View: 33286|Reply: 28
|
Talian Pencegahan Maksiat
[Copy link]
|
|
salam semua....
saya da cari thread nie x da.
apa kata kita kongsi talian pencegahan maksiat di sini. lebih2 lagi talian selepas office hour.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
kalau selangor telefon ajer laa JAIS...semua negeri ada jabatan agama sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi cadagan kat gov. suh buat Rakan Maksiat...
Senang ckit... |
|
|
|
|
|
|
|
3# dunhill14
Rakan Maksiat?!
lain macam je bunyik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by abgboroi at 15-1-2010 18:56
rakan maksiat?
kalau BADAR tu ada laa...Badan Pencegah Maksiat |
|
|
|
|
|
|
|
kalau selangor telefon ajer laa JAIS...semua negeri ada jabatan agama sendiri...
abgboroi Post at 15-1-2010 18:31
kalau office hour mmg senang tel jabatan agama negeri tp klu lepas office hour? |
|
|
|
|
|
|
|
lau polis ada rakan Cop...
pesal pencegah maksiat xdea rakan lak... |
|
|
|
|
|
|
|
Rakan Maksiat? I should get myself one of those. |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
10# lelakimacho2
ko mengarut apa ni bai? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....ntahlah korang ni....ada masa ke nak gi check org buat maksiat, pastu nak call pencegah maksiat? amal maaruf nafi munkar ye??
sorrylah aku tak campur dan tak suka buat macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik ajer la. Mungking dia tahu ada tempat-tempat orang buat maksiat tanpa dia skodeng dan nak buat aduan. Bukan dia ada ajak pi mengendap. Dia nak kita postkan nombor contact kalau kita tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by siti at 17-1-2010 00:25
hmmm....ntahlah korang ni....ada masa ke nak gi check org buat maksiat, pastu nak call pencegah maksiat? amal maaruf nafi munkar ye??
sorrylah aku tak campur dan tak suka buat macam tu.
Saat Post at 16-1-2010 17:38
x campur jgn la campur beb :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hadi1978 at 18-1-2010 11:34
Nombor Telefon Penguatkuasa JAIS : 03-55190930/03-55190398
Tapi penguatkuasa ni bukan boleh pakai sangat... Alasan x cukup kakitanganlah...macam2 |
|
|
|
|
|
|
|
14# siti
Masalahnya, pengalaman aku, aku tengok geng2 yang mencegah maksiat ni bukannya ikhlas sangat pun. Banyak yang ambik kesempatan nak memukul orang je, biasanya kalau kes tangkap oleh penduduk, mesti teruk si lelaki dan perempuan tu kena pukul. Aku tengok yang memukul tu pun jenis perangai macam sial jugak, jenis rempit, main bohsia ramai2 jugak. Xde kerja tetap, xde palajaran, tapi bila operasi, nak joint, nak memukul orang...
Pernah gak aku dengar, sorang Pak Haji kat Puchong ni, dulu dia suka betul buat operasi menangkap ni, tapi dengar cerita dari mangsa, Pak Haji ni suka ambik kesempatan, dia akan raba breast perempuan tu alasan nak pastikan ada apa2 x. Pastu dengar cerita, dia akan korek bawah perempuan tu nak dapat bukti ada air mani. Jijik betul perangai.
Korang pun pasti pernah dengar cerita kan yang penguatkuasa kena dakwa sebab minta rasuah seks, itu yang mangsa buat report, yang takut nak buat report berapa ramailah agaknya. Bukan nak buruk2kan orang yang menangkap ni, memang ada yang betul2 jujur, tapi masalahnya banyak yang haiwan bertopeng manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke dakwaan anda nih? tak elok la kalau sekadar mulut atas mulut kita buat rumusan camni... ada saluran tertentu boleh sampaikan dan adukan dakwaan tersebut..
seperkara lagi bukan masalah tak cukup kakitangan tapi terlalu banyak aduan yang terpaksa ditangani...
faham2 lah tugas nahi mungkar nih bukan keje pehak berkuasa je... |
|
|
|
|
|
|
|
17# DewaSeks
Kalau x betul, aku x berani nak kata dalam ni. Aku ada ikut kawan2 tengok orang yang kena tangkap basah ni, kalo ko x percaya, ko tanyalah orang2 yang pernah kena tangkap ni, dengar sendiri pengakuan diorang. Tapi kes pukul2 ni berlaku bila tangkapan tu DIBUAT OLEH PENDUDUK, kalau tangkapan oleh Penguatkuasa JAIS, memang xde lah kes pukul, tapi timbul lak kes2 rasuah duit, rasuah seks dll.
Habuan seks
Oleh Mohd Sabran Md Sani (Harian Metro)
KUALA LUMPUR: Seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan cuba memperoleh rasuah dengan mendapatkan habuan seks daripada seorang wanita berusia 40-an, pada 8 Mei lalu.
Tertuduh,Amiruddin Hassan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ataspertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim ZamriIbrahim dan meminta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Amiruddin dari Kampung Sungai Udang, Klang, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya habuan seks daripada seorang pekerja salun berusia 43 tahun.
Tindakanitu sebagai dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan halehwal prinsipalnya untuk menyelesaikan kes terhadap mangsa keranamelakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9, Tahun 1995 (menyebabkan agama Islam dipandang hina).
Diadidakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik bernombor di sebuahhotel di Jalan Tambi Pillay Off Jalan Tun Sambathan, Brickfields disini, pada jam 9.15 malam 8 Mei lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah1997, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dandenda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dandihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Nik Azrin Zairin Nik Abdullah.
Terdahulupihak pendakwaan mencadangkan tertuduh dibenarkan jaminan RM8,000dengan seorang penjamin bagi mengelak tertuduh mengganggu saksi, selainseorang penguat kuasa Jais yang ditangkap pihak berkuasa.
Zamri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Disember depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Harian metro ni suka benor cerita-cerita seksa ni. Dia orang buat jadi marketing strategy ke? dah jadi macam penggalak seksa-seksa pulak. Orang baca jadi syok bukan lebih insaf... maklum ler.... kes seksa makin banyak, jadi biasa ler. |
|
|
|
|
|
|
|
teruk r skang... masing2 nak ambik kesempatan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|