangbertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya itu, merekaakan tergolong bersama dengan kaum yang memusuhi Allah seperti manasabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barang siapa menyerupai satukaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Imam AbuDawud)
Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yangmenyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidaklangsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkarkepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka.
Sikap sebegini dicela Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: "Engkautidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hariakhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang yang menentang (perintah)Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapamereka, atau anak mereka, atau saudara mereka, ataupun keluargamereka." � (Surah al-Mujaadalah, ayat 22)
Seperti yang sedia maklum, upacara sambutan tahun baru inikebanyakannya adalah pesta yang dipenuhi perkara berunsur maksiat danAllah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atasmuka bumi ini dengan perbuatan terlarang.
Firman-Nya yang bermaksud: "(Lalu dikatakan kepada merekasetelah ditimpakan dengan azab seksa): "Balasan buruk yang demikian inidisebabkan kamu dulu bersuka ria di muka bumi dengan cara yang salah(pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang danbermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)." � (Surah Ghaafir,ayat 75)
Oleh itu, seorang Muslim yang menganjurkan, menghadiri,mempromosi ataupun membantu mengadakan perayaan yang tidak adalandasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru termasuk perbuatanyang melanggar peraturan ditetapkan Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamubertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlahkamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azabseksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). � (Surahal-Maaidah, ayat 2)
Namun begitu, tidak menjadi kesalahan jika setiap kalimuncul tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadapapa yang sudah berlaku dalam hidupnya dan berusaha membuat perancanganmemperbaiki apa juga kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.
Justeru, apabila tibanya tahun baru tidak dilarang untukseseorang itu menanam azam baru yang positif serta selari dengan syarakdan hendaklah dia bersungguh-sungguh memastikan azam itu menjadirealiti dan bukan sekadar angan-angan.
Adalah lebih baik untuk umat Islam mengutamakan tahun baruHijrah menurut kalendar yang diperkenalkan pada zaman pemerintahanKhalifah Umar al-Khattab dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaankalendar hijrah juga lebih wajar diperluaskan dalam urusan harianseluruh umat Islam.
sumber : www.bharian.com
|
|
|
|
|
|
|
|
wahai umat Islam, kita sudah pun menyambut tahun baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 31-12-2007 08:21 PM
wahai umat Islam, kita sudah pun menyambut tahun baru..
tahun baru bagi Islam adalah menyabut maal hijrah atau dengan kata lain menyambut tahun hijriah bukan tahun masihi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 anak_pejuang's post
betul tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 OrangKertas's post
you're my gang!! :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, SheikhTantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagimereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kitasekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.
untuk renungan bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kroit92 at 31-12-2007 08:46 PM
you're my gang!! :pompom: :pompom: :pompom:
kroit sudah angkat gang la plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|