View: 3711|Reply: 23
|
Peniaga bayar RM200,000 plat TAN 1
[Copy link]
|
|
ERTIH: Nombor pendaftaran TAN 1 menerima bidaan RM200,000, yang tertinggi dicatat di negara ini tahun lalu, mengatasi JJJ 1 yang dijual pada harga RM168,000.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Fauzi Haron, berkata nombor pendaftaran TAN 1 itu ditender oleh seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur dan mencatat rekod tertinggi pernah dijual di negara ini setakat ini.
"Ia jelas memperlihatkan plat pendaftaran dari Terengganu turut menjadi pilihan individu tertentu," katanya pada majlis penutup JPJ Bersama Masyarakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri di sini, semalam.
Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Abdullah Che Muda, Adun Jabi, Ramlan Ali dan Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad.
Fauzi yakin tender bagi nombor pendaftaran siri TAS yang akan dibuka bulan ini, turut mendapat bidaan yang tinggi. Nombor yang dijangka menjadi rebutan ialah TAS 1 hingga 10 yang bidaannya mungkin mencecah ratusan ribu ringgit.
Ketika ini, JPJ Terengganu masih membuka tender bagi nombor pendaftaran TAR 1 hingga TAR 1000 yang juga mendapat bidaan tinggi. TAR 1 ditender pada harga RM56,000, TAR 2 (RM40,000) dan TAR 10 (RM11,000).
Beliau berkata, jumlah pendaftaran kenderaan di Terengganu tahun lalu turut mencatat rekod tertinggi sebanyak 26,000 unit, berbanding 18,000 unit pada 2004.
"erkembangan ini menunjukkan tanda positif terhadap perkembangan ekonomi negeri dan kemampuan rakyat ketika ini untuk memiliki kenderaan sendiri," katanya.
Pada majlis itu, JPJ turut meluluskan permohonan lesen memandu percubaan kepada 153 warga emas di Besut selepas lulus ujian yang diadakan menerusi program khas untuk golongan berkenaan.
http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
ha ha ha......giler kaya cina ini...200k siap leh beli sebiji lg kete mewah... |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 plat MAT 1 bape org bayar dulu ek |
|
|
|
|
|
|
|
jelas kuasa membeli kaum cina amat tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
no plet itu manyak ongg la
yang rugi adalah pembelinya |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg bestnya pakai plat no peTAN1??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 medangmru's post
dah pecah dah rekod tu.....ini tahun 07 punyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
pak arab beli plat 25 juta rilek jer hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cina nak apa saja mereka sanggup buat.
jelas kuasa membeli kaum cina amat tinggi
no comment. diorang dpt duit tak kira business haram ke halal.
[ Last edited by mix_chinese at 2-2-2008 12:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
senang nak bawak masuk kubur nanti........... |
|
|
|
|
|
|
|
diorang nyer mottooo iduppp..
duit boley dicariik.. satisfaction.. pricess lesss... heeheeheee... |
|
|
|
|
|
|
| |
|