CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4123|Reply: 24

PROTON jumback mesra alam di ostolia

[Copy link]
Post time 5-2-2008 06:14 PM | Show all posts |Read mode
yg ni wa leh konform.!! wa baru balik last month wa pergi 2 minggu much to my prego wife punya protest ..   mmg ramai yang bawak protong kat melbourne..  dia panggil proton jumback  .. actually gen2 pun ada tapi kaler dia wa rasa mcm kureng sesueiii aje kat m'sia ni..

ramai aussies yang pakai proton.. wa pun tercengang gak tgk kat highway di melbourne.. mmg ramai guna proton ni...

fofuler ghopenya proton huh!


[tr][td] Proton Jumbuck kenderaan paling mesra alam di Australia
04-02-2008

Oleh NEVILLE D'CRUZ
[/td][/tr][tr][td]
MELBOURNE: Model Jumbuck dari Proton telah dinobatkan sebagai kenderaan utiliti ringan paling mesra alam dalam pasaran Australia, dengan catatan penarafan rumah hijau dan pencemaran udara terbaik dalam kategori itu, demikian menurut Panduan Kenderaan Mesra Alam Kerajaan Australia.

Panduan yang disediakan oleh Pejabat Alam Sekitar Kerajaan Persekutuan itu juga mengisytiharkan Jumbuck sebagai kenderaan utiliti ringan paling menjimatkan dalam pasaran Australia dengan catatan purata penggunaan bahan api sebanyak hanya 7.1 liter bagi setiap 100km perjalanan.

Jumbuck mengatasi semua kenderaan utiliti ringan lain, termasuk model-model dikuasai diesel, dari segi penarafan mesra alam dan pencemaran udara serta penggunaan bahan api dengan catatan penarafan 3.5 bintang berdasarkan panduan itu.
Jumbuck mencatatkan penarafan 5 dari segi pencemaran udara dan 7/10 penarafan rumah hijau, satu mata penarafan mendahului sebuah kenderaan utiliti berkuasai diesel yang menduduki tempat kedua terbaik.

Penarafan Rumah Hijau (The Greenhouse Rating) memberikan mata daripada 10 bagi jumlah karbon dioksid (CO2) yang dikeluarkan oleh kenderaan itu; lebih sedikit CO2 dikeluarkan, lebih tinggi pula mata yang diberikan.
Semua model kenderaan baru seberat hingga 3.5 tan metrik yang dijual di Australia diuji oleh kerajaan bagi menentukan pengunaan bahan api dan tahap pengeluaran CO2.

Panarafan Pencemaran Udara diberi berdasarkan tahap pengeluaran bahan cemar udara yang dibenarkan menurut piawaian yang ditetapkan bagi kenderaan yang lulus dalam ujian dan dibekalkan kepada pasaran Australia.
Pengarah urusan Proton Cars Australia, John Startari, berkata keputusan `Green Vehicle Guide' itu menyerlahkan kecekapan dan kelayakan mesra alam Jumbuck.

"Hakikat bahawa Jumbuck merupakan kenderaan utiliti ringan paling mesra alam dalam pasaran akan menjadikannya pilihan menarik dan logik bagi orang dan syarikat yang mahu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan pengaruh ke atas perubahan iklim.

"Jumbuck membuktikan kenderaan utiliti yang lebih besar dan menelan banyak bahan api dengan faedah yang hanya lebih sedikit bukan lagi merupakan pilihan yang logik bagi sesiapa yang prihatin tentang alam sekitar dan ingin mengurangkan penggunaan bahan api dan pencemaran," tegasya. BERNAMA
[/td][/tr]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 06:16 PM | Show all posts
buruk gilo nama kek sano..tp org suko plak..org mesia kutuk2 yo tau..klu honda kuar model honda cipan pun kata lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 06:23 PM | Show all posts
adeh..
mat saleh badan besar2 pn selamber je pakai keta size
standet utk orng asean.
orng malaysia bila nak beli keta,
macam siot je,.
siap kata bumbung rendah sngt sampai tekena kepala katanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 06:32 PM | Show all posts
Jumback ni proton Arena kan????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by sedondon at 5-2-2008 06:32 PM
Jumback ni proton Arena kan????



A 'ah  kalau tak silap wa  poton arena tu...  jumback tu  macam aussie punya slanga  la.. kan depa ada slang..  jumback tu maknanya  -   a  sheep!!



lu pun tau kan - there're 20 times more sheeps than people kat ostolia sinun!!! gemuk gemuk sheep depa ..



meh wa pastekan lagu feveret wa masa wa mula2 nak tekel bini wa dulu.. (wa suka lagu waltzing matilda ni. ni kira macam national anthem ostolia gak.. sebab banyak slang aussie  diguna    )  reason wa nak paste sebab ada sebut JUMBACK la!!





Once a jolly swagman camped by a Billabong  
Under the shade of a Coolabah tree
And he sang as he watched and waited till his billy boiled
"Who'll come a-waltzing Matilda with me?"


Down come a jumbuck to drink at the water hole
Up jumped a swagman and grabbed him in glee
And he sang as he stowed him away in his tucker bag
"You'll come a-waltzing Matilda with me'".


Up rode the Squatter a riding his thoroughbred
Up rode the Trooper - one, two, three
"Where's that jumbuck you've got in your tucker bag?",
"You'll come a-waltzing Matilda with me".


But the swagman he up and jumped in the water hole
Drowning himself by the Coolabah tree,
And his ghost may be heard as it sings in the Billabong,
"Who'll come a-waltzing Matilda with me?"



tu  wa boldkan JUMBACK!!   = a sheep
btw  billabong tu wa punya feveret brand  -  ada factory BILLABONG near by kat bells beach kat melbourne - wa pergi hari tu  BESAR dan best!!!  sengkek wa beli t shirt dan shorts billabong  tapi QUALITY bro!!    ha billabong tu slang aussie gak  maknanya:  a waterhole    hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 08:13 PM | Show all posts
cam JUKEBOX laks bunyiknye
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2008 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by MulutBecok at 5-2-2008 08:13 PM
cam JUKEBOX laks bunyiknye


bro... JUKEBOX  kira wokey lagi... jgn  juboq  dah le.. .(arap mod tak cantas kedit wa,  wa cuma reply aje    bukan melucah..  bro...)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 10:54 PM | Show all posts
bunyi macam se"jumbuck" bunga je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 11:47 PM | Show all posts

Reply #5 devil_advocate's post

yg sheeps tue new zealand la bro...

ostolia lak aborigines...

proton jumbuck = proton arena?

kat ostolia sane ade holden sedan yg derang wat cam proton arena
coz memula aku tgk proton arena, aku ingatkan derang cilok design kete tue pasal kete holden tue lagi awal kuar dr arena...xde la awal sgt, klu x silap a matter of few months

nie rupa holden ala2 arena tue





[ Last edited by  veitchac at 9-2-2008 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:55 AM | Show all posts
kt sana mmg femes kete  ala2 gini.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 01:16 AM | Show all posts
kalau kat luar negara diorang tak beli proton ni memang rugi bg aku..
sebabnya murah dan berkualiti...memang lebih berpatutan harga dia..
aku rasa mesti harga kat australia bleh dapat bwh $20000...
kat malaysia 2nd pun blum tentu bleh dapat dgn harga rm20000..
jgn convert lak mcm menteri2 di malaysia lak...kira ikut nisbah pendapatan ye...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 05:48 AM | Show all posts
tahniah Proton..Our Pride and Joy...ahaksz..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 07:54 AM | Show all posts
org2 ostralia tidak ada engineer yg akan hempas2 ketuk2 pintu bila cek kualiti keta.... sbb tuh laku kat sana..

lagi pon dorang semua pendek2 klu nak bandingkan dengan rakyat2 mesia yg tinggi2 nih sbb tuh kepala tak cecah bumbung kaedahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #13 rambutan's post

diorg pendek2 ker...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by True-X at 6-2-2008 11:21 AM
diorg pendek2 ker...


sebenarnya dorang tinggi cuma urang mesia yg terlebih tinggi dr dorang berdasarkan statement org malaysia kata kepala cecah bumbung bila naik proton nieh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:04 PM | Show all posts

Reply #15 rambutan's post

kih...kih...kih....
Sib baik aku punya proton, bumbung tinggi melangit...

Ker aku yang rendah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 03:35 PM | Show all posts
Bro....bg tgk skit jumbuck yg kt aistralia tuh..?
Aku start dr tahun lps lg dh member2 bgtau yg model ni popular gila kt sana.
Aku tk pasti bntuk dia sebijik mcm arena atau ade upgrade sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 04:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 6-2-2008 07:54 AM
org2 ostralia tidak ada engineer yg akan hempas2 ketuk2 pintu bila cek kualiti keta.... sbb tuh laku kat sana..

lagi pon dorang semua pendek2 klu nak bandingkan dengan rakyat2 mesia yg ting ...



bai...........lu injinier ke tak ni..............?







jika bukan injnier dok diam2................nanti persatuan injinier2 marah.........
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 08:43 PM | Show all posts
Kawan aku pakai holden -  sebijik macam jumback punya outer body...  tapi mahal lagi harganya ... sbb tu jumbuck ni lebih popular aku rasa kat australia nun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073907 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list