CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 2

Umat Akhir Zaman

[Copy link]
Post time 24-1-2008 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Pada suatu hari, Saiyidina Ali k.w. mencari Baginda Rasul dan puas dia
pergi ketempat-tempat yang bolih bertemu Rasullullah s.a.w. tetapi
tidak diketemunya juga.

Akhirnya Saiyidina Ali teringat sebuah gua dimana Rasullullah s.a.w.
sering menyendiri...disana diberi salam dan salamnya dijawab olih Rasullullah s.a.w., lalu
dijemput masuk.Ditemui akan Saiyidina Ali k.w.  Rasulullah s.a.w. didalam
keadaan yang amat sedih.  Maka ditanya Saiyidina Ali k.w., apakah punca  yang
menyebabkan Baginda begitu bersedih. Baginda terlalu hiba untuk
menjawab tetapi mengisyaratkan Saiyidina Ali k.w. melihat dihujung gua itu, dan
agar memberitahu Rasulullah apa yang dilihatnya.
Saiyidina Ali pun berjalan kehujung gua, dan didapatinya seekor merak
yang tersangat cantik, bulunya berkilat-kilat tetapi alangkah buruknya
perangainya yang sedang asyik memakan bangkai.Saiyidina Ali cepat-cepat
beredar mendapati Rasulullah dan menceritakan apa yang telah
dilihatnya. Sabda Rasullullah, "itulah yang amat menyedihkan aku; yang engkau lihat
tadi ialah umat ku diakhir zaman, mereka hidup didalam serba kemewahan
berbanding dengan kita, rumah besar dan cantik, mereka mewah dengan
pakaian dan harta tetapi mereka ibarat merak yang suka memakan bangkai...mereka
menyeru kepada yang mungkar, dan melarang kebaikan, mereka hidup dengan
rezki yang haram, sehingga yang baik diaterima sebagai buruk, dan yang
buruk dianggap baik. Begitulah rendahnya iman mereka.

Kemudian Baginda mengarahkan Saiyidina Ali k.w. pergi kehujung yang
bertentangan pula. Maka Saiyidina Ali k.w. pun beredar kehujung gua
sebelah sana, dan beliau mendapati seorang abid yang
duduk dengan penuh khusyu' beribadah dan tidak menghiraukan
sekelilingnya.
Beliau dengan segera mendapatkan Rasulullah s.a.w. untk bertanyakan
maksud yang dilihatnya tadi. Sabda Rasulullah s.a.w., " bukan semua umat ku
diakhir zaman hidup dengan mewah dan melupakan Allah; ada juga yang
menghabiskan usianya semata-mata dengan beribadah kepada Allah,
seolah-olah menghendaki syurga itu hanya menjadi miliknya sahaja. Ia tidak
menyampaikan seruan Islam kepada semua, walaupun ia telah dikurniakan ilmu oleh
Allah.

Wassalam

Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah
orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan
mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan
perasaan yang penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (dijalan
kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(As-Sajdah: ayat 15-16)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 04:31 PM | Show all posts
Astaghfirullahal'azim...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 05:25 PM | Show all posts
Ya Allah! jauhkan aku dari kedua2 keadaan itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041559 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list