CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7672|Reply: 28

yakjuj dan makjuj

[Copy link]
Post time 24-5-2008 11:51 PM | Show all posts |Read mode
aku tak tau dah ade discuss pasal topc ni or belom,tp aku btol2 blur kalu bab yakjuj dan makjuj ni....aku kurang skit bab2 agama ni,aku akui kelemahan diri....tp aku baru dpt emel yg kata pasal pihak NASA ade jumpa satu kaum yg pelik yg hampir menyamai ciri2 yakjuj dan makjuj ni....ape komen korang ek...



Yakjuj & Makjuj (berita gempar dari NASA!!!
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20
batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata,
"Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".
"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.
"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
>dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"
"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".
"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".
"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu".
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria", mengikut kata sumber.
"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia".
"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia
moden hari ini secara genetiknya ?"
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.
"Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.  Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan
informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan  projek rahsia yang di beri nama Operation Mole
Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah
muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih
tidak diketahui.




DARI SURAH AL KAHFI:
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: "Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: 'Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya'. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
"Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: 'Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'. Berkata Zulkarnain: 'Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya'." (ayat 83 hingga 87)
"Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu," (ayat 89 dan 90).
"Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?'.
Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi'..
"Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu'.
"Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar'," (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 12:02 AM | Show all posts
mesti la betul.......
percayalah pada yang maha esa....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 12:13 AM | Show all posts
mahluk tu mmg wujud bedasarkan dari ayat2 al Quran tapi cerita dari nasa tu tah la, baru2 ni pun aku dpt sms dari member kata nasa dapat maklumat kata salah satu planet yg berdekatan dengan bumi berputar terbalik, dan kemungkinan besar bumi juga akan mengalami nasib yg sama, seram gak dgr tapi tah la tawakal jek la, kalu Allah kata kiamat kiamat la dunia nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by inazurah at 25-5-2008 12:13 AM
mahluk tu mmg wujud bedasarkan dari ayat2 al Quran tapi cerita dari nasa tu tah la, baru2 ni pun aku dpt sms dari member kata nasa dapat maklumat kata salah satu planet yg berdekatan dengan bumi  ...


aku dgr gak,planet marikh kan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 12:20 AM | Show all posts
Mungkin benar mungkin tidak kaum yang ditemui oleh Zulkarnain dalam surah Al-Kahfi. Bila mereka boleh mencairkan tembaga dan besi untuk membina tembok dinding, terkedu jugak aku memikirkan teknologi pada masa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by cloud279 at 25-5-2008 12:02 AM
mesti la betul.......
percayalah pada yang maha esa....


mmg aku percaya pasal makhluk ni   ,tapi aku just nk tu in detail pasal depe...and depe ni ramai or sorg je...banyak bende aku tak tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2008 12:22 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 25-5-2008 12:20 AM
Mungkin benar mungkin tidak kaum yang ditemui oleh Zulkarnain dalam surah Al-Kahfi. Bila mereka boleh mencairkan tembaga dan besi untuk membina tembok dinding, terkedu jugak aku memikirkan teknol ...


teknologi prg zaman dulu2 ni kekadang tak terjangkau pikiran kite..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 12:38 AM | Show all posts
Wallahu'alam bissawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2008 11:38 AM | Show all posts
planet marikh pusnig terbalik?

taklah.. itu imaginasi kita.. macam mana kita duduk dalam kereta yang tak bergerak, tiba2 keta sbelah reverse, kita ingat keta kita bergerak kehadapan... something like that..

pasal yakjud makjud, kewujudan makhluk tuh memang ader, tapi kalau NASA yang bagi report, aku macam tak percaya sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #1 imthegirl's post

ni hoax laaa ....dh lame dah aku baca citer nie .... hoax
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 01:57 PM | Show all posts
cam ni aku kena panggil indiana jones cari
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #11 bluemenx's post



siotlah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 10:53 PM | Show all posts
aku penah bc lagi sekali yang 'mole people' ni cerita tipu je..tah kat ne aku baca aku pon da lupe daa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 11:27 PM | Show all posts
rupanya tak betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by fish_o7 at 25-5-2008 01:08 PM
ni hoax laaa ....dh lame dah aku baca citer nie .... hoax


oic, i tot betul citer ni...just sharing wif others n at the same time nk tau citer sebenar...niway,thanks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2008 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by missayeen at 25-5-2008 10:53 PM
aku penah bc lagi sekali yang 'mole people' ni cerita tipu je..tah kat ne aku baca aku pon da lupe daa..


oic, i tot betul citer ni...just sharing wif others n at the same time nk tau citer sebenar...niway,thanks....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 01:15 PM | Show all posts
hoax je neh...ngarot...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 02:01 PM | Show all posts
yakjud ngan makjud mmg ada...aku rasanya kalangan manusia jugak la yakjud makjud nih dan mmg dah ada pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 02:15 PM | Show all posts
berita yg kononnya dari NASA tui karut, umat islam jangan tertipu dengan cerita begini...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 02:45 PM | Show all posts
nasa mmg kaki temberang...saje nk perdayakan umat islam...babi setan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049943 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list