View: 12597|Reply: 50
|
Teruk sangat ke Perdana V6?
[Copy link]
|
|
Dah banyak hari dilaporkan
kes MB Tganu yang tak mo guna keter perdana v6 as
kenderaan rasmi negeri bla bla bla
dan perlbagai alasan jugak diberikan
nak tanya;
- sememangnya mcm tu ker, kualiti kereta tu?
- memanjang nak diservis?
- kos servis mahal?
mungkin u ols boleh beri pendapat, sama ada u ols bsetuju ke dgn alasan2 yang MB tganu tu berikan?
tq |
|
|
|
|
|
|
|
MB terus persenda Proton V6
KUALA LUMPUR 23 Julai - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menganggap kereta nasional Perdana V6 Executive hanya sebuah kenderaan yang sesuai digunakan bagi perjalanan ulang-alik ke lapangan terbang sahaja oleh seseorang pemimpin.
Menurutnya, ia sama sekali tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh dan memenatkan seperti yang perlu dihadapi oleh pemimpin seperti dirinya.
''Contohnya, saya berulang-alik dari Kemaman ke Kuala Terengganu kadangkala sampai dua kali sehari, keperluan menggunakan kenderaan yang lebih selesa adalah penting,'' katanya.
Beliau berkata demikian sebelum mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu di Hotel Le Meridian, di sini hari ini. Ahmad ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal yang terletak di daerah Kemaman.
Tambah Ahmad, ramai pemimpin lebih gemar menggunakan kenderaan jenama barat dan ia punca mengapa tiada ahli Parlimen yang membeli kenderaan jenis Proton apabila menerima permit import (AP).
''Saya jenis cakap terus terang, saya bukan hipokrit, saya tidak mahu sorokkan sampah di bawah permaidani,'' katanya.
Beliau menegaskan, kerajaan negeri Terengganu akan terus menggunakan Mercedes sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana tindakan itu sejajar dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II).
Ahmad berkata, jika kerajaan atau Kabinet beranggapan langkah itu tidak tepat, maka pekeliling berkenaan juga perlu ditarik balik dengan segera.
Beliau mempertahankan tindakan menggunakan Mercedes sebagai satu langkah tepat dan bertujuan menyelamatkan wang rakyat serta sudah dibincangkan selama dua tahun sebelum diputuskan.
''Saya yakin saya yang betul, tunggulah dan akan terbukti bahawa saya betul,'' katanya.
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) menetapkan bahawa penggunaan kenderaan rasmi hanya terdiri daripada kenderaan buatan tempatan atau dipasang dalam negara (CKD).
Kerajaan Terengganu mempertahankan bahawa penggunaan Mercedes E200 Kompressor yang dibeli itu memenuhi syarat berkenaan kerana model CKD itu dipasang di Pekan, Pahang.
Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang dibeli pada tahun 2004.
Tindakan itu mengundang rasa kurang senang banyak pihak terutamanya anggota masyarakat yang melihatnya sebagai satu pembaziran semasa kerajaan sendiri menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat.
Pembelian itu dipertahankan Ahmad yang menjadikan kualiti dan kos penyenggaraan Proton sebagai alasan.
Ahmad ketika ditanya apakah akan dibuat dengan kenderaan Mercedes itu jika Kabinet menetapkan bahawa pembeliannya tidak wajar, berkata, ia akan dijual dengan harga murah dan yakin ramai yang mahu membelinya.
Mengenai kos penyenggaraan yang terlalu tinggi dan mungkin ada unsur penyelewengan, beliau meminta pihak media bertanya sendiri dengan pihak Proton atau mekanik sama ada harga yang dinyatakan sebagai tepat atau tidak.
Ahmad menambah, kerajaan negeri telah membelanjakan RM1.175 juta sejak 2004 hingga 2008 untuk 16 buah Perdana V6 Executive.
Beliau kemudian meminta kerajaan Pusat mendedahkan jumlah perbelanjaan untuk urusan pembaikan kenderaan-kenderaan kerajaan.
Jelasnya, Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri akan dijadikan kenderaan kegunaan ramai di beberapa jabatan, manakala yang sudah terlalu teruk akan dijual.
Ahmad turut meminta pihak Proton agar menerima dengan terbuka apa yang dinyatakannya itu dan melakukan tindakan menambah baik.
Beliau berkata, punca Perdana V6 Executive sering rosak adalah kerana panjang kenderaan tersebut ditambah 10 inci, tetapi spesifikasi enjin dan komponen lain dikekalkan sebagaimana yang terdapat pada Perdana versi biasa.
Ahmad juga memberitahu, Perdana V6 Executive membakar lebih banyak minyak untuk setiap kilometer berbanding Mercedes E200 Kompressor.
Beliau yang mempunyai kereta Mercedes yang sudah berusia 18 tahun berkata, kenderaan itu jauh lebih baik.
Ahmad bagaimanapun menafikan dirinya tidak bersemangat nasionalisme apabila menolak kenderaan tempatan sambil memberitahu, dirinya akan menjadi orang pertama 'masuk hutan' memegang senjata jika berlaku perang.'
Beliau juga tidak menolak dirinya hendak 'dijatuhkan' oleh musuh politik melalui isu penggunaan kenderaan Mercedes itu.
''Dalam politik, semua ini biasa tetapi saya tidak takut. Saya tidak rasuah dan menyeleweng,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
'Tak masuk akal'
KUALA LUMPUR 23 Julai - Kos menyenggara kereta Proton Perdana V6 Executive, kenderaan rasmi kerajaan negeri Terengganu yang mencecah lebih RM175,000 sebuah atau 25 kali ganda daripada kos sebenar bagi tempoh selama empat tahun disifatkan tidak masuk akal.
Utusan Malaysia difahamkan, Proton Holdings Bhd. (Proton) telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk membuat penyiasatan dalaman.
Hasil siasatan itu tidak menolak kemungkinan berlaku penyelewengan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mengenakan harga lebih tinggi untuk mengaut untung semasa penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri itu.
Harga yang dikenakan dipercayai 20 hingga 30 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar.
Menurut sumber industri, kos menyenggara kereta Perdana V6 mungkin tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan negeri Terengganu melakukan servis di pusat servis Proton Edar.
Di Terengganu, terdapat sebuah pusat servis Proton Edar dan empat wakil servis.
''Ini kerana, di pusat servis berkenaan, para pengguna tidak akan tertipu kerana harga bagi setiap alat ganti dan kos menyenggara telah diselaraskan di seluruh negara,'' kata beliau.
Sumber itu berkata, kejadian penyelewengan harga bagi alat ganti dan kos penyenggaraan juga tidak akan berlaku.
Menurut sumber itu lagi, berdasarkan jadual penyenggaraan kereta Perdana V6, kos bagi perjalanan berdasarkan kilometer (km) dari 1,000 km hingga 100,000 km yang biasanya mengambil tempoh antara tiga hingga empat tahun ialah RM7,032.54.
Bagi kos membaiki atau menggantikan kotak gear pula adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000, bergantung kepada bentuk kerosakan yang berlaku.
''Sebenarnya, kos menyenggara kereta Perdana V6 tidak semahal yang didakwa oleh kerajaan negeri itu, sebab itu kos yang dinyatakan seolah-olah tidak masuk akal.
''Kos senggara model ini (Perdana V6) tidak pernah menjadi isu di kalangan pengguna lain dan inilah pertama kali dakwaan seperti itu dibuat,'' katanya.
Beliau menambah, sebenarnya setiap pembeli kereta Perdana V6 akan mendapat jaminan untuk kotak gear dalam tempoh dua tahun sekiranya berlaku kerosakan.
Malah, selepas penggantian dibuat pada kotak gear, pengguna masih diberi jaminan selama setengah tahun atau bagi perjalanan sehingga 10,000 kilometer.
Mengulas mengenai isu kerosakan kotak gear yang didakwa kerap berlaku, sumber itu berkata, perkara itu sukar diulas kerana ia banyak bergantung kepada cara pemanduan.
''Sekiranya kereta berkenaan digunakan dengan cara yang betul, mustahil ia mudah rosak dan begitulah sebaliknya,'' katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
dorang overreacted jer lebih |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah hantar service kat dealer ker? kan kete baru tentu ada warranty... |
|
|
|
|
|
|
|
gua dah pakai lama v6 takder major problemnyer sebab gua tukar gearbox ker manual.....cantik apa v enam nie... |
|
|
|
|
|
|
|
lu pikir la sendiri
Even ditukar kpd mercedes pn, kereta tu stil kene servis.even gune kancil pn tetap kereta tu kene servis.lgi tinggi nilai kereta 2,lgi la tinggi kos servis. die boleh ckp ape jerk psl kos servis tu, tpi in my personal opinion, die da lupe yg sekarang ni da ramai yg da bleh pikir bijak pandai through die pnye reason yg konon2 kukuh tu. even there are a lot of youngster yg da graduate dlm automotive bleh counter the problem find the solution.x penah ke die pikir the other way nk counter the problem instead of changing new cars?ohw lps ni after mercedes rosak plaks,tukar kepada porche laks?and another one thing...if he rily wanted to change the car,kenape x try dgn jumlah yg kecik dlu as genuine pig?kenape trus beli 14unit?Sepatutnye if he rily think about the perfomance , he should propose and loud some idea to proton in the way how to solve the problem.Instead he has the power in hands berbanding rakyat yg die pndang sbgai semut ni.Aku salute korea sbgai contoh,kite tau kereta die performance mmg x dpt tnding honda,tpi start from their leader smpailah ke teksi pn gne product diorg.diorg support!..If diorg x dpt yakinkn rakyat diorg dgn product diorg,apatah lgi negara lain.
'Dalam politik, semua ini biasa tetapi saya tidak takut. Saya tidak rasuah dan menyeleweng,'' katanya.
korang sendiri bleh nilaikn sendiri from his above statement.Bgi aku,even die x rasuah dan menyeleweng etc..., die da menunjukkn ketidakbijaksanaan dlm membuat decision to find the solution.
Kalau pentadbir negara sendiri x yakin dgn produk negara sendiri, mcmane nk yakinkn rakyat gune product negara?What do u aspect 'man' ?!
p/s:aku x gne v6..aku hnye mmpu kelisa |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik keter toyota aku main maintenance murah jerr.. kalau x, mau aku pong nak tukar ke mers e200 compressor 280hp |
|
|
|
|
|
|
|
kalo gune mers tu kurang la skit nk servs.. |
|
|
|
|
|
|
|
aa lepas ni mau sumer yg pakai v6 tukar jadi merc lak pasni |
|
|
|
|
|
|
|
kelisa pon letih jalan jauh,,,, aku dah banyak kali jalan jauh guna kelisa...
tp minyak ok.. servis 100 ringgit je... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun dah letih dengan gen2 aku... |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu aku jadi penguasa kastam ehheheh..lepas tu confirm BPR cari aku |
|
|
|
|
|
|
|
kos penyelengaraan E200 kompressor sememangnya lebih murah berbanding V6. Point yg ni mmg mat said betul. Tapi bab selesa tu aku rasa boleh dipertikaikan, sebab dia bukannya memandu tapi duduk kat belakang sambil korek idung takkan itu pun meletihkan
Berdasarkan pengalaman aku pakai E200 Kompressor selama 5 tahun, mmg tak pernah berlaku major breakdown (kecuali tear and wear aje such as bateri (last for 4 years), aircond (no maintanance needed for 4 years) , bulb (yg ni kerap sgt), etc). Kos setiap kali servis dalam lingkungan RM370 (kecuali kalu hantar kat C&C le dimana minor service pun dia caj RM950). Service interval pun agak panjang iaitu setiap 15k km berbanding V6 setiap 10k km. Model merc terbaru umpamanya ew c class hanya perlu diservis setahun sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 zzcbr's post
Ada kemungkinan si mat said nih membaca majalah hentai kat seat belakang tuh....sbb tuh dia cakap dia cepat letih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|