View: 11639|Reply: 33
|
macam mana nak cari kawan yg betul2 baik ekkk???
[Copy link]
|
|
adab-adab kita dengan seluruh manusia.
terdapat tiga bahagianutama tentang adab2 pergaulan kita sesama manusia. ia menyentuhmengenai cara pergaulan, cara memilih sahabat dan cara kita dan adabbersahabat....
1. orang yang tidak dikenali
2. sahabat karib
3. orang yang kita kenali.(bukan sahabat karib)
1. adab adab dengan orang yang tidak dikenali
a: jangan engkau menyertai mereka didalam percakapan yang kosong.
b: jangan engkau mendengar perkataan mereka yang jahat-jahat
c: jangan engau menghiraukan perkataan mereka pada menjahatkanmu
d: hendaklah engkau menghindarkan diri daripada banyak berjumpa dengan mereka atau banyak berhjat kepada mereka.
e: hendaklah engkau memberikan teguran dan nasihat terhadap pekerjaanmereka yang mungkar dengan cara lemah lembut kalau mereka bersediamenerima perkataanmu.
2. adab-adab dengan sahabat (kawan karib)
i: cara memilih sahabat
ii: cara menunaikan hak-hak persahabatan
i: cara memilih sahabat...
rasulullah s.a.w bersabda..."seseorang itu mengikut agama(cara hidup) sahabatnya. oleh keranaitu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yangpatut dijadikan sahabat"
maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan iasebagai pembantu didalam menuntut ilmu dan didalam urusan agamamudan duniamu maka hendaklah engkau tuntut daripadanya (engau pastikanpada dirinya ) 5 syarat...
a: orang yang berakal
b: orang yang baik akhlaknya
c: orang yang soleh
d: jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
e: orang yang benar.
a: orang yang berakal
maka tiada kebaikan dengan bersahabat denganorang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan danmenyakitkan hati.
dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata.
1. Dan Jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh, Jahui akan dia.
2. Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya.
3. Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.
b: Orang Yang baik akhlaknya
dalam Wasiat saidina 'Alqamah kepada anaknya
"Wahai anakku! Apabila engkau bersahabat dengan seseorang maka bualah persahabatan dengan orang yang;
1. Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia memelihara akan dikau.
2. Apabila engkau bersahabat dengannya maka bertambah nilai dirimu.
3. Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menangung kesusahan mu.
4. Apabila engakau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikan mu.
5. Apabila ia melihat akan kebaikan mu nesaya mengambil kira ia akan dia
6. apabila engau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau
C. Orang yang soleh...
janganlah engkau bersahabat denganorang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yangtakut allah itu tidak mengekali dalam dosa besar dan orang yang taktakut allah tidak dapat dipercayai sepernuhnya.bahkan pendiriannya yangtidak tetap, selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan.
cuba kamu lihat! orang ramai menganggap mudah dosa maksiatghibah(mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut,tetapi jikalau engkau mereka melihat seorang alim memakai cincin emasatau kain sutera nescaya mereka amat mengikari nya...lada hal dosaghibah itu jauh lebih besar daripada dosa memakai cincin emas ataupakaian sutera....
D. jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia...
bersahabat dgnnya adalah seperti racun yang dapat membunuh keranatabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikuti tabiat oranglain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedari nya. maka sekedudukan dgn orang yangtamak dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia..sebaliknyasekedudukan dgn orang yg zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.
E. Orang Yang Benar...
maka jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta. barangkali ia akan menipu engkau.
Maka inilah lima syarat yang perlu kita pilih dalam memilihsahabat..Barangkali susah kita mendapatkan orang yang memiliki kesemuasifat-sifat ini walaupun pada orang yang duduk mengaji di surau-surauatau duduk beribadat di dalam masjid....
oleh itu tiada jalan bagimu kecuali engaku memilih sau diantara dua jalan:
Pertama: Beruzlah, iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, kerana disitulah letanya keselamatan mu...
Kedua: Bergaul dengan orang ramai mengikut kedudukan mereka masing-masing yg berdasarkan tiga pembahagian:
1. saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah engau perhatikan padanya kecuali hanya hal-hal agama.
2. Saudaramu untuk dunia mu, maka janganlah engkau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yang baik.
3. Saudaramu untuk kejinakkan hatimu, maka jangan engkau perhatikanpadanya kecuali hanya keselamatanmu dari kejahatannya,fitnahnya dan keburukkannya.
Didalam perumpamaan ini manusia itu terbahagi kepada tiga:
1-orang yang seumpama makanan asas yang tidak boleh tidak daripadanya.
2-Orang yang seumpama ubat yang dipelukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.
3- orang yang seumpama penyakit yang perlu dihindari daripadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg susah nk cr shbt sejati la nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah ALLAH jer yg bagi,tak payah cari yer yer sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 raiqah's post
iqa mempromotekan diri...
meh2 jd kawan iqa wehh... :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 donbotak's post
tanya sama hati....
aku baik ke jahat????
tanya sama iman
aku dah wat yg wajib ke????
any way good articel |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 sexyzangel's post
wa just nak share jer................info baik macam ni tak baik sorang2 jer tau..............
apa salah nyer nak berpoligami sama2........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 donbotak's post
sangat benar... so nice.... |
|
|
|
|
|
|
|
Didalam perumpamaan ini manusia itu terbahagi kepada tiga:
1-orang yang seumpama makanan asas yang tidak boleh tidak daripadanya.
2-Orang yang seumpama ubat yang dipelukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.
3- orang yang seumpama penyakit yang perlu dihindari daripadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
gue mau registar jd kwn ko la....ade borang lagi x?? |
|
|
|
|
|
|
|
ade orang kate utk mencari sahabat yg baik, kite sendiri kene jadi sahabat yg baik...
kawan mmg ar ramai tp dlm byk2 kawan tu belum tentu satu pun akan terus akan menjadi sahabat kite hingge ke akhir hayat. malah pasangan kite juge tidak semestinye dan belum tentu akan menjadi sahabat baik. diri kite sendiri pun belum tentu boleh menjadi sahabat yg baik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|