CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3636|Reply: 10

keta import pakai lampu xenon kena rujuk JPJ, PRONTO!!!

[Copy link]
Post time 12-11-2008 11:52 AM | Show all posts |Read mode
12 November, 2008   
Pemilik Kereta Import Berlampu Xenon Diminta Rujuk JPJ Segera



KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta pemilik kereta import merujuk pihaknya sekiranya ada keraguan mengenai sama ada lampu hadapan jenis High-Intensity Discharge (HID) atau xenon pada kenderaan mereka mengikut piawaian.

Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan berkata pemilik kereta import yang terbabit boleh membawa kenderaan mereka di JPJ negeri masing-masing untuk diperiksa oleh jurutera-jurutera yang dilantik di Bahagian Kejuruteraan Automatif JPJ.

Beliau berkata mereka juga boleh memeriksa senarai kereta-kereta model import yang dipasang dengan lampu xenon yang dibenarkan dengan melawat laman web www.jpj.gov.my.

"Mulai 1 Disember ini, semua kenderaan tidak dibenarkan dipasang dengan lampu xenon secara retrofit kecuali jika ada penukaran keseluruhan sistem lampu, tetapi harus mendapat akreditasi daripada pihak berkuasa seperti SIRIM.

"JPJ ingin menjelaskan bahawa lampu xenon bukan tidak dibenarkan tetapi ia mesti mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak diubah suai sehingga memancar cahaya yang keterlaluan," katanya kepada pemberita semasa menyertai operasi khas lampu xenon di Tol Awan Besar Lebuh Raya Kesas di sini malam ini.

Salim berkata pemasangan lampu xenon yang tidak mengikut piawaian adalah berbahaya kerana pendawaian yang tidak sempurna akan menyebabkan kereta terbabit terbakar.

Sementara itu, dalam operasi yang bermula pukul 8.30 malam ini, 28 kenderaan dikenal pasti menggunakan lampu xenon yang tidak mengikut piawaian.

Salim berkata kesemua kenderaan itu hanya diberi notis amaran untuk menukarnya sebelum hujung bulan November kerana penguatkuasaan penuh hanya bermula 1 Disember ini.

"Kompaun RM300 akan dikenakan jika tidak menukar lampu xenon yang tidak dibenarkan. Sekiranya gagal membayarnya, pesalah bakal berdepan denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan mengikut Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

-- BERNAMA



pet peeve aku mmg lampu xenon from hell ni ler...... silau habis .. bagus sgt kalu ada undang2 haremkan ajer lampu xenon nih...  tu pun punca eksiden gak wokeyyyyy     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2008 07:44 PM | Show all posts
Tukar HID sebelum 1 Disember






DILARANG...Salim (kiri) dan dua kakitangannya menunjukkan
contoh lampu HID dalam operasi, malam tadi.



KUALA LUMPUR: Pengguna kenderaan dinasihatkan mematuhi syarat pemasangan lampu halogen gas yang dibenarkan dan tidak menggunakan lampu yang berintensiti tinggi (HID) sehingga menyilaukan pemandu kenderaan lain terutama pada waktu malam.

Demikian tegas Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan berhubung penggunaan lampu HID berikutan kesan buruk yang bakal menunggu bukan sahaja pemilik kenderaan terbabit, malah pengguna jalan raya lain.

“Kami (JPJ) memberi tempoh sehingga 1 Disember ini kepada pengguna bagi menukarkan lampu yang diubah suai daripada gas halogen biasa kepada lampu HID.

“Buat masa ini, kami hanya akan mengeluarkan notis kepada mana-mana pemandu yang degil dan sekiranya masih tidak bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Ditemui sewaktu mengetuai operasi khas penggunaan lampu HID di Plaza Tol Awan Besar, dekat sini, malam tadi, Salim menegaskan pemandu yang masih berdegil boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan mengikut Seksyen 119 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kami difahamkan sehingga September tahun ini, sejumlah 458 kes pemasangan lampu HID tanpa kelulusan JPJ dikesan.

“ Penguatkuasaan terhadap kenderaan menggunakan lampu HID dipasang secara aksesori (retrofit) boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:20 AM | Show all posts
wait & see...aku memang anti dengan kete tempatan yang pasang halogen ni..tak sedar agaknya tindakan dia tu menyusahkan orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:44 AM | Show all posts
kete je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:27 AM | Show all posts

Balas #4 nik2121\ catat

Naper nik????ni sure nak kata muto berkecuali atau idak ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:33 AM | Show all posts

Reply #5 medangmru's post

yep...
kalau moto x tmasuk dlm larangan
leh la lepas ni aku tukar LID
saje nak wat sakit ati jiran aku

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2008 05:01 PM | Show all posts
basikal nyer lampu ade yg jenis HID x??
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 05:47 PM | Show all posts
AKu mmg anti betul dengan HID nih... tak pikir langsung org lain... NAk nak kalau dia dok kat belakang, suluh direct kat kite tgh drive... Off center kan cermin pandang belakang pun still silau lagi sebab cermin sisi still balikkan cahaya kat kita... Hamlau....

Saman je cik! Jangan tak saman....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2008 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 13-11-2008 09:44 AM
kete je ke?



pesal... ko nak pasang HID kat moto ko ke niki??
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 08:19 AM | Show all posts
56 kenderaan guna lampu xenon disamanKUALA LUMPUR 20 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2008 01:06 PM | Show all posts
aku pakai gak hid kat keta aku ni.. tp buh kat foglamp la.. headlamp lampu besa je..

pakai time hujan bebetoi lebat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.062495 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list