CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4392|Reply: 10

merintis dunia sains!!

[Copy link]
Post time 12-3-2008 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Merintis dunia sains

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Menguji kemahiran kejuruteraan dan kreativiti, pelajar dari 20 buah sekolah berkumpul untuk menunjukkan kehebatan mereka cipta robot logo.


WAKIL-WAKIL sekolah dan para hadirin duduk di hadapan
meja Power Puzzle yang mempertaruhkan 13 jenis misi tersendiri.


SETELAH hampir 10 tahun menganjurkan First Lego League (FLL) di peringkat antarabangsa, FLL kini mengintai kecerdasan kanak-kanak di Malaysia khususnya di Lembah Klang. Diadakan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur buat julung kalinya, sebanyak 20 buah sekolah termasuk empat pasukan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (Rimup) telah mengambil bahagian dalam program yang berlangsung pada Rabu lalu.

Dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Pelajaran dan Sasbadi Sdn. Bhd, permainan ini diasaskan oleh FIRST atau For Inspiration and Recognition of Science and Technology, sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Dean Kamen. FIRST menggalakkan penglibatan pelajar sekolah dalam subjek sains dan teknologi melalui usahasama dan penyelesaian berkumpulan.


ANTARA robot-robot rekaan pelajar-pelajar dari sekolah di Lembah Klang.

Turut merealisasikan impian ini ialah syarikat Lego yang menyediakan platform peralatan dan keperluan untuk membina model atau robot yang mampu melakukan pelbagai aksi serta merungkai permasalahan dengan bijak. Permainan ini secara tidak langsung mencungkil idea dan kreativiti si kecil dalam menghadapi cabaran pemasangan, kemahiran kejuruteraan dan membangunkan daya kreativiti.

Di Malaysia, syarikat Sasbadi Sdn. Bhd. merupakan pengedar tunggal dan rakan eksklusif Lego Education. Kata Pengarah Urusannya, Law King Hui, pertandingan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar dalam persekitaran yang lebih aktif berbanding hanya mengikuti proses pembelajaran yang pasif di dalam kelas.

"Penglibatan secara beramai-ramai dalam kumpulan membantu menerapkan kemahiran soft skill seperti meningkatkan hubungan interpersonal, saling bekerjasama antara satu sama lain di samping belajar daripada kesilapan hands-on," katanya.

Bagi Teh Yong Lin, 15, dari Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Saint John, Kuala Lumpur, pasukannya terpaksa mengubahsuai robot rekaannya sebanyak tiga kali agar ia menepati ciri-ciri yang ditetapkan, selain mudah menyelesaikan 13 jenis misi di meja Power Puzzle.

PELAJAR-PELAJAR dari Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih Anugerah Persembahan Terbaik.

"Robot pertama yang dibina tidak dapat bergerak dengan stabil kerana tayarnya lebih besar daripada permukaan robot. Robot kedua pula sangat besar sehingga melampaui saiz 40x40 sentimeter yang dibenarkan juri FLL.

"Akhirnya, kami membina satu lagi robot yang berjaya meletakkan pasukan kami sebagai pemenang untuk Anugerah Rekaan Terbaik," ujarnya dengan teruja.

FLL Malaysia diadakan selaras dengan standard yang diperkenalkan di peringkat global agar pasukan pemenang dapat dihantar ke luar negara untuk bertanding. Dibuka kepada pelajar sekolah yang berumur 10 hingga 16 tahun, kanak-kanak ini dikehendaki melengkapkan tiga bahagian pertandingan iaitu pusingan projek, pusingan misi dan pusingan teknikal.

Untuk menjadikan pertandingan ini lebih bermakna dan mendedahkan golongan muda kepada kepentingan memelihara alam semula jadi, FLL Malaysia memperkenalkan tema Sumber Tenaga : Memenuhi Permintaan Global sebagai asas kepada projek yang diilhamkan oleh setiap sekolah dengan barisan peserta terdiri daripada enam orang.

Mereka bukan sahaja dikehendaki membina robot yang serba boleh tetapi melahirkan idea-idea yang bernas berhubung dengan penjimatan kos tenaga air dan elektrik serta cara-cara memulihara sumber alam yang semakin ketandusan.

"Pihak penganjur merasakan konsep ini mendedahkan kanak-kanak kepada keperluan untuk mencari sumber alternatif yang menggantikan sumber-sumber lain seperti petroleum. Antara cadangan yang diberi oleh mereka ialah penggunaan sistem solar dan sebagainya," ujar Law lagi yang menyatakan penyelidikan dan kajian komprehensif oleh setiap kumpulan turut diambil kira untuk dijumlahkan secara menyeluruh.

Pada hari pertandingan, wakil dari setiap sekolah hadir seawal pukul 7 pagi dan bersiap-sedia untuk memulakan pertandingan dengan persembahan projek. Selain peserta yang bertanding, turut memeriahkan majlis ialah pelajar-pelajar sekolah yang membanjiri dewan sambil memberikan sokongan dan sorakan kuat. Tidak kurang juga kain rentang yang memaparkan slogan dan kata-kata yang menyuntik semangat.


JUARA Anugerah Gold berjaya memungut 82.985 mata dalam pertandingan First Lego League di Kuala Lumpur.

Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Bukit Nanas 1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson (Rimup), Kuala Lumpur, mencatatkan sejarah tersendiri apabila mereka membawa sekumpulan 30 orang pelajar yang terdiri daripada pasukan sorak. Sambil menghayunkan pom-pom dan bermain drum, kanak-kanak perempuan menyanyikan lagu-lagu sambil bersorak kuat.

Beberapa pelajar juga mencuri perhatian ramai dengan mengenakan rambut palsu ala afro, bercermin mata besar dengan gajet fungsian tertentu dan juga seorang budak lelaki yang mengenakan pakaian dan topi seperti lanun.

Dalam pusingan misi, kesemua pasukan sekolah menunjukkan kehebatan robot rekaan masing-masing melakukan misi yang disenaraikan. Sebanyak 13 misi yang terdiri daripada tong minyak, empangan air, turbin udara, panel bumbung solar, panel solar satelit, tapak penyaluran tenaga, lombong uranium, tanaman jagung dan lain-lain telah dipersembahkan.

Setiap pasukan diberi masa 2 minit dan 30 saat untuk menyelesaikan seberapa banyak misi yang termampu dengan diadili oleh sepasukan juri yang terdiri daripada pakar akademik dari UiTM, jurulatih Sasbadi dan Penolong Pengarah Pusat Sains Negara.

Pasukan yang berjaya memungut markah tertinggi berpeluang mendapat tempat pertama dalam kategori Anugerah Persembahan Terbaik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2008 08:49 AM | Show all posts

... cont'd





Kali ini, anugerah utama jatuh kepada pasukan gabungan SK Convent Bukit Nanas 1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson yang rata-ratanya diwakili oleh kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Meskipun masih mentah, kanak-kanak ini secara tidak langsung membuktikan bahawa umur tidak menjadi halangan atau batasan untuk bertanding.

"Walaupun pelajar kami terpaksa bekerja kuat kerana ia melibatkan gabungan dua buah sekolah yang berlainan, mereka kerap bertemu pada setiap hujung minggu sejak awal tahun ini."

"Kami berkumpul di SK Convent Bukit Nanas 1 kerana ia mempunyai kemudahan yang lengkap dan ibu bapa pula turut mencurahkan banyak pendapat," jelas cikgu Halina Hashim dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson.

Cikgu Chong Chee Boon dari SK Convent Bukit Nanas 1 pula menambah: "Dua daripada kanak-kanak yang menyertai pertandingan ini, Rupert Kay Shu Jia dan Yew Wei Hao dari sekolah kami pernah menyertai pertandingan IROC atau International Robotic Olympiad Competition di Singapura pada November 2007. Oleh itu, pengalaman dari situ diaplikasikan pada projek kali ini dan dikemaskinikan mengikut keperluan permainan."

Ujar Chong, beliau berasa sangat bangga dan gembira dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak sehingga melonjakkan nama kedua-dua sekolah ini sebagai juara keseluruhan dengan meraih Anugerah Gold dengan kutipan markah 82.985 mata.

Tempat kedua dibolot oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Persint 9 (1) dengan kutipan mata yang agak jauh iaitu 76.232 mata. Menurut ketua kumpulan, Mohamad Farid Mohamad Ghazali, 17, biarpun kesemua peserta bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, namun penyertaan ini sedikit sebanyak membantu dalam proses pembelajaran ilmu sains dan teknologi.

"Kami berusaha membahagi-bahagikan masa dengan sebaik mungkin dan stayback selepas waktu sekolah untuk perbincangan," katanya.

Ditanya apakah perasaannya selepas tewas kepada sekumpulan murid sekolah rendah, jawabnya: "Rekaan mereka sememangnya bagus. Lagipun, mereka cukup bersemangat apabila membawa bersama pasukan sorak dan pancaragam kecil.

"Namun, kami tetap berasa bertuah kerana dipilih sebagai pemenang tempat kedua," ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang pengaturcara komputer.

Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

Sementara itu, pemenang tempat pertama berpeluang untuk bertanding di FLL World Festival di Georgia Dome, Atlanta, Amerika Syarikat pada 17 hingga 19 April 2008.
Mereka layak mewakili Malaysia dan akan bertembung dengan 40 buah negara lain yang bakal menghantar pasukan masing-masing.

Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Zulkafly Mohd Wazir yang berucap pada majlis penyampaian hadiah berkata, pertandingan itu menjadi perintis kepada usaha-usaha yang bakal dilahirkan selepas ini dan sudah tentu pihaknya sentiasa memberi kerjasama.

Namun, katanya, penyertaan dalam pertandingan FLL World Festival bergantung kepada peruntukan yang dapat disediakan oleh kementerian itu kelak.



masa aku sekolah dulu pun selalu ada buat exhibition mcm ni tapi tak ada peluang pun masuk competition.. . kawan2 aku mmg best idea idea meka... budak sekarang untung dapat tunjukkan kebolehan yang awesome cam ni.. aku suka tengok budak2 yang banyak idea dan ciptaan asli in scientific areas...  kudos to those students!! :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 09:14 AM | Show all posts
amazed = dexa ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by diva-vogue at 12-3-2008 09:14 AM
amazed = dexa ??



sapa ko  sapa dexa? srry  aku tak tau apa ko ratap kan nih!1      LMFAO...

mana syida ni......syida  tlg bagi ko punye pendapat pasal world of science .. aku nak tau gak wokey!!!!  dulu masa kita bincang hal sign language  aku suke  cara ko..   pada aku science world ni wide ..   bagi pendapat ko, ek  syida!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 06:54 PM | Show all posts
bila kita bincang pasal sign language?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 07:03 PM | Show all posts
amboi ayat seru tu suruh bagi pendapat , as if I am KJ...ahaks...

I think it's good as  a stepping stone to inculcates the scientific culture thru this kind of games and competition.
It will indirectly foster the creativity of the young minds. And I am sure again, these young minds are readily keen to try and innovate something new based on their experiences.


But again,

This is competition , kan fokus banyak ker kat sekolah bandar ? yg luar bandar ke mana?

what would be the benefit gained by the team which painstakingly designing those thingy?
habis setakat itu shjkah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2008 07:06 PM | Show all posts
amazed =  dexa? for all i care amazed = mukhriz= d**

me? someone claimed that i am a "pujaan" of a mod by the name RK..haiyaaaa ..lawak lawak

[ Last edited by  mbhcsf at 12-3-2008 07:09 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 12-3-2008 06:54 PM
bila kita bincang pasal sign language?




Aku mati2 ingat bila ko mentioned pasal  class yg ko attend tu ko belajar sign language gak.. kat budak2 tu.. bukan ke syida?    Aku bayangkan ko punye course ada sign language  lmfao.. aku mesti  salah faham     ko citer lain aku dok bayang lain...  bayangkan ko  ajer  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2008 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 12-3-2008 07:06 PM
amazed =  dexa? for all i care amazed = mukhriz= d**

me? someone claimed that i am a "pujaan" of a mod by the name RK..haiyaaaa ..lawak lawak



Silap tu syida...  ko "pojaan" hati ku..  Aku tak kira ko sapa..  aku suka ko       hah!!   ko jgn bimbang syida.... aku hensem lagi dari mukhriz    walaupun poket aku tak sepenuh dia     (poket aku penuh  habuk aje     )   sapa d *  * =  doc? aku bukan doctor  mcm ko.. cuma janitor picisan ajer  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #6 mbhcsf's post

I think it's good as  a stepping stone to inculcates the scientific culture thru this kind of games and competition.
It will indirectly foster the creativity of the young minds. And I am sure again, these young minds are readily keen to try and innovate something new based on their experiences.


But again,

This is competition , kan fokus banyak ker kat sekolah bandar ? yg luar bandar ke mana?

what would be the benefit gained by the team which painstakingly designing those thingy?
habis setakat itu shjkah?


Excellent perspective my syida.. Tapi pada aku kengkadang expose in science world mcm ni pada segelintir sekolah dan murid jer..  Ko rasa apa those students dapat dengan exhibition camtu  ek?  Aku mmg suka pergi science exhibition dari aku keck lagi..  aku minat benda2 mcm ni.. masa kat NIU dulu  mmg aku participate banyak program college aku..  tapi syida  betul kata ko.. kat rural area  aku rasa pameran camni mcm tak banyak expose aje..  kg aku kat johore.. rural sikit.. masa sekolah dulu.. mana dapat fikir let alone nak invent benda gini..   sadly, aku rasa lepas ni.. tu ajer ler.. dah buat dan fikir dan consume masa  ...  camana nak expanding ek?  kena ada sponsor??  :eek:
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 07:54 PM | Show all posts
oh tadi i spelt as amazed = d   a  r  si  ta tapi tak came out ...a case of mistaken identity...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.339470 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list