CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2454|Reply: 10

Tie sutera....

[Copy link]
Post time 4-1-2008 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Apa hukumnya lelaki memakai tie sutera? Baju/seluar sutera memang haram bagi lelaki tapi mcmana dgn tie? Tie hanya sekadar hiasan. Sama spt ribbon dan bunga. So apa hukumnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2008 07:50 AM | Show all posts
sama je...

kalau agak-agak shubhah, tinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #1 Bell's post

Melambak2 kat market tie yg bukan dari sutera...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 10:52 AM | Show all posts
C&P dari hizbi.net:

  1. Terdapat 2 pendapat mengenai persoalan di atas.
  2. 1. Ulamak yg mengharuskannya dgn alasan sutera itu (neck tie) bukanlah pakaian utama [jumlah kain sutera adalah sedikit berbanding dgn kain utama yg dijadikan pakaian].

  3. 2. Ulamak yg mengharamkannya dgn alasan bahawa Hadith pengharaman sutera tidak menyebut sekadar mana sutera yg diharuskan walaupun satu jari.

  4. Komentar:
  5. Hadith tentang pengharaman sutera adalah jelas. Namun begitu, ulamak berselisih pendapat bahawa sekiranya jumlah kain sutera yg dipakai adalah terlalu sedikit dgn jumlah kain (yg bukan sutera) yg dijadikan pakaian utama; ada yg berpendapat harus dan ada yg mengatakan sebaliknya.

  6. A. Kumpulan ulamak yg mengharuskannya berpegang kpd qaul berikut:
  7. Diriwayatkan oleh Ibn Hazm, dari Suwaid bin Ghaflah: "Kami telah berjaya menakhluki negeri Syam. Pada suatu hari kami pulang ke Madinah, dan sudah hampir ke sana, kami pakai kain sutera dan dibaj (sejenis kain sutera yg banyak gambar). Sebaik sahaja Umar melihat kedatangan kami yg memakai kain sutera itu, beliau melempar kami. Melihat beliau marah, kami tanggalkan pakaian itu dan kami pakai kain biasa. Kemudian beliau nampak tersenyum dan berkata: "Selamat datang wahai kaum muhajirin. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T tidak membolehkan pakaian sutera bagi org-org sblm kamu, apakah Dia bolehkan kpd kamu? Kaum lelaki tidak boleh memakai sutera kecuali sekadar ini dan ini." Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Maksudnya lelaki dibolehkan memakai kain yg bercampur sutera tetapi campuran suterana jauh lebih sedikit dari kain biasa.
  8. **Dlm archive Al-Ahkam Online, Panelnya (Tuan Hassan Tuan Lah) menyebut bahawa terdapat hadith drpd Riwayat Imam Muslim daripada Umar Al-Khattab bahawa Baginda S.A.W membenarkan lelaki memakai sutera dgn sekadar satu jari, dua atau tiga jari. Tetapi apabila disemak, ia tidak terdapat dlm riwayat Imam Muslim. Riwayat di atas membuktikan bahawa ia adalah ijtihad Umar Al-Khattab dan bukannya sabda Rasulullah S.A.W seperti yg tertera dlm ahkam-online.

  9. Imam Syaukani dlm Nailul Autar berpendapat harus bagi lelaki sedikit sutera.

  10. B. Kumpulan ulamak yg mengata sebaliknya (haram) berpegang kpd hadith berikut, ini kerana hadith berikut tidak menyatakan tentang sekadar mana yg dibolehkan pakai:
  11. Rasulullah S.A.W mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya dan ia mengambil emas kemudian diletakkan sebelah kirinya, lantas ia  berkata: "Kedua ini haram buat lelaki dari ummatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban dan Ibn Majah)


  12. Isu 2: Takrif sebenarnya sutera yg tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki samada di luar atau dlm sembahyang
  13. Isu ini bukanlah kerana sutera itu najis. Sutera dibenarkan dipakai oleh kaum wanita di dlm dan luar sembahyang dan kaum lelaki diharamkan memakai sutera samada di dlm atau di luar sembahyang. Namun terdapat khilaf mengenainya, apakah dibolehkan sekiranya jumlah sutera itu sedikit atau tidak dibenarkan. Ulamak yg mengatakan harus memakai sedikit sutera, maka dibolehkan memakai sedikit sutera dlm sembahyang. Ulamak yg mengatakan sebaliknya (Haram), diharamkan memakai sutera walaupun sedikit.

  14. Lelaki hanya dibenarkan memakai sutera hanya pada ketika darurat spt masalah kesihatan, iaitu sebagaimana Rasulullah S.A.W pernah mengizinkan Abdul Rahman bin Auf dan Zubair Al-Awwam utk memakai sutera kerana ada luka di bhgn badannya (Riwayat Bukhari).

  15. Disebabkan dalil-dalil yg mengharamkannya lebih jelas dan dalil yg mengharuskan sedikit pemakaian sutera terlalu kabur, maka pilihlah yg kuat agar dipermudahkan kita menjawab di yaumil mashyar.
Copy the Code
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by Equalizer at 4-1-2008 10:48 AM
Melambak2 kat market tie yg bukan dari sutera...


Tie sutera lebih berkilat dan lembut. Apabila lembut maka senang nak buat kedut pada knot dia tu. Aku suka pakai knot jenis kecik sebab aku suka pada kedutan. Knot yg besar aku tak suka. Nampak bullky tak tak comeyyyyy serta takde kedutan. Tie polyester contohnya agak keras. Jadi susah nak buat kedutan banyak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 4-1-2008 10:52 AM
C& dari hizbi.net:

Terdapat 2 pendapat mengenai persoalan di atas.
1. Ulamak yg mengharuskannya dgn alasan sutera itu (neck tie) bukanlah pakaian utama [jumlah kain sutera adalah sedikit ber ...


Tks for the info. Tie sutera yg ada pada aku, aku pakai la sekali-sekala. Lepas nie tak beli dah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2008 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by Bell at 4-1-2008 06:08 PM


Tie sutera lebih berkilat dan lembut. Apabila lembut maka senang nak buat kedut pada knot dia tu. Aku suka pakai knot jenis kecik sebab aku suka pada kedutan. Knot yg besar aku tak suka. Namp ...


maaf la... aku ni ckp direct je...

kalau nak ikut suka...
banyak benda yg org suka...
arak, judi, seks bebas, emas, sutera, etc...
bila suka, org akan cuba create mcm2 excuses...

pilihan adalah diatas diri sendiri...

nak selamat, buat lah pilihan yg selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 09:22 PM | Show all posts
Emas dan sutera dihalalkan bagi wanita daripada umatku dan diharamkan ke atas lelaki daripada umatku. (Hadis riwayat An-Nasa抜e)

Hadis yang lain lagi daripada Abu Laila katanya:
Maksudnya: "Ketika tiba di Madayin, Hudzaifah meminta minuman. Lalu datang seorang pembesar kampung dengan membawa gelas yang diperbuat daripada perak. (Hudzaifah) membuang gelas tersebut, lalu berkata: "Sesungguhnya aku tidak membuangnya melainkan aku melarangnya tetapi   tidak berhenti. Sesungguhnya Nabi Muhammad Shallallahu 慳laihi wasallam telah   melarang kita daripada menggunakan sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta minum daripada bejana emas dan perak. Baginda bersabda: "Ia (sutera dan bejana) bagi mereka di dunia dan ia (sutera dan bejana) bagi kamu di akhirat.  (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Daripada Ibnu 慤mar katanya :
Maksudnya: "Aku pernah mendengar 慤mar menyebutkan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 慳laihi wasallam bersabda: "Barangsiapa memakai sutera di dunia tidak akan memakainya di akhirat."  (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

daripada 慉li Radhiallahu 慳nhu:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu 慳laihi wasallam memegang sutera di tangan kirinya dan emas di tangan kanannya. Baginda mengangkat keduanya lalu bersabda: "Sesungguhnya kedua-dua ini haram ke atas lelaki daripada umatku dan halal bagi perempuan daripada umatku."  (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2008 09:34 PM | Show all posts
Tak semua benda haram tu najis betul tak? emas dan sutera tu haram bagi orang laki2 tetapi tidak najis.  Khamar atau arak tu haram tapi najis ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 10:37 AM | Show all posts

Reply #9 kupia's post

adeh...  soalan cepumas.....  

tu pernah aku tanya seseorang tu...  

kalau dia solat dan dalam poket dia ada botol isi wiski.  dia tak minum cuma saja-saja letak botol wiski dalam poket.  sah atau tidak soalt dia?.....     kena buat thread lain pulak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 12:17 AM | Show all posts

Reply #10 ibnur's post

ib.....kalo suasa plak camne?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057787 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list