View: 67828|Reply: 220
|
Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dgn Jin
[Copy link]
|
|
tentu ramai yang baca novel Tamar Jalis ni...ada yang x berani nak baca, ader yang menganggapnya rekaan ader juga yang terpengaruh seperti watak watak dalam novel beliau....ikuti kupasan kosmo hari ni mengenai Tamir Jalis....
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
[email protected]
A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.
FARIDAH pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.
NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.
Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.
Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.
Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.
Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.
Hotel berhantu
Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.
Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.
“Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.
“Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.
“Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu,” katanya ketawa.
Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.
Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
“Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.
“Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah,” ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.
“Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.
“Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki,” ujarnya.
Wanita bermuka gajah
Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.
“Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.
“Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.
“Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.
“Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam,” ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.
Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.
“Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang,” kata beliau.
BUKTI Jalil pernah menuntut ilmu di Indonesia.
Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.
“Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.
“Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.
“Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.
“Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu,” katanya.
Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.
“Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia,” ujarnya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sy & family minat gila masa mula2 tu tp lama-kelamaan dah kendur minat tu sbb rasa cam tak logik lak lepas bertahun2 penulis masih ingat setiap peritiwa yg berlaku secara terperinci. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi tak buku keluaran Tamar Jalis zaman sekarang ini ?
aq berminat nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
4# buahcinta
same to me... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak sape2 tilis ksh2 yg tamar jalis ni tulis bt episod blh la bace ramai2 ....(klu tak nyusahkan)...emm...sape setuju? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak sape2 tilis ksh2 yg tamar jalis ni tulis bt episod blh la bace ramai2 ....(klu tak nyusahkan)...emm...sape setuju?
MISSLIYA Post at 24-1-2010 11:30
ni dah ada org buat..tapi aku takde url dia..cube try google.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gaya penulisan tamar Jalis ni ( kalau betul itu nama sebenarnya ) mmg best..teratur dan makin seronok membaca...selalunya baca sekali satu buku takder sambung2 baca...
Tak tahu samada cerita sebenar yg dialami oleh penulis atau sekadar hiburan...tp dapat byk manfaat, pengajaran dan iktibar dr cerita Bercakap Dengan Jin ni... |
|
|
|
|
|
|
|
xder ke hasrat Pengarah2 Filem kat Malaysia nak fuemkan cerita Bercakap dgn Jin ni???takpun buat drama Bersiri...Hasil garapan dan kreativiti Pengarah Filem ..konpem drama bersiri atau filem akan jadik box Office... |
|
|
|
|
|
|
|
kroit ada 2 je buku dia.. buku ke 3 tak tau mana nak cari..kena jaga leklok, sebab kertas dia dah tua bebenor.. risau koyak je..
buku apa lagi satu tu ek, Tok Awang Ngah? ada la dalam 3-4 buah.. tak abis baca lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Awang Ngah ni feberet aku gak... |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada e-book dia ke??
minat gak nak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
selain dr tamar jalis buku tok awang ngah pun best jgk... kdg2 penceritaan kedua2 penulis ni buatkn kita smpi terbayang keadaan cerita time bc tuh.. serammmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
dulu memang arwah ayah selalu beli siri novel bercakap dengan jin tamar jalis dan berkelahi dengan syaitan tok awang ngah... memang best ceritanya...
tapi bercakap dengan jin bila last-last banyak stori kat indonesia (sumatera)... cerita tak berapa best dah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan ni bila kenang-kenang balik cerita SBDJ ni.Paling best bila Datuk ada isteri Bunian dan Nenek rilek je tak kisah.Hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
nah...dlm webstie ni ade 87 episod..aku dpt ni pong dari forumer cari yg penah show url nih..
http://tamarjalis.blogspot.com/search/label/Buku%201
Cite Tamar Jalis ni benar dan penah disahihkan beberapa orang forumer..cume adela tokok tambah ckit wat cite ni lebih menarik...mak ayah aku penah pegi kat Variasari Pop Group,manelah tau kot dorang de stok lagi kan..tapi xde plak..kata seorang pekerja kat sana,dorang stop cite SBDJ ni sebab de org komplain cite tu tipu semata2...so,xnak dorangnye syarikat terjejas,dorang stop wat cite SBDJ nih..tapi aku rasa bukan org komplain lh..maybe ade sesuatu berlaku...takkan lh stop mcm tu je... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan ni bila kenang-kenang balik cerita SBDJ ni.Paling best bila Datuk ada isteri Bunian dan Nenek rilek je tak kisah.Hehe.
gitarmahogani Post at 24-1-2010 22:41
Kenape?? Ko nak kawin ngan owang bunian gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
haku ada buku dia nieh dulu.... bagi haku tak seram sangat.... biasa jerk.... tp best la baca.... duduk bawah pokok amalkan budaya membaca.... skema la plak..... takkan nak layan hardy boys ngan nancy drew jerk........
nanti klu balik kampung try nak cari kat almari2 lama ada lagik tak..... dulu dah jumpa stamp album masa skolah rendah... rasa cam nak kumpul stam balik plak |
|
|
|
|
|
|
|
cerita yang ditulis oleh tamar jalis tu... dari segi penceritaan, jalan cerita dan bahan cerita... tokwan tak mahu komen la... begitu juga dari segi watak2 dalam cerita beliau... tapi segi latar tempat, tempat2 yang menjadi latar cerita tamar jalis ini sah memang wujud, memang benarlah tempat2 tu ada sampai sekarang ni... salah satu tempat yang menjadi latar cerita tamar jalis kampung tokwan dan kawasan2 sekitarnya... memang betul, wujud sampai hari ini... beruas, batu hampar, pengkalan baru, segari, damar laut... apa yang tokwan boleh kata, latar cerita tamar jalis ni tak macam latar cerita pengarang2 cerita misteri yang lain, yang latar tempatnya direka2 dan entah di mana (tak wujud pun!) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|