CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4755|Reply: 18

bila kawan jadi kekasih!!!

[Copy link]
Post time 9-5-2008 04:27 AM | Show all posts |Read mode
Bila kawan jadi kekasih
Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta. Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?


MENUKAR perhubungan kawan kepada kekasih memerlukan
anda bersedia dengan segala kemungkinan pro dan kontra. - Gambar hiasan

JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.

Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.

Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?
Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.

Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

*Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.
*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.
*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.

Kontra

*Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.
*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.
*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.
*Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?

Risiko bercinta dengan sahabat?

Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.
Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Selamat mencuba.




pada aku  bisa ajer   kawan jadi kekasih.. mungkin lebih baik lagi.. kawan2 dulu.. lama2 dah kenal dan tahu budi bicara dan suker sama suker.. jadikla  kekasih... tak de salah pung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 08:13 AM | Show all posts
aku ngn awek aku bermula sbg kwn ;) maybe sbb aku pon jenis pemalu dan x approach seorg pmpuan with "hi wanna go out on a date?"
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 08:19 AM | Show all posts
no idea.....huhuhuuhh.............
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:45 AM | Show all posts
pada aku ok jer kwn jd kekasih..tp yg aku terpikir..dari panggilan kau aku nak tukar jd panggilan lain tue yg aku tak tau tue..tunggu jer la biler kwn aku jd kekasih aku br aku pk kot..hahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:10 AM | Show all posts
saya & my fiance pun bermula dari kawan. tapi sebulan je kawan, terus dia propose jadi wife dia   he he gatai tul. ada hati nak kawin masa study.

memula kapel memang rasa pelik skit. first time dia cakap "i love u" dalam japanese sebab segan nak cakap dalam bi/bm

pasal panggilan tu, lepas seminggu kapel baru tukar panggilan manja. memang kekok tapi lama2 dah biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:38 AM | Show all posts
for me.. its different.. from lover to be a friend.. but truly speaking.. it is better that i'm losing him rather than i have to treat him as a friend..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

mungkin topik ini terkena pada diri aku...
memang x sangka yg dia yg dianggap abang (kawan kepada abg aku)
boleh menjadi kekasih aku....
mula2 aku pernah ckp dkt abg2 aku yg aku xnk dia....tp Allah SWT yg menentukan segalanya....kami bercinta secara rasmi 2 hari selepas abang aku bernikah...
tapi walaupun dia kawan abang aku, tp masih ada perangai dia yg aku x abz belajar n kaji...kerana silap aku sikit semuanya akan berakhir....
ingin merasai keindahan bercinta akhirnyer lebuh di pertengahan jalan...
walaupun perasaan sayang yg kuat dkt dia, tapi kte kena terima apa saje ketentuan Allah SWT...
mungkin sampai di sini sahaja hubungan kami...
kini hanya masa dan ketika yg akan menentukan hubungan aku...
kami perlu berjumpa dan selesaikan segalanya gan baik...
kerana aku xnak kerana hubungan ini hubungan dia gan abg2 aku terputus...
yg paling penting sekiranya kami xada jodoh aku xnak kami bermusuh atau bermasam muka....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 12:05 PM | Show all posts
aku rase ok gak kwn kt jd kekasih...sbb dah lamer kenal tul tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 05:13 PM | Show all posts
bestnya couple dgn best friend sbb kita xperlu jadi org lain mula2 date...sbb msg2 knl perangai in and out.

and kita dah tahu apa suka tidaknya dia, baik buruknya dia, maka boleh mengelakkan pergaduhan...

yang xbestnya couple dgn best friend, ms best friend mmg best huhahuha sempoi cool bagai, dah couple, mak oi...berubah 100% (bukan semua). masa tu rs nak cekik dia kuat smpi lemas....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 05:15 PM | Show all posts
addition...

hehehe.... kalau kawan ok rsnya....mustahillah kita couple dgn org asing suddenly jumpa trs couple...kena kenal dulukan...kot tak nnt x terpasal je tercouple dgn the wrong person.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 10:27 PM | Show all posts
kawan jd kekasih okla..tp kalau kekasih jadi kawan tak ok la
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 01:07 AM | Show all posts
suka kwn dulu br jd kekasih
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 12:11 PM | Show all posts
.. tarak hal kot..

[ Last edited by  retnoel at 13-5-2008 12:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:14 AM | Show all posts
kwn jdik bf leh

bf jdik kwn pon leh


:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 02:44 PM | Show all posts
kawan  jadi kekasih--- penah jadi kat aku
pastu kekasih jd kawan aku plak -- pun penah jadi kat aku gak
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by pausuri78 at 9-5-2008 09:45 AM
pada aku ok jer kwn jd kekasih..tp yg aku terpikir..dari panggilan kau aku nak tukar jd panggilan lain tue yg aku tak tau tue..tunggu jer la biler kwn aku jd kekasih aku br aku pk kot..hahahahahahah


aku x berani nak amik risiko. lebih rela ilang kekasih dari ilang kawan..
bila kawan baik kita dah jadi kekasih, mesti byk cite yg sblm ni kita leh borak selamba dah kena ada limit. X best kan???

kekasih jadi kawan aku still leh consider sbb cam x de perasaan. benda dal lepas kan. let bygone be bygone..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #16 blurryfisz's post

"KAWAN" adalah satu BIG word.....

kawan? kawan sekolah? Kawan Ofis? Kawan sebab jiran? Kawan sekampung? Kawan atas kawan?

...mesti lah kite kenal dulu n kawan kejap dulu.... KALAU TAK KENAL TAK CINTE
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 07:21 PM | Show all posts
emblem baru je experience benda ni. dialah kawan, dialah kekasih. bila dah ada pengalaman camtu, rasanya lebih rela hilang dia sebagai kekasih daripada hilang dia sebagai kawan.

dalam berkawan, selalunya jarang kita dengar istilah putus.

tapi dalam berkasih, selalu sgt kita dengar istilah putus. kat sinilah masalahnya bila kawan kita tu jadi kekasih. kalau putus, yg jadi masalah bila dia dah taknak contact kita langsung. dah taknak ada apa2 dengan kita. dalam erti kata lain, dah taknak kawan dengan kita.

yang kita ni, walaupun dah putus, kita masih tetap nak kawan dengan dia. rasanya takde salahnya kalau putus tu elok je berkawan. tapi tulah....dia pulak jauhkan diri dari kita. terus hilang dia sebagai kekasih. dan dalam masa yg sama dah sah2 hilang dia sebagai kawan. tu yang taknak tu.

kalau tau la mcm tu jadinya, rasanya memang emblem biarkan je perasaan suka tu terpendam. takyah gitau dia or takyah reveal yg kita suka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 01:33 PM | Show all posts
tpi camne lak klu kwn kite tu dh kenal lama dr kecik....then couple...xmcm kekok ke??? .sstgh org xleh blah klu kwn jdi kekasih..klu kwn..kwn je...no more than dat...mmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 1.173270 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list