CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20915|Reply: 107

[INFO]roh bersembang dlm muzium!!

[Copy link]
Post time 15-6-2008 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Roh bersembang dalam muzium - Koleksi nadir Muzium Negara warisan kebanggaan

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD



MUZIUM Negara yang kini menyimpan lebih setengah
juta artifak bersejarah dan dikunjungi hampir 80 juta
pelawat sebenarnya dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 lalu.


MUNGKIN anda pernah menonton filem lucu Nights at the Museum yang memaparkan pelbagai adegan suspen apabila artifak dipamerkan di dalam Muzium Semula Jadi Kebangsaan di New York 'hidup' meriah pada waktu malam.

Biarpun kisah dipaparkan adalah khayalan, namun moral cerita pada akhir filem itu menunjukkan betapa tahap kesedaran dan sambutan masyarakat kepada muzium mereka amat luar biasa.

"Di Barat, muzium wajib dikunjungi. Ramai sanggup menunggu muzium dibuka untuk masuk awal pagi. Tetapi di negara ini, muzium pula yang terpaksa menunggu bila orang hendak masuk," kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail.

Berasal dari Kulim, Kedah, beliau mendedahkan persepsi masyarakat negara maju yang kagum dengan isu berunsur sejarah.
Sambil menganggap institusi permuziuman sebagai sebahagian daripada hidup mereka sendiri, tidak hairanlah muzium di Barat amat terkenal sehingga menjadi aset tarikan utama pelancong datang ke negara mereka.

Bayangkan British Museum di London; Louvre di Paris dan Smithsonian di Washington DC antara muzium terbaik dunia dengan pelbagai koleksi nadir menjadi kebanggaan negara mereka.

"Inilah harapan saya bukan saja kepada Muzium Negara malah semua muzium di seluruh Malaysia hingga saya menjenamakan dengan mencipta tagline Kunjungilah Muzium awal 2008 ini," katanya.


Ibrahim Ismail

Bercakap mengenai muzium kemegahan nasional itu, Ibrahim berkongsi beberapa pengalaman menarik beliau sendiri berkhidmat dalam bidang permuziuman sebagai kurator awal 1970-an lalu.

Pernah bertugas sekitar 1990-an sebagai Pengarah Muzium Perak di Taiping, muzium tertua di Malaysia; beliau menceritakan bagaimana 'meriah' suasana Muzium Negara pada waktu larut malam.

"Usah bimbang, mereka pun bukan mahu ganggu manusia namun 'hantu' ini sebenarnya roh artifak purba yang mungkin ber sembang dengan rakan artifak lain sambil kongsi pengalaman," selorohnya.

Secara berjenaka, Ibrahim menambah, belum pernah ada orang mati di dalam muzium kerana terjumpa 'insan' ghaib itu tetapi sebagai orang Islam, kita wajib mempercayai kewujudan mereka sebagai makhluk Tuhan.

Ini tidak dapat dielakkan kerana lebih setengah juta artifak koleksi dipamerkan di muzium itu datang dari seluruh negara serta berusia jutaan tahun yang tentu memiliki roh unik tersendiri.




"Ada juga sekali-sekala berjalan seorang diri tengah malam, terdengar bunyi berlanggar dinding tetapi bila toleh belakang, tiada apa pula dan saya pun sudah lali perkara sebegini," kata Ibrahim.

Pun begitu sebagai peminat barang bersejarah, beliau mengagumi produk kraf tangan masyarakat Melayu dulu yang disifatkan terlalu halus buatan, penuh simbolik dan ada falsafah tersirat.



dua tempat yg wajib aku pegi bila aku gi holiday..  muzium dan zoo!!    aku dah pergi british museum dan smithsonian kat washington dc... tapi yg aku bercita2 nak pegi  soon... the louvre!!     nak tengok sgt ler  mona lisa!! Last edited by medangmru on 30-10-2013 08:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 12:40 PM | Show all posts
erk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:57 PM | Show all posts
muzium negara, gong kat situ sllu bunyi, [cam cite gong lak ], apa taknya, dahla tmpt suram, jarang org masuk, mcm2 benda lak penah pamer kat situ, pameran hantu la, pameran mumia la

p/s:- aku masa kecik2 pg muzium, aku paling seriau tgk patung2 dkt gong tu...[telan air liur.....]
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 10:34 PM | Show all posts
Kena semai tabiat "KUNJUNGILAH MUZIUM KITA" dari kecil. Kalau dah tua bangka nk suruh melawat muzium memang tak berkesan!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 11:05 PM | Show all posts
ari tu aku g muzium pon,ckp kt laki aku,leh bayangkan x kalo mlm jadi cam nights at the museum....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 11:45 PM | Show all posts
pergi muzium memang best, boleh habiskan masa berjam2 tanpa disedari kat satu tempat jer.. tapi..

di sebabkan muzium tu sunyi, bila tengok artifak lama, selalu ada perasaan pelik menyelubungi diri.. dan selalu rasa di perhatikan, padahal kita sorang kat situ.. yang lain hanyalah patung.. rupanya..

ada kamera.. cait!..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2008 03:10 AM | Show all posts
Originally posted by awek_wolverine at 15-6-2008 11:05 PM
ari tu aku g muzium pon,ckp kt laki aku,leh bayangkan x kalo mlm jadi cam nights at the museum....

kalo jd cmtu, aku pn nk join
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:20 AM | Show all posts
seronok sebenarnya pegi muzium ni... byk info sejarah yg diperolehi.... terutama masa zaman study dulu, buat research utk projek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #7 ida88's post

hahahahahha...xpa..nanti kalo2 aku nk p muzium waktu mlm,aku call ko ek???
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 12:07 PM | Show all posts
aku rasa lain mcm je bila g kt muzium.. byk sgt patung
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 12:35 PM | Show all posts
1st time kite g muzium ms kite kecik dulu
parents yg bwk
ms tu kite umur 5 or 6 tahun
kite ingat lg adik kite takut dgn patung org utan yg besar
xtahu la kalo itu mumia
tp kite xtakut
kite sakat adik kite smpai dia menangis xkuar suara
hehehe
dah lama xg muzium
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:36 AM | Show all posts
Last sekali aku gi Muzium Negara ialah tahun 1989 masa aku darjah 3.

Kalau tak salah aku masa tu,ada pameran yang bertajuk KHAZANAH DARI KUBUR.Artifak yang jadi tumpuan pengunjung masa tu ialah satu mumia dari Mesir,siap dengan kerandanya sekali.Bahan yang lain majoritinya adalah replika saja.

Mungkin ada yang masih ingat tentang pameran ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:56 AM | Show all posts
dah lama jugak tak pi muzium nie...last masa tgk khazanah dari kubur tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 12:32 PM | Show all posts
wah cakap pasal muziium ni kan.. dulu gempau kejap kat sekolah aku tu.. masa zaman tu takder kamera digital hokay... bebudak kelas sebelah pegi ler melawat muzium ni waktu tu pasal mumia.. kat kawasan tu kan ada larangan jangan amik gambau kan... bebudak ni degil.. kalau korang tau kumpulan Juliet the orange tu... ha 2 ekoq minah tu ler and da gang(semer cha ya nun alip).. degil.. diorang nak gak bergambau waktu tu depa pose beramai ramai dekat jenglot waktu tu... sekali bile cuci gambau.. baik punya additinal lembaga belakang diorang.. aku tengok gambau tu.. terkujat gak aku.. . mgg ngeris gak lah... zaman aku dulu.. kamera pakai kodak hokay... ... bukan cam skang ni.. leh edit bagai... aku rasa tu ler last aku gi muzium.. nak pegi lagi.. erk.. cam tak besh.. balik balik tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 03:45 PM | Show all posts
kenapa mcm x der pengalaman msk muzium eh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 04:50 PM | Show all posts
aku pi muzium masa pameran CAWAT BESI, last aku pegi masa konvo tadika anak aku last year
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 15-6-2008 11:42 AM
Roh bersembang dalam muzium - Koleksi nadir Muzium Negara warisan kebanggaan

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan AMREE AHMAD


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0615/Kosmo/Rencana_Utama/r ...


muzium negara dah gi belum??
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:36 PM | Show all posts
seingat aku, kat muzium shah alam , aada mayat pakai kapan terbaring kan. tak tau le ada lagi ke tak skang nih. ni ms zaman aku sekolah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 06:57 PM | Show all posts
seramnyer
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 07:10 PM | Show all posts

Reply #18 premierleague's post

mayat btol ke patung?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047341 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list