View: 68027|Reply: 1485
|
** - MENCARI PASANGAN - **
[Copy link]
|
|
MENCARI PASANGAN
|
|
|
|
|
|
|
|
JOM KITA TGK APAKAH GARIS PANDUAN YG DIBERI OLEH ISLAM DLM MENCARI PSGAN NEH |
|
|
|
|
|
|
|
ciri2 calon suami yang boleh dijadikan contoh...suami idaman... bukan boifren tau....
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
- Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dansolat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakaipakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
- Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnyaseorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mestisopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
- Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
- Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
- Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
- Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
- Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
- Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
- Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
- Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
[ Last edited by sosimple at 19-8-2008 08:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
nak share jgk utk lelaki2.... sbgi panduan
AKU KAU BERBEZA... AKU KAU ISTIMEWA...
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??
Suamikena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya
dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
[ Last edited by sosimple at 2-4-2008 03:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikanyang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seoranglelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yangada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
carilah wanita yang gagah dan lelaki yg cantik... bukan wanita yg cantik dan lelaki yg gagah....
[ Last edited by sosimple at 31-3-2008 03:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by sosimple at 28-3-2008 02:48 AM
MENCARI PASANGAN
http://i231.photobucket.com/albums/ee135/sophillea/eceh.jpg
|
|
|
|
|
|
|
|
jap gi aku baca erk.....cam menarik jerk... |
|
|
|
|
|
|
|
memang menarik .. tu hakikatnya yg kita kena pelajari dan hayatinya pengertiannya ,, |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 sosimple\ catat
ingatkan kak Sos nk cari pasangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
meh lemas bersama..ada beranik?hehe |
|
|
|
|
|
|
|
nanti pree me baca hahah... skang bz... bz manjang jek me neh .. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 firdaruddin's post
abg fir x mau share apa2 dengan sos ker???..... |
|
|
|
|
|
|
|
bestjjeni....nantilah reen baca... |
|
|
|
|
|
|
|
Syarat pertama, kena tahu apa yang kita mahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 Agul's post
yeap... btul tuh...
quote nie memenuhi x..??
~ saya tahu apa yg saya tahu ~ saya tahu apa yg saya mahu ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 sosimple's post
boleh. cuma biasanya orang anggap mereka tahu apa yang mereka nak. dan mereka tahu, cuma pengetahuan mereka itu hany pada permukaannya sahaja.
zzzzzzzzzzzzzz.......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|