CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2632|Reply: 2

Bunian ~ filem Adnan Abu Hassan (AKAN DATANG)

[Copy link]
Post time 25-2-2008 11:06 PM | Show all posts |Read mode
arituh masa odisen AF6 last day kt KL, aku & klubbkidd sembang2 dgn bro Adnan.. and jeng! jeng! jeng! dia akn directing 1st film yg akn guna CGI!!!:pompom: :pompom: :pompom:

maybe agaknya magical + fantasy + Msian dongeng???



[ Last edited by  ajami at 22-1-2009 09:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2009 09:29 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR, 21 JAN 2009:  Selama 30 tahun, nama Adnan Abu Hassan telah sinonim sebagai komposer dan pencipta lagu yang begitu disegani yang telah berjaya membawa nama-nama besar ke persada seni hiburan tempatan.

Selain itu dia juga pernah menjadi bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) selain seorang penyanyi.

Kini Adnan memegang satu lagi title iaitu sebagai produser filem pula apabila menerbitakan filem pertamanya, Bunian -
Mahkota Seri Helang yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Bermodalkan bajet RM3.5 juta, filem epik yang berinspirasikan filem Lord of The Ring (LOTR) dan Adnan memilih pengarah drama dan iklan berpengalaman Zaharil Izham Zainon atau lebih dikenali sebagai Jantan bagi mengarahkan filem berkenaan.



Adnan berkata, sudah sekian lama dia mengidamkan untuk menerbitkan filem sendiri, bagaimanapun hasil perbincangan bersama Jantan sejak 3 tahun lalu telah membuka pintu keberaniannya untuk membabitkan diri dalam layar perak.

"Cerita bunian ini adalah sekadar curahan idea saya saja. Sebenarnya sejak saya berusia 8 tahun lagi saya sudah mula menulis cerita fantasi kanak-kanak. Tapi bila masuk tingkatan  satu, saya berhenti daripada menulis. Kemudian aktif pula dalan penulisan lagu.

"Memang kalau nak diikutkan, saya tidak mempunyai impian untuk menerbitkan atau mengarahkann sebuah filem. Bagaimanapun sejak 3 tahun lalu, saya banyak berkongsi pendapat bersama Jantan untuk menghasilkan sebuah filem. Maka tercetuslah Bunian," katanya.

Adnan berkata demikian pada sidang media, sempena pelancaran Bunian di Hotel Legend, di sini yang telah disempurnakan Menteri Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Bunian yang diterbitkan di bawah Fantasy Films Sdn Bhd, membariskan nama-nama besar dalam dunia lakonan iaitu Nasha Aziz, Rusdi Ramli, Ridzwan Hashim, Beego, Eri Putra dan Maimun Taib dan pendatang baru, Mimi Rahzia.

Bunian mengisahkan pengembaraan seorang jejaka bernama Rosman lakonan Rusdi Ramli ke alam bunian yang dipertemukan dengan 2 orang puteri iaitu Puteri Mayang Sakti (Nasha) dan Puteri Mawar Putih (Mimi Rahzia).

Tambah Adnan,  meskipun bajet sebanyak RM3.5 tampak kecil untuk sebuah filem epik berkenaan, namun pihaknya akan menggunakan peruntukkan itu dengan sebaik yang mungkin bagi memastikan hasil kualitinya terjaga.

"Bajet yang ada, kami akan gunakan untuk membina perkampungan masyarakat bunian, 10 buah rumah, kolam, pasar tani dan juga teknologi CGI. Kami akan cuba meminimakan bajet yang ada bagi mendapatkan hasil yang memuaskan,鈥
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 11:57 AM | Show all posts
♥ bule kew cite camnih???

pape pon jgn cgi cam cite AI yg baru tuu
♥
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043751 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list