CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3438|Reply: 7

NIKE PHONE ... HP YANG SPORTY

[Copy link]
Post time 18-1-2010 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by matabelalang at 27-1-2010 08:24

  


Jika sebelum ini handphone konsep hanya dikeluarkan oleh syarikat handphone sahaja, tetapi sekarang syarikat Nike ... sebuah pengeluar pakaian dan peralatan sukan yang terkenal dari US mula mengorak langkah inovatif dalam penciptaan handphone konsep bagi mereka yang gemar bersukan. Biasanya kita mendengar handhone adalah keluaran dari Nokia, Sony Ericsson, Motorola, tetapi banyak jenama-jenama terkenal seperti Giogio Armani, Prada, Porche malah Adidas juga turut mengeluarkan handphone.

Terbaru, Nike telah mencipta handphone konsep terbaru mereka yang diberi nama Nike Phone. Direka oleh James Caldwell dengan rekabentuk handphone yang kelihatan style, elegan, nipis dan ringan kepada sesiapa sahaja yang memakainya, tidak kira lelaki mahupun perempuan terutama bagi yang gemar bersukan. Nike semamangnya terkenal dengan jenama pakaian dan peralatan sukan, jadi handphone ini juga sesuai untuk mereka yang gemar bersukan.

Memandangkan sekarang trend handphone skrin sentuh, handphone Nike ini juga tidak ketinggalan menyokong fungsi skrin sentuh sepenuhnya. Bukan itu sahaja, handphone ini unik kerana mempunyai aplikasi sukan seperti mencatatkan kalori yang telah dibakar, jarak yang telah anda lalu semasa berjoging, pengiraan denyutan jantung, cara-cara untuk bersenam dan mengurangkan berat badan serta waktu yang tersedia selama mana anda bersukan. Didatangkan dengan beberapa warna yang mengoda iaitu biru + hitam dan oren + silver.

Sehingga kini masih belum ada maklumat rasmi bila handphone ini akan berada di pasaran. Tetapi, pastinya kepada mereka yang gemar kepada jenama Nike, tentu mereka menantikan kemunculan handphone konsep sukan ini. Nike juga telah mengeluarkan banyak aksesori untuk lelaki dan perempuan yang luar dari core business mereka seperti cermin mata, jam tangan, minyak wangi dan sebagainya.

Secara peribadi, saya beranggapan bahawa hp ini tidaklah mahal, mungkin tak sampai RM1,000.00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 10:03 AM | Show all posts
veri alienated design
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 10:17 AM | Show all posts
mcm ok je this fon....
mcm smart jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 12:07 AM | Show all posts
Macam handphone concept jer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 05:07 PM | Show all posts
Macam handphone concept jer...
thexboy82 Post at 24-1-2010 00:07


betul bos ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 04:57 PM | Show all posts
Siyes Bos , macam adik-beradik dgn Nokia 2630 jerr bos jgn mare bos .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2010 08:39 PM | Show all posts
mcm klakar pun ada....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2010 03:52 PM | Show all posts
bukan nak komplain la ...
sebab hp nie pun belum keluar dan aku pun belum tengok sendiri ... secara live ...
sekali tengok macam remote control tv pulak ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066195 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list