CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3549|Reply: 37

perlu ke?

[Copy link]
Post time 13-1-2008 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum sume...
sy ader kemusykilan skit la...camni...ader sorg mbr sy ni...die pnah tye sy...
situasi die camni : kalo la sorg pmpuan ni pnah terlanjur n da insaf dan bertaubat nasuha,perlu ker die bgtau bakal suami die nti yg die ni xder 'dara' da???menurut Islam tu sndri, ptot ke die berterus trg atau nk diamkan jer??
sy pn xpasti nk jwb per kat die...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 12:24 PM | Show all posts
tak perlu bagitau.  ini terdapat dalam hadith.  mungkin ada sesiapa boleh paste kat sini hadith berkenaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

bole jelaskan x nape kite xbole bgtau??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:39 PM | Show all posts

Reply #3 marry_markonah's post

sebab ia akan mengeruhkan dan membutukkan keadaan sahaja.. yang berlalu tue, biarkanlah berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:42 PM | Show all posts
Tak payah bagi tau, minta dia betul 2 taubat.  Kalau bagitau nanti dah jadi panjang cerita, kalau bagitau makna dia mengaku berbuat "zina" boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:50 PM | Show all posts
mad nk bgtau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-1-2008 12:53 PM | Show all posts
ok...kalo la die xbgtau, n mase die 'bersame' ngan suaminye nti, bukan ker akan mengeruhkan keadaan lg sbb da kwin br la suaminye tu tahu status akan isterinye tu...

forumer sekalian...kalo ader hadith sahih berkenaan kemusykilan sy ni,mntak jasa baik sume tlg paste kan kat cni k
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:59 PM | Show all posts
Soalan :  Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Masalah sekarang saya telah telanjur dengan kawan saya.Dan suami saya tidak mengaetahui akan tersebut. Adakah patut saya memberitahu suami saya? Dan apakah yang harus saya lakukan sekarang? Sekarang saya telah bertaubat dan tidak melakukannya lagi.Hanya sekali tu aje yang saya lakukan. Adakah peluang untuk saya menjadi istri yang soleh.Dan bagaimana untuk saya lakukan sekarang?.

Jawapan :  Untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan / perselisihan faham sehingga menyebabkan berlakunya perceraian di atas perilaku yang puan lakukan dengan teman puan, dinasihatkan agar merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan suami. Alhamdulillah, puan telah bertaubat, sentiasalah berdoa kepada Allah, mudah-mudahan taubat puan diterimaNya dan sentiasa mendapat rahmat daripadaNya.   


Soalan :  Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Masalah sekarang saya telah telanjur dengan kawan saya. Dan suami saya tidak mengaetahui akan tersebut. Adakah patut saya memberitahu suami saya? Dan apakah yang harus saya lakukan sekarang? Sekarang saya telah bertaubat dan tidak melakukannya lagi. Hanya sekali tu aje yang saya lakukan. Adakah peluang untuk saya menjadi istri yang soleh.Dan bagaimana untuk saya lakukan sekarang?.

Jawapan :  Perkongsian hidup melalui perkahwinan yang sah menjadi tanggungjawab untuk memelihara mengikut tuntutan agama. Sekiranya puan terlanjur tanpa diketahui oleh suami, sedangkan puan telah menyesal dan bertaubat serta berikrar tidak mengulanginya lagi dan berazam hendak menjadi isteri yang solehah maka puan:
1. Tidak perlu memberitahu suami, dikhuatiri menjadi perselisihan faham dalam rumahtangga.
2.Puan hendaklah sentiasa beristighfar dan memohon taubat kepada Allah SWT.
3.Puan masih berpeluang untuk menjadi isteri yang solehah sekiranya taubat puan diterima oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 226 Yang bermaksud : "Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 02:11 PM | Show all posts
tapi, lelaki tu berhak tak untuk tau
macam seolah-olah membelakangkan si lelaki je...
sedikit teranianya...boleh jelaskan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:13 PM | Show all posts
setuju dgn apa yg encik mod kite pastekn..
sypun dh byk kali jumpa jawapan yg sama utk soalan yg sedemikian.

bkn semua lelaki bole tahu wanita itu berdara atau tidak, klu Allah izinkn dia akn tahu..
lagipun takkan berlaku perkahwinan jika allah tk izinkn jodoh antara mereka..
lelaki yg baik akan tetap terima siapapun wanita itu, tmbhn dia dh bertaubat..
mendedahkn keaiban org dan diri sndri adlalh dilarang oleh Allah dan rasul..
dosa itu antara allah dgn hambanya, tiada kaitan langsung dgn org lain..
tambahan dia sudah bertaubat..mudah2han Allah terima taubatnya..
sedangkn allah yg memiliki segala di alam ini memberi maaf, siapalh kite sbg hamba nk mhukum seseorg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:23 PM | Show all posts

Reply #9 zod's post

perempuan tu tak cerita tak bermakna dia berbohong atau membelakangkan sesiapa.  dia cuma diam sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:34 PM | Show all posts
haku setuju gak dgn pendapat.........jangan citer kat hubby  / bakal hubby dier.......yg penting mesti taubat nasuha.....perlu diingat.....dara jugak boleh pecah dengan melakukan aktiviti2 lasak seperti berbasikal dll.....tak semestinyer hanya melalui aktiviti2 penetration sajer.......jadik tak perlu ler citer demi keharmonian rumahtangga........bertaubat dan selebihnya serah kepada Allah.......DIA Maha Mengetahui.........

[ Last edited by  Kerengge at 13-1-2008 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 13-1-2008 03:34 PM
haku setuju gak dgn pendapat.........jangan citer kat hubby  / bakal hubby dier.......yg penting mesti taubat nasuha.....perlu diingat.....dara jugak boleh pecah dengan melakukan aktiviti2 lasak  ...


pecah dara kerana jatuh bersukan dengan terlanjur jauh bezanya......
tentulah kalau sebab sukan ia tak salah.....

apa-apa pun, mintak2 dijauhkan dari perempuan terlanjur ni walaupun berahsia ni dibenarkan....

eloknya takyah la cari org lain, yg dah taubat ni, carilah pasangan nya yg lain yg dah terlanjur dan dah taubat jug2 .....atau pasangan zinanya yg sendiri....

tak adil bg org yg penat2 pelihara diri.....

kalau senyap ni dibenarkan, maka tentulah sama saja antara yg terlanjur(kemudian taubat) dgn yg memelihara diri....

lagipun biasanya kalau benar2 taubat tentu hati jadi bersih dan redo, tentulah rasa bersalah akan muncul jika kita berselindung hal ini dgn pasangan kita sendiri....

kalau nak kata sudah jodoh pula, kalau betul jodoh, tentulah pasangan akan memahami....kenapa takut berterus terang....

tentu tak seronok kan kalau ingat pasangan kita suci tapi sebenarnya tidak.....kalau dia dah bagitahu ok lagi....tentu kita boleh pertimbang....
ni tak bagitau, seolah2 pembohong yg nyata....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #11 ibnur's post

itu dikira diam ke?

mcm escapism jer....

bukankah pasangan2 perlu tau hal masing2....lain lah nak hidup berasingan....
ni nak hidup sama2.....boleh ka berselindung mcm tu....

mcm pentingkan diri dan tak telus jer....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 04:18 PM | Show all posts
pada haku.....terpulang ler pada individu itu sendiri......perlu dingat Allah Maha Mengetahui...........Allah juga telah menyediakan lelaki yang jahat bagi pompuan yg jahat, dan menyediakan pompuan2 jahat utk lelaki yang jahat........jadik kita tak perlu risau......kalo pompuan tuh iklhlas bertaubat pada Allah dan diterima taubat.....Insyallah ....Allah akan kurniakan kepadanya lelaki yg baik utk membimbing kehidupannya yang akan datang.........nampak tak janji2 Allah......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 13-1-2008 04:18 PM
pada haku.....terpulang ler pada individu itu sendiri......perlu dingat Allah Maha Mengetahui...........Allah juga telah menyediakan lelaki yang jahat bagi pompuan yg jahat, dan menyediakan pompu ...


jikalau seorang wanita terlanjur tuh disediakan Allah lelaki baik utk membimbingnya, maka tak perlu risau atau berselindung dgn lelaki baik yg ditakdirkan membimbingnya itu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 05:29 PM | Show all posts
Kalau aku di tempat kawan ko tu markonah, aku akan lebih selesa untuk berterus terang. Kalau takdirnya Allah, kawan ko bersama laki tu, mereka akan bersama, insya Allah. Khuatir kalau disembunyi, kemudian hari timbul masalah.

Berterus terang itu suatu kemanisan, biarpun ianya pahit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 05:59 PM | Show all posts
sebenarnya terlanjur nie adalah perkara yg keji dan kalau ia berlaku dan si pelakunya benar2 bertaubat, maka dia akan sedar banyak kesukaran yg dia perlu tempuhi....

juga kafarah utk dosa-dosanya sendiri....

berterus terang dan kesusahan yg dilaluinya adalah contoh kafarah....

lagipun, sukakah kalau org lain menyayangi kita sedangkan diri kita itu bukan diri kita yg sebenar....???(sebab berselindung status)

lebih baik tanggung susah berterus terang itu akibat perbuatan kita sendiri....dan minta dia menyayangi kita yg sebenar....dari  menipu pasangan sendiri...
last2 kita yg tak tenteram, seolah2 tipu diri sendiri....lagipun bukankah pasangan kita juga seolah diri kita sendiri....


mmglah dara bukan hal yg besar...tetapi bukankah berbeza antara yg pernah berzina dgn yg memelihara diri...
dan itu persoalan yg sebenar.....bukannya dara....

org kata berani buat berani tanggung.....

dan jgn lupa, berterus terang yg pahit tu adalah lebih baik dan pasangan dia tu pasti respect ketelusan member markonah tu ....dan last2 terima dia seadanya...
bukankah itu lebih baik....
dari menipu...

lagipun kalo benar2 jodoh sapa boleh halang...

[ Last edited by  ussopp at 13-1-2008 06:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 06:13 PM | Show all posts
contoh apa yang berlaku keatas Ma'iz bin Malik. Ma'iz mengaku melakukan kesalahan zina dan diamerujuk kepada Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga kali. Setiap kali beliaumerujuk kepada baginda, baginda menolak untuk melaksanakan hukumanhudud ke atasnya. Ma'iz pun tetap datang semula untuk membuat pengakuansekali lagi.

Maka dengan itu sesetengahulama menjadikan hujah daripada apa yang berlaku antara Ma'iz danRasulullah itu perlu berulangan pengakuan tiga atau empat kali, iaitutiga kali ditolak dan diterima pada kali keempat. Itulah prosedur untukboleh menerima pengakuan seseorang yang melakukan kesalahan hudud zina.


Dalam satu riwayat Ma'izdirejam dan dia lari kerana tidak dapat menahan kesakitan hukumanhudud. Orang ramai tidak membenarkan Mai'z lari dan meneruskanpelaksanaan hukuman ke atasnya sehingga mati. Perkara itu sampai kepadaRasulullah dan baginda bersabda: ``Kenapa kamu tidak membiarkan dia(lari) kerana dia mungkin akan bertaubat, maka Allah akan menerimataubatnya.''


Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 06:40 PM | Show all posts
Kalau kamu memilih untuk mendiamkan diri dan sungguh2 bertaubat kepada Allah, Allah akan mengampunkan kamu..

Kalau ingin terus mengaku hukumnya 100 sebatan kalau ikut hudud la, tapi islam hadori bayar denda aja.  Rasulullah saw pun kalau boleh dia cuba mengalak tak mau menerima pengaduan tu sampai 3, 4 kali mengaku..

Buraidah berkata: 'Suatu ketika, ada seorang perempuan dari keluargaGhamidi datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Wahai Rasulullah,sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka tolonglah sucikandiriku." Tetapi Rasulullah saw. menolak pengakuan perempuan ini.Keesokan harinya dia datang lagi dan berkata: "Wahai Rasulullah, kenapaengkau tolak pengakuanku? Mungkin alasan engkau menolak pengakuankusama seperti ketika engkau menolak pengakuan Ma'iz. Demi Allah,sesungguhnya aku ini sedang hamil." Rasulullah saw. berkata: 'Mungkinjuga tidak. Sekarang pulanglah dulu sampai kamu melahirkan.' Setelahmelahirkan, perempuan itu datang lagi menemui Rasulullah saw. sambilmembawa bayi laki-lakinya yang dibungkus dengan secarik kain. Diaberkata. 'Inilah bayi yang telah kulahirkan.' Rasulullah saw. berkata:'Pulanglah kamu dulu dan susukanlah dia sampai kamu menyapihnya.'Setelah tiba masa menyapih, perempuan itu datang lagi kepada Rasulullahsaw. membawa bayinya. Di tangan bayi itu ada sepotong roti. Diaberkata: 'Ini, wahai Nabiyullah. Aku telah menyapih bayiku dan diasudah bisa memakan makanan.' Akhirnya Nabi saw. menyerahkan bayitersebut kepada salah seorang sahabat, kemudian beliau mengeluarkanperintah supaya dilaksanakan hukuman terhadap perempuan itu. Perempuanitu lalu ditanam sebatas dada. Selanjutnya Nabi saw. menyuruhorang-orang untuk melemparinya dengan batu. Lalu datang Khalid binWalidmembawa sebuah batu, dan melempar perempuan itu tepat pada kepalanya.Darah dari kepala perempuan itu muncrat sehingga mengenai muka Khalid,sehingga Khalid mencela perempuan itu. Maka Rasulullah saw. berkata:'Tenanglah wahai Khalid. Demi yang jiwaku berada di dalamgenggaman-Nya, sesungguhnya perempuan ini telah bertobat dengan tobatyang apabila dilakukan oleh seorang penarik pajak secara kejam, niscayadia akan diampuni. Kemudian Rasulullah saw. memerintahkan untukmengurus mayit perempuan ini dan beliau menyalatinya, lalumenguburkannya." (HR Muslim, Kitab: Hudud, Bab: Orang yang mengakudirinya telah berbuat zina, jilid 5, hlm. 120)

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.196988 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list