CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4558|Reply: 28

Sudah Bertaubat, tapi masih dicaci

[Copy link]
Post time 3-1-2008 12:15 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Kami manusia, tidak lari daripada berbuat dosa-dosa.

Kekadang manusia, dia terlepas daripada dosa-dosa besar. Tapi ramai buat dosa besar.

Namun, Allah telah beri HidayahNya dan kita sebagai hamba, menyucikan diri.

Tapi masih ada manusia yang lain itu, memaki kita.

Dalam hati kita berkata, kepada Tuhan kami mengadap.

Tapi manusia ni, suka melihat keabaiban, dan masih mencaci.

Kekadang, membuat kita, tidak mahu mengadap manusia itu.

Haruskah kami berlari? Atau mengadapnya?

Bagaimana kami hendak 'defend' diri sendiri?

Jika ditanya pasal dosa itu, ya, memang benar kita pernah membuatnya. Berat hati kita nak menjawab, kerana kepada Allah kita mengadap. Tapi bagaimana kita nak membela diri dari fitnah dan cacian mulut manusia?

Kita berharap dapat pandangan bagaimana hendak mengadap manusia yang sebegini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 12:46 AM | Show all posts
sabar lah..
ini dugaan hidup..
Allah yg mengadili kita, bukan org lain, ingat tu saja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 01:00 AM | Show all posts

Reply #2 lica_mica's post

setuju...

Yang saya tahu Sayidina Umar RA sebelum Islam dia bunuh anak perempuannya sendiri, tapi kemudian dia menyesalinya walaupun sehingga dia memeluk Islam

Soal orang pandang serong ke ape ke, itu urusan mereka, yang penting bila kita dah insaf dan taubat, kita berserah pada Allah dan lakukan terbaik dan tinggalkan kejahatan

Mungkin juga ada hikmah berlaku demikian, dan mungkin juga kesusahan itu akan ditebuskan oleh Allah dengan kesalahan yang kita lakukan selama ini (Allah saja yang Mengetahui), atau mungkin juga Allah menguji orang lain juga tahap keimanan dan ketaqwaan mereka...

Allah Berkuasa membolak-balik perasaan manusia dengan sekelip mata.

Allah bersama orang2 yang sabar.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 02:05 AM | Show all posts
Anggaplah orang2 yg memandang keaiban tu mcm ujian dr Tuhan samada kita benar-benar ikhlas untuk bertaubat atau sebaliknya. Sebagaimana kita nk orang maafkan kite, mcm tulah kite kene maafkan org yg dok asyik pandang keaiban org ni. Wallahu a'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 08:08 AM | Show all posts
allah nak tingkat kan darjat
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 08:47 AM | Show all posts
Banyakkan bersabar....

Pedulikan apa orang lain nak cakap.  Biasalah nama pun manusia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2008 08:47 AM | Show all posts
salam

aduhhhh, hebat betul dugaan kat saudara tu
kalau saudara berjaya atasinya
tentu saudara amat dekat dgn PENCIPTANYA

tapi kenalah ubah sikit iaitu BERAKHLAK MULIA
dan SEAWAL IBADAH ITU DIAM
dan SENYUM ITU SEDEKAH
dan DAHULUILAH MEMBERI SALAM
dan BERKATALAH YANG BENAR WALAUPUN PERIT
dan INGATLAH SELALU KEPADANYA
       SESUNGGUHNYA MENGINGATINYA AKAN MENENANGKAN DIRI
boleh kot!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 3-1-2008 01:00 AM
setuju...

Yang saya tahu Sayidina Umar RA sebelum Islam dia bunuh anak perempuannya sendiri, tapi kemudian dia menyesalinya walaupun sehingga dia memeluk Islam

Soal orang pandang serong ke  ...


TEman memBENARkan ulasan miker....................mnm77

Ada HIKMAH di sebalik cacian tersebut.
1. agar selalu miker ingat akan kesalahan yg telah di lakukan. (so senantiasa merendah diri n meminta keampunan dari Allah swt)
2. menguji tahap kesabaran
3. menyebabkan miker insaf (buat jahat jangan sekali)

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 12:33 PM | Show all posts

Reply #1 merigigi's post

Saya juga ada mengalami situasi begini, tapi saya lihat ada juga positifnya apabila berlaku begini sebab saya akan sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa sedar yang saya ni tak sempurna. Maksud saya, apabila kita 'diketuk' oleh Allah, barulah kita akan sedar kesilapan kita dan pada masa itu kita akan teringat dan memohon pada Allah. Jadi bila anda dicaci tu, tanamkan dalam diri anda...bahawa hati anda,keikhlasan anda dalam bertaubat itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi dengan itu, anda tidak akan risau lagi dah apa pandangan orang itu terhadap anda. Anda jangan membalas perbuatan orang itu. Anda senyap sahaja sebab bila tiba masanya, dia akan merasai apa yang pernah dilakukannya kepada anda. Jangan balas. Kalau balas, anda dikhuatiri akan berdosa pula.Biarkan Allah menjalankan urusanNya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 01:16 PM | Show all posts
taubat tu kalo ikut konsep yg aku paham ialah; antara diri sndiri dgn tuhan.
adakah taubat kita tu perlu pengiktirafan/acknowledgement dari org lain/masyarakat sekeliling?
adakah perlu kita bgtau orang bahawa "aku dah taubat, dah insaf"... etc...

kalu kita taubat, ikhlas, kita cuma harap dari DIA saja. bukan dari sesama makhluk.
biar la dicaci, hina di dunia, bukan di dlm kubur, padang masyar, akhirat kelak.

kalu dlm kisah2 nabi, rasul dan wali, dlm tempoh ni, terbuka lah kita pada sifat zuhud, redha, dan lain2 sifat terpuji yg dimilik wali2 dan nabi2 dan para rasul. tapi, adakah kita sedar "seruan" sebegini bila kita harapkan kebahagiaan dan kesenangan di dunia? kita diberi peluang untuk sesuatu, tapi kita lebih mengharapkan yg lain. mungkin posting aku ni agak keterlaluan... tapi korang simpan la utk hari yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 01:19 PM | Show all posts

Reply #10 bzzts's post

Betul...biar Allah je tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 03:58 PM | Show all posts
kan orang tua2 telah bermadah(pepatah)
buat baik berpada2
buat jahat jangan sekali
madah ini hasil dari kajian dan pengalaman yang mengajar mereka ttg manusia dan penghidupan mereka

amat jarang manusia akan menghargai setiap kebaikan yang diterima tetapi jika sekali mereka terima kejahatan , ia akan kekal tersemat dalam lipatan sanubari

kalau kita telah bertaubat nasuha dengan sesempurna mungkin , hanya allah sahaj yang menilai
manusia hanya melihat kepada luaran dan sebarang kesilapan akan diungkit kembali kesalahan yang dilakukan

kebanyakan manusia memang begitu sfatnya

teimalah seadanya apay yang ditakdirkan ke atas diri kita sebagaimana perancangan yang telah allah tetapkan untuk diri kita
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 07:00 PM | Show all posts

Reply #1 merigigi's post

Teruskan hidup seperti biasa dan selalulah memohon keampunan daripadaNya. Usahlah gundah akan kejian dan makian orang. Mereka tidak mengerti apapun yang saudara/saudari lalui. Maafkan dan jangan ambil hati sangat dengan apa cakap orang terhadap kita. Kerana yang paling penting sekali ialah, Dia mengetahui apa yang ada dalam hati setiap insan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang terhadap hambanya yang ikhlas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2008 07:07 PM | Show all posts
terima kasih semua... merigig baca, tapi taknak komen banyak sebab macam tak ikhlas...

termia kasih kerana mengingatkan kepada Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 09:04 PM | Show all posts

Reply #1 merigigi's post

kenapa pulak saudara/i kata komen kawan2 kat atas macam tak ikhlas? walaupun payah, saudara/i terpaksa lah bersangka baik kerana ianya amat dituntut... masalah cacian, kejian dan umpat fitnah nih, saya tak tau macamana nak nasihat... saya cuma boleh sarankan saudara beli/baca buku nih "Travelogue Haji: Mengubah Sempadan Iman" karya Prof. Muhamad Kamil Ibrahim...  memang lah buku tuh berkisar dari pengalaman beliau mengerjakan haji... tapi semua nya merupakan titik perubahan yang bermula dari fitnah dan kejian yang beliau terima melalui surat layang yang dihantar kepada pihak pentadbiran di mana beliau bekerja.... saya nak spoil the readings... tapi penulisan beliau amat berkesan saya dekat page 19 dah menangis teresak-esak...

saya rasakan pendekatan yang beliau buat dalam mendekatkan diri kepada Allah bertitik tolak dari ujian yang beliau terima merupakan suatu teladan yang dapat dikongsi bersama...

saya bukan promote buku nih...saya tak dapat apa pun... beliau langsung tak kenal saya... saya unjurkan baca buku nih hanya kerana "Allah itu Maha Agung, Maha Suci dan Maha Besar" dan Prof Kamil dapat menyampaikannya kepada kita dengan cara berbeza...

saya hanya boleh menghidangkan nasi buat santapan saudara/i... tapi terpulang pada saudara/i untuk menyuap dan menelannya...

dan posting saya adalah ikhlas Lillahita'ala
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2008 09:18 PM | Show all posts

Reply #15 Ser3ndIpIty's post

salam

aku rasa ko salah paham maksud saya.

bukannya saya kata nasihat dari forummers tak ikhlas. maksud saya ialah, jika saya terus MERINTIH, jadi macam tak ikhlas lah nampaknya.

saya tak mahu meritih banyak. apa orang cakap ke, orang ngumpat ke.. memang sakit hati. terutamanya, kalau orang tak kenal kita, dia dah buat macam dia kenal kat kita sebab dia dengar umpatan...

tapi kita harus bersabarlah kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2008 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by merigigi at 3-1-2008 12:15 AM
Assalamualaikum semua,

Kami manusia, tidak lari daripada berbuat dosa-dosa.

Kekadang manusia, dia terlepas daripada dosa-dosa besar. Tapi ramai buat dosa besar.

Namun, Allah telah beri H ...


Ingat satu perkara, kita bertaubat kepada Allah SWT, dengan sabar dan istiqamah, dgn penyesalan dan airmata,
Allah SWt lah yg akan menilai taubat kita itu.
Allah SWT juga yang tahu apakah benar2 kita ikhlas bertaubat kepadaNya.

Manusia lain juga lemah dan daif seperti kita.
Sudah adat manusia, akan menghina jika melihat keburukan, akan memuji jika melihat kebaikan.

jadi, tentu sahaja kita sedar, apabila kita berbuat keburukan maka kita akan dihina,
tidak ramai yang mampu untuk menerima kesalahan dan dosa kita dgn hati yang memaafkan, kerana perbuatan kita telah menyebabkan hati mereka sakit dan kecewa.
Itulah pembalasan yang kita harus terima dgn sabar dan redha, sebagai balasan atas dosa2 kita itu.
Maka anggaplah ia satu penebusan atas dosa-dosa kita yg telah menyakiti hati mereka,
maka sekrg hati kita juga akan terasa sakit dan terluka apabila dihina dan dicaci.
muga-muga jika kita SABAR dan REDHA, Allah SWT akan terima taubat kita.

InsyaAllah.

Belajar utk menerima cacian dan makian sebg sesuatu yg positif kerana yg sakit dan terluka itu sebab dalam HATI kita ada nafsu ammarah, jika kita benar-benar dapat mengawal nafsu ammarah ini, hati kita tentu akan melihat cacian dan makian itu satu BONUS atau ANUGERAH utk mendapat hati yg penuh rasa kehambaaan.

Kutukan, cacian dan makian itu adalah baja penyubur utk mendapat HATI seorg mukmin.
Ia dapat meningkatkan darjat hati seseorg itu ke arah yang lebih baik.

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 09:51 PM | Show all posts
inilah cabaran bagi orang bertaubat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 10:02 PM | Show all posts

Reply #16 merigigi's post

merintih pada Allah yang, sesungguhnya dia suka sangat kalau kita merintih pada dia.... dalam rintihan tuh sebut sekali dosa2 yang kita dah buat yang kita menyesal yang kita bertaubat... merintih lah yang kita nak dapatkan keredhaan Dia dan kita harapkan kasih sayang Dia.... insyaAllah....masalah orang keji tuh jadik mikro sangat....

saya sarankan sangat2 u read that book...

p/s; sorry bout tersalah faham ur posting pasal 'ikhlas' tuh...   sorry aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 11:59 PM | Show all posts
Untuk merigigi,
Untuk bacaan anda...harap tabah menghadapi ujian.

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa merekadibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, makasesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Diamengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamumembenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamumenyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yangberiman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalammengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlahkesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapaikemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalahpertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakansembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecualikepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

[ Last edited by  matlampir at 4-1-2008 12:01 AM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.126680 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list