|
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sebanyak 12 kematian dilaporkan pada hari ke-11 Ops Sikap ke-17 semalam, menjadikan jumlah mereka yang maut meningkat kepada 155 orang.
Sebanyak enam kematian melibatkan pengguna kereta diikuti tiga penunggang dan pembonceng motosikal, pejalan kaki (dua) manakala kenderaan- kenderaan lain satu kematian.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, jalan Persekutuan mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 395 kes, diikuti jalan bandaran (337), jalan negeri (186), lebuh raya (105) dan jalan-jalan lain (48) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,071.
"Empat kemalangan maut berlaku di jalan Persekutuan, tiga kes di lebuh raya, dua di jalan negeri manakala masing- masing satu kes di jalan bandaran dan negeri.
"olis trafik mengeluarkan sejumlah 7,260 saman, iaitu 5,159 saman Pol 170 A dan selebihnya saman Pol 257," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ops Sikap ke-17 dijadualkan berakhir pada 8 Oktober ini.
nota: Jumlah yang sudah meninggal sejak Ops sikap dilancarkan selama 11 hari adalah 155 orang purata yg meninggal setiap hari adalah 14 orang.. ...cam mati berperang lak... |
|
|
|
|
|
|
|
kemalangan kat kuala krai gua musang yang meragut 2 nyawa tu terjadi selepas 20 minit aku lalu tempat kejadian...mungkin aku berselisih dengan van yang dilanggar kereta tu..takziah..
masa aku rest kat RNR Gua Musang ada kete bomba lalu dengan pajero bomba..mungkin on the way ke tempat kejadian...masa ketika tu 11.15pm.. |
|
|
|
|
|
|
|
den pakar elak jem..pakar jalan kg..lalalala |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 t@t's post
hahaha....kat area kuala krai mlm aku balik tuh...ada polis bermotorsikal membonceng....berpakaian preman jek....bile dia org nampak ada kete duk memotong sesedap rase time jem tuh...dia org cepat2 pakai vest polis & tahan kete tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 orangdalam's post
OD...pakai GPS ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tossee's post
sumer geng porum balik pantai timor selamat keer??
ko tak jumpa mapiau kee? mana diaa? |
|
|
|
|
|
|
|
GUA MUSANG 5 Okt. - Dua terbunuh manakala tujuh cedera termasuk empat parah dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 79.1 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, penumpang kereta Proton Wira, Noraini Mat, 21, dan pemandu van, Abdullah Zakaria, 38, mati di tempat kejadian.
Mangsa yang cedera parah ialah tunang Noraini, seorang anggota tentera Khairul Said, 22, yang memandu kereta bersama tiga lagi adiknya, Mohd. Firdaus, 19; Mohd. Haikal, 12, dan Nurulshahida, sembilan tahun.
Khairul dan Mohd. Firdaus dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk menerima rawatan lanjut selepas disahkan mengalami patah tulang belakang dan dua adiknya dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).
Ibu kepada Khairul, Siti Zakiah Majid, 43, serta pasangan suami isteri yang menaiki kereta Proton Iswara, Zaferi Hussin, 41 dan Jamiliah Jalil, 48, hanya cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di HGM.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Supritendan Aziz Hasan berkata, kejadian berlaku ketika kereta yang dipandu Khairul dalam perjalanan ke Jertih, Terengganu, cuba memotong sebuah kenderaan lain.
Namun tindakan itu jelasnya, menyebabkan Khairul yang baru menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Kuala Betis, di sini, masuk ke laluan sebelah dan bertembung dengan van yang dipandu oleh Abdullah, seorang tukang masak di sebuah hotel di sini.
"ada masa sama, kereta Proton Iswara yang dipandu Zaferi yang mengekori kereta Khairul turut melanggar kenderaan itu kerana tidak sempat mengelak.
"Kemalangan berlaku ketika jalan raya sesak dengan kenderaan apabila ramai dalam perjalanan untuk ke Kuala Lumpur selepas pulang berhari raya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Aziz menambah, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
aku tengok kete wira aeroback yg accident tuh mmg dah tak nampak rupa kete dah...dgr citer org yg ada kat tpt kejadian...kete nih duk syok memotong jem belah kanan..tetiba dtg van drpd arah bertentangan....pastuh...KABOOOOMMMMM~!!!!....disbbkan kerakusan dreba kete tuh....2 org yg tak bersalah menjadik mangsa... |
|
|
|
|
|
|
|
aku keluar dari kok lanas (ketereh) dah nampak jem..aku ingat sampai Machang je...rupa-rupanya sampai kuala krai..4 jam beb..toss kau perasan tak eksiden estima dengan 2 waja tu...masa berlaku tu betul-betul tepi kete aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 tossee's post
renungkan laa gak avatar ko tuu??..
pebondoo tu tosss???... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tossee at 6-10-2008 10:27 AM
OD...pakai GPS ke??
tak..pakai TOK
sistem ni paling berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangdalam at 6-10-2008 10:36 AM
tak..pakai TOK
sistem ni paling berkesan
TOK??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 tossee\ catat
OD orang sungai petani la |
|
|
|
|
|
|
| |
|