View: 5874|Reply: 44
|
Bida kenderaan kastam secara online
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA 29 Julai - Orang ramai kini boleh membida pelbagai kenderaan yang dilucut hak oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) secara dalam talian melalui sistem e-VT yang diperkenalkan hari ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Rahman Hamid berkata, sistem berkenaan mampu menghalang pengguna daripada tertipu oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan dengan menjual borang tender atau menyamar ejen KDRM.
''Borang pembidaan boleh dimuat turun secara percuma di laman web http://customskl.gov.my untuk diisi dan dicetak oleh pihak yang berminat.
''Borang berkenaan kemudiannya perlu dihantar bersama deposit bidaan iaitu 10 peratus daripada harga bidaan atau RM10,000, yang mana lebih rendah ke pejabat KDRM yang berdekatan,'' katanya.
Abdul Rahman berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat Pengarah Kastam Se-Malaysia Kali ke-59 di Kompleks KDRM Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya di sini hari ini.
Jelasnya, bidaan yang dihantar akan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk diproses dan pemohon boleh memeriksa status bidaannya secara dalam talian.
''Jika tidak berjaya pemohon boleh mendapatkan balik wang deposit,'' kata beliau.
Tambah Abdul Rahman, melalui bidaan secara dalam talian, pihak yang berminat tidak perlu datang sendiri ke pejabat KDRM untuk meninjau kenderaan yang ingin dibida.
''Orang ramai bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat dan butiran mengenai kenderaan tetapi melihat gambar kenderaan yang dibida dari setiap sudut termasuklah bahagian dalam dan enjin kenderaan berkenaan.
''Bagaimanapun, bidaan berkenaan hanya terbuka kepada orang awam dan bukannya untuk warga KDRM,'' jelas beliau.
Kata Abdul Rahman, setiap pemohon layak membida sehingga dua buah kenderaan.
Sebagai permulaan, tambah beliau, Tender Bersepadu Bilangan 1/2008 yang dibuka sekarang menawarkan lebih 150 unit kenderaan termasuk Porsche, Jaguar, lori dan motosikal. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah pasang kaki siap2 ke?............. leh caya ke ni...? |
|
|
|
|
|
|
|
entahla..tipu jer semua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut menang nanti keta dah barai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Sagun36's post
tuler pasal..x berbaloi jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..kalau aku masuk kastam nanti aku bagi info kete lelong hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by venom1 at 30-7-2008 09:18 AM
hehehe..kalau aku masuk kastam nanti aku bagi info kete lelong hehehe
lmbt lg ker weh?.....masuk ler cpt2.... |
|
|
|
|
|
|
|
tengah tunggu surat panggilan dari kastam..surat dari SPA dah dapat... |
|
|
|
|
|
|
|
ko kwn mcmna dgn venom toss.....?
wa kwn rapat......
|
|
|
|
|
|
|
|
mana link? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 tossee's post
buat masa ni aku lom buat keputusan nak seludup apa lagikk toss..
tapi kena la berkawan dari skrg...
kot2 diperlukan dimasa hadapan... |
|
|
|
|
|
|
|
''Orang ramai bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat dan butiran mengenai kenderaan tetapi melihat gambar kenderaan yang dibida dari setiap sudut termasuklah bahagian dalam dan enjin kenderaan berkenaan.
Tak jumpa pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 tossee's post
alang2 aku seludup diesel, baik aku trussss seludup petroll..
lagi manyak masyukkkk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|