View: 5585|Reply: 50
|
Proton Savvy antara 10 kereta terkemuka di Thailand
[Copy link]
|
|
14/01/2009 6:51pm
BANGKOK 14 Jan. — Kereta buatan Malaysia, Proton Savvy, terpilih sebagai antara 10 kereta terkemuka di Thailand pada 2008 oleh penulis kereta akhbar Nation.
Kereta Savvy, yang berharga 469,000 baht (100 baht RM9.38) itu, dipilih bersama dengan beberapa kereta mahal dan paling hebat dalam pasaran Thailand, antaranya, Jaguar XF, BMW 320D, Volvo S80 3.2, Mini Copper S Clubman, Honda City, Honda Jazz, Ford Focus 2.0 TDCI, Mitsubishi Pajero Sport dan Subaru Impreza STI.
Menurut harian itu, ramai tidak menganggap Proton sebagai jenama arus perdana di Thailand, tetapi dengan Savvy, penulis-penulis itu begitu kagum.
“Harga murah, pecutannya yang bagus dan pengendaliannya yang seolah-olah seperti go-kart (dengan teknologi Lotus) membuat kita jatuh hati dengan keluaran comel Malaysia ini,” kata akhbar berkenaan tentang kereta yang diedarkan oleh Phranakorn Auto Sales itu.
Senarai yang disediakan setiap tahun itu meliputi pelbagai kriteria, dari nilai bagi wang hinggalah kepada daya pemanduan, prestasi, penjimatan bahan api serta gaya dan wajah yang menarik.
Pengurus besar (operasi) Phranakorn, Apichart Wangsatorntanakhun, berkata kualiti kereta itu merupakan faktor utama ia terpilih, dan pemilihan itu adalah petanda baik bagi jenama Proton dalam pasaran dan pelancaran model-model lain pada masa akan datang di Thailand.
“Ia adalah nilai terbaik bagi wang dalam pasaran, dengan prestasi yang baik seperti pengendalian serta menjimatkan.
“Kita boleh beli kereta murah tetapi jika prestasinya tidak baik, kita tidak boleh bertahan dalam pasaran,” katanya ketika mengulas penyenaraian Savvy sebagai 10 kereta terkemuka itu.
Semasa Proton tampil kali pertama pada akhir 2007 dalam pasaran Thailand yang dikuasai pengeluar kereta terkemuka dunia seperti Toyota dan Honda sejak berpuluh tahun lamanya, Savvy merupakan kereta paling murah dengan harga 399,000 baht hingga 460,000 baht.
Kereta GEN 2 dan Satria dilancarkan pada masa yang sama manakala Persona CNG memasuki pasaran Disember lepas.
Apichart berkata, dalam tahun pertama beroperasi, Proton menjual lebih daripada 3,000 kereta dan Savvy menyumbang 54 peratus daripada keseluruhan jualan.
“Semasa Ekspo Motor Antarabangsa Thailand ke-25 baru-baru ini, Proton menerima 863 tempahan, dan model Persona yang siap dipasang dengan sistem gas asli mampat (CNG), merupakan model terlaris,” katanya.
Menurutnya Phranakorn merancang untuk membuka 35 hingga 40 pusat wakil jualan, lengkap dengan perkhidmatan selepas jualan, di seluruh negara ini menjelang suku kedua 2009.
— BERNAMA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm |
|
|
|
|
|
|
|
wow hebat btol proton kat thailand.....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lepasni silap2 owner savvy kena gi siam kalau nak beli bodykit....siam kan terer buat benda2 camni.....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bangga ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
org Thai tak heran dgn keta2 2nd jepun cam vios pelbagai tu... kat mesia je ah beng2 mudah kagum dgn keta jepun buatan ASEAN tu![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sawadikhaapppp.................
![](http://www.thaiprotonclub.com/proton2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
yang atas tuh taiwan punya club .........![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
meme proton syebi ni bawak sedap, minyak jimat. |
|
|
|
|
|
|
|
sekali Shemale dah......hambekkk korang....![](static/image/smiley/default/titter.gif)
![](http://www.thaiprotonclub.com/proton2.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 rambutan's post
wakkaka...tgk area gak la....mcm tmpt kita gak...ada kaw perindustrian,kaw pertanian....
shemale...wakakaaka...ada kisah ni weh....teringat dulu nyaris2 kitaorg tackle "awek" shemale kat pulau james bond.....nyaris2 tipah tertifoooooo........
seb baik x der bgunan tinggi kt situ..klau tak mao kitaorg terjun....![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
eksiden ngan hilux
![](http://www.thaiprotonclub.com/pic/p_081217025609.jpg) |
|
|
|
|
|
|
| |
|