Belai jiwa dengan kucing
Oleh Rozdan Mazalan
Binatang peliharaan ini juga perlukan kasih, sayang penjaganya
SETIAP manusia dibekalkan dengan akal untuk berfikir secara waras. Kelebihan ini hanya diberikan kepada makhluk ciptaan tuhan yang sempurna iaitu manusia. Namun, akal dan fikiranlah yang membezakan manusia dengan makhluk lain ciptaan Allah.
Menerusi akal, kita dapat merasai sifat kasih dan sayang yang bukan saja untuk sesama manusia, malah untuk binatang peliharaan dijaga.
Umum mengetahui binatang peliharaan turut mempunyai sifat kasih dan sayang yang turut merasai dihargai sekiranya diri mereka disayangi.
Kucing adalah salah satu bintang kesayangan Rasulullah, justeru sifat mulia yang dimilikiNya harus diteladani setiap insan di dunia ini.
Hobi memiliki binatang kesayangan seperti kucing tidak semestinya memerlukan modal besar untuk memilikinya, cuma sedikit penjagaan ditambah dengan sifat kasih dan sayang.
Camelia dengan kucing bernama Kitty.
|
Seperti penyanyi jelita Dayang Nur Camelia Abang Khalid, 34, atau Camelia berkata, perasaan sayang akan tersentuh sebaik dia memeluk kucing.
揝ebenarnya saya suka memeluk kucing kerana bulunya yang gebu membuatkan perasaan sayang itu wujud, lebih lagi kucing ini binatang yang manja dan suka dibelai.
揘amun, sehingga kini saya belum memiliki kucing sendiri kerana bimbang tidak dapat memberi perhatian kepadanya. Tetapi jika rumah keluarga saya di Kuching, Sarawak ada enam kucing peliharaan adik saya.
揝esekali balik kampung saya tidak akan lepaskan peluang bermain dengan kucing yang menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga kami, |