View: 158979|Reply: 651
|
NUR KASIH THE MOVIE
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 29-5-2011 01:37
Khabir akan filemkan sekuel drama ‘Nur Kasih’
[TAYANGAN MULAI 19 MEI 2011]
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Khabir Bhatia merupakan pengarah yang menghasilkan karya dengan adunan seninya tersendiri.
ATAS kejayaan drama ‘Nur Kasih’, pengarahnya, Khabir Bhatia akan menyambung jalan cerita berunsurkan cinta, kekeluargaan dan islamik itu dalam bentuk filem.
Jika dilihat, drama lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera ini bukan sahaja mendapat sambutan yang hangat peminat di Malaysia malah turut termasuk Singapura.
Menurut pengarah filem ‘Cinta’, ‘Sepi’, dan ‘Setem’ ini, dia dan isterinya, penulis skrip Mira Mustaffa sedang dalam proses menghasilkan filem sekuel daripada drama ‘Nur Kasih’.
“Filem itu akan menyambung apa yang berlaku seterusnya selepas berakhirnya 26 episod drama ini nanti.
“Kami hanya memikirkan untuk membuat filem memandangkan cerita ini mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu, saya tidak terfikir untuk membuat drama ‘Nur Kasih’ musim kedua,” jelasnya yang gembira dengan kejayaan ‘Nur Kasih’.
Tambah pengarah drama ‘Manjalara’, ‘Hartamas’, ‘Kekasihku Seru’ dan‘Tower 13’ ini, dia mahu mengumpul lebih ramai khalayak baru yang mengikuti cerita ‘Nur Kasih’.
Kini, drama yang sedang disiarkan di TV3 itu telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di televisyen.

“Saya tidak 100 peratus terkejut dengan pencapaian ‘rating’ drama ini sebaliknya merasakan ia memberikan suatu fenomena baru kepada drama-drama lain kerana telah menghasilkan kesan yang positif kepada penonton.
“Drama ini telah membawakan elemen Islam dengan gaya hidup moden,” ujarnya yang berasal dari Mumbai, India.
Jelasnya, mungkin ramai orang menyukai ‘Nur Kasih’ disebabkan oleh jalan cerita dan karektor yang dilakonkan oleh setiap pelakon.
Secara dasarnya, Khabir menganggap ‘sense’ yang digunakan semasa mengarah merupakan perkara terpenting dalam drama itu.
Ramai yang berpendapat teknik pengarahan Khabir mampu mencantikkan sesebuah cerita itu.
Syot-syot ceritanya mengandungi maknanya tersendiri dan mengasyikkan. Kadangkala ada juga pengaruh filem Bollywood yang dibawa dalam karyanya itu, mungkin kerana dia berasal dari sana.
“Saya cuba membuat drama yang nampak seakan-akan filem. Jadi,apabila semua elemen termasuk jalan cerita dan lakonan seseorang pelakon itu bergabung, barulah sesuatu kerja itu akan dilakukan dengan sempurna,” jelasnya yang baru sahaja selesai menyiapkan filem ‘Lara’yang bergenre komedi romantik.
Selepas ini, Khabir memberitahu dia mahu lebih banyak meneroka genre seram selepas berjaya menghasilkan drama ‘Kekasihku Seru’ dan ‘Tower13’ yang kedua-duanya telah dan sedang disiarkan di slot Seram TV3. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fuh kalo ada filem...harap2 best |
|
|
|
|
|
|
|
RE: Filem ' Nur Kasih '
Ada tak sesapa tau..cerita Nur Kasih ni adaptasi dr novel ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
nur kasih mana dari novel..bukan asal ker..tapi citer dia ni kan tipikal mcam novel |
|
|
|
|
|
|
|
suka dgn drama2 dia yg diarahkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
best sangat..bosan la citer pasal golongan korporat atau org kayer jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ke?Hari tu kata nak film kan Kekasihku Seru..pastu x jadik pon... |
|
|
|
|
|
|
|
byk konflik lg la pasni..
abehla ko nur amina.. |
|
|
|
|
|
|
|
waa...x sabr aku nk tggu klu KB nk wat filem plak... |
|
|
|
|
|
|
|
saya minat cerita ni....beshhhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
dlu citer ni mmg la besh.. tp skng nih dah mcm boring je jln citer nyerrr...
aku lagik suke kalo kekasihku seru yg di filemkan.... dulu kate nak difilemkan pastu senyap jerr... hampehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
dlu citer ni mmg la besh.. tp skng nih dah mcm boring je jln citer nyerrr...
aku lagik suke kalo kekasihku seru yg di filemkan.... dulu kate nak difilemkan pastu senyap jerr... hampehhhh
ainurmaisara Post at 4-11-2009 16:44 
Gelak giler tengok avatar ainur  |
|
|
|
|
|
|
|
maybe dorg melobi KS buat filem.. tp, x dpt kot..
so melobi buat filem NK.. berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa nur kasih sesuai jadi drama series gini je...bila jadi filem ni aku rasa cam tak best pulak..tapi kalau jalan citer lagi menarik lagi best..baru ok..stakat ni aku lom miss tengok NK..hehe...sbb tertunggu2 apa kisah selanjutnya tu la yg jadi ramai org minat nak tgk...kalau dah jadi pilem ni nanti bila dah tau ending..nanti tak de mood pulak mokcik kara nak tonton... |
|
|
|
|
|
|
|
17# Kara
bukan ker dah ada sinopsis NK nie dlm bod nie... aku baca dah sampai abis... |
|
|
|
|
|
|
|
18# schumacher
silap.. bod gosip kottt |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 jd la filem ni
tp aku nk pelakon yg sama ngan drama
klu tukar pelakon lain konpem x tgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|