View: 2059|Reply: 4
|
Bagaimana cemerlang dengan doa
[Copy link]
|
|
DALAM surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, 揃erdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.擺/i] Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan Nabi SAW mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.
Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, 揗intalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).擺/i]
Adab-Adab Berdoa
Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah .
Antara adab-adab itu ialah:
1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis Nabi SAW, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.
2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk. Dalam surah Al-A抮af ayat 55 Allah berfirman, 揃erdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.擺/i] Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, 揃erdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.擺/i]
3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah . Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, 揥ahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).擺/i]
4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi SAW bersabda, 揃erdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 leogal_1428's post
Sebelum doa, istighfar 100x, pastu selawat 100x dan tahlil 100x. Pastu sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 21-1-2008 12:05 PM
Sebelum doa, istighfar 100x, pastu selawat 100x dan tahlil 100x. Pastu sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah...
pembetulan.... bukan sedekah tapi hadiah ...:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 awan's post
Tq....penggunaan ayat kekadang mengelirukan..benar...menghadiahkan adalah lebih tepat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 eastrun's post
ermmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
| |
|