View: 50815|Reply: 912
|
Pondok Puaqe pu3fiona 2....layanzz
[Copy link]
|
|
[i=s] Post Last Edit by pu3_fiona at 13-2-2010 11:58 [/i]
rujukan rumah pertama pu3
http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=427761&highlight=pu3\_fiona
rumah kedua banyak pu3 selit2 kan cerita yg pu3 dapt dari internet...
kalau yg dah baca..maaflah...sila lihat di page yg belakang2 bnyak merupakan
pengalaman misteri family pu3.
..harap memuaskan........
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk : Hantu Penanggal
Makcik Semah sepertimana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siapuntuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agakhendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekaliterdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telahmati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.
Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumahberjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersamadua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang
gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalautersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumahsampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. MakcikSemah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menantirakan-rakan yang lain tiba.
Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah,kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah merekalambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tibaMakcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipanmempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginyakira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enantirakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah
perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, duabiji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntaimemanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perutlembaga tersebut tanpa tubuh.
Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yangdaya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilangdari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannyatiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya.Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal iaialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada sianghari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliauakan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencaridarah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin.Kalau ketika itu tiada orang
bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.
Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah takberani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding dirumah beliau pun telah dibetulkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-9-2009 14:10
Tajuk : kaki mencari jasad - sumber majalah seri dewi 2002
Sudah 15 hari Hashim dikebumikan selepas maut dalam satu kemalangan disimpang 3. Namun kesedihan Zaoyah masih belum reda. Kematian suamitersayang membuatkan Zaoyah bagaikan helang kepatahan sayap. Tempatbergantung juga sudah tiada, tempat bermanja jauh sekali.
Zaoyah masih ingat ketika pagi kejadian, dia masih di dapur apabilaHashim memberitahu dia terpaksa ke tempat kerja lebih awal pagi ini.Zaoyah hanya sempat membancuh milo, tetapi sarapan masih terjerang diatas dapur.
"Tunggu sambal tumis masak sekejap bang," ujar Zaoyah sambil menghidangkan nasi lemak yang masih berasap.
"Tak apalah Yah, tengahari nanti abang balik, abang makanlah nasi lemaktu," ujar Hashim. Dia kelihatan begitu tergesa-gesa. Topi keledardicapainya dan terus disarung ke kepala. Stokin dan kasut dipakaisecepat kilat dan Hashim terus menuju ke tempat letak motorsikalnya.
Sebaik sahaja Hashim pergi, Zaoyah menutup semula makanan di atas meja.Rengekan Azril, anak bongsunya segera menarik perhatiannya. Zaoyahmematikan api dapur dan terus ke bilik. Azril sudahpun bangun tetapitangisannya sangat luar biasa dari hari-hari sebelumnya.
Zaoyah hairan. Dia merasa seluruh tubuh Azril. Tidak pula panas kalaunak dikatakan demam. Zaoyah memujuk Azril sambil menggantikan lampin.Kemudian mendukung anaknya ke dapur. Zaoyah menyuapkan telur rebus kemulut Azril tetapi anak kecil itu menolak. Zaoyah hairan. Anaknya tidakpernah begitu sebelum ini. Jam sebelas pagi baharulah Azril berhentimenangis. Selepas menyusu Zaoyah menidurkan Azril di dalam biliknya.
Sedang Zaoyah memanaskan lauk di dapur, tiba-tiba perasaannya menjaditidak enak. Apabila terpandang nasi lemak Hashim di meja, perasaannyamenjadi semakin tidak menentu. Deringan telefon membuatkan Zaoyahtersentak. Dia segera menjawab panggilan di ruang tamu.
"Ya Allah...abang..," tiba-tiba Zaoyah menjerit sebaik sahaja mendengarberita yang disampaikan. Hashim terbunuh dalam kemalangan ketika dalamperjalanan ke tempat kerja. Pandangan Zaoyah kelam, dia rebah tanpameletakkan gagang telefon di tempatnya. Mujurlah jeritannya di dengarPak Busu yang sedang mengayuh basikal melintasi halaman rumah Zaoyah.Pak Busu segera memanggil jiran-jiran wanita untuk membantu Zaoyah.Zaoyah hanya tersedar apabila jenazah Hashim sampai selepas Zuhur dirumahnya.
"Yah, kalau nak tengok muka Hashim buat kali terakhir, tengoklah. Tokdah buka kapan di mukanya," ujar Tok Imam. Zaoyah merenung mayat Hashimyang sudah dimandi dan dikapankan oleh pihak hospital. Bagai tidakterdaya Zaoyah hendak menatap wajah suami tercinta. Terkilan hatinyakerana Hashim tidak sempat menjamah nasi lemak kegemarannya pagi tadi.
Walaupun sudah 2 minggu berlalu, Zaoyah masih menangisi kematianHashim. Adik-beradik dan sanak saudara sudah pulang ke rumah masingseorang demi seorang. Seperti malam-malam yang lalu, Zaoyah gagalmelelapkan matanya. Kenangan dan ingatannya hanya kepada Hashim. Setiapkali rindunya memuncak dia akan membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas,lalu dihadiahkan kepada allahyarham. Hanya itulah ubat yang mampumenenangkan jiwanya. Kalau dia tidur pun, hanya tidur-tidur ayam.Sering dia terjaga di tengah malam dan pasti tidak mampu terlena lagihingga ke pagi.
Malam itu Zaoyah gagal melelapkan matanya lagi. Walaupun kokok ayamyang pertama sudah kedengaran, matanya tidak mengantuk sedikitpun.Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tapak kaki menapak di lantairumahnya. Zaoyah terkejut. Tak mungkin anak sulungnya Shahril banguntengah-tengah malam. Shahril tak pernah bangun tengah malam sebelumini. Zaoyah dapat mendengar bunyi tapak kaki yang mundar mandir ke huluke hilir. Tetapi kedengarannya seperti bukan berjalan, tetapi melompatsetapak-setapak.
"Kucing agaknya," bisik hati Zaoyah. Dia membiarkan bunyi tapak kakiitu menghilang. Ketika azan Subuh berkumandang. Zaoyah segera bangundan menunaikan solat Subuh. Ketika remang Subuh mendatang, Zaoyahsegera menjerang air dan mengejutkan Shahril untuk ke sekolah. Zaoyahsegera mengenepikan perasaan sedihnya jauh-jauh apabila berdepan dengananak-anak.
"Sekolah pandai-pandai Ril, abah kau dah tak ada. Kaulah ganti abah nakjaga mak bila tua nanti, nak tolong mak besarkan adik," pesan Zaoyahkepada Shahril yang sedang menikmati minum paginya. Shahril segeramengambil beg sekolahnya dan keluar memakai kasut. Belumpun Shahrilduduk, dia terpandang bekas tapak kaki di atas papan tangga menuju kerumah. Kemudian di atas lantai menghala ke dapur dan ke bilik Zaoyah.
"Mak! tapak kaki siapa ni mak?" jerit Shahril. Zaoyah bergegasmendapatkan anaknya. Dia juga hairan melihat bekas tapak kaki berlumpurdi atas lantai. Zaoyah segera teringat apa yang didengarnya malam tadi.Mungkinkah ada orang naik ke rumahnya malam tadi. Tapi siapa?
Perasaan Zaoyah jadi tidak menentu. Ini mesti ada orang yang berniattidak baik terhadapnya. Baru tiga minggu dia menjanda,sudah adakahlelaki yang menaruh hati kepadanya?
Zaoyah segera membersihkan kesan tapak kaki di atas lantai tersebut.Sambil hatinya berdoa, janganlah ada apa-apa musibah yang menimpa diadengan anak-anak. Malam itu Zaoyah memastikan semua pintu dan tingkaprumahnya berkunci dan bermangga. Kalau ada orang yang nak buat jahatpun, mereka tentu akan mengambil masa untuk membuka pintu dan tingkaprumahnya.
Tetapi malam itu sekali lagi Zaoyah dikejutkan oleh bunyi yang sama.Zaoyah sengaja mengajak Shahril tidur bersama di biliknya. Shahril danAzril tidur di atas katil sedang Zaoyah tidur di atas tilam yangterhampar di atas lantai. Zaoyah bingkas bangun sebaik sahaja mendengarbunyi tapak kaki tersebut. Dia mengintai dari pintu biliknya, siapaagaknya yang berani naik ke rumahnya. Tetapi alangkah terkejutnyaZaoyah apabila melihat sekerat kaki dari betis ke bawah sedang menapakdi atas lantai rumahnya. Zaoyah mengamati kaki tersebut. Dia terkakumelihat kaki tersebut terlompat-lompat mundar mandir di ruang tamurumah. Tiba-tiba Zaoyah teringat sesuatu.
"Ya Allah, abang Hashim..." bisik Zaoyah apabila mengenali kaki ituadalah milik suaminya. Serentak dengan itu kaki tersebut hilang daripandangan. Zaoyah bagai bari tersedar dari mimpi. Serentak itu jugatubuh Zaoyah disimbahi peluh dingin dan sejuk. Zaoyah tidak beranihendak keluar dari biliknya. Malah keesokan paginya, dia menunggusekeliling cerah lebih dahulu baharu dia mengejutkan Shahril. Shahriltidak diberitahu apa yang berlaku. Malah ketika Shahril mengadu tentangtapak kaki tersebut, Zaoyah cuma meminta Shahril supaya tidakmempedulikannya.
Petang itu Tok Imam datang ke rumah Zaoyah. Dia hendak melihat sendiribekas tapak kaki yang dikatakan oleh Zaoyah. Zaoyah ke rumah Pak Imamuntuk meminta pandangan mengenai tapak kaki dan kaki Hashim yangdilihatnya.
"Memang saya nampak kaki dia Tok," ujar Zaoyah sedih. "Apa alamatnya tu Tok?" soalnya lagi. Tok Imam memikir-mikir sebentar.
"Ada yang tak kena ni Yah", ujar Tok Imam. Zaoyah tidak faham apa yangdikatakan oleh Tok Imam. Keesokan harinya, Tok Imam mengajak beberapaorang kampung ke tempat Hashim di tempat kemalangan. Tok Imam sendirimencari di kawasan kemalangan sambil diperhatikan oleh orang-orangkampung yang lain.
"Subhanallah," tiba-tiba Tok Imam bersuara lantang. Orang-orang kampungsegera menghampiri Tok Imam. Mereka terkejut apabila melihat sebelahkaki Hashim terlindung di sebalik daun-daun keladi di dalam selut.
"Kau ambik benda ni, bawa ke masjid. Kaki ni kita kena mandikan dankapankan. Lepas tu kita kena kebumikan," ujar Tok Imam. Zaoyah terkejutapabila diberitahu penemuan kaki Hashim di dalam semak di tempatkemalangan.
"Mungkin yang datang tu roh dia, minta disempurnakan. Itu sahaja yangTok boleh katakan. Wallahualam," ujar Tok Imam ketika Zaoyah bertanyamengapa dia melihat kaki Hashim berjalan di dalam rumah.
Selepas kaki Hashim dikebumikan, Zaoyah tidak mendengar lagi bunyi orang berjalan di dalam rumahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm penah bac aciter ni,tapi tak tahu kat majalah mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-9-2009 14:11
Tajuk : arwah ibu lawat mayat anak - sumber tenet lagi hehhe..
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayatorang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerimapanggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untukmenguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luarbilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilikberkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnyaputih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukarmenjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namunapabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Sayaterus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidakberhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detikberlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketikaitu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapihitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduktermenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagaipertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demipersoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalanmenuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita iniyang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lamadia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnyatidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaandengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa jugawanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan bukakain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlahbetul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanitaitu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kainpenutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanitaitu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepadasaya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukarjadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknyamenangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih engganmenjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak ciktidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulahwanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jikadikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akanbangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anakyang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan diauntuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun diaakan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcikini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanitatersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidaksembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulahyang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangaianaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan denganpantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya punmemandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu baliksecepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam diMasjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tigahari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungiwaris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan olehHospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yangagak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, sayaberkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospitalseorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dankeluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebihdekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentukbadannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yangustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dahmeninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendakdikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walausiapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yangsebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaanbertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu,tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawajika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengansengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhiratbersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
-sekian- |
|
|
|
|
|
|
|
mcm penah bac aciter ni,tapi tak tahu kat majalah mana...
purpleungu Post at 2009-9-15 11:56
citer mna purple??
saja tempek kot2 citer tu pernah berlaku..boleh share bersama......rumah kedua ni..pu3 nk cari cite seram n kongsi bersama disebalik kejadian tersembunyi..hokkey x???? |
|
|
|
|
|
|
|
salam kak pu3.. menjejakkan kaki di umah no. 2.. |
|
|
|
|
|
|
|
umah seram pu3 ... ehehehe.. masuk2 dah jumpa citer seram... |
|
|
|
|
|
|
|
citer di atas mybe pernah kedengaran tapi..pu3 nk tau sampai mna kebenaran kisah2 tersebut...sila share yerkk... - tq |
|
|
|
|
|
|
|
salammm n salam k.honey..semua |
|
|
|
|
|
|
|
maksud saya citer yg pertama...
wooo insafnya bila baca citer yg taknak bangun sembahyang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-9-2009 14:16
Tajuk : Badi perigi lama - sumber tenet
Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya. Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.
Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir. Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya. Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya. Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu, Latifah masoh belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya. Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut. Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu. Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut. Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan. Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.
Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar. Tapi perkara itu tidak diendahkannya. Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga. Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang. Siap semuanya tanpa berlengah. LAtifah mencapai tuala dan terus mandi. Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa. Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing. Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.
Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya. Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup. Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.
Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih. Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut. Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi. Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi. Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.
Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil. Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan. Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja azan subuhberkumandang. Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata. Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun. Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam. Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah. Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya. Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.
Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya. Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa. Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama. Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri. Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya. Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.
Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu. Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya. Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut. Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh. Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah. Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama. Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
cepatnya pu3 tepek cerita..tgh merempit ku membacanya |
|
|
|
|
|
|
|
tak larat dan rempit citer pu3 skrg.. kena baca jap2 lagi.. waktu free.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ketot.. ketot dah serah kunci umah pu3 yer... uhuk2... |
|
|
|
|
|
|
|
rumah dulu ke?ok jer lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak pakai copy paste jer...bacer pelan2 kat umah..hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
hehkhkehke...nnti dh baca boleh share kat sini balik yerkk suha..!!..kiter tunggu tau....tq |
|
|
|
|
|
|
|
pu3 letak avvy gambor dia... nomeii je nengoknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
mau is tengok tergoda ni... mesti hati terbelah bagi.. nak anne ke pu3... hehe... |
|
|
|
|
|
|
| |
|