View: 59897|Reply: 926
|
Gosip2 Tentang Pasangan Mengurat ATM
[Copy link]
|
|
Kat forum ni ramai yg aku dok peratikan pasangan main kejar mengejar..
si polan sedang mengorat si polan....kejar sana kejar sini...
Boleh tak korang senaraikan pasangan di porum ni especially kat Board ATM yang korang leh detect sedang kejar mengejar..dan
sedang mengorat..?? Kalu ader kat Board sebelah pun takpe...kurang2nya dapat gak tahu serba-sedikit gosip2 tentang forumer yg selalu berkunjung kat sini.
Silakan yer...jgn malu2 plak.
Nanti aku akan pastekan artikel pasal mengurat..
[ Last edited by burujtimur at 15-4-2008 11:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
not i not i |
|
|
|
|
|
|
|
mcm x persan aje..nanti try den carik sapo dio............ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
not i not i |
|
|
|
|
|
|
|
nanti pakcik tilik lam mangkuk putih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
macam mana leh nampak tue? |
|
|
|
|
|
|
|
ape nih?
aku xphm laaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
hang senaraikanlah dulu... baru bole tau... ahak2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 seroja\ catat
belum apa2 dah menafikan... kan dah masuk perangkap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 kurga\ catat
maybe masa kecik2 dulu aku ni terlebih makan garam kot...sbb tu instint terlebih je...wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Bila seorang individu cuba mendekati atau menarik perhatian individu lain yang berlainan jantina - individu itu dikatakan sedang mengurat. Walaupun niatnya cuma hendak berkawan dan tidak lebih dari itu, orang lain tetap akan mengatakannya sedang mengurat.
Saya ingat istilah mengurat ini khas bila kita betul-betul kita hendakkan individu berkenaan sebagai pasangan hidup. Rupa-rupanya tidak begitu pandangan orang lain. Asalkan kita kelihatan cuba akrab dengan seseorang yang berlainan jantina - sahlah kita sedang mengurat. Soal apakah ianya kerana kita nak berkawan sahaja atau ada niat lain tidak timbul.
Mungkin kerana mereka beranggapan mula-mula berkawan selepas itu ia akan berkembang. Saya pula memulakan hubungan berdasarkan niat. Jika niat saya berkawan, berkawan sajalah. Jika niat saya hendak berpasangan, maka berpasanganlah. Amat jarang sekali niat itu berkalih arah apatah lagi saya jenis yang menumpukan cinta pada pilihan hati.
Apa pun, demikianlah mengurat - ianya melibatkan proses membaca yang bukan-bukan. Sebagai contohnya, kalau dia tidak pernah senyum apatah lagi tegur kita tetapi pada hari ini misalnya, dia senyum dan tegur kita. Itu sudah boleh ditafsirkan sebagai `lampu hijau'. An invitation smile.
Tetapi apakah senyuman dan sapaan itu mutlak dapat ditafsirkan sebagai satu jemputan perkenalan? Tidakkah mungkin ianya membawa erti yang lain? Bagaimana menentukannya? Kalau salah tafsir, boleh jadi kes naya.
Isyarat-isyarat ini apakah benar pula ianya isyarat cinta dan ditujukan kepada kita?
Tidakkah mungkin dia melahirkannya tanpa niat sebagai isyarat? Sekadar reaksi spontan terhadap ketika dan situasi tertentu?
Inilah dilema yang amat besar dalam membaca yang bukan-bukan ini. Kita menafsirkan sesuatu itu sebagai isyarat (signal) berdasarkan kepekaan, ilmu dan pengalaman kita. Manusia ini unik. Barangkali manusia yang kita jumpa itu - tergolong dalam jenis yang sebelum ini kita tidak pernah jumpa. Ada kemungkinan isyaratnya - walaupun biasa kita temui membawa makna yang lain dari yang biasa kita fahami.
Tetapi bagaimana mahu menentukan? Apakah ada kebenaran mutlak dalam hal ini?
Yang selalu menjadi rujukan adalah para senior - mereka yang kita anggap berpengalaman. Tetapi pengalaman mereka adalah unik terhadap diri mereka dan pasangan mereka juga. Apakah kerana mereka telah melalui fasa mengurat itu bermakna mereka memahami seluruh isyarat yang mungkin diberikan oleh pasangan? Tidak juga.
Bila kita percaya sepenuhnya kepada tanggapan maka jadilah hukum seperti jika dia tidak telefon aku hari ini bermakna dia tak suka kat aku. Jika dia tak pelawa aku keluar minggu ini bermakna dia tak mahu kat aku. Sedangkan misalnya, pihak yang satu lagi mempunyai halangan-halangan lain untuk menyebabkan dia melakukan apa yang ditanggap oleh pasangannya. Yang seronoknya, dalam hal ini, pasangan sering sekali mengingkari logik. Kita lebih gemar berpegang kepada - tidak kira apa pun yang berlaku - apa pun kesukaran yang dilaluinya, jika dia sayang kat aku maka dia akan telefon aku, dia akan pelawa aku keluar dan sebagainya.
Saya pernah melalui satu ketika di mana saya gagal menghadiri temujanji dengan dia kerana kesibukan yang muncul serta merta - tidak dirancang. Saya telefon tak dapat-dapat. Ha - salah siapa tu? Bila saya berjaya menghubungi - segalanya sudah terlambat. Dia sudah merajuk dan menyalahkan saya.
Logiknya mudah - takkan tak dapat telefon langsung? Percayalah - saya dah cuba berkali-kali! !!!
Mengapa pula misalnya hal yang sebegitu dijadikan indikator penting dalam menilai keserasian dan keseriusan pasangan terhadap hubungan?
Ini saya fikir perlu dinilai semula. Apakah kalau dia lambat 10 minit maka tanggapan kita ialah dia tak suka kat kita, tak bertanggungjawab dan sebagainya.
Mengapa ya kita suka membaca yang bukan-bukan?
Mengapa tidak kita bersangka baik dan fokus kepada bagaimana kita boleh mengukuhkan hubungan?
Mungkin kerana sifat kita sebagai manusia ini ialah pentingkan diri sendiri. dan diperingkat awal hubungan kita menilai pasangan kita - apakah benar dia betul-betul mahukan kita di setiap kesempatan yang ada.
Saya fikir pula bahawa tanggapan ini berasaskan naluri yang salah. Saya berpendapat kita seharusnya meyakini komitmen dan kelangsungan hubungan. Soal bagi kad harijadi atau tidak, hadiah atau tidak, puji-pujian, telefon dan sebagainya adalah cara seseorang itu menzahirkan cinta.
Kalau ikut saya, kalau pun seseorang itu melakukan semua yang di atas, belum tentu lagi arahnya dia mahu berumahtangga. Sebabnya, bagi saya, setakat bagi hadiah, bagi kad, concern - itu tanggungjawab sahabat. Tidak mesti ia disertikan untuk hidup bersama.
Saya juga melihat rasa ragu, rajuk dan marah atas hal-hal seperti terlambat, lupa bagi kad harijadi, lupa telefon dan sebagainya adalah berasaskan rasa diri kita yang takut. Takut dia sebenarnya tidak sayangkan kita sepenuhnya. Takut dia ada yang lain. Takut kita bertepuk sebelah tangan. Pokoknya, kita meragui kasih sayang dia dan komitmen dia terhadap kita. Jarang sekali kita persoalkan komitmen kita dan kasih sayang kita kepada dia. Sedangkan bila kita bicara soal hubungan, ianya melibatkan dua insan ; dua hati.
Darik satu sudut, jika itulah petandanya, maka bererti kita sebenarnya tidak yakin terhadap `hubungan cinta' bersama. Cinta kita masih belum matang.
Bagi saya, jika cinta itu matang, beradalah dia jauh dari sisi, kita yakin cintanya tetap subur. Datanglah Prince Charming dari mana pun, cintanya tetap pada kita.
Tidak sukar sebenarnya untuk mencapai keyakinan sebegini. Asalkan kita dapat menerima pasangan seadanya. Memahami hakikat perkara yang diketahui dan belum diketahui serta - sebagai mansuia - dia dan kita tidak maksum. Jika tumpuan diberikan kepada hubungan dan bukannya soal titik bengik, maka saya pasti, cinta itu akan matang, menjadi lebih indah, mudah diurus dan pertelingkahan tidak lebih dari satu kaedah bermanja.
Jadi jika anda mendekati seorang gadis atau jejaka, awas - anda akan dikatakan sedang mengurat dan setiap tingkahlaku anda - tiap senyum, tiap tunduk, tiap bicara malah dialog pun - akan dinilai bukan saja oleh dia - sebab kadang-kadang yang diurat pun tak sedar dirinya sedang diurat - tetapi lebih dahsyat oleh orang sekeliling yang gemar pula bermsyuarat tidak rasmi dan sanggup membincangkan hal-hal sebegini berjam-jam lamanya.
Itulah - nak kawan pun susah. Nak bertenet pun lagi susah.Ingat senang? |
|
|
|
|
|
|
|
tak perasan pun................. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik thread nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
dulu masa mula2 aku berporem..
aku mengurat budak preta tu.. lepas tu nomie.. lepas tu errr......?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|